4 Pertimbangan Pilih Item Terbaik Pelaburan Emas
[Artikel ini telahpun outdated – 2 April 2018] “Item mana terbaik untuk dibeli? Gold bar atau dinar yang lebih baik? Emas 999 atau emas 916? Ok ker kalau beli barang kemas?” Ini antara persoalan penting bila nak beli emas. Kalau silap pilih item, anda mungkin akan rugi on-the-spot! Jadi, sebelum beli, tentukan dulu berapa BAJET anda. Lepas tu pertimbangkan 4 perkara:
1. Spread (Susut Nilai)
2. Kecairan Emas
3. Kemudahan Pajakan – untuk pemilik bisnes
4. Permintaan Paling Laris – untuk peniaga emas
Pertimbangan #1 : Susut Nilai
Rata-rata, orang beli emas untuk simpanan jangka panjang dan nak dapat keuntungan. Jadi kalau matlamat anda adalah keuntungan, anda mesti beli item yang spread (susut nilai) paling rendah. Spread akan menentukan berapa cepat dapat untung, dan berapa banyak keuntungan anda dapat bila jual emas tu nanti. Lagi rendah spread, lagi cepat untung.
Di sini saya senaraikan emas Public Gold mengikut spread. Dan cuba matchkan dengan bajet anda:
Bajet Besar
- Gold bar 250g – 4.5% (terbaik)
- Gold bar 500g – 4.5%
Bajet Sederhana
- Coin 10 Dinar – 5.0% (terbaik)
- Gold bar 100g – 5.0%
Bajet Kecil
- Coin 5 Dinar – 5.5% (terbaik)
- Gold bar 50g – 5.5%
- Coin 1 Dinar – 6.0%
- Coin 2 Dinar – 6.0%
- Gold bar 20g – 6.0%
(Tak Disyorkan)
- Gold bar 10g – 8.0%
- Barang Kemas Pelaburan i-Series – 10%
- Barang Kemas Perhiasan D-series – 15%
Item paling cepat untung, sesuai untuk mereka yang beli emas untuk simpanan semata-mata.
Untuk mereka yang beli emas untuk simpanan semata-mata (bukan sambil berniaga emas), ini kombinasi item terbaik yang boleh anda pertimbangkan supaya dapat keuntungan paling cepat dan paling banyak, mengikut bajet masing-masing:
Bajet RM100,000++
- Gold Bar 250g
- Coin 10 Dinar
Bajet RM20,000++
- Gold bar 100g
- Coin 10 Dinar
- Coin 5 Dinar
Bajet RM10,000+/-
- Coin 10 Dinar
- Coin 5 Dinar
Bajet RM5,000 & ke bawah
- Coin 5 Dinar
- Coin 1 Dinar
Harga semasa emas Public Gold, anda boleh cek di website www.publicgold.com.my.
Pertimbangan #2 : Kecairan Emas
Lepas matchkan item mengikut “Susut Nilai” dan “Bajet” anda, kena pertimbangkan juga “Kecairan” emas tu. In case nak pakai duit nanti, boleh jual sikit-sikit. Tak perlu jual seketul. Contohnya, kalau anda beli coin 10 dinar x 1 keping, bila nak pakai duit nanti, anda terpaksa jual seketul coin 10 dinar yang nilainya RM5,000 lebih walaupun cuma nak pakai RM1,000 jer. Tapi kalau beli coin 1 dinar x 10 keping, anda cuma perlu jual 2 keping coin 1 dinar jer bila nak pakai duit RM1,000.
2 pilihan samada 1 dinar x 10 keping, atau 10 dinar x 1 keping.
Bila ada 2 pilihan item emas yang sama dari sudut spreadnya, saya lebih suka item yang lebih kecil saiznya (lebih tinggi kecairan) supaya mudah dijual sikit-sikit nanti. Contohnya:
- Gold bar 500g (4.5%) & 250g (4.5%) – saya pilih 250g
- Gold bar 100g (5.0%) & coin 10 Dinar (5.0%) – saya pilih 10 Dinar
- Gold bar 50g (5.5%) & coin 5 Dinar (5.5%) – saya pilih 5 Dinar
- Gold bar 20g (6.0%), 2 Dinar (6.0%) & 1 Dinar (6.0%) – saya pilih 1 Dinar
Antara dua 2 item di atas, saya akan pilih coin 10 dinar sebab kecairan lebih tinggi.
Pertimbangan #3 : Kemudahan Pajakan (Untuk Pemilik Bisnes)
Untuk sesiapa yang berniaga, anda mungkin nak beli emas untuk simpanan sekaligus sebagai modal pusingan perniagaan. Bila nak pakai duit untuk rolling bisnes, anda boleh dapatkan pinjaman segera dengan pajak emas tu pada bila-bila masa di ar-rahnu dengan mudah.
Sejak pertengahan tahun 2011, hampir kesemua ar-rahnu di bawah pengurusan bank (seperti Bank Rakyat & Agrobank) tak terima lagi gold bar, gold coin ataupun dinar sebab isu “cash flow” bank. Mereka cuma terima barang kemas sahaja. (Walaupun begitu, Ar-rahnu di bawah pengurusan koperasi & swasta masih lagi terima gold bar, gold coin & dinar)
Jadi kalau nak mudah pajak, saya syorkan anda beli barang kemas i-series Public Gold yang memang dikeluarkan khas untuk pelaburan yang memudahkan pajakan, tapi masih berbaloi sebab spreadnya cuma 10% berbanding barang kemas perhiasan biasa sekitar 25%. Bila nak rolling duit, anda boleh pajak jer emas tu di mana-mana ar-rahnu tanpa sebarang masalah, insyaAllah.
Barang kemas pelaburan i-series mudah dipajak, dan susut nilai cuma 10%.
Pertimbangan #4 : Permintaan Paling Laris (Untuk Peniaga Emas)
Kalau beli emas Public Gold bernilai RM20,000 ke atas, anda secara automatik jadi dealer. Kalau plan nak simpan emas sambil berniaga emas, kena pilih item yang paling laris permintaannya. Kalau ada orang nak beli, terus tolak stok yang ada di tangan (dan replace stok dengan Public Gold).
Kalau orang nak beli coin 1 dinar, tak perlulah terkejar-kejar ke ofis Public Gold semata-mata nak ambil coin 1 Dinar yang komisyennya lebih kurang RM6 – RM12 jer. Lebih baik place order dengan Public Gold, dan bagi stok di tangan dulu kepada pembeli. Nanti ada masa baru pergi collect emas tu di office Pulic Gold.
Dah hampir 3 tahun saya jadi dealer emas Public Gold, saya nampak permintaan paling tinggi ialah coin dinar berbanding gold bar – sebab susut nilai lebih rendah – untung lebih cepat & lebih banyak. Dan dinar yang paling tinggi permintaannya ialah coin 1 dinar – sebab senang dibeli sikit-sikit.
Dealer Perlu Mempelbagaikan Stok
Sebagai dealer, anda dibayar komisyen 1% – 2% atas belian sendiri, jualan kepada customer, atau perkenalkan customer baru kepada Public Gold. Jadi, dealer perlu pelbagaikan stok. Pengalaman saya, antara stok yang berpermintaan tinggi dan perlu stand-by stok ialah:
- Coin 1 Dinar – paling tinggi permintaan
- Coin 2 Dinar
- Coin 10 Dirham (silver)
- Gold Bar 20g
- Coin 5 Dinar
Berapa banyak stok tu bergantung kepada bisnes masing-masing. Saya stand-by stok at least 1 dinar (15 keping), 2 dinar (2 keping), 10 dirham (4 keping), Gold bar 20g (1 keping) dan 5 dinar (1 keping). Stok ni sebenarnya untuk ‘cater’ pembelian dari kawan-kawan terdekat dan pelabur kecil yang dekat dengan saya jer. Kalau pelabur modal sederhana dan besar, atau yang duduk jauh, stok dia akan ambil direct di pejabat Public Gold.
Itulah 4 pertimbangan penting untuk pilih item pelaburan emas terbaik. Dengan 4 pertimbangan ni, saya yakin anda boleh pilih sendiri item terbaik sesuai dengan matlamat anda membeli emas. InsyaAllah.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
14 Julai 2013
5 Ramadhan 1434
Artikel berkaitan:
- 10 Kesilapan Pelabur Emas!
- 5 Rahsia Pelabur Emas Yang Sentiasa Senyum
- Cara Mudah Beli Emas Public Gold (Online)
- 5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan
- Cara Simpan Emas Dengan Selamat
- Bila Masa Terbaik Membeli Emas?
- Arkib Artikel Terbaik Pelaburan Emas
- eBook Percuma : 5 Minit Review Tentang Emas! (Pdf)
(Kredit foto : emas8kilo, jutawanemas)


