4 Pertimbangan Pilih Item Terbaik Pelaburan Emas

[Artikel ini telahpun outdated – 2 April 2018] “Item mana terbaik untuk dibeli? Gold bar atau dinar yang lebih baik? Emas 999 atau emas 916? Ok ker kalau beli barang kemas?” Ini antara persoalan penting bila nak beli emas. Kalau silap pilih item, anda mungkin akan rugi on-the-spot!  Jadi, sebelum beli, tentukan dulu berapa BAJET anda. Lepas tu pertimbangkan 4 perkara:

1. Spread (Susut Nilai)
2. Kecairan Emas
3. Kemudahan Pajakan – untuk pemilik bisnes
4. Permintaan Paling Laris – untuk peniaga emas

Pertimbangan #1 : Susut Nilai

Rata-rata, orang beli emas untuk simpanan jangka panjang dan nak dapat keuntungan. Jadi kalau matlamat anda adalah keuntungan, anda mesti beli item yang spread (susut nilai) paling rendah. Spread akan menentukan berapa cepat dapat untung, dan berapa banyak keuntungan anda dapat bila jual emas tu nanti. Lagi rendah spread, lagi cepat untung.

Di sini saya senaraikan emas Public Gold mengikut spread. Dan cuba matchkan dengan bajet anda:

Bajet Besar

  • Gold bar 250g – 4.5% (terbaik)
  • Gold bar 500g – 4.5%

Bajet Sederhana

  • Coin 10 Dinar – 5.0% (terbaik)
  • Gold bar 100g – 5.0%

Bajet Kecil

  • Coin 5 Dinar – 5.5% (terbaik)
  • Gold bar 50g – 5.5%
  • Coin 1 Dinar – 6.0%
  • Coin 2 Dinar – 6.0%
  • Gold bar 20g – 6.0%

(Tak Disyorkan)

  • Gold bar 10g – 8.0%
  • Barang Kemas Pelaburan i-Series – 10%
  • Barang Kemas Perhiasan D-series – 15%

dinar jongkong emas public gold terbaikItem paling cepat untung, sesuai untuk mereka yang beli emas untuk simpanan semata-mata.

Untuk mereka yang beli emas untuk simpanan semata-mata (bukan sambil berniaga emas), ini kombinasi item terbaik yang boleh anda pertimbangkan supaya dapat keuntungan paling cepat dan paling banyak, mengikut bajet masing-masing:

Bajet RM100,000++

  • Gold Bar 250g
  • Coin 10 Dinar

Bajet RM20,000++

  • Gold bar 100g
  • Coin 10 Dinar
  • Coin 5 Dinar

Bajet RM10,000+/-

  • Coin 10 Dinar
  • Coin 5 Dinar

Bajet RM5,000 & ke bawah

  • Coin 5 Dinar
  • Coin 1 Dinar

Harga semasa emas Public Gold, anda boleh cek di website www.publicgold.com.my.

Pertimbangan #2 : Kecairan Emas

Lepas matchkan item mengikut “Susut Nilai” dan “Bajet” anda, kena pertimbangkan juga “Kecairan” emas tu. In case nak pakai duit nanti, boleh jual sikit-sikit. Tak perlu jual seketul. Contohnya, kalau anda beli coin 10 dinar x 1 keping, bila nak pakai duit nanti, anda terpaksa jual seketul coin 10 dinar yang nilainya RM5,000 lebih walaupun cuma nak pakai RM1,000 jer.  Tapi kalau beli coin 1 dinar x 10 keping, anda cuma perlu jual 2 keping coin 1 dinar jer bila nak pakai duit RM1,000.

10 dinar public gold

2 pilihan samada 1 dinar x 10 keping, atau 10 dinar x 1 keping.

Bila ada 2 pilihan item emas yang sama dari sudut spreadnya, saya lebih suka item yang lebih kecil saiznya (lebih tinggi kecairan) supaya mudah dijual sikit-sikit nanti.  Contohnya:

  • Gold bar 500g (4.5%) & 250g (4.5%) – saya pilih 250g
  • Gold bar 100g (5.0%) & coin 10 Dinar (5.0%) – saya pilih 10 Dinar
  • Gold bar 50g (5.5%) & coin 5 Dinar (5.5%) – saya pilih 5 Dinar
  • Gold bar 20g (6.0%), 2 Dinar (6.0%) & 1 Dinar (6.0%) – saya pilih 1 Dinar

gold bar jongkong emas dinar public gold 02Antara dua 2 item di atas, saya akan pilih coin 10 dinar sebab kecairan lebih tinggi.

