Mohd Zulkifli Shafie

Mohd Zulkifli & Najdah


Bisnes PG Memberi Jaminan Masa Depan Buat Isteri dan Anak-anak Saya

Bermula sekadar simpan emas untuk diri sendiri, saya tak sangka akhirnya Public Gold dapat memberi jaminan kewangan buat isteri dan anak-anak saya.

Pada tahun 2010, saya tertarik untuk beli emas sekadar untuk selamatkan duit simpanan yang selama ini hanya menyimpan dalam Tabung Haji. Tetapi bila sedar nilai duit kertas semakin lama semakin kecil (walaupun nombornya masih sama), saya tukarkan sebahagian besar wang simpanan saya kepada emas Public Gold.

Belian pertama saya sekitar RM20,000 sekaligus melayakkan saya mendapat status sebagai dealer Public Gold, walaupun saya sebenarnya tak berminat untuk jadi dealer. 

Tak Berminat Jadi Dealer

Ketika itu saya lihat, komisyen dealer hanyalah 1% – 2%. Ia komisyen paling kecil yang pernah saya tahu berbanding mana-mana produk kewangan. Saya fikir, ianya tak berbaloi. Tambahan pula, saya sememangnya mempunyai bisnes lain disamping kerjaya saya sebagai seorang Akauntan Bertauliah.

Walaupun tak berminat menjalankan bisnes PG, saya sangat percaya emas adalah salah satu bentuk simpanan yang sangat bagus, yang setiap orang patut menyimpannya.

Bila dah mula menyimpan emas, saya jadi ‘ketagih’ untuk menyimpan. Saya dapati, ini ‘ketagihan’ yang sangat bagus. Ia akan membuatkan jumlah simpanan kita meningkat dengan cepat. Dan saya fikir, ini boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan orang, iaitu kerja bertahun-tahun, tapi duit simpanan kecemasan (berjumlah 3 bulan gaji) pun belum ada!

Jadi saya mula menyarankan orang ramai menyimpan emas melalui blog saya www.mohdzulkifli.com. Saya mahu pandaikan orang lain tentang emas, dan ajar bagaimana nak berjual-beli terus dengan Public Gold.

Sedar Potensi Pendapatan Pasif

Ketika itu barulah saya sedar, Public Gold menawarkan jaminan pendapatan kepada dealer yang memandaikan customer masing-masing tentang emas. Setiap pembelian daripada customer yang saya berdaftar di bawah dealership saya, PG membayar pendapatan berbentuk “royalti” seumur hidup.

Maksudnya, PG memberi peluang saya menjadi pemilik bisnes tanpa modal, tanpa perlu buka kedai sendiri, tanpa perlu membayar gaji pekerja, dan tanpa perlu waktu yang khusus. Saya boleh membina bisnes pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ia sangat ideal bagi saya yang ketika itu sangat sibuk dengan kerjaya, aktiviti kemasyarakatan dan juga mempunyai anak-anak kecil yang ramai.

Alhamdulillah, dengan mendidik masyarakat tentang emas dan kewangan hanya melalui blog (pada ketika itu), saya dapati pendapatan pasif saya kian meningkat dari bulan ke bulan. Dan akhirnya setelah 3 tahun, pendapatan pasif itu dapat menggantikan gaji daripada kerjaya saya sebagai seorang Akauntan.

Bermula niat mendidik masyarakat tentang kepentingan emas dalam mengukuhkan kewangan, akhirnya ia jadi sumber pendapatan yang kukuh untuk kami sekeluarga.

Setelah meletakkan jawatan pada Disember 2013, saya berehat selama hampir 2 tahun. Saya hanya duduk di rumah dan terus memberikan bimbingan tentang simpanan emas secara online. Pendapatan pasif yang saya terima berlipat kali ganda walaupun saya hanya ‘berehat’ di rumah selama 2 tahun.

Hidup saya benar-benar berubah hasil pendapatan pasif daripada bisnes PG.

Menikmati Hidup Seorang Yang Bebas

Selain daripada pendapatan pasif, saya dan isteri diberi percutian honey-moon percuma ke luar negara dengan layanan VVIP oleh PG. Antaranya ke Cape Town (Afrika Selatan), Jepun, Turki, Switzerland, Jerman, Spanyol, Iceland, Balkan, New Zealand, dan Russia.

Kehidupan kami sekeluarga sungguh selesa.

Mempunyai kebebasan masa dan wang. Kami boleh buat apa yang kami suka pada bila-bila masa tanpa dikongkong oleh sesiapa. Setiap hari adalah hari cuti bagi kami. Tak ada beza bagi kami antara hari Ahad, hari perayaan atau Isnin (hari bekerja) sejak tahun 2014.

Selain daripada pendapatan yang lumayan dan mempunyai kebebasan masa, apa yang lebih penting ialah kami mendapat jaminan pendapatan. Kalau apa-apa terjadi kepada saya, bisnes ini boleh diwarisi kepada isteri dan anak-anak saya.

Pendapatan Meningkat Walaupun Saat Musibah

Ianya telahpun terbukti di mana telah terjadi musibah kepada saya selama 2 tahun, iaitu saya dipenjarakan gara-gara sedekah RM200. Selama 2 tahun, saya dan isteri langsung tak dapat menjalankan bisnes. Itu adalah tempoh paling perit dalam hidup kami. 

2019 dan 2020 adalah tahun kesedihan bagi kami.

Walaupun begitu, bisnes yang kami bina sebelum itu tak hilang begitu sahaja. Bahkan ia berkembang berlipat-kali ganda saiznya, dan pendapatan pasif kami meningkat di luar jangkaan kami. Walaupun dilanda kesusahan dan kesedihan, kami tak mempunyai masalah dari sudut kewangan.

Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah yang mengurniakan rezeki dari jalan yang tidak kami sangka-sangka.

Setelah tahun musibah sudah pun berlalu, tahun 2021 adalah fasa baru dalam kehidupan kami suami isteri. Kami memasang cita-cita untuk melahirkan 1,000 Master Dealer (mencapai Financial Freedom) menjelang tahun 2024, insyaAllah.

Setelah tahun musibah sudah pun berlalu, tahun 2021 adalah fasa baru dalam kehidupan kami suami isteri. Kami memasang cita-cita untuk melahirkan 1,000 Master Dealer (mencapai Financial Freedom) menjelang tahun 2024, insyaAllah.

Bisnes Public Gold memberikan jaminan pendapatan untuk isteri dan anak-anak saya. Alhamdulillah.

Jutaan Terima Kasih

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua customer PG yang mempercayai dealership kami, team G100 Network yang mempercayai kepimpinan kami, dan semua kakitangan PG dan semua yang terlibat memberikan sokongan kepada bisnes kami.

Jutaan terima kasih kepada best of the best sifu Mahaguru Syukor Hashim dan isteri yang memperkenalkan kepada peluang bisnes PG serta memberi bimbingan hingga saya mencapai ke tahap ini. Dan tentunya jutaan terima kasih kepada Dato Wira Louis Ng, Pengasas PG yang menyediakan peluang bisnes yang hebat ini.

Akhir sekali kami ucapkan jutaan terima kasih kepada anak-anak kami yang menjadi inspirasi untuk kami berjaya hingga ke hari ini, ibubapa dan mentua, serta ahli keluarga yang memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan kami.

Tanpa kalian semua, kami tak mampu capai apa yang kami capai pada hari ini. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa kalian semua kepada kami.

Kepada rakan dealer PG, teruskanlah perjuangan anda memandaikan masyarakat melalui platform yang disediakan oleh PG. Saya percaya, sesiapa sahaja boleh berjaya bersama PG. Asalkan mempunyai kemahuan yang tinggi, dan kesanggupan untuk belajar dan berusaha bersungguh-sungguh. 

See you at the top!