5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan

[Artikel kemaskini 13 Jun 2017] Bukan semua emas sesuai untuk tujuan pelaburan. Kalau nak beli emas untuk pelaburan, hanya dua bentuk emas sahaja yang sesuai iaitu sama ada gold bar (jongkong emas) ataupun syiling emas (termasuk dinar). Gold bar dan syiling biasanya dikeluarkan dengan ketulenan 995 dan ke atas. Yang paling banyak di pasaran sekarang ialah berketulenan 999.9.

Barang kemas tak sesuai untuk pelaburan sebab harganya sangat mahal dan spreadnya sangat tinggi. Ia dibuat untuk tujuan perhiasan, bukan untuk pelaburan. Jadi kalau nak beli emas untuk pelaburan, beli hanya bentuk gold bar atau syiling emas (termasuk dinar).

Semak Kriteria Secara Pakej

Kalau nak beli gold bar atau dinar, mesti semak 5 kriteria paling penting secara pakej sebelum beli. Jangan main beli sahaja. Dan jangan hanya tengok kepada satu kriteria sahaja sebab berdasarkan pengalaman saya terlibat dalam jual beli emas sejak tahun 2010, emas paling murah tak semestinya emas tu paling baik. Sama macam nak pilih bakal isteri juga. Perempuan paling cantik tidak semestinya ia caloin isteri yang terbaik.

Bila nak pilih calon isteri terbaik, Nabi SAW suruh kita ambil kira 4 kriteria penting iaitu: Hartanya, Keturunannya, Kecantikannya dan juga Agamanya. Nabi SAW suruh membuat pertimbangan secara pakej. Bukan hanya satu kriteria.

Jadi begitu jugalah cara nak pilih emas terbaik. Bagi saya tak kisah apa jenama sekalipun, kita mesti buat penilaian SECARA PAKEJ. Kriteria itu akan menentukan sejauh mana kita dapat menjana keuntungan maksimum daripada emas tersebut. Kriteria yang saya maksudkan ialah:

  1. Harga rendah
  2. Spread nipis
  3. Stok tiada had
  4. Cawangan jual beli banyak
  5. Syarat jual balik tak cerewet

#1 – Harga Rendah & Bebas GST

Sebelum beli, bandingkan “harga per gram” emas tersebut dengan pengeluar emas yang lain. Buat sedikit “homework”, semak harga tiga pengeluar emas sebagai perbandingan. Harga setiap pengeluar kita boleh semaknya terus daripada laman web pengeluar tersebut.

Harga lebih rendah lebih baik sebab kita boleh beli lebih banyak gram dengan bajet yang sama. Kalau beli emas untuk tujuan pelaburan, sekurang-kurangnya kena pastikan harga emas tersebut lebih rendah berbanding harga kedai emas yang menjual barang kemas perhiasan.

Masa semak harga pun kena hati-hati juga. Semak sekali kos lain yang berkaitan. Banyak pengeluar emas, harga yang dipaparkan di laman web belum termasuk caj-caj lain, antaranya caj GST, caj premium, ataupun kos upah. Maka bila semak harga, tanya juga caj- caj lain (jika ada). Lepas tu barulah bahagikan dengan berat emas tersebut untuk kira berapa “harga per gram” sebenarnya.

Kalau di Malaysia, platform jual beli emas pelaburan paling utama (dan bebas GST) buat masa sekarang ialah:

#2 – Spread / Susut Nilai Nipis

“Spread” selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”. Tapi istilah “susut nilai” tu bagi saya ia tak tepat sebab ramai yang salah faham “susut nilai” sebagai “depreciation” atau kejatuhan nilai. Itu salah. Jadi saya lebih suka menggunakan istilah asal daripada bahasa Inggeris iaitu “spread” atau “spread margin”.

“Spread” maksudnya peratusan perbezaan harga semasa antara harga jual dan harga beli sebagaimana kita berurusan dengan money changer.

