Terbitnya Buku “Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat”
Saya bukanlah paling pakar tentang emas, tetapi antara ramai yang ‘bercakap’ tentang emas sejak 2010, hanya beberapa kerat sahaja yang masih bercakap tentang emas sehingga ke hari ini. Seorang rakan lama saya melalui Facebook bernama Tuan Faizul Mohd Noor sedikit kagum, macam mana saya boleh bertahan jadi dealer emas sampai sekarang.
Beliau kenal nama-nama besar dealer emas beliau mula-mula menyimpan emas pada tahun 2010, katanya kebanyakkan nama-nama itu sudah tidak lagi bercerita tentang emas, sedangkan saya masih aktif hingga ke hari ini. Dulu saya hanya menulis di blog dan Facebook, tetapi hari ini saya aktif mengadakan seminar di seluruh negara tentang emas.
Pengalaman Sejak Tahun 2010
Saya bagi tahu beliau, sejak hari pertama saya bercerita tentang emas, saya tak sesekali cerita perkara yang tak betul tentang emas (mengikut pengetahuan saya) dan saya tak akan sesekali bagi nasihat tentang emas yang merisikokan pembeli. Saya hanya cerita perkara betul sahaja tentang emas walaupun kekadang ia tak berpihak kepada saya sebagai dealer emas yang dibayar komisyen atas jualan.
Jadi nasihat dan pengalaman-pengalaman itulah saya bukukan dalam buku terbaru tulisan saya bertajuk “WANG EMAS : Bertahan Ketiga Gawat”. Dalam buku ini, saya percaya tip-tip dan nasihat yang saya tulis adalah ‘selamat’ untuk orang kebanyakkan, terutamanya untuk ‘bot-bot kecil’.
Buku “Wang Emas” membongkar manfaat sebenar menyimpan emas selain daripada “beli harga rendah, jual harga tinggi”, dan bagaimana memanfaatkan emas dalam membina kekayaan; daripada membentuk disiplin menyimpan wang sehinggalah mencapai status “bebas kewangan”.
Ia Tanggungjawab Sosial Saya
Kalau ikut nasihat dalam buku ini dalam pelaburan emas, insyaAllah simpanan emas itu akan menjadikan kedudukan kewangan lebih baik dan tak lagi buat silap dengan emas sebagaimana kesilapan yang banyak dilakukan oleh ramai pembeli-pembeli emas sebelum ini dimana akhirnya, “emas tak ada, duit pun tak ada!” hanya gara-gara pelaburan emas.
Menulis buku dan menjualkan kepada masyarakat umum ini sebenarnya bukan suatu perkara yang mudah bagi saya. Ia satu tanggungjawab sosial saya kepada masyarakat. Jadi setiap cadangan yang saya berikan di dalam buku itu, saya berikannya secara berhati-hati, insyaAllah.
Buku ini saya anggap sebagai buah tangan dari saya untuk masyarat memahami emas dari perspektif kewangan yang lebih holistik. Sekiranya ia benar-benar bermanfaat, mudah-mudahan ia menjadi PAHALA PASIF bagi menampung kekurangan saya di sisi Tuhan, amin ya Allah.
Senarai kandungan buku Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat
Review oleh seorang murid saya tentang Buku Wang Emas.
Mereka Disebalik Buku “Wang Emas”
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada guru emas saya En Syukor Hashim atas dorongan yang tak putus-putus, Ustaz Shafie Hashim dari Galeri Ilmu yang sentiasa follow-up sehingga buku ini siap ditulis, Dato Wira Louis Ng iaitu pengasas syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia yang memberi peluang saya belajar dan mengembangkan ilmu saya melalui penulisan dan seminar-seminar emas Public Gold, isteri saya Pn Najdah yang sentiasa berikan sokongan dan sangat memahami, dan semua pihak terutamanya dari Galeri Ilmu sehingga terbitnya buku ini.
Mudah-mudahan buku ini benar-benar bermanfaat untuk masyaratkat Malaysia memahami ‘kuasa’ emas yang sebenar, bukan sekadar “buy low sell high”. InsyaAllah.
Cara Dapatkan Buku “Wang Emas”
Sesiapa nak dapatkan buku ini, boleh beli di kedai-kedai buku, terutamanya di kedai buku Popular, MPH atau Kinokuniya. Saya difahamkan, buku “Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat” sekarang ini antara buku paling laris dijual di kedai buku Popular. Harga RM25 sahaja.
Bagi siapa yang ada kekangan untuk ke kedai buku, boleh beli melalui isteri saya Pn. Najdah (wassap beliau 0199272780). Beliau boleh tolong poskan dengan caj Poslaju RM8 (Semenanjung) / RM12 (Sabah Sarawak).
in syaa allah buku ini dalam senarai pembelian saya.
terima kasih tuan 😉
Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
assalamualaikum. tuan ada x jual secara ebook kat google play? =)
time kasih.. klu ada boleh bg link x?
Buat masa sekarang tak ada jual ebook.
alhamdulillah bjaya juga memiliki buku en zul..hrap en zul akan trus menulis utk ari mendatang…moga en zul bjaya di dunia n akhirat…☺️☺️
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan buku tu bermanfaat untuk Pn. Fieza.
Terima atas doanya, saya doakan Allah berkati puan sekeluarga, amiin ya Allah.
Alhamdulillah baru beli buku tuan zul petang tadi. Terima kasih atas perkongsian. Insya Allah kalau dapat berjumpa tuan zul, sudilah kiranya mencoretkan kata2 hikmah serta tandatangan di atas buku tersebut.
Alhamdulillah.
InsyaAllah En. Airul.
Saya dah pun beli buku emas encik zul. Termasuk buku zero hutang. Dkt popular tempat saya keja xda jual. Blk kampung ari tu ternampak dkt popular terus sambar dua2.
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan kedua-dua buku tu bermanfaat untuk En. Iwan, insyaAllah.
menarik nampaknya buku tu
Alhamdulillah, buku yang ditunggu telah terbit
Alhamdulillah..
Assalamualaikum,
Saya sudah memilikinya . penulisan yang ikhlas untuk memandaikan masyarakat tentang emas.
Tahniah Encik Zul.
Wslm Pn. Rohaizah,
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
insha Allah saya akan cuba dptkan buku ni.
Salem cikzul, says adalah penyimpan tegar emas Dr tahun 2014 lg, byk artikel ttg Emas says baca, terbaru buku Wang Emas cikzul, cuma kalau ada kelapangan mohon Cik zul review buku kegagalan Emas sbg pelaburan karya Sharif Rahman. Terima kasih..
Wslm Pn. Mar,
Saya dah pernah baca tajuk artikel tentang tu. Tapi saya abaikan.
Apa pun instrumen kewangan, ada yang setuju ada yang tak setuju. Jadi kita pilih apa yang serasi dengan kita.
terima ksh cik zul
Sama-sama Pn. Mar
Assalam tuan,
X rugi beli emas & untungnya dpt ilmu dgn harga mampu milik.
Wslm En. Ramli,
Betul. Ilmu itu sebenarnya yang lebih penting.
Alhamdulillah, Saya dah beli Dan sudah habis baca buku Tuan, sangat informative Dan memang Tuan jadi sumber inspirasi kepada saya untuk menjadi penyimpan, pelabur Dan peniaga emas. Saya juga dah attend seminar Tuan. Terima kasih
Alhamdulillah En Benji.
Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Hampir 2 tahun saya tak menjengah blog en.zul ekoran bizi nya hidup mnjaga anak2 kecil sendiri sambil belajar phd. Hari tergerak nak tgk, rupanya byk sgt ilmu2 perkongsian br yg sy telah miss. Siap ada buku br lg. In shaa Allah sy akn dpt buku2 tersebut. Saya doakan en.zul menyampaikan ilmu di blog ini.
Terima kasih berziarah ke blog ni Pn. Siti.
Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Salam En Zul.
How can I buy your books on wang emas and zero hutang.
Thank you very much
Wslm Pn. Zuryati,
Buku Wang Emas & Zero Hutang boleh dapatkan dari kebanyakkan kedai-kedai buku seperti Popular, MPH dan Kinokuniya. Atau boleh juga wassap isteri saya 019-927 2780 kalau nak beli secara poslaju.
Buku pencetus kepada pembelian 1g pertama saya. Terima kasih En. Zul
Alhamdulillah. Tahniah En. Wafy.
Nak jual buku ni boleh ke?
Boleh. En. Hafiz boleh dapatkan stok terus dari Galeri Ilmu. Beli banyak, boleh dapat diskaun.