Dinar Kelantan & Public Gold, Mana Lebih Baik?

[Kemaskini 6 Oktober 2015] Saya dapat email dari seorang pembaca berkenan dua artikel saya sebelum ini bertajuk “Dinar Kelantan vs Dinar Public Gold” dan “Dinar Kelantan No. 1, Dinar PG No. 2” yang mungkin boleh mengelirukan. Antara dua jenis dinar tersebut, yang mana lebih baik?

Jawapan ringkas saya;

Kelebihan Dinar Public Gold

#1 – Spreadnya (susut nilai) lebih rendah

Spread Dinar Pulic Gold cuma 8% sahaja berbanding Dinar Kelantan yang spreadnya 10%. Ini bermaksud, keuntungan Dinar Public Gold LEBIH CEPAT berbanding Dinar Kelantan. Jika kenaikan harga emas sebanyak 11%, maksudnya pembeli Dinar Public Gold dah dapat untung sebanyak 3% (11% – 8%) sedangkan pembeli Dinar Kelantan cuma untung 1% (11% – 10%).

Rule ni hanya relevan kalau anda menjual balik pada PENGELUAR dinar tersebut, bukan pada pembeli individu di luar i.e. sesiapa individu yang nak beli melalui facebook, kawan-kawan dsb. Kalau jual pada pembeli individu di luar, rule ini tak terpakai. Ia adalah bergantung pada PERMINTAAN.

#2 – Harganya lebih murah

Ikut pada pemerhatian saya, harga Dinar Public Gold sekitar 7% atas spot price (harga emas mentah di graf emas dunia), tetapi Dinar Kelantan sekitar 20% atas spot price! Lagi murah harga emas tu, lagi bagus sebab kita boleh beli kuantiti lebih banyak dengan nilai pelaburan yang sama. Anda boleh banding harganya di link ni:

Perbezaan antara “spot price” dengan harga jualan dipanggil “premium”. Lagi tinggi premium, lagi tinggi lah harga emas. Lagi tinggi harganya, lagi sikitlah emas yang kita boleh beli.

Untuk makluman sahabat pembaca, tak ada pengeluar emas yang jual emas dengan harga spot. Hanya emas ‘atas kertas’ macam Gold Investment Account di bank-bank sahaja yang jual emas pada “harga spot”. Sebabnya, emas fizikal ada kos pengeluaran seperti upah pekerja, proses minting, pengangkutan dsb.

set dinar public gold lbma 24kDari sudut pelaburan, Dinar Public Gold lebih menguntungkan.

#3 – Stok tiada had walaupun harga emas jatuh

Senang beli Dinar Public Gold. Boleh beli bila-bila masa dan di mana sahaja hampir seluruh Malaysia tak kira masa harga rendah ataupun tinggi. Ini disebabkan Public Gold itu sendiri adalah pengeluar emas, bukan sekadar “trader” emas.

Berbanding Dinar Kelantan yang selalu tak ada stok terutamanya masa harga emas jatuh. Ini disebabkan Kelantan Golden Trade (KGT) terpaksa order dari Dubai. Lagi satu, ‘dealer’ Dinar Kelantan membelinya secara pukal, dan menjualnya bila harga lebih tinggi. Bila harga jatuh, biasanya mereka akan hold stok tu. Memang rugi la pembeli tak dapat beli pada harga rendah untuk memaksimumkan keuntungan pelaburan.

Kelebihan Dinar Kelantan

Pernah suatu ketika, Dinar Kelantan lebih baik dari sudut permintaannya berbanding Dinar Public Gold. Maksudnya, bila anda nak jual balik, ia lebih cepat dapat pembeli individu berbanding Dinar Public Gold. Bila jual direct pada pembeli individu di luar e.g. menjual melalui facebook atau kawan-kawan, biasanya kita boleh dapat harga yang jauh lebih baik berbanding jual pada pengeluar.

Kalau jual pada pengeluar, dia akan ambil kira SPREADnya (harga jual beli mengikut carta yang dikeluarkan), tapi kalau jual pada pembeli persendirian, spread tak diambil kira. Dinar Kelantan sangat famous dikalangan pembeli individu untuk dijadikan hantaran, mas kahwin ataupun koleksi sebab designnya sangat halus, cantik dan ada ukiran kalimah syahadah.

Dinar KelantanDinar Kelantan, sisi depan dan belakang.

Tetapi berdasarkan pemerhatian saya, permintaan Dinar Kelantan sudah jatuh mendadak disebabkan masalah dalam pengurusan KGT. Ketika artikel ini dikemaskini (6 Oktober 2015), Dinar Kelantan tidak mempunyai plaftorm untuk jual beli. Pembeli-pembeli Dinar Kelantan sebelum ini hanya boleh jual emas mereka kepada pembeli individu atau ke kedai-kedai emas dengan susut nilai 25%! Ia amat merugikan.

Kesimpulannya;

  1. Kalau anda nak beli emas untuk tujuan pelaburan, beli Dinar Public Gold sebab ia lebih cepat untung. Bila nak jual balik nanti, semak harga di website Public Gold, dan terus berurusan dengan dealer atau pejabat Public Gold terdekat.
  2. Kalau nak beli emas untuk koleksi dan maskahwin, boleh juga pertimbangkan Dinar Kelantan. Memang cantik sebab buatannya lebih halus dan ada kalimah syahadah.
  3. Kalau nak dapatkan harga tertinggi bila nak jual Dinar Kelantan, carilah pembeli individu untuk kurangkan spread 10% yang dikenakan oleh pengeluar. Saya percaya, ia masih lagi ada permintaan sebab ia dinar paling cantik di Malaysia. Sekali tengok, mesti jatuh hati. Lagi pun, pengeluarnya ialah Kerajaan Negeri Kelantan.
  4. Dinar Kelantan lebih kepada nilai sentimental, tetapi Dinar Public Gold lebih sesuai kalau tujuannya ialah pelaburan.

Mudah-mudahan jawapan saya di atas sedikit sebanyak membantu pelabur emas.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
18 Julai 2011
17 Sya’ban 1432

[Artikel ini dikemaskini pada 6 Oktober 2015. Mungkin sebahagian blog comments di bawah ini tidak lagi relevan selepas artikel ini di kemaskini]

(Kredit foto : dinarkel)