“Harga Jual” maksudnya harga mereka (penjual) jual emas itu kepada kita. “Harga Beli” maksudnya harga mereka beli semula daripada kita kalau kita nak jual balik. Kalau di website Public Gold, sentiasa ada dua harga iaitu “PG Sell” dan “PG Buy”. Jadi bila nak beli emas, kita kena semak “Harga Jual”. Bila nak jual balik emas tu kepada mereka, semak “Harga Beli” di website pengeluar emas itu. Jangan terbalik!

harga emas gold bar public gold 13 jun 2017Contoh harga semasa yang dipaparkan di website Public Gold. Harga “PG Sell” dan “PG Buy”.

Untuk semak kadar spread, kita perlu kira sendiri berdasarkan harga yang di website pengeluar. Macam mana cara kira spread emas? Ini contoh dan formula pengiraan untuk gold bar 10 gram dengan andaian “Harga Jual” ialah RM1,900 manakala “Harga Beli” RM1,729 sekeping:

formula kira pengiraan spread susut nilai emas

Berdasarkan pengalaman saya, spread emas pelaburan yang baik mestilah 10% dan ke bawah. Kalau lebih 10%, baik lupakan sahaja emas itu. Banyak lagi emas lain yang spreadnya di bawah 10%.

Lagi rendah (atau nipis) spreadnya lebih baik. Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang bakal kita dapat apabila harga emas naik. Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya.

Kalau di kedai emas, mereka hanya publish satu harga iaitu “Harga Jual” sahaja. Mereka tak publish “Harga Beli” sebab pembeli barang kemas selalunya membeli emas untuk perhiasan, bukan untuk jual balik macam emas pelaburan. Kalau nak jual balik, biasanya pekedai emas akan tolak 25% hingga 40% berbanding harga jual semasa. Itu antara sebab utama kenapa barang kemas kurang sesuai dijadikan pelaburan. Spreadnya sangat-sangat tinggi! Takut ‘menangis’ bila nak jual nanti.

Akhir sekali tentang spread ini, walaupun harga emas sentiasa berubah-ubah, kadar spread adalah tetap. Ia cuma berubah bila berlaku perubahan dalam pasaran emas seperti kerajaan mula kenakan caj GST, pergerakan harga yang sangat ekstrim dan sebagainya. Kadar spread sebenarnya adalah kadar keuntungan penjual emas. Itulah juga yang digunakan untuk membiayai kos operasi syarikat pengeluar.

#3 – Stok Tiada Had

Apa yang selalu berlaku dalam pasaran emas, banyak pengeluar yang boleh jual emas bila harga emas tengah tinggi. Tapi bila harga emas jatuh, banyak pengeluar tak boleh jual dengan alasan standard “tak ada stok”. Kalau nak beli juga, kita kena tunggu harga emas naik tinggi balik. Ini memang merugikan kita sebagai pelabur emas . Sepatutnya, masa harga jatuh lah waktu terbaik untuk beli dengan lebih banyak supaya dapat maksimumkan keuntungan!

Lebih malang lagi bagi pelabur emas yang “big buyer”. Walaupun harga tengah murah, kita hanya boleh ‘melopong’ sahaja tengok harga murah tu.

Apa yang saya perhatikan, antara pengeluar emas yang mampu supply emas tanpa had kepada pelabur runcit di Malaysia buat masa ini ialah hanyalah syarikat Public Gold Marketing Sdn. Bhd. (ringkasnya dipanggil “Public Gold”). Public Gold mampu supply emas tanpa had. Hatta kalau nak beli emas 100 kilogram sekalipun, Public Gold mampu supply dan mampu sediakan stok tu dalam tempoh yang munasabah, walaupun harga emas jatuh mendadak.

mesej public gold harga rendahMesej yang saya terima masa harga emas jatuh tahun 2013. Ketika banyak pengeluar emas lain tak boleh jual bila harga rendah, Public Gold buat promosi gila-gila menggalakkan orang membeli ketika harga rendah sebab Public Gold mampu supply emas tanpa had.