Pertimbangan #3 : Kemudahan Pajakan (Untuk Pemilik Bisnes)

Untuk sesiapa yang berniaga, anda mungkin nak beli emas untuk simpanan sekaligus sebagai modal pusingan perniagaan. Bila nak pakai duit untuk rolling bisnes, anda boleh dapatkan pinjaman segera dengan pajak emas tu pada bila-bila masa di ar-rahnu dengan mudah.

Sejak pertengahan tahun 2011, hampir kesemua ar-rahnu di bawah pengurusan bank (seperti Bank Rakyat & Agrobank) tak terima lagi gold bar, gold coin ataupun dinar sebab isu “cash flow” bank. Mereka cuma terima barang kemas sahaja. (Walaupun begitu, Ar-rahnu di bawah pengurusan koperasi & swasta masih lagi terima gold bar, gold coin & dinar)

Jadi kalau nak mudah pajak, saya syorkan anda beli barang kemas i-series Public Gold yang memang dikeluarkan khas untuk pelaburan yang memudahkan pajakan, tapi masih berbaloi sebab spreadnya cuma 10% berbanding barang kemas perhiasan biasa sekitar 25%. Bila nak rolling duit, anda boleh pajak jer emas tu di mana-mana ar-rahnu tanpa sebarang masalah, insyaAllah.

barang kemas i-series public goldBarang kemas pelaburan i-series mudah dipajak, dan susut nilai cuma 10%.

Pertimbangan #4 : Permintaan Paling Laris (Untuk Peniaga Emas)

Kalau beli emas Public Gold bernilai RM20,000 ke atas, anda secara automatik jadi dealer. Kalau plan nak simpan emas sambil berniaga emas,  kena pilih item yang paling laris permintaannya. Kalau ada orang nak beli, terus tolak stok yang ada di tangan (dan replace stok dengan Public Gold).

Kalau orang nak beli coin 1 dinar, tak perlulah terkejar-kejar ke ofis Public Gold semata-mata nak ambil coin 1 Dinar yang komisyennya lebih kurang RM6 – RM12 jer. Lebih baik place order dengan Public Gold, dan bagi stok di tangan dulu kepada pembeli. Nanti ada masa baru pergi collect emas tu di office Pulic Gold.

Dah hampir 3 tahun saya jadi dealer emas Public Gold, saya nampak permintaan paling tinggi ialah coin dinar berbanding gold bar – sebab susut nilai lebih rendah – untung lebih cepat & lebih banyak. Dan dinar yang paling tinggi permintaannya ialah coin 1 dinar – sebab senang dibeli sikit-sikit.

Dealer Perlu Mempelbagaikan Stok

Sebagai dealer, anda dibayar komisyen 1% – 2% atas belian sendiri, jualan kepada customer, atau perkenalkan customer baru kepada Public Gold. Jadi, dealer perlu pelbagaikan stok. Pengalaman saya, antara stok yang berpermintaan tinggi dan perlu stand-by stok ialah:

  • Coin 1 Dinar – paling tinggi permintaan
  • Coin 2 Dinar
  • Coin 10 Dirham (silver)
  • Gold Bar 20g
  • Coin 5 Dinar

Item paling laris emas dan silver public gold

Berapa banyak stok tu bergantung kepada bisnes masing-masing. Saya stand-by stok at least 1 dinar (15 keping), 2 dinar (2 keping), 10 dirham (4 keping), Gold bar 20g (1 keping) dan 5 dinar (1 keping). Stok ni sebenarnya untuk ‘cater’ pembelian dari kawan-kawan terdekat dan pelabur kecil yang dekat dengan saya jer. Kalau pelabur modal sederhana dan besar, atau yang duduk jauh, stok dia akan ambil direct di pejabat Public Gold.

Itulah 4 pertimbangan penting untuk pilih item pelaburan emas terbaik. Dengan 4 pertimbangan ni, saya yakin anda boleh pilih sendiri item terbaik sesuai dengan matlamat anda membeli emas. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
14 Julai 2013
5 Ramadhan 1434

Artikel berkaitan:

(Kredit foto : emas8kilo, jutawanemas)

90 Comments

    1. ha ah, betul tu, penjelasan yg straigh-forward. bila kita baca ni, x adalah rasa kita ni x pandai sgt, boleh lah catch up. hihi.

  1. Baru perasan ada produk baru PG, Bunga Emas, 50 gm. kalau beli ni mcm mana kiraan spread keuntungannya? Thanks

    1. Pn. Norisa,

      Bunga Emas & Tai Fook Public Gold dikeluarkan untuk KOLEKSI disamping melabur. Kalau nak dapat keuntungan maksimum, saya tak syorkan Bunga Mas & Tai Fook sebab harga lebih mahal, spread lebih tinggi. Spread gold bar 50g biasa cuma 5.5% sedangkan Bunga Mas & Tai Fook 6.5%.

  2. salam en zul.sy bercadang ingin membeli silver,item apa yg perlu dipertimbangkan jika bajet kecil.bar atau dirham.macam mana pula dengan kos pengangkutan yg dikenakan.macam dinar xde kos pengangkutan.

  3. saya ada melabur saham amanah – Amanah Saham MARA (nilai semasa +/- RM1,700) dan Public Ittikal(nilai semasa +/- RM 700)

    persoalannya:

    1. adakah lebih baik saya keluarkan kesemua Amanah Saham MARA & Publi Ittikal untuk pelaburan coin – memang tak usik pun duit itu, kecuali jika perlu dalam 1 – 3 tahun?

    2. apakah saranan terbaik – untuk yang bajet kecil macam saya ini? – minimum saya akan laburkan untuk jangka masa 1 tahun

    3. kemudian selepas 1 tahun apakah yang patut saya lakukan untuk menambahkan stok emas saya – saya bercadang untuk membeli dalam kuantiti kecil, 1 dinar 1 dinar, kemudian jika mahu jual untuk keperluan terdesak saya bolehlah jual sedikit sedikit…

    minta komen saudara

    1. En. Ramzi,

      1. Saya rasa tak perlu keluarkan ASM & Public Ittikal. Setiap pelaburan ada kelebihan masing-masing. Saham amanah pulangannya lebih konsisten. Emas bergantung kepada kenaikan sebenar harga emas. Ada masa dia naik hingga 35%, ada juga cuma 7%, ada juga turun. Saya syorkan cari duit lain untuk memulakan simpanan emas.

      2. Saya syorkan beli coin 1 dinar. Sentiasa tambahkan simpanan emas dari semasa ke semasa.

      3. Kalau nak pakai duit untuk belanja hangus, jual emas tu. Kalau untuk rolling, pajak jer di ar-rahnu.

      Wallahu a’lam.

  4. Apa faktor membezakan nilai spread antara gold bar dan dinar coin? Adakah dinar coin mudah utk dijual semula?

    1. Beza spread bergantung kepada pengeluar. Saya nampak, spread Dinar Public Gold lebih rendah sebab nak bagi keistimewaan ia sebagai ‘Islamic’ money, berbanding gold bar. Sama juga untuk transportation cost tak dikenakan untuk Dinar yang dibeli di semenangjung Malaysia.

  5. Salam En. Zul, saya ingin bertanya tentang susut nilai emas. Katakan harga untuk emas 1 Dinar ialah RM 600. Sekiranya harganya naik kpd RM 700 dan saya ingin menjualnya, adakah saya akan dpt RM 700 ataupun akan ditolak 6% iaitu susut nilai utk 1 Dinar tersebut. Terima Kasih.

    1. Wslm En. Faisal.

      Dekat website Public Gold dipaparkan dua harga iaitu “PG Sell” dan “PG Buy”. Kita beli dari public gold berdasarkan harga “PG Sell” dan jual balik kepada Public Gold berdasarkan harga “PG Buy”. Bila harga “PG Sell” \naik dari RM600 ke RM700, kita jual balik kepada Public Gold berdasarkan harga “PG Buy”. Harga “PG Buy” tu dah siap-siap tolak susut nilai 6%. So, kita dapat jual balik sekitar RM658 bila harga “PG Sell” sekitar RM700.

  6. Salam,

    tuan punye explanation cukup detail….
    sesuai dengan “TUJUAN” blog ni..
    terima kasih sbb kongsi ilmu..

  7. As salam.. saya ingin kongsi pasal emas… sebagai tipikal wanita kelantan dulu sehari selepas kahwwin wajib beli emas saya belanjakan semua duit hantaran rm5000 beli rantai pada 1997… selepas 15thn kahwin kami kesuntukan duit utk byr pendahuluan rumah jd saya pergi kekedai emas untuk jual.. terkejutbesar saya bila tuan kedai kata nilai adalah rm 23000… tuan kedai sutuh says gadai jd bila gadai di bank saya dapat rm17500.. sejak tu saya beazam untuk beli seutas emas setahun…

  8. Kat kb ni ada banyak kedai jual emas second hand.. emas yang dijual balik oleh kedai rendah dari harga pasaran tanpa upah… emas sebegi jika kita beli dan simpan kemudian jual balik masa harga tinggi lagi banyak untung…

  9. salam.. sy br je beli emas lps bace blog ni..tp sekadar utk disimpan sahaja.. sy nak tanye kenape harga emas dan silver di nubex.com lebih murah dr public gold. boleh tlg advice?

