10 Kesilapan Pelabur Emas!
Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 10 kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya perhati ramai yang buat kesilapan remeh dan sangat merugikan. Ia sepatutnya boleh dielakkan kalau dia ada ilmu. Kekadang saya terkilan juga kesilapan tu dilakukan oleh kawan-kawan rapat sendiri. Kalau dia tanya saya dulu sebelum mula membeli emas, saya rasa dia boleh elakkan, insyaAllah.
Jadi untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman saya sendiri yang sangat merugikan pelabura emas. Moga ianya bermanfaat:
#1 – Melabur ikut-ikut tanpa ilmu
Bukan emas itu yang membuatkan kita kaya, tapi ILMU kita tentang emas tu yang boleh membuatkan kita kaya. Lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung yang akan kita dapat dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Baca artikel-artikel tentang emas di blog ini, atau sekurang-kurangnya baca 1 buku pelaburan emas yang berkredibiliti sebelum bermula. Datanglah ke mana-mana seminar tentang pelaburan emas untuk belajar terus dari yang pakar.
Buku bertajuk Wang Emas tulisan saya ini sesuai untuk siapa yang nak mula simpan emas. Saya tulis berdasarkan pengalaman yang praktikal, dengan cara penyampaian yang mudah difahami oleh orang baru. Dapatkan di kedai-kedai buku Popular, MPH atau contact isteri saya Pn. Najdah di +6 019-927 2780 untuk pembelian secara poslaju.
#2 – Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama
Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark (penanda aras) tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu walaupun hanya gold bar 1 gram, dan lepas tu barulah boleh monitor perkembangan harga. Untuk makluman anda, penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah. Apatah lagi kita orang biasa!
#3 – Membeli barang kemas
Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN. Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan menjana keuntungan. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan, (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh pekedai emas, dan (3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%.
- Rujuk artikel “4 Kerugian Membeli Barang Kemas” untuk lebih faham topik ni.
Barang kemas kurang sesuai untuk tujuan “pelaburan”.
#4 – Membeli emas pelaburan di kedai emas
Harga emas yang dijual di kedai emas lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my. Ditambah lagi, mereka letakkan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal (plastik kekal) dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!
Syarat jual balik emas Poh Kong. Mesti ada resit, dan seal berkeadaan baik.
#5 – Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat
Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 6% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun. Paling baik, untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 – 3 tahun.
Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Kalau beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat, pergerakan harga emas mungkin boleh mengganggu tidur malam yang lena.
#6 – Pinjam duit untuk beli emas
Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik dilaburkan. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. Saya tak syorkan buat pinjaman untuk beli emas melainkan orang yang susah disiplinkan diri menyimpan wang secara konsisten. Mungkin dengan cara buat pinjaman dan beli emas, dapat ‘paksa’ diri menyimpan.
Pelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ turun naik harga yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa membeli dengan duit pinjaman.
#7 – Membeli emas ‘paling murah’, tanpa ambil kira faktor lain
Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tak semestinya terbaik untuk pelaburan. Emas yang dilelong di ar-rahnu juga belum tentu menguntungkan. Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan. Kita kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), kadar upahnya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Kijang Emas BNM (dijual oleh Maybank) bukanlah yang paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.
- Sila rujuk artikel “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan“.
#8 – Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul
Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di ar-rahnu. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak secara mendadak, (2) Duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Jadi sebelum pajak emas, faham dulu ilmu asas tentang pajakan.
- Rujuk artikel “9 Tips Penting Memajak Emas Di Ar-Rahnu” untuk faham topik ni.
#9 – Membuka sarung plastik kekal
Kebanyakkan emas pelaburan di bank diletakkan dalam bungkusan plastik kekal. Kalau nak buka, ia terpaksa dipotong dan bungkusan plastik itu akan rosak. Emas yang diletakkan dalam plastik kekal sangat cerewet. Bank yang menjual emas tak terima untuk beli balik kalau seal dibuka (potong atau gunting), calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak sebab ar-rahnu perlu buka plastik itu untuk ujian ketulenan! Dan kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.
Emas yang dijual di bank biasanya berseal begini. Sekali buka seal, anda rugi 25%!
Kijang Emas (Maybank) tak berseal. Tapi tak boleh hilang sampul & resit asal. Dan pastinya tak boleh calar, kemek dsb.
Ini emas versi lama keluaran Public Gold (tak sama dengan Public Bank). Public Gold jamin beli balik emas tu samada calar, kemek, atau bengkok dengan harga tinggi.
Ini emas Public Gold versi baru 2014 yang diiktiraf peringkat antarabangsa i.e. emas LBMA. Kalau buka seal plastik kekal, Public Gold jamin beli emas tu tapi dengan spread cuma 10%. Kalau seal masih baik, susut nilainya cuma 9% dan ke bawah.
#10 – Menjual emas ditempat yang salah
Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga tertinggi. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 6% – 9% sahaja. Itulah ‘rule’ penting bila nak jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.
Punca Utama 10 Kesilapan
Punca utama kesilapan tersebut berlaku ialah tak ada ilmu untuk melabur. Ramai yang jenis ikut-ikut jer. Saya secara peribadi sentiasa update ilmu saya tentang pelaburan dari semasa ke semasa supaya kita tahu apa perkembangan dalam pasaran. Ingat, lagi tinggi ilmu kita dalam sesuatu pelaburan, lagi besar untung yang kita boleh dapat.
Untuk tingkatkan ilmu, saya cadangkan sahabat semua dapatkan buku (dan versi ebook) yang saya jadikan rujukan utama waktu saya mula-mula belajar tentang pelaburan emas setakat ni iaitu buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (RM80), tulisan sifu emas En. Syukor Hashim.
Saya berani syorkan book ini sebab saya sendiri dah baca dan saya tahu nilai sebenar buku tersebut. Kalau harganya RM200 sebuah pun, ia masih bebaloi sebab nilai ilmu di dalamnya. Jangan takut untuk melabur dalam ilmu. Ia memang berbaloi sebab sebelum start gold investment dulu, saya khatamkan buku ini dulu.
Memang tak akan sama orang berilmu dengan tak berilmu. Orang berilmu, buat perkara yang sama dengan cara berbeza.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
Kemaskini 13 Jun 2017 (artikel asal 8 Ogos 2011)
19 Ramadhan 1438H
Kesilapan #11: Menyertai SKIM PELABURAN EMAS yang menjanjikan pendapatan tetap. Untuk makluman sahabat pembaca, kaedah sebenar pelaburan emas ialah macam beli barang kemas jer. Beli harga rendah, jual masa harga tinggi. Kalau ia menjanjikan pendapatan bulanan secara tetap, kena hati-hati sebab kebanyakkan SCAM/ PENIPUAN pelaburan emas beroperasi cara macam tu.
(Kredit foto : myloyalgold, nazzcollection,)
Artikel ini diangkat untuk dijadikan panduan orang ramai tentang pelaburan emas oleh Sinar Harian.

