Harga Emas Jatuh, Apa Nak Buat?

Harga emas turun lebih kurang 10% dalam masa 2, 3 hari ni. 1 Dinar sekarang sekitar RM760. Harga tertinggi pernah cecah sebelum ni ialah RM833. Bagi orang yang belum faham pasal emas, dia jadi panik, tapi bagi orang yang tahu perangai emas, dia mesti tersenyum lebar… Inilah waktu dia bershopping sakan tambahkan lagi simpanan emas, dan inilah peluang menambah keuntungan bagi siapa yang ada ilmu!

Bagi orang yang tahu, bila harga emas jatuh 10%, dia mungkin berpeluang dapat keuntungan 10% dengan mudah! InsyaAllah…

Ok, bila harga jatuh, kita untung atau rugi? Bagi sahabat yang simpan 100 gram emas, cuba cek balik, emas yang anda simpan tu berkurangan berapa gram masa harga emas jatuh? Jawapannya, tak berkurangan walaupun 1 gram.

Harga Jatuh, Rugi atau Rezeki?

Jadi, anda rugi ker bila harga emas jatuh? Pastinya tak… Macam tu juga bagi sesiapa invest dalam hartanah. Kalau nilai hartanah jatuh, kita bukan betul-betul rugi. Rugi cuma atas kertas, tapi realitinya kita masih untung! Bahkan bila harga turun, kita lebih seronok sebab berpeluang tambah lagi harta dengan lebih banyak.

Ia berbeza dengan invest dalam saham atau paper asset yang lain. Kalau sahabat invest dalam saham, bila harga saham jatuh, apa yang anda ada? Yang ada cuma kertas dan nombor jer. Nilai saham susut dan unit-unit saham yang anda ada tak memberi apa-apa makna sebab ianya cuma ‘janji’ kekayaan yang tertulis atas kertas. Ia bukan harta sebenar (tangible asset) macam rumah, tanah, emas, perak dsb, betul tak?

Jadi, bagi sesiapa yang simpan ‘tangible asset’, dia tak perlu risau walaupun harganya jatuh mendadak. Ianya cuma andaian yang anda telahpun rugi, tapi pada hakikatnya, anda tak rugi pun. Harta tu masih wujud dan ianya real wujud depan mata kita.

Long-term ‘Confirm’ Untung

10 dinar emas public goldSatu perkara penting yang kena ingat, iaitu emas pada hakikatnya adalah duit. Duit sebenar dalam sejarah manusia ialah emas dan perak sebab ia penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Sebelum 1971, setiap duit kertas yang nak dicetak akan disandarkan kepada emas dan perak. Duit kertas hanyalah VOUCHER mewakili emas dan perak.

Tapi sejak 1971, US putuskan hubungan antara emas dan duit kertas yang menyebabkan duit kertas yang kita gunakan hari ini ialah duit yang tiada nilai sebenar. Duit yang digunakan oleh negara-negara dunia hari ini adalah terbitan US Dollar. Sheikh Imran Husein sebut, ia dicipta “out of nothing” dan sentiasa dimanipulasi oleh US. Lepas berpuluh tahun kita gunakan duit kertas (yang dahulunya hanyalah VOUCHER), sekarang dunia lupa tentang emas sebagai duit yang sebenar. Negara-negara dunia simpan US Dollar sebagai rizab terbesar negara sedangkan US adalah penyimpan emas terbesar dunia! (Nampak tak siapa yang lebih cerdik?)

Duit kertas yang kita gunakan hari ni nilainya terletak pada jaminan dan kestabilan sesebuah kerajaan, sedangkan emas dan perak nilainya terletak pada BERAT dan KETULENANnya sendiri. Ia tak boleh dimanipulasi. Kalau apa-apa berlaku kepada dunia, pemilik emaslah yang paling selamat. Itulah hakikat emas yang sebenar.

Jadi bila harga emas jatuh, bukankah ianya rezeki untuk tambah lagi simpanan emas?! Macam mana caranya?

Harga Jatuh, Apa Nak Buat?

