Dr. Syafiq

Syafiq Roslan

Latar Belakang

Nama diberi Mohd Syafiq bin Roslan, lahir dan dibesarkan di Tanjong Malim, Perak. Saya telah berumahtangga pada tahun 2015 dan telah dikurniakan sepasang anak. Saya merupakan seorang Doktor Perubatan dan telah berkhidmat sejak 2015. Namun pada Mei tahun 2022, saya telah mengorak langkah dan membuat keputusan untuk buat full time bisnes Public Gold.

Kenal Emas

Mula menyimpan emas pada tahun 2017 selepas membaca blog Mentor Mohd Zulkifli Shafie. Perjumpaan pertama saya bersama Mentor En. Mohd Zulkifli Shafie adalah semasa

saya menghadiri seminar emas percuma di Public Gold Ampang. Alhamdulilah saya sangat tertarik dengan penyampaian dan ilmu yang disampaikan oleh Mentor En. Zul dan terus mendaftar sebagai penyimpan emas Public Gold. Mengetahui tentang potensi bisnes emas Public Gold, saya terus membuat pembelian sebanyak RM5000 untuk melayakkan saya sebagai dealer Public Gold.

Mencari Bisnes Menambah Pendapatan

Pada April 2017 terbaca perkongsian rakan di media sosial berkaitan kelebihan menjadikan emas sebagai simpanan dan pelaburan. Antara platform cadangan untuk membeli emas adalah melalui Public Gold kerana adanya program Dealership iaitu menyimpan emas dan membuat bisnes dengan PublicGold tanpa perlu menyimpan dan menjual barang. Kebetulan memang saya mencari – cari apa bisnes yang patut saya buat untuk menambah pendapatan saya sebagai seorang doktor. Alhamdulillah, kini dengan Public Gold, saya telah meraih passive income 5 angka setiap bulan.

Detik Permulaan Bisnes Public Gold

Saya mengenali Mentor En. Zul pada awalnya melalui blog beliau. Penulisan yang menarik membuatkan saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang simpanan emas. Secara rasmi saya serius membuat promosi dan recruitment pada April 2017. Alhamdulillah sehingga sekarang saya telah membimbing lebih 1800 orang penyimpan emas secara personal dan mempunyai rangkaian lebih 30,000 orang penyimpan emas.

Permulaan Detik Positif Bersama Public Gold

Saya bermula sebagai penyimpan dan dealer Public Gold pada tahun 2017 waktu itu G100 Network masih belum ada lagi dan hampir semua dealer G100 Network bergerak dengan sendiri sahaja. Namun, dengan BIG WHY yang besar, saya terus fokus berkongsi ilmu emas sehinggalah saya berjaya menjadi Master Dealer pada tahun 2019. Alhamdulillah, sekarang saya sangat bersyukur dengan model latihan dan program perkongsian ilmu emas yang disediakan oleh G100 Network yang mudah faham dan cepat disesuaikan tidak kira latar belakang. Apa yang penting perlu ada keinginan untuk belajar dan berjaya.

“TERIMA KASIH PUBLIC GOLD, TERIMA KASIH G100NETWORK, TERIMA KASIH EN. ZUL”