Dan yang lebih menarik, Public Gold ada sistem ‘lock harga’. Kita boleh booking emas mengikut ‘real-time’ harga emas dunia. Kalau harga emas jatuh mendadak pada pukul 12.00 malam, kita boleh booking pembelian mengikut harga pukul 12.00 malam itu. Seterusnya urusan bayaran dan ambil emas tu pada hari berikutnya di cawangan Public Gold terdekat. Kalau jumlah besar, kena tunggu shipping daripada HQ Public Gold di Penang.

Bagi saya, fasiliti ini sangat mesra pelabur (investor-friendly). Ia membolehkan kita jana keuntungan maksimum daripada pelaburan emas.

#4 – Cawangan Jual Beli Banyak

Berapa banyak cawangan jual beli yang pengeluar tu ada sangat penting supaya senang urusan jual beli nanti. Kalau pengeluar tu ada ejen, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada ejen sebab komitmen ejen tak menentu. Terutamanya bila nak jual balik emas tu nanti.

Pemerhatian saya, ramai ejen boleh menjual emas tetapi tak ramai yang mampu beli balik bila kita nak jual emas itu sebab modal ejen sangat terhad. Jadi, kita tetap kena berurusan dengan cawangan syarikat pengeluar tu sendiri.

Kalau cawangan pengeluar tu jaraknya jauh, kita terpaksa keluarkan kos tambahan; kos petrol, tol, ataupun kos masa. Kena ambil kira juga faktor ini sebelum beli sesuatu jenama emas. Pastikan senang beli, dan senang jual.

pejabat office cawangan public gold 2017Public Gold adalah pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia. Mempunyai lebih 18 cawangan seluruh Malaysia. Satu cawangan di Singapore dan satu cawangan di Jakarta, Indonesia.

#5 – Syarat Jual Beli Tak Cerewet

Ini syarat paling penting apabila nak jual emas tu nanti. Sebelum membeli, kenal pasti dahulu syarat yang diletakkan oleh pengeluar untuk beli balik emas tu nanti.

Ada pengeluar yang letakkan syarat kena bagi resit belian asal untuk dapat harga lebih tinggi. Ada pengeluar yang letakkan syarat, kondisi emas itu mesti kekal cantik sebagaimana asal tanpa sebarang kerosakan pada pembalut plastik (seal) ataupun pada emas itu sendiri. Kalau ada kecacatan, mereka tak akan beli balik, ataupun ataupun mereka hanya beli balik dengan potongan harga yang banyak!

Kalau pengeluar asal tak beli balik, kita terpaksa jual ke mana-mana kedai emas dengan spread 25% hingga 40%! Aduh… Menangis la…

emas pamp suisse lady fortunaEmas Pamp Suise tak boleh dibuka seal. Kalau buka, kedai emas akan tolak spread 25%! Kebanyakkan emas pelaburan yang dijual di bank dan kedai emas biasanya berseal.

emas public gold lbma 20 gram buka sarung plastik sealPublic Gold jamin beli semula emas walaupun sarung plastik (seal) tu dibuka dengan spread cuma 10%. Emas lain biasanya 25%.

Emas yang paling baik ialah emas yang pengeluarnya jamin beli balik tanpa banyak syarat. Kalau emas itu calar (yang selalunya sebab ujian ketulenan semasa proses pajakan) atau plastik pembalutnya terbuka, pembekal itu jamin beli emas itu dengan harga tinggi. Bukan semua pembekal emas jamin beli semula emas yang mereka jual.

Pernah ada satu kes, seorang pembeli emas membeli satu jenama emas daripada satu pembekal di Malaysia dengan nilai RM2 juta. Pembelian tu dibuat dengan alasan itulah emas yang termurah katanya. Tapi masa dia nak jual balik emas tu 2 tahun lepas tu, supplier tak beli balik! Maka dia terpaksa jual emas tu kepada pekedai- pekedai emas dengan spread 25%. Ia amat-amat merugikan.