Bila harga jatuh macam ni, ada 4 strategi yang boleh buat untuk jana keuntungan iaitu:

Strategi #1: Beli lagi emas pada harga rendah kalau masih ada extra cash

Harga rendah macam ni biasanya tak akan lama. Paling lama  pun 3 – 6 bulan lagi dia akan naik balik kepada harga sebelum kejatuhan. Bila harga naik ke paras normal, jangan tunggu lama-lama. Terus jual emas yang baru beli tu! Jangan tamak untuk dapat untung lebih besar. Orang tamak selalu melepas… (“,)

Kalau anda dealer emas (melabur sambil berniaga emas), ini masanya untuk tambah stok banyak-banyak. Pilih item yang paling banyak permintaannya macam coin 1 dinar. Bila harga naik sikit pun, anda dah boleh jual direct kepada customer. Anda untung (1) komisyen belian, dan (2) kenaikan harga emas yang anda jual terus kepada customer TANPA SPREAD!

Strategi #2: Pajak emas sedia ada di Ar-Rahnu dan beli lagi emas dengan duit pajakan

Untuk strategi yang lebih selamat, simpan sebahagian duit pinjaman tu untuk bayar upah simpan 6 bulan akan datang. In case harga emas tak naik balik dalam masa 6 bulan, guna duit tu untuk bayar upah simpan dan sambung lagi pajakkan sampai harga emas naik balik ke puncak tertinggi sebelum kejatuhan. Bila harga naik ke paras normal, jangan tunggu lama-lama. Terus jual emas yang beli dengan duit ar-rahnu tu, dan tebus balik emas yang anda pajak tu.

Strategi ini boleh digunakan sebab walaupun harga emas jatuh, harga emas di Ar-Rahnu (dan kedai emas) akan kekal tinggi untuk beberapa ketika. Jadi, kita boleh pajak dengan harga mahal, dapat duit cash yang banyak, dan tambah lagi simpanan emas dengan banyak. Untuk faham strategi ni, boleh ikuti panduan yang saya sediakan dalam artikel “5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat“.

Strategi #3: Tingkatkan promosi membeli emas harga rendah

Strategi ni untuk pelabur yang jadi dealer emas jer. Bila harga emas rendah, bagi tahu pada kawan-kawan untuk ambil peluang beli emas pada harga rendah. War-warkan melalui facebook, sms, atau wassap. Disamping bantu kawan-kawan, anda dapat komisyen atas jualan emas. Pengalaman saya, bila harga emas jatuh mendadak, ramai orang ambil peluang borong emas banyak-banyak, dan komisyen pun juga melambung tinggi, alhamdulillah.

Strategi #4: Trading jual beli emas

Strategi ni perlu untuk recover loss dan jana keuntungan bagi yang beli pada harga mahal, dan harga emas nampak susah naik balik ke paras belian dulu. Untuk strategi ni, kena belajar ilmu trading emas; belajar baca graf emas, cara cari timing untuk membeli dan menjual, dan strategi memaksimumkan keuntungan. Saya syorkan hadir kelas Analisis Teknikal Harga Emas sebagaimana dianjurkan boleh En. Shufaad (www.shufaad.com). (kemaskini 19 April 2014)

mike maloney book gold silverSaya yakin strategi ni boleh dilakukan atas keyakinan harga emas akan pergi jauh lagi dalam jangka panjang. Sebabnya, ada faktor besar yang masih belum settle dan belum nampak jalan keluarnya dalam masa terdekat iaitu krisis hutang US dan Eropah, krisis dagangan, penyusutan nilai dolar, perang matawang dsb. Bahkan, Mike Meloney, penulis buku “Guide To Investing in Gold & Silver” menjangkakan semua petanda yang ada hari ini menunjukkan bakal berlakunya keruntuhan sistem matawang yang menyebabkan duit kertas sama tarafnya dengan tisu tandas!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
24 September 2011
26 Syawal 1432

(Artikel ni disemak dan dikemaskini pada 19 April 2014)

Nota Penting:

  • Sebelum Oktober 2013, teknik ni hanya terbaik untuk sesiapa yang ada barang kemas pelaburan seperti i-series Public Gold sebab mulai Mei 2011, banyak Ar-Rahnu dah tak terima gold bar dan syiling emas. Antara yang masih terima ialah Ar-Rahn Kelantan. Tapi kosnya agak tinggi. Tapi sejak Oktober 2013, banyak ar-rahnu mula terima semula pajakan emas Public Gold seperti Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia.
  • Kos pajak ialah 1.15% sebulan, atau 13.85% setahun. Ini berdasarkan upah simpan RM0.75 setiap nilai marhun RM100, dan margin of financing 65%. Kalau pajak emas RM10,000, dapat duit cash RM6,500.
  • Ar-Rahnu terbaik setakat ni ialah Ar-Rahnu Bank Rakyat. Kos pajakkan termurah, dan harga emasnya tinggi berbanding ar-rahnu lain.
  • Sepanjang tempoh pajakan, kita tak perlu bayar apa-apa. Yang penting, bila nak habis tempoh, kita kena bayar duit pinjaman + upah simpan.
  • Kalau harga emas tak naik lepas tempoh 6 bulan, jangan tebus lagi. Tapi, sambung jer pajak sampai harga emas naik balik dan dapat untung. Kalau nak sambung pajak, tak payah bayar duit pinjaman. Just bayar upah simpan 6 bulan dan perbaharui surat pajak.
  • Untuk faham lebih lanjut tentang teknik manipulasi Ar-Rahnu, saya syorkan sahabat semua baca juga artikel Syukor Hashim bertajuk “Bagaimana Menjana Keuntungan Menggunakan Teknik Ar-Rahnu“.

Cara Pantas Fahami Pelaburan Emas:

42 Comments

  1. salam tuan,

    Tuan ada menyatakan jika sesiapa yg mempunyai dinar emas tidak boleh dipajak di Ar Rahn mulai Mei 2011.adakah saya masih boleh pajakkan emas dinar saya di Ar Rahn? kerana saya ingin menggunakan duit yg telah dapat dari hasil pajakan tersebut utk membeli emas baru utk pelaburan.mohon pandangan dan nasihat daripada tuan.sekian,t.kasih.Farid.

    1. Wslm En. Farid,

      Betul tu, kebanyakkan Ar-Rahnu tak terima pajakan gold coin & gold bar kecuali Ar-Rahn Kelantan. Cuma kos dia mahal sikit berbanding Ar-Rahnu lain. Cawangan dia ada banyak di luar Kelantan. Kalau di KL, ada di Jalan Raja Laut.

      Untuk maklumat lanjut, En. Farid boleh go thru website dia http://www.arrahn.com.my/.

      Wallahu a’lam.

    1. Minta maaf, saya tak sempat kaji tentang pelaburan emas CIMB. Utk Ar-Rahnu, ia adalah salah satu teknik pelaburan emas. Bagi saya, pelaburan emas ni simple jer. Ia macam beli barang kemas jer. Beli dan simpan. Bila nak pakai duit baru jual. Utk permulaan, jangan complicated dgn teknik2 yg rumit. Wallahu a’lam.

  2. Salam tuan zul.
    Saya br berjinak dgn teknik arrahnu..saya sudah pajak emas dan wang pinjaman tu juga saya telah membeli emas..target saya skang saya akan tunggu emas naik dan saya akan g tukar surat..jika time saya tukar surat tu harga tinggi tentunya saya akan mendpt untung dan menjd tanda tanya saya..nilai pinjaman juga akan ber+ kan mengikut nilai semasa tukar surat betul x?

    Lagi satu,kalo blh ke saya xmo tebus sampai sethn hanya bayar kos upah?sedangkan tempohnya 6bln + 4bln je..xmo tebus in case harga xnaik2..
    Mohon bimbingan tuan dari saya budak br belaja..from _imah_

    1. Wslm Pn Imah,

      Saya perhati, ramai orang tersepit dgn teknik Ar-Rahnu. Ramai orang tersalah faham duit yang kita dapat hasil overlaps masa harga naik sebagai UNTUNG, sedangkan ia adalah HUTANG! Duit tu perlu kita bayar balik bila nak tebus emas tu nanti. So, saya syorkan, bila harga emas naik, terus jual emas yang dibeli dgn duit pajak tu… Guna untung utk cover upah simpan & simpan lebihannya.

      Boleh kalau tak nak tebus bioa habis tempoh, tapi kena langsaikan upah simpan & kena renew (overlaps) pajakan. Kalau harga emas turun lebih rendah dari nilai pajakan lama, puan kena TOP-UP perbezaan harga tu. Saya perhati, ramai org yang guna teknik ni sejak Sept 2011 terperangkap bila harga emas sehingga Ogos 2012 belum naik melepasi harga masa buat pajakan pertama dulu.

      Bila tengok trend pihak Ar-Rahnu mengetatkan polisi pajakan sejak Mei 2011 dan mengenakan pelbagai syarat utk menyulitkan teknik manipulasi ni, saya tak syorkan sesiapa guna teknik manipulasi Ar-Rahnu melainkan nak guna duit pajakan utk rolling bisnes.

      Wallahu a’lam.

  3. Tima kasih tuan zul..saya amat hargai jawapan tuan..kenyataan dr tuan memberi jawApan tehadap kekeliruan saya..tima kasih..from imah

  4. salam en zul,saya ingin bertanya en zul betul ke bila harga emas dalam keadaan naik ekonomi dunia akan menyusut dan bila harga emas rendah pada waktu itu ekonomi dunia keadaan stabil,mintak pandangan en zul

    1. Wslm En. Amran,

      Antara faktor penting mempengaruhi harga emas ialah ekonomi dunia. Bila ekonomi dunia stabil, orang tinggalkan emas. Bila ekonomi dunia tak stabil, bank-bank pusat dan orang ramai akan simpan emas sebab emas benteng terakhir yang dapat selamatkan kekayaan kita dari ketidaktentuan ekonomi.

      Wallahu a’lam.

  5. salam en zul…saya baru bjinak ngan emas nie…ap kelebihan gold bar if saya just nak simpan je…ap jaminan untk long term pny citer….adakah spread tggi unk produk GB…minta pecerahan

    1. Wslm tuan,

      Kalau beli emas untuk tujuan pelaburan, sesuai beli gold bar (emas 999 – gred 1) ataupun dinar (emas 916 – gred 2). Dari sudut spread, dinar lebih rendah daripada gold bar. Kalau bagi pilihan antara gold bar dan dinar Public Gold, saya pilih dinar sebab spread rendah, cepat untung.

      Wallahu a’lam.

  6. Kali pertama saya diperkenalkan dengan emas kira kira 3 tahun lepas. Kebetulan saya ada sedikit simpanan. Tanpa berfikir panjang saya beli beberapa ketul jongkong dan simpan sampai sekarang. Kerana taksub nak tambah stok, saya pajakkan jongkong tersebut dan wang yang diperoleh dari Arrahnu saya beli stok baru. Tidak lama selepas tu emas naik mencanak-canak sampaikan 20 gram dah cecah RM4000.00. Saya jadi bertambah seronok simpan emas tetapi fenomena tu sekejap sahaja.
    Tahun 2012 dan 2013 menyaksikan kejatuhan harga emas. Bermacam macam spekulasi saya baca tentang jangkaan harga emas akan naik semula tetapi semua tu tak menjadi kenyataan pun. Penjual penjual emas sibuk berkompang suruh tambah stok… kononnya 2013 emas akan naik balik… Saya tak percaya dah..Kalau duit tu dilaburkan dalam ASB pun dapat gak sikit sikit dividennya. Ni dah 3 tahun dapat ZERO je. Kalau jual confirm RUGI. Saya tak rasa harga emas akan melonjak balik.. Semua ni dikawal oleh pihak tertentu yang tak mahu lihat harga emas naik banyak…Saya memikirkan lebih baik jual je balik stok yang ada dan labur dalam pasaran hartanah. Semahal mahal rumah harganya tak akan jatuh tetapi semahal mahal emas perestasinya tak menentu. Dah elok naik menjunam balik.. peh tu naik macam semut. Memang hampeh.

    1. Terima kasih atas perkongsian pengalaman tuan. Satu pengalaman menarik. Dan saya juga mula membeli emas 3 tahun lepas i.e. 2010.

      Setiap pelaburan, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan setiap pelabur ada pengalaman masing-masing. Saya pun banyak tersilap dalam pelaburan, antaranya membeli silver & emas pada harga paling tinggi dalam sejarah dunia sebab terlalu excited. Tapi itu pengalaman yang banyak mengajar saya mengurus pelaburan dengan lebih cermat. Memang tak pernah ada pelabur berjaya yang tak pernah rugi sebab rugi tu sebagai daripada proses untuk dapat untung. Apa yang penting, strategi macam mana kita urus pelaburan sesuai dengan keadaan semasa.

      Memang tahun 2012 boleh dikatakan harga bergerak side-way. Tapi bagi siapa yang ada ilmu, mereka masih mengaut keuntungan sehingga 18% dengan cara “trading”. Beli harga rendah, jual harga tinggi. Tunggu harga turun balik dan beli lagi, dan jual balik harga tinggi. Kalau guna teknik ni, siapa yang beli pada harga emas paling tinggi September 2011 pun boleh kaut untung.

      Bukan emas tu yang membuatkan kita untung, tapi ilmu kita yang membezakannya. Kalau tak nak berhadapan risiko rugi, saya rasa pelaburan terbaik ialah ASB atau Tabung Haji.

      Wallahu a’lam.

    1. Wslm En. Hiddir,

      1. Lepas baca ilmu-ilmu asas dalam blog ni, mulakan belian pertama dengan modal kecil samada 1 dinar ataupun gold bar 1 gram. Lepas tu terus tambah ilmu dari semasa ke semasa dan buat belian berikutnya bila lebih faham tentang emas.

      2. Untuk pembelian, En. Hiddir boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). InsyaAllah saya boleh guide.

  7. Salam En Zul,
    1. Minta pencerahan tentang faktor zakat emas dlm pelaburan emas ni, ie: keperluan membayar zakat jika cukup syarat.
    2. Dari sudut pelaburan – jika masa beli dulu pada harga tinggi dan harga terus menerus jatuh sehingga sekarang ~ 2-3 tahun simpanan dan zakat 2.5% dibayar setiap tahun. Jika dijual sekarang bertambahlah kerugian (dari sudut pelaburan). Kalau ada lebihan wang boleh juga tambah emas utk ‘average’kan kos. Jika tak ada terpaksalah tunggu sehingga harga naik balik yg mungkin mengambil masa yg lama. Nasihat tuan?

    1. Wslm En. Seli,

      1. Cukup 85 gram disimpan setahun, zakat 2.5% dari harga emas semasa.

      2. Bila harga jatuh, itu masa untuk beli lagi. Bayar jer zakat tak ada masalah. Kalau simpan duit (tak beli emas) pun tetap kena bayar zakat juga. Zakat tu membersihkan harta dan menggandakan kekayaan.

      Beli emas jangan sekadar “buy low, sell high” tapi jadikan salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Kalau sekadar untuk “buy low sell high”, bagi saya main saham lebih baik. Tapi realitinya, risiko saham lebih besar berbanding emas.

  8. Aslkm en Zul
    Saya telah mmbeli emas pd 2011 swaktu harga mndadak tinggi. Dan trader mnjgkakn harga akn trus naik. Saya simpan emas saya dlm arrahnu agrobank shngga kini. Saya tlh pun mmbayar upah simpan dan brtukar surat bbrapa kali. Tp buln ni saya dah tak mahu lg brbuat dmikian sdgkn pndptn saya terhad utk mnyambung byrn upah simpan lagi. Patutkah utk saya mnebus smula emas saya & mnjualnya skrg (walau harga rndh)atau simpan di mana2 bank eg public bank. Saya mmg perlu kluakn simpnn cash saya utk tbus & perlu simpan smula. Mohon bantuan..

    1. Wslm Pn. Yati,

      Ar-Rahnu bukan tempat untuk simpanan emas. Ia tempat dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Cajnya mahal, sekitar 14% setahun (atas nilai pinjaman). Lebih baik puan keluarkan emas tu apa cara sekalipun untuk elak kerugian bayar caj ar-rahnu.

  9. Assalamualaikum, saya berhasrat utk melabur dlm emas ada 3 soalan,

    1. apa beza dengan powergold dengan public gold
    2. brapa % keuntungan dlm setahun (purata) antara kedua2nya.
    3. kalau ada dlm 20k apa yg perlu dibuat. terima kasih.

    1. Wslm En. Zulkipli,

      1. Untuk semak perbezaan, kena semak 5 kriteria penting. Boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .

      2. Tak tentu. Ia bergantung pergerakan sebenar harga emas. Ada tahun harga emas naik sampai 34%, dan ada tahun harga emas turun 27%. Secara purata dalam 10 tahun ni saya boleh katakan sekitar 10%.

      3. Kalau RM20k dengan Public Gold, saya boleh suggest item yang sesuai dengan matlamat En. Zulkipli. Wassap saya 019-336 8009. Nanti saya guide, insyaAllah.

  10. Assalamualaikum.. Encik Zul .. Sye baru berumur 18 tahun tapi mahu terlibat dalam emas nie.. Apakah langkah pertama encik zul .. Terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *