Scammer Emas Ketika Pandemik Covid-19, Hati-hati!

Scam!

Itu saja kesimpulan yang boleh saya cakap.

Ada orang offer peluang beli emas dengan harga separuh daripada harga semasa. Tapi syaratnya begitu dan begini… Dan ada orang berminat!

Bahkan saya percaya, pasti banyak (orang tak berilmu) akan berminat!

Sedih…

Jangan Melabur Ketika Kesempitan!

Dalam pandemik yang melanda negara hari ini, banyak orang susah. Susah hingga tak cukup duit untuk makan! Dan lebih malang, dalam kesusahan itu, banyak yang ambil kesempatan!

Orang yang terdesak dan terhimpit, mereka mudah hilang kewarasan bila nak melabur. Ibarat orang yang sedang lemas. Campaklah apa sahaja kepada mereka ketika tangan mereka sedang terkapai-kapai, semuanya mereka akan berpaut! Walaupun yang dicampak itu adalah seekor ular berbisa!

Meh saya nak pesan…. Kalau orang offer boleh beli emas pada separuh harga dari harga semasa, dan boleh beli setiap hari, percayalah… Itu adalah scam! Penipuan! Itu pembohongan! Dan itu adalah perangkap kewangan!

Nasihat Penting Kalau Nak Melabur

Nasihat penting dari saya, jangan sesekali melabur dengan duit kecemasan. Dan jangan sesekali melabur di saat kecemasan! 

Kalau itu sahaja duit yang anda ada, simpan duit itu baik-baik. Selamatkan duit itu dulu. Jangan sesekali melabur. Dalam pelaburan, rugi itu confirm, untung belum tentu! 

Dan kalau melabur tanpa ilmu, bersiap sedialah duit itu lebur semuanya! Melabur tanpa ilmu, itu bukanlah pelaburan, tapi itu adalah perjudian!

Hari ini kes covid-19 mencatatkan kes tertinggi setakat ini. Ia belum nampak tanda-tanda semakin pulih walaupun sudah lebih sebulan “lock down” diarahkan. Lock down berterusan ini sudah tentunya memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara, dan ia boleh membawa kepada masalah lain yang lebih besar. Duit yang ada itu, simpanlah sebaik-sebaiknya. Jangan gatal tangan nak pergi melabur pada tempat yang kita tak ada ilmu tentangnya. Scammer ada di mana-mana!

​Penipuan Emas Secara Berjemaah

Saya masih tak dapat lupakan zaman di mana rakyat Malaysia ditipu secara berjemaah hingga kerugian beratus juta ringgit oleh geng penipu skim pelaburan emas.

Apa yang malangnya, semua menggunakan sentimen ini company “orang kita”, “orang Melayu kita”, sokonglah syarikat “bumiputera”!

Nah… Akibatnya orang Melayu kita ditipu beramai-ramai…

Saya?

Saya masih di sini. Masih tetap menyampaikan ilmu emas dan kewangan seperti biasa.

Walaupun pernah suatu ketika saya dimomokkan sebagai “barua Cina” dan cuba menjatuhkan bisnes orang Melayu, hanya kerana saya adalah dealer #PublicGold (company yang didirikan oleh Dato Wira Louis Ng, seorang yang berbangsa Cina) yang konsisten memberi ilmu yang betul tentang emas, ianya berlawanan dengan apa yang diajar oleh scammer emas.

Pengasas PG adalah seorang yang berprinsip. Beliau sentiasa pastikan PG buat perkara yang betul dan mengikut lunas undang-undang sahaja.

Rekod Bersih dan Reputasi Public Gold

Artikel saya “Awas, Skim Cepat Kaya Bertopengkan Emas!” sangat mengganggu para scammer ini untuk menipu masyarakat dalam pelaburan emas ketika itu.

Public Gold juga turut dituduh nak menjatuhkan bisnes orang Melayu, hanya kerana Public Gold tak mahu membeli (buyback) emas berkilo-kilo yang mereka (scammer) mahu jual kepada PG untuk pusingkan duit mereka. 

Walaupun hakikatnya tidak begitu.

Public Gold tak pernah nak menjatuhkan sesiapa, bahkan tak pernah ada orang yang kena tipu dengan Public Gold.

Cubalah tanya, siapa yang pernah kena tipu dengan Public Gold (sejak PG didirikan sejak 2008)? Maksud saya, siapa pernah beli emas dengan PG tapi emasnya tak dapat?

Jawapannya “tidak ada”. 100% pembeli emas PG dapat emas mereka masing-masing. Itu rekod bersih PG sejak hari pertama PG didirikan pada tahun 2008.

Wawasan 1 Juta Celik Emas

Sebab itu saya sentiasa bagi jaminan kepada penyimpan emas (yang berdaftar terus di bawah saya) bahawa saya jamin emas yang dia beli confirm akan dapat.

Jangan bimbang. Itu saya jamin.

Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya atas janji saya tersebut.

Sebab saya tahu, saya bersama dengan syarikat yang betul, bisnes yang betul, dengan ilmu yang betul.

Bahkan dengan pengalaman lebih 10 tahun membimbing masyarat supaya celik ilmu emas dan kewangan, hari ini saya bersama team #PGG100Network memasang cita-cita untuk melahirkan 1 juta penyimpan emas menjelang tahun 2024 nanti. InsyaAllah.

Dan kami sedang bersedia dan bekerja ke arah itu.

Akaun Emas GAP, cara paling mudah dan paling murah beli emas di Malaysia. Yang penting ianya disahkan patuh syariah.

Mulakan Serendah RM100, Dapatkan Ilmu

Kami mahu pandaikan masyarakat. Dan kami mahu menyelamat masyarakat.

Orang yang ada ilmu tentang emas dan kewangan, mereka sangat-sangat susah kena tipu dengan mana-mana skim cepat kaya, tertutamanya yang bertopengkan emas!

Kerana ilmu itulah kuncinya yang sebenar.

Kalau nak mula simpan emas, jangan buang masa mengkaji sana sini. Mulakan saja simpanan emas serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP Public Gold dan ikuti program ilmu bersama kami, G100 Network.

InsyaAllah kalian akan celik tentang emas dan kaya dengan emas bersama kami.

Buktinya boleh tekan >> Testimoni Penyimpan Emas . Ia bukan testimoni yang dibuat-buat, tapi itulah pengalaman sebenar para penyimpan emas yang berilmu bersama kami.

Alhamdulillah.

Nak mulakan simpanan emas serendah RM100, klik www.wasap.my/60193368009/NakSimpanEmasRM100. InsyaAllah saya guide cara jadi penyimpan emas berilmu.

Sehingga ke saat saya menulis artikel ini, saya sudahpun membimbing lebih 6,000 penyimpan emas secara peribadi sejak tahun 2010. Alhamdulillah.

ZulkifliCyberjaya, Malaysia13 Julai 2021 / 3 Zulhijjah 1442H

2 Comments

  1. Perkongsian yang menarik. Sindiket penipuan kewangan semakin aktif, terutamanya sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan (PKP). Awas jika dealer minta bayar ke akaun peribadi. Kemungkinan boleh jadi dia adalah seorang scammer.

    1. Betul. Jangan paling selamat, transfer bayaran terus ke akaun syarikat emas itu sendiri. Risiko kena tipu tu jauh lebih rendah.

      Berdasarkan pengalaman saya sejak 2010, penipuan dalam jual beli emas selalunya dibuat oleh mereka yang sebelum itu dikenali sebagai “trusted seller”. Sejak 2010 sampai sekarang (2021), tak pernah sunyi dari berita orang kena tipu dengan ejen emas. Cuma perkara tu tak dihebohkan untuk menjaga nama baik syarikat.

      Jadi sila hati-hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published.