Jutawan Saham Simpan Emas

Inilah Sebab Kenapa Jutawan Saham Ini Sarankan Menyimpan Emas!

Hari ini genap 2 tahun berlalu, iaitu hari pertama kali saya ke Jakarta, Indonesia bersama Dato Wira Louis Ng, iaitu pengasas Public Gold. Iaitu ketika Public Gold baru memulakan operasi di Indonesia. Saya dijemput oleh beliau untuk explore pasaran di Indonesia, dan bernetworking dengan mereka yang telah lama dalam emas di Indonesia. Yang turut sama join trip tersebut ialah Mr. Roman (person in charge Public Gold Indonesia ketika itu), dan Mr. Alan ( Finance).

Trip selama 3 hari tersebut, saya berpeluang kenali pengasas (pendiri) Public Gold itu dengan lebih dekat. Apa yang boleh saya katakan, lagi banyak kita tahu tentang prinsip hidup beliau, kita akan makin respek dengan beliau. Dan disebabkan prinsip beliau itulah, Public Gold hari ini adalah syarikat pelaburan terbesar di Malaysia setelah 10 tahun beroperasi.

Sarapan Bersama Founder Public Gold

Dato Wira Louis Ng (Founder Public Gold), Mr Alan, saya dan Mr Roman. Foto ini ketika kami makan malam pada 15 September 2016 di Grand Indonesia, iaitu shopping mall terbesar di Jakarta.

Ketika saya sarapan pagi dengan beliau di Hotel JW Marriot, Jakarta, saya tanya beliau secara peribadi. Soalan saya lebih kurang begini, “Dato sudah lebih 10 tahun berpegalaman dalam pasaran saham, kenapa Dato terfikir untuk buat bisnes emas?”

Jawapan beliau lebih kurang bermaksud, walaupun beliau berpengalaman tentang saham (bahkan beliau adalah jutawan dalam pasaran saham!), tapi untuk kebaikan banyak orang, perlu ada pelaburan yang lebih solid dan ‘selamat’ untuk semua orang. Emas adalah pelaburan selamat bagi semua orang.

Pelaburan saham juga bagus, tetapi ramai pelabur ‘terbunuh’ dalam pasaran saham. Dengan saham, pelabur boleh dapat keuntungan besar, tetapi ramai yang rugi besar, bahkan ramai juga yang jatuh lingkup dengan saham.

Saya teringat pengalaman yang diceritakan oleh Abah saya tentang saham.

Pengalaman Abah Bekas Jutawan Saham

Abah suatu ketika dahulu adalah jutawan dalam pasaran saham. Iaitu sebelum berlaku krisis kewangan negara pada tahun 1997. Abah mula melabur dalam saham menggunakan duit simpanan ASB-nya berjumlah RM100,000. Duit hasil tabungan itu, Abah betul-betul fokus melabur dalam pasaran saham sehingga modal itu berkembang menjadi RM1.4 juta!

Apa yang kita perlu faham, RM1.4 juta 20 tahun lalu tak sama dengan RM1.4 juta hari ini. Ketika itu, kadar tukaran ringgit kepada Dollar Amerika (USD) sekitar RM2.50 untuk setiap USD1. Maksudnya, RM1.4 juta itu nilainya mencecah RM3 juta – RM5 juta hari ini kalau dikira dari sudut kuasa beli. Maksudnya, Abah memang seorang jutawan.

Tetapi bila pasaran saham jatuh merudum pada tahun 1997, nilai saham yang Abah miliki hanya tinggal RM400,000 sahaja! Nilai saham jatuh 70% dalam tempoh 1 tahun sahaja! Menurut Abah, Abah adalah antara orang yang dianggap selamat daripada kejatuhan pasaran saham itu. Banyak kawan Abah yang jatuh lingkup, dan betul-betul lingkup! Ada yang hampir jadi gila!

Aset Fizikal Menyelamatkan Abah

Kenapa jadi begitu? Menurut Abah, masalah pada saham ialah, kita hanya memiliki nombor dan kertas sahaja! Tidak ada sebarang aset fizikal. Kenapa Abah masih terselamat? Sebab ketika mendapat keuntungan besar dalam pasaran saham, Abah menggunakan keuntungan tersebut membeli tanah, membuat rumah baharu, membeli kereta, dan paling penting, Abah tidak berhenti bekerja!

Bila pasaran saham jatuh, Abah masih memiliki aset fizikal yang dibeli hasil keuntungan daripada saham. Aset fizikal itulah yang menyelamatkan kekayaan Abah. Dan Abah masih bekerja sebagai guru, sedangkan kawan-kawan Abah, ramai yang berhenti bekerja kononnya mahu fokus dalam pasaran saham. Bila pasaran saham jatuh lingkup, mereka kehilangan segala-galanya termasuk pekerjaan!

Abah bersama cucu-cucunya. Abah manfaatkan waktu pencennya untuk berkebun, iaitu hobi Abah sejak usia muda lagi. Motosikal roda tiga itu Abah gunakan untuk angkut hasil dari kebun. Sebahagian dari tanah kebun itu Abah beli hasil keuntungan dari pasaran saham satu ketika dahulu. Tanah kebun itu masih bertahan walaupun negara telahpun mengalami beberapa krisis ekonomi.

Jadi saya faham apa yang pengasas Public Gold maksudkan itu. Emas adalah pelaburan yang tidak ada risiko untuk semua orang. Asalkan emas itu masih ada di tangan kita, kekayaan kita ‘selamat’. Ia selamat dari sebarang krisis ekonomi, selamat dari dimakan inflasi, dan yang penting juga, ia selamat dari ‘kebocoran’ simpanan disebabkan nafsu berbelanja! Sebab itulah Public Gold menggunakan tagline “ultimate wealth protector”. Emas adalah pelindung kekayaan terunggul!

Risiko Turun Naik Harga Emas?

Harga emas yang turun naik dalam jangka pendek, itu bukan risiko. Ia hanyalah persoalan masa. Dalam jangka panjang, harga emas boleh dikatakan konfirm naik disebabkan kuasa beli duit kertas yang konfirm menurun dalam jangka panjang. Sejarah membuktikan, sejak 1971, harga emas sudahpun naik melebihi 3,000%! Dari perspektif lain, ia bermaksud kuasa beli duit kertas sudahpun susut melebihi 3,000%. Kita terpaksa membayar duit kertas lebih banyak untuk mendapat barang yang sama!

Gold bar Bungamas 100 gram keluaran Public Gold. Selagi emas ini ada di tangan, penyimpan emas tidak akan jatuh lingkup. Hatta berlaku peperangan sekalipun, kekayaannya masih selamat.

Sesiapa yang simpan kekayaannya dalam bentuk emas, kekayaan dia selamat. Sebelum fikir untung, sepatutnya kena fikir untuk selamatkan simpanan itu dulu. Biar selamat dulu, untung itu nombor 2. Banyak orang fikir untung dulu, tapi akhirnya duit dia habis lebur dalam pelaburan!

Pengalaman saya selama 10 tahun menulis artikel tentang kewangan di blog ini dan mendapat feedback dari pembaca, saya boleh buat satu kesimpulan penting, iaitu banyak orang sebenarnya akan jadi lebih kaya kalau dia tidak melabur! Ya, betul. Tidak melabur itu akan menjadikan dia lebih kaya sebab duit dia telahpun banyak lebur dalam pelaburan disebabkan tidak ada ilmu. Bak kata pepatah, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”…

Bukan Emas Yang Membuatkan Kita Kaya

Maka dengan adanya Public Gold hari ini, ia membantu masyarakat menyelamatkan kekayaan mereka. Public Gold bukan sahaja syarikat yang menjual emas, tetapi Public Gold juga menyediakan platform percuma (free) untuk masyarat belajar tentang emas.

