- Success Story
Success Story
Dapatkan inspirasi dari kisah kejayaan mereka yang telahpun bersama kami. Walaupun setiap mereka datang dari pelbagai latarbelakang yang berbeza, tetapi mereka tetap mencapai kejayaan yang sama bersama kami. Success is predictable!
Mula menyimpan emas untuk diri sendiri sejak di universiti, saya melihat peluang yang besar dengan bisnes Public Gold. Dengan bimbingan Founder G100 sejak 2014, kini network penyimpan emas di bawah saya sudah lebih 40,000 orang. Ia memberikan saya pendapatan kukuh yang membolehkan saya bersara pada usia 28 tahun.
Selepas 6 tahun (bermula 2016) membina bisnes dengan sistem sokongan G100, saya sudah mempunyai empayar bisnes lebih 12,000 penyimpan emas di seluruh Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ini memberikan sumber pendapatan kukuh yang membolehkan saya meletakkan jawatan, dan menikmati hidup sebagai seorang yang bebas - Financial Freedom ("tak kerja pun ada duit") ketika usia saya 29 tahun (sejak tahun 2020). Alhamdulillah...
Saya sangat bersyukur dengan model latihan dan program yang disediakan oleh G100.
Selepas 6 tahun fokus berkongsi ilmu emas Public Gold dan mengikuti
sistem sokongan dan mentorship daripada founder G100,
kini saya telah meraih
passive income 5 angka setiap bulan dan bersara pada usia 33 tahun bagi meninggalkan kerjaya sebagai seorang Doktor Perubatan.
Dan sehingga hari ini saya telah
membimbing lebih 1900 orang penyimpan emas secara personal dan mempunyai rangkaian lebih 30,000 orang penyimpan emas. Alhamdulillah.
Asbab kenal Public Gold ketika masih bergelar mahasiswa, kini saya mendapat pendapatan pasif lebih besar dari pendapatan sebagai doktor perubatan, dan dapat memulakan kehidupan berkeluarga dengan sangat selesa. Apa yang lebih menakjubkan, saya hanya usahakan bisnes ini 100% secara online, dan kini berkembang secara auto-pilot! Inilah bisnes yang saya impikan. Ia memberikan pulangan luar biasa di sebalik kesibukan kerjaya saya. Alhamdulillah.
Bermula mengikuti program PLT (PG Leadership Training) pada 5 Mac 2017 di Kuching, dan program latihan yang disediakan, ia memberi impak yang sangat besar kepada saya terutamanya dari segi kekuatan mindset. Bersyukur, saya berjaya membimbing lebih daripada 1,000 penyimpan emas di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Australia, dan empayar penyimpan emas lebih daripada 7,000 orang. Ia menjadi sumber pendapatan pasif yang kukuh untuk kami sekeluarga.
Hasil usaha kerja keras, berkongsi ilmu kepada orang ramai tentang kepentingan membuat simpanan dalam bentuk emas 999.9 selama beberapa tahun,
impian arwah untuk bawa ummi melancong keluar negara dengan hasil bisnes beliau dalam Public Gold tercapai. Legasi bisnes terus diwarisi oleh ummi dan di uruskan oleh kakak, Cik Saiyidah Ismail. Dengan struktur empayar yang kukuh, ummi mewarisi pasif income 4 angka dan tiket percutian VVIP tajaan penuh Public Gold di Hokkaido tahun 2023 dan Switzerland tahun 2024.
Pada September 2018, saya membuat keputusan menjadi dealer Public Gold kerana ingin membeli emas dengan 'harga diskaun'. Setelah menghadiri program PLT pada penghujung 2019, minda saya mula terbuka untuk menjalankan bisnes emas ini dengan secara lebih serius. Dalam 15 bulan penglibatan, saya telah layak menjadi Master Dealer.
Setelah pulang dari seminar Public Gold (tahun 2020), saya rasa gelisah. Saya nampak peluang bisnes ini sangat bagus. Saya sudah lama tahu tentang kebaikan simpanan emas dan syorkan orang lain supaya simpan emas. Tapi saya tidak tahu ia boleh jadi satu sumber pendapatan yang kukuh. Setelah 6 bulan aktif mengajak dan membimbing orang lain menyimpan emas bersama Public Gold, akhirnya saya layak menjadi Master Dealer.
Pendapatan sebagai seorang Pakar O&G lebih dari mencukupi untuk membuatkan saya dan keluarga hidup dengan selesa tetapi saya sedar, pendapatan sekarang adalah pendapatan aktif. Maksudnya ada KERJA ada GAJI. Bisnes Public Gold adalah yang paling sesuai dengan orang yang sibuk seperti saya kerana bisnes ini dijalankan secara online.
Alhamdulillah, setelah kurang dari 3 tahun terlibat dalam bisnes Public Gold, saya mendapat pendapatan pasif sebanyak 4 angka setiap bulan dan telah mempunyai rangkaian seramai 5000 orang penyimpan emas.
Dr. Norliza Binti Husain
Pakar O&G, Putrajaya
Surirumah anak tiga yang sudah lebih 10 tahun berbisnes sendiri kecil-kecilan, saya pilih bisnes Public Gold ini sebagai exit plan. Kenapa?
4 tahun saya berhenti buat bisnes Public Gold ini (2017-2020), suprisingly bisnes ini kekal milik saya. Customer, status dealership & insentif berterusan. Dan apabila saya kembali, G100 ada segalanya. Gabungan PG1S & G100 menjadikan bisnes ini bisnes yang wajib anda ada!
Kami mula menyimpan emas untuk diri sendiri dulu sejak tahun 2021.
Tahun 2022 bulan June, tergerak hati untuk menjadi Public Gold Dealer dan ingin membantu masyarakat India yang masih tidak tahu kelebihan emas Public gold 999.
Kebanyakan mereka lebih cenderung kepada emas 916.
Dengan adanya Mentorship, G100 Support System dan bimbingan yang tak terhenti ,saya sudah mempunyai empayar lebih 1000 Penyimpan emas diseluruh malaysia.
Setelah setahun lebih aktif sebarkan ilmu dan membimbing orang menyimpan emas di Public gold, akhirnya saya dapat menjadi Star Founder Master Dealer.
Memang Proven kalau kita serius buat Public Gold, insentif Public Gold boleh lebih dari Gaji hakiki kita.
Cita- cita saya adalah akan terus berusaha untuk membantu ramai lagi dan ingin mencapai financial freedom secepat mungkin bersama Public Gold.
Mr. Saravanan Rubaganthan
Juruteknik, Penang
Dengan program dan sistem sokongan G100, seusai saya selesai pengajian Master saya di Universiti Malaya, saya telahpun mencapai Financial Freedom (tak kerja pun ada duit). Salah satu impian saya adalah, saya dapat melanjutkan pengajian PhD bila-bila masa tanpa memikirkan duit yuran yang perlu dibayar kerana sekarang saya mempunyai pendapatan pasif setiap bulan dan hanya fokus bisnes Public Gold yang dijalankan secara online sahaja. Alhamdulillah, saya juga telah berjaya unlock 2 tiket ke Switzerland pada tahun 2024.
G100 adalah network terbesar dealer Public Gold. Team yang sangat positif, bersatu hati, dan mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi.
Untuk lihat lebih banyak kejayaan lagi daripada team G100
Nak simpan emas?
Kalau berminat nak memulakan tabungan emas dengan dealer di bawah team G100 Network, sila hubungi mana-mana dealer di bawah G100 Network di sini.