    1. Wslm Pn. Ayu,

      Harga antara pengeluar emas sedikit berbeza sebab ia bukan barang kawalan. Ia bergantung kepada kos pengeluaran dan kadar keuntungan masing-masing. Public Gold bukan emas paling murah, dan bukan paling mahal. Tapi antara yang terendah dikalangan pengeluar emas. Cuma dari sudut fasiliti jual beli emas fizikal untuk tujuan pelaburan, Public Gold setakat ni terbaik di Malaysia.

      Wallahu a’lam.

      1. trime kasih atas jwpn.. sekiranye saye beli dinar emas dr tpt laen, ade masalah tak klu sy jual emas tu ke public gold.. public gold akan beli dgn harga yg sama ke spt di webpage public gold?

        1. It’s ok.

          Public Gold jamin beli beli emas tu asalkan bukan item yang di black list. Biasanya item black list ni ialah item yang terlibat dengan kes kecurian atau penipuan. Samada item tu black list atau tak, kena semak no. siri dengan Public Gold.

  10. Assalamualaikum tuan..saya nk tanya, kalau saya ada stok coin 10 keping, kawan terdekat ingin dapatkan dengan saya 2 keping, berapa yg harga yg patut saya jual?bagaimana cara utk saya tahu nilai emas dari masa ke semasa? ( baru nak belajar ni tuan.)

  11. As Salam..

    Tertarik dengan blog tuan, tentang pelaburan emas..saya bercadang untuk beli coin dengan tuan.. saya tidak arif tentang pelaburan emas..saya mohon maaf dengan tuan kerana saya nak tanya samada jual beli emas yang di PG adakah patuh syariah seperti yang difatwakan oleh fatwa kebangsaan.

    Mohon pencerahan dari tuan kerana saya tidak arif dalam perkara ini

    Terima kasih.

  12. salam….
    saya nak mula pelaburan emas. gaji yg sy simpan adalah sedikit untung beli emas.
    mohon tuan boleh email kepada saya bagaimana nak membuat pelaburan emas:

    1. cara beli emas
    2. tempat beli emas
    3. tempat selamat simpan emas yg dh di beli
    4. tips utk elak di tipu semasa membeli emas
    5. cara menjual emas

    E mail : ak_corp5381@yahoo.com

    1. Wslm En. Azrin,

      InsyaAllah nanti saya emailkan.

      Sebelum tu, En. Azrin boleh ikuti artikel saya tentang persoalan tersebut:

      1. cara beli emas
      http://www.mohdzulkifli.com/2013/03/cara-mudah-membeli-emas-public-gold-online.html

      2. tempat beli emas
      http://www.mohdzulkifli.com/2013/09/kenapa-saya-pilih-emas-public-gold.html

      3. tempat selamat simpan emas yg dh di beli
      http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/cara-simpan-emas-dengan-selamat.html

      4. tips utk elak di tipu semasa membeli emas
      http://www.mohdzulkifli.com/2012/01/5-tips-elak-penipuan-jual-beli-emas.html

      5. cara menjual emas
      Untuk jual emas, jual emas ditempat di mana En. Azrin beli untuk dapat harga terbaik. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold atau dealer Public Gold. Kalau beli emas Poh Kong, jual balik kepada Poh Kong. Itu tips paling penting kalau nak jual emas.

  13. Saya baru terjumpa blog ini, penerangan yg menarik tapi saya masih lagi blur..
    Tak tau nak start dari mana.
    Dgn simpanan 20k yg tak terusik/terperap dlm ASB selama 3 tahun ini.tapi wang dividen dibelanjakan..yg tinggal hanya pokok shj (20k).
    Dari mana patut saya bermula samada utk membeli emas fizikal/perak?
    Sekarang harga 1 dinar rm 563..adakah itu harga terendah?
    Atau ikut pecahan 1,2,5 dinar,gold bar 20g dan 10 dirham spt artikel di atas?
    Wassalam.

    1. Wslm En. Zaihan,

      Harga terendah tahun ni sekitar RM550. Kalau harga RM563 tu bagi saya dah bagus untuk membeli sebab kalau turun ke RM550, biasya sekejap jer. Tak ramai sempat lock.