Kebanyakkan feedback yang saya terima, majoriti yang rajin datang belajar di seminar-seminar percuma (free) anjuran Public Gold, akhirnya kewangan mereka jauh lebih baik. Kalau dulu susah nak menyimpan dana kecemasan berjumlah 3 bulan gaji, sekurang-kurangnya dengan emas dan ilmu mereka dapat tentang emas, simpanan emas mereka sudah lebih 3 bulan gaji!

Alhamdulillah.

Di bawah ini sebahagian catatan pengalaman pertama saya ke Indonesia sempena pembukaan Public Gold Indonesia pada hujung tahun 2016. Ketika itu, kantor (office) Public Gold Indonesia masih lagi dalam proses renovasi.

Zulkifli
Cyberjaya, Selangor (Malaysia)
15 September 2018
4 Muharram 1440H

11 Comments

  1. Saya pegang kata-kata Robert Kiyosaki yang emas adalah ciptaan tuhan untuk manusia.

    Didalam Al Quran cukup jelas sebut supaya keluar zakat emas dan perak apabila cukup syarat-syaratnya.

    Instrumen kewangan lain juga penting untuk kegunaan transaksi harian sejak emas bukan lagi dijadikan matawang tetapi emas tidak boleh dilupakan sebab ia sentiasa evergreen.

  2. mmg betul…saya mula beli dan kumpul emas kalo x silap sejak 2013…walaupon x konsisten tetapi ada jugak beli dan simpan…yg pelik saya sayang nak jual emas tu…sbbkan sayang, saya kumpul lagi dan duit saya dlm bentuk emas tak berkurang…hehe..kalo duit kertas, mmg dah lama belanja..

    aura emas..kena mula baru tahu aura nya…. !

    1. Alhamdulillah. Aura emas. Naluri kita pada emas berbeza dengan wang kertas. Naluri pada emas adalah untuk disimpan, dan dikumpul banyak-banyak. Naluri pada wang kertas untuk dibelanjakan. Sebab tu bila simpan duit kertas, susah nak kumpul sampai banyak.

  3. Assalamualaikum Encik Zulkifli ,

    Kisah benar.

    Wang dalam simpanan kawan saya habis dibelanjakan orang lain ( disonglap ) tapi emasnya dalam GAP masih selamat atas advise saya . alhamdulillah . Saya tidak nasihatkan dia menjual even harga tinggi , kerana dia tidak terdesak . itu nasihat saya. alhamdulillah dia sgt berterima kasih dengan saya.

  4. Assalamualaikum En. Zul,

    Terima kasih kerana menulis blog yang amat berguna kepada masyarakat. Saya mula menemui blog ini pada penghujung tahun 2015, semasa itu saya baru mendapat kerja tetap dan setelah hampir setahun menimba ilmu dari blog ini untuk pengurusan kewangan, saya mengambil keputusan untuk memulakan akaun gap iaitu pada July 2017 (agak terlewat kerana perniagaan suami saya agak merudum akibat ketidakstabilan ekonomi dan persaingan perniagaan-akibatnya wang gaji saya terpaksa menampung komitmen perniagaan & keluarga). Alhamdulillah saya sedaya mungkin cuba mengamalkan 1 bulan 1 gram, membuat penstrukturan perancangan kewangan keluarga dan setelah berlalu setahun, saya berjaya mengumpul lebih daripada itu. Alhamdulillah syukur. Lebih mengembirakan ialah atas komitmen kepada nasihat dalam blog ini, pada ogos 2018, saya menyelesaikan satu hutang terbesar saya dan InshaAllah satu hutang kereta lagi akan langsai dalam masa 8 bulan. Melalui nasihat dan panduan blog ini saya bukan sahaja dapat membayar komitmen bulanan tanpa tunggakan malah dapat membuat tabungan keluarga. Alhamdulillah.

    Semoga Allah membalas jasa dan memberi kelapangan kepada En. Zul untuk terus menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

    Jazakallahu khair.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *