Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya

Harga emas naik, saya senyum. Harga emas turun, saya senyum. Harga emas turun lebih banyak dari harga saya beli, saya senyum lagi. Antara harga naik dengan turun, saya lebih suka harga emas turun sebab peluang beli emas harga rendah. Seronoknya tengok harga emas turun sama macam seronoknya kalau harga rumah turun.

Walaupun saya senyum, saya risaukan penyimpan-penyimpan emas yang lain terutamanya mereka yang beli emas dengan saya, atau pun mereka yang dapatkan nasihat saya tentang pelaburan emas. Apalah nasib mereka. Bukan semuanya tersenyum macam saya sebab; ada yang beli emas sebab kumpul harta, ada yang nak buat koleksi, ada yang nak buat maskahwin, dan yang paling ramai sebab nak jual bila harga emas naik.

Orang Paling Risau Harga Turun

Dalam ramai-ramai tu, orang yang paling risau harga emas turun ialah siapa yang tak ada simpanan tunai. Harga emas turun boleh menganggu tidur malam sebab hanya itu jer simpanan yang dia ada. Bila nak pakai duit, terpaksa jual emas tu atau pajak di ar-rahnu.

Sebab tu saya selalu syorkan, sebelum beli emas, pastikan ada simpanan tunai at least 3 bulan pendapatan dulu sebagai Dana Kecemasan. Kalau harga emas turun banyak mana sekalipun, kita tak perlu risau sebab kita bukan nak pakai pun duit yang kita laburkan tu. Kalau terdesak pun, kita dah ready duit tunai. Takde lah sampai kena jual emas kalau kereta rosak.

Simpan 3 Bulan Pendapatan, Labur Selebihnya

Sebenarnya, ini antara disiplin penting sebelum melabur dalam apa-apa pelaburan sekalipun. Ramai pakar syorkan simpan sekurang-kurangnya 6 bulan pendapatan (gaji kasar) sebelum meletakkan duit dalam mana-mana pelaburan sekalipun, tetapi untuk pembeli emas, bagi saya 3 bulan sudah memadai sebab EMAS ADALAH DUIT. Bila-bila masa nak pakai duit, boleh tukar jer emas tu kepada duit samada (1) jual atau (2) pajak di ar-rahnu. Boleh dapat duit on the spot. Emas sangat ‘cair’, bukan macam hartanah atau lain-lain pelaburan yang perlukan masa untuk jual.

Jadi adakah perlu betul-betul cukup simpanan 3 bulan dulu baru beli emas?

Memang itu paling baik tapi saya tahu, bukan ramai orang yang dah ready dengan simpanan 3 bulan pendapatan. Bahkan ramai orang ada masalah lain kalau tak beli emas iaitu masalah kebocoran wang. Belum sempat cukup simpanan 3 bulan pendapatan, duit tu ‘bocor’ dibelanjakan. Tukar gajet baru, tukar langsir baru, tukar sport rim baru walaupun sport rim lama berfungsi dengan baik, tukar perabot baru dan macam-macam lagi bocor pada perkara yang bukan perlu.

Kalau Takut Kebocoran Wang

Jadi kalau anda risau masalah tu, saya syorkan beli dulu coin 1 dinar sebagai motivasi menyimpan emas dan mengumpul harta. Lepas tu baru cukupkan simpanan 3 bulan pendapatan. Biasanya orang yang mula simpan emas, dia lebih bermotivasi untuk kumpul harta. Bila dah beli emas, dia rasa nak beli lagi. Bila nak pakai duit, dia rasa sayang nak jual. Kalau terpaksa jual, dia akan cari duit lain untuk beli balik emas tu. Itulah tabiat biasa yang saya nampak pada penyimpan emas selama 3 tahun.

Sebab tu ada orang kata, emas adalah “magnet kekayaan”. Bukan sebab harga emas tu melambung-lambung, tapi ia membuatkan penyimpannya ‘bernafsu’ untuk kumpul lebih banyak emas. Sebab manusia memang sukakan emas!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
17 November 2013
13 Muharram 1435

(Kredit foto : beginnerinvest)

[Artikel ini dikemaskini pada 6 November 2015. Sebahagian blog comments di bawah ini mungkin tidak lagi relevan setelah ia dikemaskini]

simpan kecemasan 3 bulan simpanan sebelum melabur

43 Comments

  1. salam, click ‘Like’ utk artikel ni n len2. Teruskan berdakwah/ sebarkan ilmu kewangan , tuan Zul. Just to share my experience, sy involve jual beli emas since 2008 ( 3rd year degree study) n ade bila ade lebihan biasiswa je, sy akan beli emas. bg sy, zmn belajar adalah zaman plg sng nk kumpul duit sbb xde komitmen n hidup lebih flexi utk buat bisnes. bila sudah kerja makan gaji, masa teringat dgn fixed hours n malam bersama family. ceramah kemahiran mengumpul wang harus di bnykkan utk gol mahasiswa..

    1. Wslm En. Zulhilmi,

      Alhamdulillah, terima kasih berziarah ke blog ini. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

      Terima kasih sebab berkongsi pengalaman. Ia boleh jadi iktibar untuk pembaca. Saya setuju pendapat En. Zulhilmi, kesedaran tentang pengurusan kewangan dan bisnes perlu bermula dari zaman belajar lagi sebab ramai orang bila tersepit baru nak belajar ilmu kewangan.

  2. assalamualaikum,saya sekarang ada modal dalam 5k..ingin beli emas Public Gold,emas apa yang sesuai saya beli dengan harga tersebut? 5k ini simpanan tetap saya,ingin cuba beli emas dari peram kat bank,nak cuba rasa…hehe…minta tuan tunjuk ajar saya boleh ya…wassalam

    1. Wslm En. Fizan,

      Kalau bajet RM5k, saya syorkan beli 9 dinar. Coin dinar susut nilainya rendah.

      InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu. Apa-apa nanti En. Fizan boleh contact saya 019-336 8009 (call/ sms/ wassap). Ok.

      1. In sya Allah tuan,mgkn bulan 12 ni saya akan hubungi tuan balik untuk comfirm dan lock harga,kalau area ampang di mana kena berurusan ?

          1. terima kasih tuan,saya dapat ilmu,pengalaman dan paling penting sunah Rasul saya cuba ikut…saya ada tanyakan pasal emas ni pada agen PG,tapi info x berapa banyak nak beri,cuma bagi link dan minta saya baca,mgkn saya x beli ratus ribu kot..malas mereka nak ulas..tapi Alhamdulillah jumpa web tuan,saya senang berurusan dan dapat penjelasan serta perkongsian ilmu yang baik,..terima kasih 🙂

  3. Assalamualaikum,

    Terima Kasih atas ilmu yang dikongsi bersama Tuan. Memang begitulah apa yang terjadi kepada diri saya sendiri. Selepas lama saya menyelidik dan banyak membaca di blog-blog motivasi pelaburan emas. akhirnya, awal tahun ini saya bermula dengan hanya 1/4 oz. Merangkak dan bertatih dalam mengenal emas. Sehingga hari ini, 11 bulan selepas saya menyentuh emas. Jumlahnya telah berganda 2000% (bukan typo error.. dua ribu peratus). Saya pun tak tahu macam mana boleh jadi macam tu.. Sedangkan, sebelum ini keliling pinggang kredit kad, installment kereta, dan hutang kawan2x. Sekarang saya bebas segala hutang yang menggangu malam. Sekali lagi Terima Kasih Tuan. Syukur Alhamdulillah.. Allah Maha Kuasa.

      1. “Bila dah beli emas, dia rasa nak beli lagi. Bila nak pakai duit, dia rasa sayang nak jual. Kalau terpaksa jual, dia akan cari duit lain untuk beli balik emas tu. Itulah tabiat biasa yang saya nampak pada penyimpan emas selama 3 tahun.” Sangat tepat ayat ini menggambarkan suasana yang berlaku.. Dari individu yang lemah pengurusan kewangan, kepada individu yang berhemat. Sasaran selepas ini, tekad dalam menjauhi riba.. Khutbah jumaat tghari td pun sentuh pasal bahaya riba.. MashaAllah.. Ayuh Jauhi Riba Dlm kehidupan selaras dengan tuntutan Islam.. Aminn.

  4. Salam Tuan….
    Tuan, sy penjawat awam…telah membuat pinjaman RM100K dan Rm85k, sy membuat pelaburan emas yang diuruskan oleh kawan yang boleh sy percayai…. adakah ini tindakan yang bijak?

    Setakat ini sy tidak mendapatkan sebarang pulangan memandangkn emas ketika sy beli harga tinggi…. any advice?

    Rm5k boleh dapatkan 9 dinar…. 9 dinar = berapa gram?sy rasa cam nak beli dari Public Gold… Dinar itu sy kena simpan sendiri @ PB pegang?

    Terima kasih tuan…

    1. Wslm En. Norisyam,

      1. Saya tak pasti tindakan tu bijak atau tak. Itu bergantung sejauh mana kawan En. Norisyam boleh dipercayai atau tidak. Kalau beli emas, sepatutnya emas tu kita simpan sendiri. Bila orang lain simpankan, risiko sangat besar melainkan simpan di syarikat yang sediakan servis safe deposit box.

      2. Betul. RM5k boleh dapat dalam 9 dinar. Sekarang ni 1 dinar RM560. Harga berubah setiap 20 minit. Harga sebenar ikut masa order nanti. Emas tu En. Norisyam simpan sendiri. Kalau Public Gold simpankan di safe box Public Safe, cajnya 1% setahun. Setakat ni memang saya nampak Public Gold terbaik untuk simpanan.

      Wallahu a’lam.

    2. Loan utk beli emas ni bagi pendapat saya berbahaya.
      Kita sudah menbayar lebihan interest.
      Maulana Imran Hosein sangat melarang kita menlakukan loan duit dibank.Ia dikenali riba belakang pintu.
      Bagi saya kenapa perlu lari dikekangan hutang ialah untuk memastikan Riba tiada didalam muamalat.
      Wallahualam.Ini pendapat saya.
      En dzulkifli boleh jelaskan lagi

      1. Xpe cina ke india ke..Kita 1 ummah.Nabi pernah bermuamalat kepada non muslim.Kita menyokong 100% selagi mereka non muslim mengikuti landasan syarak.Jika tidak saya dan tuan2 patut beralih dari perkara ini.
        En.Dzulkifli telah menjelaskan kepada kita mengenai perjalanan PUBLIC GOLD dan ketulenan PUBLIC GOLD.
        Rasanya ianya tidak menjadi kesalahan.

  5. Assalamualaikum,

    Best gak baca blog ko nih, In sha Allah jadi inspirasi. Bab hidup bawah kemampuan tuh mmg membuka minda. Maklumlah zaman sekarang semua nak bergaya.

  6. Assalamualaikum…
    Saya telah diperkenalkan oleh seorang kawan tentang sebuah syarikat enterprise yang membuat pelaburan emas. Caranya saya kena membeli emas dengan sejumlah wang, kemudian saya akan dapat duit setiap bulan. Saya akan dapat emas fizikal tu tapi bila ditanya bagaimana pelaburan emas dibuat, dia cakap “itu tak perlu risau”. Apa pandangan encik zul mengenai hal ini? Saya risau kalau tersalah invest pada syarikat yang menipu.

    1. Wslm Miss Lyn,

      Kalau nak labur duit, pastikan kita faham pelaburan tu. Kalau pelaburan emas yang dapat income bulan-bulan tu kebanyakkan adalah Skim Cepat Miskin. Kalau kita bayar duit, emasnya tak nampak, baik jangan labur. Beli emas mesti dapat emas. Emas tu kita yang pegang sendiri. Kalau orang lain pegangkan dan laburkan, itu selalunya akan bermasalah.

      Wallahu a’lam.

  7. Salam tuan,

    Skrng sy ada lbhn cash dlm 16K,dan ingin invest dlm PG,gold mana yg tbaik utk investmnt lbh dr 3thn? Dinar,bar?

  8. Assalammualaikum Tuan,

    Nak tanya saya ada beli emas satu dinar PG dan ada try nak p gadai di Ar Rahnu bank rakyat. Tapi bank cakap satu keping dinar saja tak boleh kena ada at least tiga keping dinar baru boleh gadai sebab system tak detect. Kemudian saya tanya nak buat satu emas satu surat pajak, orang bank tu kata tak perlu sebab kalu ada duit boleh tebus satu satu item tak tebus semua pun tak pa. Saya confius la sebab saya baca dalam artikel tuan dan Jutawan emas kata kena buat satu emas satu surat pajak.
    Saya rasa cam rugi pulak beli emas dinar pegawai bank tu kata beli emas perhiasan lebih baik senang nak jual dan nak gadai.. ataupun kena pergi public gold baru boleh jual. Terima kasih.

    1. Wslm Pn. Murni,

      1. Saya pernah dengar kes begini akhir-akhir ni. Coin 1 dinar mereka tak terima sebab terlalu kecil. Susah densimeter nak dapat ketepatan ketulenan tu. Alternatifnya, puan pergi ke ar-rahnu lain.

      2. Saya tak pasti. Mungkin ikut prosedur terbaru mereka i.e. walaupun 1 resit boleh tebus satu-satu.

      3. Barang kemas memang lebih senang masuk ar-rahnu, tapi rugi susut nilai yang sangat tinggi bila nak jual balik. Dinar tu puan boleh jual kepada Public Gold atau mana-mana dealer Public Gold.

  9. salam.menarik sgt info2 yg cik zul share.saye mmg ade kekangan wang.baru bekerja 3 tahun tp xnmpk pon duit simpanan.bulan2 ade je bocor duit gaji.apa pendapat cik zul???adakah saye perlu buat simpanan 3 bulan pendapatan dahulu baru saya boleh merasa beli emas????saya sgt newbie dlm isu jual beli emas nie…=)

  10. Salam,

    terima kasih atas informasi yang diberi.. saya berminat utk membuat pelaburan emas.. modal sy 5k.. apakah langkah yang sy patut buat

    terima kasih

  11. assalamualaikum.

    saya student. and saya rasa lepas grad dah kerja nanti saya akan terbeban dengan hutang ptptn dan sebagainye. jadi saya terfikir pasal emas ni. sekarang ni saya ada lah duit lebih sikit2, 2-300 camtu. ingat nak beli emas. tapi apa 1st step saya kena ambik? harap encik faham, and saya tak kaya. terima kasih

  12. salam..saya amat tertarik dengan pelaburan emas ni…tapi saya tak tahu nak mula mcm mana..untuk pengetahuan en. saya baru jer mula bekerja..Apa yg perlu saya lakukan..adakah saya perlu menyimpan cash dulu,,ataupun membeli emas utk buat plaburan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *