Kos Naik Haji Turun 80% Jika Dibayar Dengan Emas!
Pertama kali terbaca satu poster yang tersebar di internet pada tahun 2010 yang mengatakan kos naik haji semakin murah, saya agak excited tapi tak ambil peduli sangat sebab poster itu ditulis dalam bahasa Indonesia. Saya fikir, mungkin fakta itu hanya betul mengikut situasi di Indonesia, tidak di Malaysia. Tetapi lepas hadiri seminar yang disampaikan oleh Pak Herru Wijayadie, iaitu seorang dealer Public Gold Indonesia di bawah mentorship saya, saya rasa sangat excited dan nak buat kajian terperinci dalam konteks di Malaysia.
Lepas beberapa bulan balik dari Jakarta, saya pun terlupa lagi. Sehinggalah seorang dealer Public Gold di bawah mentorship saya di Malaysia buat posting di Facebook tentang kos pergi haji di Malaysia tahun 2017 lebih rendah berbanding tahun 2000, maka saya pun rasa tak tahan. Saya mesti buat kajian lebih terperinci.
Kos Haji Turun 80% Lepas 30 Tahun!
Maka bila saya semak sendiri berita-berita lama tentang kos menunaikan haji untuk jemaah di Malaysia, memang betul ianya semakin menurun. Bahkan lebih mengejutkan, kos menunaikan haji jemaah Malaysia turun sebanyak 80% dalam tempoh 30 tahun kalau ianya dibayar dengan emas!
Ini fakta yang saya dapat:
Pada tahun 1998, kos menunaikan haji untuk jemaah dari Malaysia ialah sebanyak 267 gram emas, tetapi pada tahun 2017 (iaitu selepas 20 tahun), kos menunaikan haji menurun kepada 56 gram emas sahaja! Penurunan sekitar 80%! Fakta ini benar-benar mengejutkan saya.
1998 – RM8,000 (RM30/g) = 267 gram
1999 – RM8,131 (RM35/g) = 232 gram
2000 – RM8,585 (RM38/g) = 225 gram
2002 – RM9,445 (RM42/g) = 224 gram
2011 – RM9,980 (RM147/g) = 68 gram
2017 – RM9,980 (RM180/g) = 56 gram
Simpan 60 Gram Emas Sebagai Dana Haji
Jadi siapa nak buat simpanan pergi haji, simpan dalam bentuk emas jauh lebih baik daripada simpan dalam bentuk tunai di bank. Berdasarkan fakta ini, siapa simpan emas akan lebih cepat mampu pergi haji berbanding yang simpan dalam bentuk duit kertas.
Saya syorkan, letak target simpan 60 gram emas sebagai Dana Haji. Simpan 1 gram 1 bulan dari sekarang, lagi 5 tahun simpanan tu akan cukup 60 gram. Kalau stastik menunjukkan kos haji semakin murah kalau dibayar dengan emas, maka saya percaya, nilai 60 gram emas tu cukup untuk pergi haji lepas 5 tahun akan datang, insyaAllah.
Tapi kalau tempoh giliran pergi haji masih panjang, teruskan simpan sahaja 1 gram 1 bulan sebagai Dana Haji. Saya diberitahu oleh sahabat saya yang biasa bawa jemaah haji katanya, kalau ada RM40,000, boleh pergi sendiri jer. Tak perlu tunggu giliran yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Maksudnya kalau Dana Haji yang disimpan dalam bentuk emas itu dah cukup 230 gram hari ini (iaitu bersamaan nilai RM40,000), dah boleh pergi sendiri tanpa perlu tunggu giliran yang ditetapkan oleh Tabung Haji, insyaAllah.
Cara Termudah Simpan Emas
Bagi yang nak menyimpan emas 1 gram 1 bulan sebagai Dana Haji, cara paling murah dan paling mudah di Malaysia ialah melalui Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) yang ditawarkan oleh Public Gold. Boleh beli secara online sahaja setiap bulan tanpa perlu keluar rumah. Emas itu nanti boleh dikeluarkan untuk disimpan sendiri pada bila-bila masa (kalau nak pegang emas tu sendiri).
Dan yang paling penting, kaedah simpanan ini telahpun disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors yang diketuai oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Syariah bagi Bank Negara Malaysia (BNM).
Sebarang persoalan tentang simpanan emas, boleh wassap saya atau isteri saya pada bila-bila masa di +6019-336 8009 (Zulkifli) atau +019-927 2789 (Najdah). Kami adalah dealer Public Gold yang aktif sejak 2010 sehingga sekarang.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
12 Julai 2017
18 Syawal 1438H
Sumber rujukan : (1) Utusan Malaysia - Tabung Haji disaran turun kos naik haji (2) Mstar - Kos haji kekal, bilik lebih besar (3) Gold Price History (4) Index Mundi - Gold Monthly Price - Malaysian Ringgit per Troy ounce