      Contact saya 019-336 8009 (call/ sms/ wassap) supaya saya senang recommend item terbaik untuk En. Zaihan. Saya nak tahu, En. Zaihan beli emas untuk simpanan semata2 atau berniaga sambil simpan emas. Kalau untuk simpanan semata-mata, ambil coin 10 dinar kesemuanya. Kalau sambil berniaga emas, pilih coin 1 dinar paling banyak sebab paling banyak permintaan.

      Wallahu a’lam.

  14. Assalamualaikum En Zul,
    Sekarang saya masih lagi di offshore, nanti jika saya dah balik ke darat insyaallah saya akan cuba contact en Zul.
    Saya berminat untuk menjana pendapatan sampingan drp emas.
    Melalui artikel en Zul, menjadi dealer lebih byk keuntungannya.
    Tapi saya kurang berkeyakinan kerana utk menyakinkan orang adalah satu perkara yg susah.
    Melainkan saya buat dahulu sehingga berjaya dan baru orang akan bertanya.
    Pendapatan saya boleh dikira agak kasar juga tetapi sifat boros dan tak ambil pusing ttg kewangan menyebabkan saya tidak ada plan utk saving setiap bulan.
    Dan saya membiarkan lebihan wang gaji di dlm akaun, berbelanja tanpa fikir byk kali dan menganggap 10-50 ringgit sbg ‘tiada apa-apa’.
    Sekarang saya baru nak start buat financial planning drp pembacaan artikel en Zul.
    Rasa tak sanggup utk downgrade kehidupan sedia ada sebaliknya saya akan cuba maintain dan cuba utk saving drp nilai ‘ tiada apa-apa’ tersebut. Jika di hitung nilai ‘tiada apa-apa’ yg dibelanjakan itu sebenarnya mmg banyak.
    Withdrawal atm rm 1.5k dalam masa 2 minggu licin mcm tu shj.
    Harap dapat membantu.

    1. Wslm En. Zaihan,

      Kalau sampai ke darat nanti boleh contact saya. InsyaAllah saya boleh guide cara jana pendapatan sambil menyimpan emas. Peringkat permulaan ni kena banyak belajar sebab apa perkara pun mudah bila kita ada ilmu. Saya ada sediakan support Group FB untuk dealer-dealer emas Public Gold di bawah mentorship saya. Kat situ boleh bincang apa sahaja tentang pelaburan emas, perniagaan emas dsb. InsyaAllah.

      Memang kena restructure betul-betul kewangan supaya kekayaan dapat digandakan. Simpan duit dalam bentuk salah satu cara berkesan elak kebocoran wang, dan memberikan motivasi untuk terus mengumpul harta, insyaAllah.

      En. Zaihan boleh wassap kepada saya je kalau ada apa-apa persoalan. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu. 019-336 8009.

      Wallahu a’lam.

    1. Saya prefer gold bar 20g berbanding gold bar 10g. Gold bar 20g susut nilai cuma 6%, tapi gold bar 10g susut nilai 8%. Jauh beza tu. Kalau harga emas naik 10%, gold bar 20g dah untung 4% (10% – 6%) tapi gold bar 10g untung baru 2% (10% – 8%).

  15. Akum..saya ni baru nak melabur dlm pelaburan emas tp duit takla byk sgt. Jadi mcm mana nak mulakan? Mcm mana nak byr.zakat? ..terima kasi.

    1. Wslm Pn Jusmiyati,

      Kalau nak buat belian, saya boleh bantu orderkan atas nama puan. Nanti puan buat bayaran terus ke akaun PG berdasarkan email yang PG hantar. Lepas bayar, emas tu boleh ambil di ofis PG pada bila2 masa.

      Untuk buat belian, puan bagi saya maklumat;

      1. Nama penuh
      2. No ic
      3. Email
      4. No tel
      5. Item yang nak dibeli

      Contact saya 019-336 8009 (sms, wassap, call).

  16. salam.tuan.sy masih tak fhm ttg PGSell/PGBuy…
    contohnya 1 dinar = RM606/RM569…
    yg sy fhm..sy beli 1 dinar harga RM606..bla sy ingin jual..harganya akan menjadi rm569…
    maksudnya sy kerugian rm37..adakah betul pemahaman sy ini?
    jika rendah harga belian maksudnya harga emas tgah jatuh..betul kah ini?
    maaf byk bertanya…sy budak baru belajar…
    jika salah..mohon pencerahan..sgt berminat slps membaca blog tuan…
    terima kasih,wslm.

    1. Wslm puan,

      Oh, ok. Itu harga semasa. Kalau nak beli, Public Gold jual pada harga RM606. Kalau puan ada 1 dinar sekarang dan nak jual kepada Public Gold, Public Gold beli pada harga Rm569. Perbezaan dua harga tu adalah 6% tak kira masa harga emas naik atau jatuh. Kalau harga PG Sell naik, harga PG Buy pun akan naik. Harga PG Sell sentiasa lebih mahal dari PG Buy.

      Kalau puan beli RM606 (harga PG Sell), maksudnya puan kena tunggu harga “PG Buy” naik melepasi RM606 baru untung.

  17. Assalamualaikum tuan.
    Sy seorang pelajar,tp sangat berminat berkaitan pelaburan emas.
    Artikel-artikel tuan banyak membantu dan menarik minat saya.sy ingin meminta pendapat tuan, pakej emas apakah yg paling bagus dgn bermodalkan 10k?
    Sy juga ingin seseorang menjadi mentor sy,mgkin tuan ada kenalan di kelantan ataupun di kuala lumpur yang boleh sy minta pendapat dan berbincang berkaitan hal emas? Skiranya tidak berat sy ingin belajar dr tuan sendiri.

    1. Wslm En. Nik,

      Terima kasih berziarah ke blog saya. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

      Kalau modal RM10k, saya boleh syorkan beli coin dinar kesemuanya sebab susut nilai lebih rendah. Paling baik coin 10 dinar sebab susut nilai cuma 5.0% (i.e. paling rendah). Tapi kalau nak senang jual sikit-sikit, coin 1 dinar (susut nilai 6.0%) lebih baik.

      InsyaAllah saya boleh guide tentang pelaburan emas. En. Nik boleh contact saya bila-bila masa 019-336 8009 (wassap, sms, call).

  18. Saya memang berminat dalam urusan perniagaan.. Byk kali joen program MLM tapi semua x jadi.
    Bila membaca tentang perniagaan yg tuan buat ni membuatkan hati saya kembali berbunga untuk kembali aktif. Malangnya modal saya agak terhad.
    InsyaAllah saya akan bermula juga nanti secepat mungkin.
    Harap tuan dapat bimbing saya.
    Aamiinn…

  19. en.zul..sya sdikit kkeliruan dsini..bgaimana tahu nilai spread itu.adkh potongan harga belian emas di ssbuah bank or public gold? cntoh hrga emas skrg rm139.15 utk jualan..n rm118.28 utk belian..

    1. Nilai spread tu peratusan perbezaan antara harga jualan (harga pekedai jual) dengan harga belian balik (oleh pekedai). Dalam contoh yang tuan tunjukkan tu, spreadnya 25.44% . Pertama sekali, dapatkan perbezaan harga i.e. RM139.15 – RM118.28 = RM20.87. Kemudian, RM20.87 tu bahagi dengan RM139.15 dan darab 100 = 25.44%.

      Untuk faham topik ni, saya syorkan tuan baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2012/07/perbandingan-spread-emas-di-malaysia.html .

  20. Assalamualaikum En. Zul,

    Sy berminat untuk membuat pelaburan emas, tetapi kekurangan modal.bagaimana kalau sy membuat pinjaman peribadi di bank dlm lingkungan RM10k ke bawah. betul @ tidak tindakan sy ni sebab sy mmg ssh nk simpan duit disebabkan kos belanja yang tinggi & kadang2 terlebih boros.

    Terima kasih tuan.

    1. Wslm En. Faizal,

      Saya tak syorkan beli emas guna pinjaman, melainkan itu cara En. Faizal nak disiplinkan diri menyimpan wang. Kalau memang susah menyimpan duit tunai, ok buat pinjaman beli emas.

  21. Salam En Mohd zulkifli.

    Saya berminat nak membeli dinar ini.. Cuma saya xtahu macam mana nak stat. Boleh bagi step yang harus saya buat. Terima kasih.

  22. Salam en Mohd Zulkifli

    sy bminat dlm membeli emas ni tapi ade brape maslah yg brmain dlm fikiran sy.antaranye

    1.sy btgas d sabah bhgian pendlman, jika sya beli emas PG melalui deler di sini, agak susah kerna sy terpakse ambil emas di Kota Kinabalu yg memkn mase 5-6 jam
    2.jika sya mmbeli dari dealer di tmpat asal sy (seremban), boleh ke delaer di sane simpan emas yg sy beli n minta tlg family ambil bagi pihak saya .
    segala tunjuk ajar cik amat sy hargai

  23. Asalamualaikum
    Saudara ingin bertanye boleh ke En,Zulkifli tunjuk ajar sbb saye hanya ade modal lingkungan bawah dari 1k..?

  24. Assalamualaikum En Zul.
    Alhamdulillah Allah ketemukan dgn tajuk ni.saya dan suami ingin menyimpan emas secara konsisten setiap bulan.kami plan 50% nak beli emas.dan 50% nak simpan cash utk buat rumah di kg dlm masa 5 thn akan datang.skrg kami menyewa rumah yg sgt dekat dgn tempat kerja.kalau boleh x nak beli rumah dgn hutang.
    Utk pengetahuan En Zul suami sy dia dah jadi dealer.masa tu cuma utk simpan sendiri sj.tapi bila baca blog en zul teringin juga nak jadi penjual emas sambil meyimpan.mula2 kami ingat simpan emas 999.9 lebih baik jadi kami dah beli beberapa keping gold 10g.tapi lepas baca blog en zul baru tahu yg simpan dinar lagi baik.Jadi nak minta pendapat En Zul,kalau kami budget sebulan RM 2000 utk beli emas,pecahan bagaimana kami patut buat sebagai penyimpan emas dan juga berniaga emas PG.?dan group emas apa patut kami join utk dapatkan pelanggan jual beli emas?
    Terimakasih.semoga Allah rahmati en Zul.

    1. Wslm Pn. Maiazra,

      Alhamdulillah.

      1. Kalau plan nak beli rumah di kampung, saya prefer beli dulu rumah di bandar yang mempunyai potensi kenaikan harga lebih baik. Dengan kenaikan harga rumah di bandar, ia akan percepatkan proses mengumpul dana untuk buat rumah di kampung. Bila nak balik kampung nanti, jual rumah di bandar tu. Saya yakin, puan akan dapat dana lebih besar untuk rumah di kampung berbanding simpan sendiri secara tunai setiap bulan.

      2. Alhamdulillah, bagus tu kalau dah jadi dealer. Emas tu lebih kepada simpanan. Pendapatan besar sebagai dealer ialah komisyen jualan emas tu. Jadi sebagai peniaga, puan kena ada stok yang cukup untuk rolling i.e tampung permintaan dari pembeli emas.

      3. Untuk berjaya dalam bisnes, puan kena cari puan punya Master Dealer yang aktif. Saya percaya, dia boleh bimbing puan untuk jana pendapatan dari bisnes emas Public Gold.

      Wallahu a’lam.

  25. Assalamualaikum En. Zul,

    Saya telah membaca artikal En. Zul, dan saya berminat untuk memulakan Pelaburan Emas dengan Coin 1 Dinar, untuk tujuan simpanan.

    Insya allah, saya mahu meneruskan pelaburan Emas ini dengan membeli Coin 1 Dinar setiap bulan.

    Harap En. Zul dapat membantu saya.

    Terima Kasih,

  26. Assalamualaikum en. Zul
    Sblum ni saya dah beli 1 dinar. .
    Buat masa terdekat ni saya nak tambah lgi utuk simpanan perkahwinan msa depan. Dengan bajet 6k item mana yang sesuai untuk saya beli…

    1. Wslm En. Azwan,

      Kalau untuk perkahwinan, beli dinar lebih sesuai. Dengan bajet tu, mungkin boleh pertimbangkan beli 5 dinar x 2 keping. Untuk display masa majlis perkahwinan, beli coin 2 dinar atau lebih besar. Kalau coin 1 dinar, ia kurang cantik untuk di display sebab kecil.

  27. Assalamualaikum. Sekadar bertanya. Kalau nak bayar gaji pekerja dgn emas…jenis emas yang manakah pilihan yang sesuai atau terbaik. Tq.

  28. Salam En. Zul.. Perkongsian yang memang baik. Dari pembacaan saya, En. Zul punya pengalaman yang baik dalam bidang emas ini. Jika saya punya modal sebanyak 50k, dan saya ingin menjadi dealer sekaligus dengan berniaga emas.

    Emas jenis apa yang boleh saya ambil untuk keuntungan yang besar. Dari segi beli dan jual semula bila harga emas dunia naik.

    Boleh kongsi?

    Terima Kasih. Wallahualam.

    1. Wslm Pn Azreny,

      Alhamdulillah.

      Kalau beli untuk berniaga emas, item paling baik ialah yang paling banyak permintaan supaya stok tu cepat rolling. Item yang paling banyak permintaan biasanya item yang kecil-kecil macam gold bar 1 gram, coin 1 dinar dan gold bar 10 gram. Kalau dengan bajet RM50k tu, boleh beli item besar macam gold bar 50 gram dan 100 gram untuk mempelbagaikan stok.

  29. salam en zul. Saya ada simpan rantai 999 (beli kedai emas) lebih kurang 250g. Saya bercadang untuk beli emas public gold. Bagaimana cara nya?

      1. Assalamualaikum tuan Zul, saya merupakan lepasan pelajr stpm yg sangat berminat utk menceburi pelaburan emas utk simpanan masa hadapan. Drpd pembaca sya dlm artikel tuan serta beberapa blog lain sedikit sebanyak menambahkan lagi semangt dan keyakinan sya utk melabur. Pada pengetahuan tuan, sya sedang membuat krja part time smntara menuggu panggln IPTA dan telah mempunyai simpanan sendiri sebanyak RM10k dlm ASB2 yg baru setahun sya buka….
        Berbrapa persoalan yg brmain dlm fikiran sy selama pembacaan sya selama ini ….antaranye

        1. Apa pendapat dn cadangan tuan tentang penyimpann sya dlm ASB2 atau pelaburan emas…? adakh sya patut menceburi pelaburan emas kesemuanya …

        2. Item manakah yg sya patut pilih utk pelaburan emas sya dlm rm 10k …jika pemilihn item gold bar 50 grm pg atau sekeping 10 dinar pg serta beberapa 1 dinar pg utk cukupkannya…. hasil pngiraan spread gold bar 50 grm dan 10 dinar adalh sama sekitr 6.5% pda hari ini…mana yg lebih baik dan menguntungkan…

        3. Adakah semua dinar pg tidak dikenakan transportation cost di semenajung malaysia atau cuma emas 1 dinar shja…

        mohon pencerahan dan bimbingan tuan…semoga tuan sekeluarga dimurahkan reziki seluas2nya didunia dan diakhirat…amin

        1. Wslm En. Amar,

          Alhamdulillah..

          1. Saya cadangkan simpan dalam Tabung Haji (sebab ia lebih baik dari ASB bila ditolak zakat 2.5%). Beli emas boleh, tapi dengan situasi En. Amar yang baru nak masuk ke IPT, mulakan modal kecil sebagai motiviasi mengumpul harta.

          2. Gold bar 50 gram lebih untung berbanding 10 dinar sebab caj premiumnya lebih jimat (bila dikira kos per gram).

          3. Semua item emas dan silver Public Gold dikenakan caj premium (dulu dinamakan transporatation cost). Boleh refer senarai caj tu di http://www.bit.ly/pggoldpremium .

          Kalau ada apa-apa persoalan, En. Amar boleh juga wassap kepada saya 019-336 8009. InsyaAllah lebih cepat saya reply.

          2.

  30. salam en.zul sy berminat nk jadi pelabur emas secara kecilan dgn modal yg agak terhad ne.so sy nk plan start dgn 1 coin dinar.sy harap en.zul blh guide sy mcmna nk start?nk reg.under public gold how?tqvm..

  31. Assalamualaikum tuan Zulkifli….sy ni masih baru dlm pelaburn emas ni? Nak bertanya? Klu pengedar tu mcm beli jongkong emas byk pastu jual dgn harga kita letak sndiri ke? Sy keliru skrg ni! Mohon tolong terangkan kt sy ye tuan….hrp sgt ilmu tuan utk ajar sy.

  32. assalamualaikum tuan.
    jika ada bajet besar, mana lebih untung beli gold bar 250gm x 30keping atau 1 dinar x 2000keping.
    sy tdk berminat utk bisnes emas, cuma utk pelaburan jangka panjang.

    1. Wslm Pn Fatin,

      Itu bergantung kepada tujuan puan membeli emas.

      1. Kalau puan beli untuk pelaburan “buy low sell high”, kena pilih item yang spread paling rendah i.e. 250g x 30 keping. Dan saya syorkan pecahkan pembelian kepada 3 supaya puan dapat puratakan kos pembelian.

      2. Kalau puan beli untuk simpanan jangka panjang, boleh pilih item spread rendah seperti no. 1 atau kombinasi item yang kecil (e.g. 1 dinar x 2000 keping) supaya lebih mudah dicairkan sikit-sikit nanti.

      Kalau ada persoalan, puan boleh wassap saya personally 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide.

  33. Slm tuan…
    Ap pendapat tuan if sy beli stiap bulan 1 gram..
    Ataupn sy kumpul duit smpi cukup beli 1 dinar emas?
    Tq

  34. Salam encik. Zul setiap bulan saya kumpul coin 1 dinar , kemudian bila saya nak tukar kpd coin 10 seketul bila dah capai gram 10 dinar bole ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *