Peluang Emas Public Gold Untuk Warga Singapore

Bulan April lepas, saya turun ke Singapore untuk melatih dealer emas Public Gold melalui Seminar Rahsia Dealer Emas (siri ke-6), dan mengendalikan Bengkel Emas dan Syariah (BEDS) bersama sahabat saya Ustaz Khairul Anuar Basri. Alhamdulillah, saya seronok berkenalan rapat dengan dealer-dealer di sana dan paling penting, saya dapat sedikit overview tentang potensi pelaburan yang ada di Singapore.

Ada tiga perkara dalam pemerhatian yang saya boleh kongsikan dan sedikit cadangan daripada saya; (1) kadar dividen ditawarkan oleh bank sangat-sangat rendah, rakyat Singapore tak perlu fikir dua kali untuk menyimpan emas, (2) kesedaran masyarakat tentang emas masih belum meluas seperti di Malaysia, perlu lebih banyak program kesedaran dianjurkan, dan (3) peluang pelaburan yang sangat terhad, mungkin rakan-rakan di Singapore boleh manfaatkan peluang yang ada bersama Public Gold Singapore.

#1 – Kadar Dividen Sangat Rendah

Kalau di Malaysia, ada Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Tabung Haji yang dividen tahunannya sekitar 5% – 8% setahun. Pendek kata, kalau tak tahu nak labur di mana, letak sahaja duit dalam ASB atau Tabung Haji, sekurang-kurangnya duit itu tak hakis dimakan inflasi.

Situasinya sangat berbeza di Singapore. Paling tinggi dividen boleh dapat daripada institusi kewangan hanyalah sekitar 0.5%! Ia sangat-sangat rendah! Saya terus tergamam dan terdiam seketika bila dapat info ini daripada peserta seminar. Dalam fikiran saya, buat apa simpan duit dalam bank banyak-banyak kalau serendah itu kadar keuntungannya?

Saya teringat pesan Robert Kiyosaki, katanya “SAVERS ARE LOSERS”. Orang yang simpan duit, mereka orang yang rugi! Duit itu makin susut nilainya dimakan inflasi sebab kadar inflasi jauh lebih tinggi berbanding kadar dividen 0.5% itu. Makin lama makin miskin kalau ia dibiarkan dalam akaun bank.

Jadi pada saya, rakyat Singapore WAJIB ambil tahu tentang emas dan peluang yang ditawarkan oleh Public Gold Singapore. Kalau belajar trading gold “buy low, sell high” pun, saya percaya boleh dapat lebih daripada 0.5% disebabkan kadar spread emas Public Gold di Singapore sangat-sangat rendah. Ia serendah 4.0% (gold bar 100 gram). Itu belum kira rebat / komisyen 1% – 2% bagi sesiapa yang jadi dealer. Maksudnya, kadar spread sebenar serendah 2% sahaja! Aduh… Kalau serendah itu, pendek kata ‘petik jari’ jer dah boleh lepas 0.5% setahun, insyaAllah.

Public Gold Singapore TampinesOffice Public Gold Singapore disekalikan dengan 916 Pawnshop Pte Ltd. Urusniaga bahagian bawah, training room bahagian atas. Dibuka setiap hari termasuk Ahad, kecuali Public Holiday. Alamat; Blk 824 Tampines Street 81, #01-20 Singapore 520824. Website www.publicgold.com.sg .

#2 – Tahap Kesedaran Tentang Emas Rendah

Di Malaysia, Public Gold (satu-satunya syarikat) bergiat aktif mendidik masyarakat tanpa henti tentang emas melalui seminar, penulisan blog dan Facebook oleh dealer sejak 2008. Seminar diadakan pada setiap bulan di hampir setiap negeri seluruh Malaysia. Sekarang, Public Gold sudah ada 70,000 customer berdaftar, iaitu mewakili hampir 0.3% daripada 30 juta rakyat Malaysia. Tetapi di Singapore, customer Public Gold baru sekitar 400 orang, iaitu 0.008% daripada 5 juta rakyat Singapore. Kalau 0.3%, maksudnya customer Public Gold sepatutnya ada sekitar 15,000 sekarang.

Dari sudut bisnes, rakyat Singapore yang jadi dealer (ejen) Public Gold, mereka berpeluang jadi golongan pioneer seperti guru emas saya En. Syukor Hashim. Mereka hanya perlu rajin belajar dan mengajar tentang emas sahaja untuk membina empayar bisnes.

Dari sudut ilmu emas pula, kebanyakkan pembeli emas masih melihat emas hanyalah sebagai alat “buy low, sell high” sahaja, sedangkan, itu hanyalah satu daripada cara memanfaatkan emas untuk membina kekayaan. Sebenarnya, ada sekurang-kurangnya 10 lagi cara kita boleh manfaatkan emas untuk menjadikan kita lebih kaya. Saya biasanya kongsikan ilmu ini dalam seminar-seminar saya tentang emas.

Untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan emas dalam konteks membina kekayaan, saya dan Ustaz Khairul bersedia untuk turun ke Singapore lagi sekiranya ada permintaan. Boleh dapatkan proposal itu daripada saya atau Ustaz Khairul tentang arrangement untuk kami ke sana.

seminar public gold singapore bengkel emas dan syariahSebahagian peserta Seminar Rahsia Dealer Emas, dan Bengkel Emas & Syariah (BEDS) di Singapore.

#3 – Peluang Passive Income Terhad

Salah satu cara yang biasa digunakan oleh golongan pertengahan untuk menjana passive income (i.e. menjana pendapatan seperti pencen) di Malaysia ialah membeli dan menyewakan hartanah. Hartanah bagi saya aset yang bagus sebab kita boleh menjana pendapatan melalui sewaan selain daripada kenaikan harga dalam jangka panjang.

Menurut pakar hartanah Tuan Faizul Ridzuan, memiliki empat (4) buah rumah di Malaysia boleh dianggap sebagai mudah, tetapi ia agak mustahil bagi rakan-rakan di Singapore, melainkan golongan 5% yang terkaya.

Saya tak pasti apa alternatif lain bagi rakan-rakan di Singapore, cuma salah satu cara boleh saya cadangkan bagi mereka yang memang menyimpan emas ialah jadi dealer Public Gold Singapore. Kemudian belajar cara membina bisnes dengan betul. Saya percaya, dalam tempoh 3 – 5 tahun, mampu menjana passive income SG$4,000 sebulan (bersamaan dengan aset bersih bernilai SG$1 juta), insyaAllah. Ia boleh jadi alternatif kepada pelaburan hartanah di Singapore. Ilmu secara terperinci saya ajarkan dalam kelas-kelas latihan dealer Public Gold, insyaAllah.

Hj Suliman public gold singapore onegolddinarHj. Suliman, admin www.onegolddinar.com, antara dealer emas yang aktif di Singapore turut sama belajar dalam Seminar Rahsia Dealer Emas. Rakan-rakan di Singapore boleh ikuti website beliau untuk dapatkan info Public Gold Singapore.

Jadi itu sahaja coretan ringkas saya tentang trip dua (2) hari saya ke Singapore hari tu. Rakan-rakan di Singapore yang nak dapatkan info lanjut tentang Public Gold Singapore, boleh contact saya +60 19 336 8009 atau terus contact Mr. Jordan +65 8228 0196 (Branch Manager, Public Gold Singapore). Kalau contact beliau, jangan lupa beritahu nama saya supaya senang saya bantu kalau perlu apa-apa follow up nanti, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Kuala Lumpur
10 Mei 2016
3 Syaaban 1437H

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *