Terbitnya Buku “Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat”

Saya bukanlah paling pakar tentang emas, tetapi antara ramai yang ‘bercakap’ tentang emas sejak 2010, hanya beberapa kerat sahaja yang masih bercakap tentang emas sehingga ke hari ini. Seorang rakan lama saya melalui Facebook bernama Tuan Faizul Mohd Noor sedikit kagum, macam mana saya boleh bertahan jadi dealer emas sampai sekarang.

Beliau kenal nama-nama besar dealer emas beliau mula-mula menyimpan emas pada tahun 2010, katanya kebanyakkan nama-nama itu sudah tidak lagi bercerita tentang emas, sedangkan saya masih aktif hingga ke hari ini. Dulu saya hanya menulis di blog dan Facebook, tetapi hari ini saya aktif mengadakan seminar di seluruh negara tentang emas.

Pengalaman Sejak Tahun 2010

Saya bagi tahu beliau, sejak hari pertama saya bercerita tentang emas, saya tak sesekali cerita perkara yang tak betul tentang emas (mengikut pengetahuan saya) dan saya tak akan sesekali bagi nasihat tentang emas yang merisikokan pembeli. Saya hanya cerita perkara betul sahaja tentang emas walaupun kekadang ia tak berpihak kepada saya sebagai dealer emas yang dibayar komisyen atas jualan.

Jadi nasihat dan pengalaman-pengalaman itulah saya bukukan dalam buku terbaru tulisan saya bertajuk “WANG EMAS : Bertahan Ketiga Gawat”. Dalam buku ini, saya percaya tip-tip dan nasihat yang saya tulis adalah ‘selamat’ untuk orang kebanyakkan, terutamanya untuk ‘bot-bot kecil’.

buku wang emasBuku “Wang Emas” membongkar manfaat sebenar menyimpan emas selain daripada “beli harga rendah, jual harga tinggi”, dan bagaimana memanfaatkan emas dalam membina kekayaan; daripada membentuk disiplin menyimpan wang sehinggalah mencapai status “bebas kewangan”.

Ia Tanggungjawab Sosial Saya

Kalau ikut nasihat dalam buku ini dalam pelaburan emas, insyaAllah simpanan emas itu akan menjadikan kedudukan kewangan lebih baik dan tak lagi buat silap dengan emas sebagaimana kesilapan yang banyak dilakukan oleh ramai pembeli-pembeli emas sebelum ini dimana akhirnya, “emas tak ada, duit pun tak ada!” hanya gara-gara pelaburan emas.

Menulis buku dan menjualkan kepada masyarakat umum ini sebenarnya bukan suatu perkara yang mudah bagi saya. Ia satu tanggungjawab sosial saya kepada masyarakat. Jadi setiap cadangan yang saya berikan di dalam buku itu, saya berikannya secara berhati-hati, insyaAllah.

Buku ini saya anggap sebagai buah tangan dari saya untuk masyarat memahami emas dari perspektif kewangan yang lebih holistik. Sekiranya ia benar-benar bermanfaat, mudah-mudahan ia menjadi PAHALA PASIF bagi menampung kekurangan saya di sisi Tuhan, amin ya Allah.

kandungan buku wang emas 01 kandungan buku wang emas 02Senarai kandungan buku Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat

Review oleh seorang murid saya tentang Buku Wang Emas.

Mereka Disebalik Buku “Wang Emas”

Akhir sekali, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada guru emas saya En Syukor Hashim atas dorongan yang tak putus-putus, Ustaz Shafie Hashim dari Galeri Ilmu yang sentiasa follow-up sehingga buku ini siap ditulis, Dato Wira Louis Ng iaitu pengasas syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia yang memberi peluang saya belajar dan mengembangkan ilmu saya melalui penulisan dan seminar-seminar emas Public Gold, isteri saya Pn Najdah yang sentiasa berikan sokongan dan sangat memahami, dan semua pihak terutamanya dari Galeri Ilmu sehingga terbitnya buku ini.

Mudah-mudahan buku ini benar-benar bermanfaat untuk masyaratkat Malaysia memahami ‘kuasa’ emas yang sebenar, bukan sekadar “buy low sell high”. InsyaAllah.

Cara Dapatkan Buku “Wang Emas”

Sesiapa nak dapatkan buku ini, boleh beli di kedai-kedai buku, terutamanya di kedai buku Popular, MPH atau Kinokuniya. Saya difahamkan, buku “Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat” sekarang ini antara buku paling laris dijual di kedai buku Popular. Harga RM25 sahaja.

Bagi siapa yang ada kekangan untuk ke kedai buku, boleh beli melalui isteri saya Pn. Najdah (wassap beliau 0199272780). Beliau boleh tolong poskan dengan caj Poslaju RM8 (Semenanjung) / RM12 (Sabah Sarawak).

Zulkifli
Damansara Damai
15 Mac 2017
17 Jamadil Akhir 1438H