Amimah-Mohammad-Ayub

Amimah Mohammad Ayub & Nik Firdaus Nik Mahmod

PG GROUP Platform Terbaik Untuk Kami Capai Status Bebas Kewangan

Saya Amimah binti Mohammad Ayub atau lebih dikenali sebagai Amimah Ayub (AA) dalam keluarga bisnes Public Gold. Saya dan suami, Nik Firdaus bin Nik Mahmod mula berkongsi secara aktif tentang kepentingan dan manfaat simpanan emas kepada umum sejak tahun 2018.

Saya telah mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Sains Gunaan (Kimia Analisis) dan seterusnya Ijazah Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pendidikan Sains. Manakala suami saya pula merupakan graduan dari Universiti Teknologi Malaysia dan mendapat Ijazah Sarjana dari Universiti Tun Hussein Onn dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik.

Berkahwin pada tahun 2009, alhamdulillah kami telah dikurniakan 4 orang cahaya mata soleh dan solehah dan cahaya mata yang kelima bakal lahir pada Oktober ini, inshaAllah. Rakan Guru Senior Sarankan Simpan Emas

Emas bukan sesuatu yang asing bagi saya. Sejak kecil ibu saya selalu membawa saya ke kedai emas yang berdekatan dengan rumah kami. Kekerapan itu boleh diukur dengan status pelanggan VIP yang ibu saya peroleh daripada tauke kedai tersebut. Walaupun saya boleh dianggap ‘best friend’ kepada ibu saya bila beli emas, namun saya tidak pernah faham mengapa ibu saya kerap membeli emas. Lebih parah, saya pernah hilangkan emas yang ibu saya berikan kepada saya untuk pakai tanpa rasa bersalah!

Setelah berkerjaya, ada seorang guru senior telah nasihatkan saya untuk simpan emas. Pada masa itu, perkara pertama yang ada dalam fikiran saya adalah, emas kan mahal, mana saya mampu! Ya lah, pada masa itu nak beli emas perlu ada sejumlah duit yang banyak. Namun, kata-kata guru tersebut telah buat saya berfikir dan mengambil tindakan untuk mengasingkan sebahagian gaji bulanan selama 3-4 bulan untuk ditukarkan ke dalam bentuk emas. 

Cara ini berkesan untuk saya! Saya telah menjadi pengumpul emas tanpa sedar. Namun, saya tiada ilmu tentang cara untuk memanfaatkannya.

Inginkan ‘Pipeline” Pendapatan Pasif

Sehinggalah pada satu ketika saya memikirkan tentang rutin kehidupan saya. Keluar pintu rumah, masuk pintu tempat kerja kemudian buka pintu rumah semula. Itu tiga rutin utama saya sejak dari mula memegang jawatan sebagai R&D Chemist di sebuah MNC selepas habis belajar hinggalah menjadi Guru Cemerlang Kimia sekarang. Habis semua tenaga dan semangat yang ada di tempat kerja. Pulang ke rumah, yang tinggal hanya sisa kudrat yang ada.

Semasa masih bujang saya rasa itu rutin yang normal. Pasti semua orang pun lalui perkara yang sama. Namun, apabila saya sudah berkeluarga dan mempunyai zuriat saya mula bermonolog, “Alangkah indahnya jika aku mampu untuk ada masa berkualiti yang cukup bersama mereka.”

Saya mula meninjau peluang-peluang untuk menambah ‘pipeline income’ yang ada di sekeliling saya. Pelbagai bisnes ikut musim yang saya telah cuba. Namun semua hanya lebih kepada untuk mencapai sales sahaja tanpa bimbingan yang betul. Akibatnya, saya banyak langgar dinding.

Semasa saya mendapat kunci rumah baru, saya merancang untuk terus ubahsuai sebelum masuk. Proses tersebut memerlukan kos yang besar dan pada masa itu kami tiada wang lebihan yang cukup. Suami saya memberi idea untuk manfaatkan emas yang kami telah simpan sejak awal perkahwinan untuk menampung kos ubahsuai. 

Apabila ke Ar Rahnu, alhamdulillah cukup! Gembiranya saya, duit dapat, rumah siap dan emas pun masih ada. Inilah turning point utama yang membuka mata saya tentang emas dan peluang untuk membina pendapatan pasif melalui bisnes emas di platform PG Group.

Apabila Cabaran Dianggap Sebagai Peluang

Seorang rakan saya pernah berpesan, “Nanti kalau ada rezeki sambung belajar, masa tu jangan terjebak dengan apa-apa tawaran bisnes yang datang.” 

Rezeki Allah, saya mendapat tawaran untuk sambung belajar di peringkat Sarjana pada September 2017. Sedang semangat belajar berkobar-kobar, saya mendapat tawaran kenaikan pangkat pada Februari 2018 yang memerlukan saya untuk berpindah pusat dan PJJ dengan suami dan anak-anak saya. Tambahan, pada masa itu saya sedang sarat mengandungkan anak yang keempat. Jadi berkelanalah kami 2 beranak di tempat baharu.

Dengan cabaran yang sedia ada tersebut, Allah gerakkan hati saya untuk tahu lebih lanjut tentang peluang yang ada di Public Gold selain menyimpan emas pada April 2018. Setelah diberi penerangan, saya telah menjadi dealer sah Public Gold secara rasmi. 

Pada masa itu, rasa seperti ada banyak batu berat di atas kepala saya. Semua perlu jalan serentak jika saya nak capai apa yang saya impikan dengan cepat. Saya jalan terus! Pegang kuat pada kata-kata keramat nenda saya dalam bisnes, Ustazah Norazah; “Buat benda betul dengan sabar.”

Walaupun pada mulanya ia kelihatan sangat sukar, alhamdulillah satu persatu kejayaan dicapai dari segi kerjaya, pendidikan dan bisnes. Perkara yang paling memberi kesan adalah, sistem pendidikan yang ada dari PG Group mampu membantu saya untuk membina diri sendiri lebih daripada sekadar menebalkan poket.

Arigatou gozaimasu!

Jazakumullahukhairankathira buat anak-anak yang menjadi asbab untuk kami mencari jalan keluar daripada kepompong kehidupan orang ‘biasa-biasa’ dan seterusnya menggali potensi sebenar yang ada dalam diri kami untuk menjadi orang yang luar biasa. Seterusnya, doa mustajab daripada ibu, ayah dan ahli keluarga tersayang juga sentiasa menjadi pemangkin untuk kami terus memberi manfaat kepada masyarakat umum. Asbab doa inilah kami mampu untuk menggapai kejayaan sehingga ke tahap ini.

Sekalung penghargaan juga buat founder Public Gold Dato’ Wira Louis Ng & Datin Wira Yvonne Lim serta mentor G100 Network, Tn Mohd Zulkifli Shafie & Pn Najdah Hussain, Mahaguru Syukor Hashim & Pn Jonaina Nordin dan Tn Syarif Jamil & Pn Syamimi Nur Aqila yang sentiasa menyiram kami dengan ilmu yang terbukti berkesan dan menyediakan kami landasan untuk kami terus terbang tinggi.

Buat semua sahabat dealer G100,  para penyimpan emas di bawah bimbingan kami dan keluarga besar G100, teruskan menyebar manfaat tentang simpanan emas di platform Public Gold yang paling dipercayai ini. Kami yakin dengan sistem ilmu dan kepimpinan mentor sedia ada mampu membawa kita semua menjadi barisan hadapan yang hebat dalam dunia emas & pengurusan kewangan.

With PG1S, Success is Predictable!

Pendaftaran sudah penuh.