Public Gold Syarikat Emas Pertama Disahkan Patuh Syariah

8 Februari 2017 (Rabu) lepas, saya berpeluang hadir ke majlis Shariah Certification Press Conference yang diadakan di HQ Public Gold yang terletak di Bayan Lepas, Penang. Hampir setahun selepas pertemuan pertama antara Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dengan Public Gold, maka pada 8 Februari lepas diadakan majlis meraikan kejayaan Public Gold mendapat sijil patuh syariah.

Dalam ucapan Datuk Dr. Mohd Daud, barulah saya tahu, rupa-rupanya Public Gold adalah syarikat emas pertama yang mendapat sijil patuh syariah ini di Malaysia. Dan ketika saya menulis artikel ini, Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang telahpun disahkan patuh shariah.

datuk dr daud bakar mohd zulkifli panel syariah public goldDatuk Dr. Mohd Daud Bakar juga adalah Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. Beliau adalah tokoh kewangan Islam yang ternama di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Sejarah Baru Pelaburan Emas di Malaysia

FB datuk dr mohd daud panel syariah public goldPenjelasan peribadi oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar tentang kronologi proses pengesahan syariah Public Gold dan perkembangan standard syariah dalam jual beli emas dunia yang diterajui oleh World Gold Council (WGC) sendiri.

Sekarang, pembeli emas muslim dah boleh berurusniaga dengan Public Gold tanpa was-was lagi, insyaAllah.

Proses Pengesahan Berterusan

Cuma apa yang perlu kita tahu, pengesahan syariah ini bukan bersifat one-off. Masih ada lagi produk Public Gold yang masih dalam proses pengesahan syariah, antaranya akaun emas Gold Accumulation Program (GAP), PG Mall, dan Gold Payment System (GPS). Pihak Public Gold akan buat pengumuman dari semasa ke semasa perkembangan “certification” ini.

Dengan pengesahan ini juga, pihak Amanie Advisors akan membuat audit berkala terhadap Public Gold untuk memastikan urusniaga yang dijalankan adalah mengikut syariah.

Dengan perkembangan ini juga, mudah-mudahan Public Gold  menjadi model yang boleh dicontohi oleh syarikat-syarikat emas lain tertutamanya di Malaysia. Ini adalah sejarah baru bagi industri pelaburan emas di Malaysia, alhamdulillah.

Sekarang, semua orang boleh beli emas tanpa was-was, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
10 Februari 2017
14 Jamadil Awwal 1438H

15 Comments

  1. Alhamdulillah ..

    Tahniah PG ! semoga bisnes lebih berkembang maju apabila keyakinan masyarakat semakin tinggi kepada PG!

  2. Alhamdulillah ..

    Tahniah public Gold.

    Terima kasih juga kepada en.Zul dan kawan-kawan lain kerana berusaha ke arah ini.

  3. Betul ke yg pertama patuh syariah? Seblm ni AlRajhi, cimb & muamalat dh patuh shariah lebih awal lagi.

    1. Al-Rahji, CIMB, Muamalat tu bukan private company. Itu Islamic financial institution yang memang wajib ada panel syariah samada mereka jual gold atau tak. Kalau tak ada panel syariah, mereka tak akan lesen islamic financial institution.

      Public Gold adalah private gold company pertama yang dapatkan sijil patuh syariah secara volunteer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *