Kenapa Saya Pilih Emas Public Gold?

Banyak maklum balas tentang artikel “Kenapa Saya Tinggalkan Public Gold” oleh Sdr. Alif Nordin. Ramai yang tanya saya tentang artikel tu. Dulu saya pernah baca dan teliti artikel asal beliau. Tapi sekarang saya tak jumpa artikel asal dari blog peribadi beliau sendiri. Yang ada cuma yang di copy-paste sahaja.

Sebelum saya jawab dakwaan Sdr. Alif Nordin, saya perkenalkan dulu diri saya. Saya adalah Master Dealer Public Gold yang aktif. Semasa pertama kali saya baca artikel asal di blog beliau, masa tu saya hanya seorang Priority Dealer. Saya join Public Gold pada bulan Oktober 2010, bukan sebab nak berniaga emas tapi sebab nak simpan emas untuk diri sendiri jer. Banyak syarikat yang saya kaji pada waktu tu, saya nampak Public Gold syarikat terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia sebab “senang beli, senang jual, dan untung maksimum” berbanding emas-emas lain yang ada di pasaran. Sampai ke saat saya tulis artikel ini pun, saya masih yakin Public Gold adalah yang terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia.

10 Kelebihan Emas Public Gold

Sebabnya ada 10 kelebihan utama emas Public Gold sebagaimana saya terangkan dalam artikel “10 Kelebihan Utama Emas Public Gold”. Tapi secara ringkasnya;

  1. Harganya lebih rendah dalam RM15 – RM20 segram berbanding kedai emas
  2. Susut nilainya antara terendah di pasaran – cepat untung
  3. Stok tiada had – nak beli berapa banyak pun boleh
  4. Banyak cawangan di seluruh Malaysia – senang urusan jual beli
  5. Jaminan beli balik walaupun calar, kemek atau bengkok – lebih peace of mind
  6. Diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia – senang pajak untuk dapatkan pinjaman
  7. Sistem booking harga 24 jam sehari – senang dapatkan harga terbaik
  8. Keupayaan beli balik dalam jumlah yang besar
  9. Emas yang disertakan sijil pengesahan tulen oleh badan bebas
  10. Tiada yuran sebenar menjadi ejen

Kenapa Saya Berniaga Emas Public Gold?

SIP Public Gold TokyoWalaupun niat asal saya hanya untuk menyimpan emas sendiri jer dulu, tapi akhirnya saya buat keputusan untuk educate orang lain tentang pelaburan emas yang betul i.e. berniaga emas sambil menyimpan. Sebabnya saya nampak ramai kawan-kawan membuat kesilapan-kesilapan yang merugikan dalam pelaburan emas. Kalau dia tahu, kesilapan begitu boleh dielakkan. Alhamdulillah, dalam kesibukan mendidik orang ramai tentang emas, sedar tak sedar, saya qualify sebagai Master Dealer pada Januari 2012 dan menjadi salah seorang daripada top dealer Public Gold di Malaysia buat masa ni. Alhamdulillah.

Berbalik kepada artikel Sdr. Alif Nordin, saya faham apa yang dimaksudkan beliau sebab saya bukan sahaja pembeli emas Public Gold, tapi saya juga Master Dealer yang aktif dan sentiasa dipanggil untuk sertai mesyuarat bersama Management Public Gold di HQ Penang. Dan saya dah consult ratusan pelabur emas di Malaysia sejak 2 tahun lepas. Ada yang untung, dan ada yang rugi.

Market Down, Dalam Kerugian Ada Peluang

Yang rugi hanyalah disebabkan harga emas bergerak mendatar pada tahun 2012 dan menjunam pada April – Jun 2013. Ia memang di luar jangkaan mana-mana pakar analisis teknikal harga emas. Bukan sahaja emas Public Gold, bahkan kesemua pembeli emas seluruh dunia pun rugi. Samalah dengan apa-apa pelaburan sekalipun, bila market down, semua orang akan rugi kecuali mereka yang simpan emas tu untuk jangka panjang macam saya.

gold bar 20 gram public goldMarket down macam mana pun, emas tetap emas, dan ia tetap tulen. Ia tak berkurangan walaupun 1 gram.

Dan bila market down, inilah juga PELUANG untuk mereka yang baru nak beli atau nak tambah pelaburan. Bagi sesiapa yang beli pada April – Jun 2013, mereka dah boleh jual emas tu hari ni dan mendapat untung. Hakikatnya, penyimpan emas tak akan rugi sebab sifat emas tu sendiri adalah penyimpan nilai yang ampuh zaman berzaman. Emas akan sentiasa mahal dan sentiasa bernilai, bukan macam saham dan duit kertas yang kita simpan sebagai pelaburan yang sentiasa susut di makan inflasi dan foreign exchange yang tidak adil.

4 Dakwaan Tentang Public Gold

Saya nampak kekecewaan Sdr. Alif Nordin adalah dari pespektif beliau sebagai dealer (peniaga emas), bukan sebagai pelabur. Tak ada apa-apa kekecewaan yang ditulis oleh Sdr. Alif Nordin tentang peluang ‘pelaburan’ emas yang ditawarkan oleh Public Gold. Beliau tak menafikan Public Gold adalah platform terbaik untuk PELABUR emas di Malaysia.

Saya rasa saya faham kekecewaan beliau sebab pada peringkat awal, saya pun pernah terfikir isu yang beliau bangkitkan. Dan saya selalu salurkan apa yang saya fikirkan melalui Master Dealer yang mempunyai akses terus kepada Management Public Gold. Dan ini jawapan ringkas saya tentang dakwaan beliau:

Dakwaan #1 – Business Model Jangka Panjang Menguntungkan Syarikat, Tetapi Tidak Bagi Dealer

Public Gold memang mengembangkan bisnesnya secara agresif dengan membuka banyak cawangan di seluruh Malaysia. Sehingga saat saya tulis artikel ni, Public Gold dah ada 18 cawangan. Terbaru, Public Gold dah buka cawangan di Singapore. Memang ini memudahkan semua pembeli emas Public Gold dan tak perlu terlalu bergantung kepada dealer yang komitmennya boleh bersifat “on-and-off”. Kalau dealer dah tak aktif pun, pembeli emas Public Gold tak perlu risau. Dia boleh terus jer ke office Public Gold untuk beli atau jual balik emas tu. Tak perlu risau lagi kat mana nak jual emas tu nanti.

Trip Public Gold ke Cape Town 2013Cawangan yang banyak memudahkan dealer kembangkan bisnes masing-masing.

Customer Datang Beli Walk-in Dari Public Gold

Apa yang mengecewakan Sdr. Alif Nordin ialah customer boleh datang terus beli emas di office Public Gold tanpa melalui dealer. Maksudnya, dealer akan ‘terlepas’ peluang dapat komisyen.

Tapi polisi Public Gold sekarang, setiap customer yang datang walk-in, staff akan tanya dari mana dia dapat tahu tentang Public Gold. Staff akan kenalpasti siapa dealer yang customer tu maksudkan dan letakkan dealer tu sebagai introducer – dan dealer mendapat komisyen. Ramai customer yang contact saya memang menyesal sebab dia tak letakkan sesiapa sebagai introducer (dealer) waktu walk-in, sebab dia seolah-olah lahir ke dunia Public Gold tanpa ibu ayah yang boleh membantu bila dia memerlukan. Padahal tak ada apa-apa additional cost untuk letakkan sesiapa sebagai introducer (dealer). Kalau dia ada dealer, at least dia ada seseorang yang mempunyai komitmen untuk bagi free guidance.

Cawangan Banyak, Dealer Untung Besar

Dari sudut bisnes, saya sangat suka bila Public Gold buka banyak cawangan. Ia bukan merugikan, bahkan menguntungkan dealer sebab customer boleh beli emas Public Gold di mana-mana seluruh Malaysia, dan meletakkan dealer sebagai dia punya introducer. Dealer tak perlu ke hulu ke hilir hantarkan emas. Ia memang berisiko bukan sahaja kepada dealer, tetapi kepada customer tu sendiri. Berapa banyak kes yang saya jumpa customer ditipu oleh AUTHORISED dealer. Duit dah dibayar, tapi dealer tu ghaib! Bila banyak cawangan, customer selamat, dealer pun untung. Alhamdulillah.

Dakwaan #2 – Komisyen Yang Sangat Sedikit, Iaitu Cuma 2%

Memang betul, komisyen Public Gold cuma 1% – 2% jer. Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5%, dan Master Dealer 2%. Memang sikit. Tapi alasan paling utama komisyen sikit sebab Public Gold nak kekalkan susut nilai (spread) rendah demi keuntungan pelabur.

Dah ramai orang offer saya jadi dealer company lain sebab komisyen besar katanya, tapi saya tak sanggup ‘tipu’ pelabur membeli emas hanya semata-mata nak kaut komisyen yang besar. Syarikat yang menawarkan komisyen besar kebanyakkannya susut nilai (spread) emasnya pun besar! Dan confirm ia merugikan pelabur. Anda boleh cek perbandingan susut nilai antara pengeluar emas di Malaysia di artikel saya “Perbandingan Susut Nilai Emas di Malaysia”.

gold bar emas public gold 250 gram susut nilai rendahSusut nilai emas Public Gold serendah 4.5%. Harga emas naik 5%, pelabur untung 0.5%.

Komisyen Dealer Tinggi, Pelabur Rugi

Biasanya dealer syarikat yang “susut nilai” tinggi tak akan highlight kepentingan memilih emas yang susut nilainya rendah sedangkan “susut nilai” antara perkara yang paling utama kena cek sebelum beli mana-mana emas bagi tujuan PELABURAN. Kalau anda beli emas dan tak fikir untuk jual balik suatu hari nanti, maka “susut nilai” tak penting tapi majoritinya beli emas sebab nak jual pada harga tinggi. Buy low, sell high. Bukan sikit yang mengadu, katanya rasa ‘tertipu’ beli emas yang susut nilainya tinggi. Mereka hanya sedar bila nak jual balik emas tu (bila nak pakai duit)! Pendek kata, kalau pelabur emas Public Gold setahun dua dah boleh untung, emas yang susut nilai tinggi perlu tunggu 4 – 5 tahun baru untung!

Komisyen Rendah, Volume Jualan Tinggi

Pengalaman saya, walaupun komisyen cuma 2%, tapi volume jualan sangat besar sebab Public Gold menguntungkan pelabur. Bila benda baik, orang akan bercakap. Ia jadi word-of-mouth di kalangan pelabur emas di Malaysia. Dan akhir sekali, bisnes dealer akan besar bila orang tahu Public Gold adalah yang terbaik – menguntungkan pelabur. Kalau anda ada kawan facebook yang berniaga emas Public Gold, anda boleh tengok mereka ni asyik “kecoh” jer. Harga emas turun sikit dah heboh suruh beli. Harga emas naik sikit pun dah kecoh suruh jual balik dan dapat untung. Sebabnya, susut nilai Public Gold sangat rendah dan menguntungkan pelabur.

Dakwaan #3 – Tak Boleh Promote Produk Syarikat Lain

Memang betul. Public Gold tak benarkan promote syarikat lain. Bukan sahaja Public Gold, bahkan hampir kesemua syarikat marketing lain pun tak benarkan ejen promote produk pesaing. Ini diamalkan oleh hampir kesemua syarikat marketing yang bereputasi samada Direct Selling, Insuran dan Takaful, ataupun Unit Trust. Ini adalah etika perniagaan yang baik.

Bukan sahaja etika, bahkan ia penting untuk kemajuan dealer tu sendiri.

Saya tak pernah jumpa orang yang berjaya dalam perniagaan emas (dan syarikat marketing lain) yang promote 2, 3 syarikat sekaligus. Yang ada cuma hidup segan mati tak mahu. Siapa nak percaya dealer yang komitmennya berbelah bahagi? Dari sudut bisnes, cara macam tu akan melemahkan jenama dealer tu sendiri dan membuatkan customer pun jadi confuse.

Fokus pilih hanya Public Gold

Cara yang lebih betul bagi saya ialah, pilih mana-mana syarikat yang kita rasa terbaik. Pendek kata, kalau tak jadi dealer pun, memang kita akan jadi customer syarikat tu. Kemudian, barulah jadi ejen syarikat tu dengan penuh komitmen. Baru bisnes akan maju sebab saya percaya, setiap syarikat ada kelebihannya masing-masing. Asalkan kita percaya ianya terbaik untuk customer (bukan poket kita), insyaAllah kita boleh buat duit dengan senang hati.

Dakwaan #4 – Sistem Pengurusan Komisyen Yang Tidak Telus

Sebelum Disember 2011 dulu, memang dealer susah keep track jualan sebab ordering system dulu adalah manual. Samada call, sms, ataupun email. Ordering system dulu agak kelam kabut. Banyak kes saya order melalui email dan sms tapi Public Gold tak keluarkan Sales Order hinggalah saya buat follow-up. Jadi bila terima komisyen, dealer terimalah seadanya. Kalau dealer tak rekodkan jualan secara peribadi, memang tak boleh trace kalau-kalau ada komisyen yang tertinggal.

Tapi sejak 2012, boleh dikatakan hampir kesemua order dibuat secara online dan boleh disemak di website Public Gold. Bila dapat komisyen, dealer boleh keep track kalau-kalau ada komisyen yang tertinggal. Tapi saya sendiri belum pernah jumpa kes Public Gold tak bayar komisyen. Public Gold is getting better and better. Cuma masa jer yang kita perlu bersabar.

semak rekod jualan bisnes public goldSenang. Boleh semak rekod jualan secara online jer.

Sekarang ni, bukan sahaja dealer yang boleh place order sendiri, bahkan customer pun boleh register dan place order sendiri secara online. Ini memang memudahkan customer. Customer cuma contact dealer untuk consultation, dan boleh beli sendiri emas pada bila-bila masa pada harga yang dia rasa paling cun tanpa perlu menunggu dealer.

Public Gold Sedia Mendengar

Itulah penjelasan ringkas saya tentang dakwaan Sdr. Alif Nordin. Saya rasa Public Gold telahpun ambil perhatian atas dakwaan beliau sebab pengalaman saya, Dato’ Louis (Pengasas Public Gold) adalah seorang yang baik hati dan sentiasa bersedia untuk mendengar. Beliau buktikan komitmen beliau untuk membantu dealer dan customer Public Gold dengan memanggil top Master Dealer Public Gold seluruh Malaysia untuk bermesyuarat setiap 3 bulan sekali di HQ Penang. Bukan sahaja meeting, Public Gold wujudkan juga official group WeChat yang disertai oleh Management Team (termasuk Dato’ Louis) sendiri bersama dengan Top Master Dealer yang komited untuk meningkatkan komunikasi dua hala. Komitmen dan servis Public Gold untuk dealer bagi saya adalah “tip-top”. Bukan nak memuji, tapi itu realiti yang saya sendiri lalui.

Master Deaer Forum Public Gold April 2013Master Dealer Forum diadakan 3 bulan sekali sebagai ruang komunikasi 2 hala secara formal antara wakil dealer dan Management Public Gold. Hasil perbincangan akan direkod dan dikeluarkan minit mesyuarat.

Komitmen begini bagi saya akan memajukan lagi Public Gold sebagai platform terbaik pelaburan emas fizikal di Malaysia. Dan sudah tentu akan menguntungkan dealer dan pelabur emas. Ia menjadikan emas Public Gold senang dibeli, senang dijual, dan untungnya maksimum, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
21 September 2013
16 Zulkaedah 1434