Ada situasi lain, banyak juga kes pengeluar jamin beli balik emas tu tetapi bila nak jaul balik dalam dalam jumlah yang besar, pengeluar tidak mampu membeli! Mereka tak cukup modal. Maksudnya walaupun pengeluar tu jamin beli balik semua emas mereka, kita mesti semak juga kekukuhan syarikat tu sendiri. Kalau tak nanti janji hanya tinggal janji…

Nilaikan Secara Pakej

Itulah 5 kriteria paling penting yang kena semak sebelum beli emas untuk tujuan pelaburan. Kalau sekadar untuk buat koleksi, mana-mana emas pun tak kisah. Lepas semak kelima-lima kriteria tu, barulah boleh pilih emas pelaburan yang terbaik ‘SECARA PAKEJ’. Ia menentukan sejauh mana kita dapat menjana keuntungan.

Ingat pesanan terpenting ni; buat penilaian secara pakej! Bukan hanya satu kriteria.

Zulkifli
Damansara Damai
13 Jun 2017 (artikel asal 25 Mei 2012)
19 Ramadhan 1438H

[Kredit foto : JutawanEmas.Com]

145 Comments

  1. Salam Tuan,

    sy baru jer jumpa blog tuan, byk jg artikel tuan yg sy da bace…

    lps bace komen2 dlm blog ni,terdetik plak hati sy nk mule buat plaburan emas ni, tp masih lum yakin lg sbb sy x penah berurus niaga secara online…hehe (nk gune internet pn x bape nk tau),

    byk lg yg sy perlu blaja, pape pn tq sbb blog ni da mule ubah mindset sy…
    stu ari sy akan join jgk!…insyaallah,

    1. Wslm En. Azri,

      Alhamdulillah. T.kasih berziarah ke blog saya yang seadanya. Sebelum melabur dalam emas, clearkan segala keraguan dulu supaya kita boleh melabur dengan peace of mind, insyaAllah.

  2. Assalam tuan Zul,
    Terima kasih dengan artikel yang berinformasi ni.
    Alhamdulillah dapat tambah pelaburan masa harga turun ni.
    Tak abih lagi baca blog ni.. nak korek lagi ilmu… 😉

    1. Wslm Cik YusNur,

      T.kasih juga berziarah ke blog seadanya ni. Bagus tu, tambah pelaburan masa harga rendah ni. Saya nampak produk Quran ReadPen yang Cik YusNur jual tu produk sangat bagus. Untuk improve lagi marketing, saya syorkan Cik YusNur buat video explain manfaat produk tu, dan postkan di youtube. InsyaAllah, ramai orang boleh dapat manfaat daripada produk yang bagus tu, insyaAllah.

  3. Salam 1 malaysia.Terima kasih d atas post En Zul tentang tips menyimpan emas dengan selamat. Saya ada buat pelaburan Emas Ar-rahnu Agro Bank. Masa saya buat harga emas melambung tinggi lebih kurang 208/gram iaitu dalam bulan 9 tahun 2011. Jadi saya telah pun tebus balik emas saya kerana banyak syarat-syarat yang telah d perketatkan di agro untuk menyambung semula pelaburan arrahnu tersebut. Jadi saya simpan sendiri Emas ni. Apa pendapat En.Zul simpan je atau buat balik ARrahnu.

    1. Wslm tuan,

      Saya memang syorkan simpan jer. Asasnya, pajakan Ar-Rahn hanya sesuai bila (1) harga emas jatuh mendadak, (2) nak guna duit tu untuk pusing modal bisnes. Kalau saja2 pajak tu memang rugi sebab kos pajak tu sekitar 14% setahun.

      Wallahu a’lam.

  4. assalamualaikum tuan.
    saya nak tanya.Dulu saya ada beli emas > 20k.Masa tu,harga PG 1 dinar 790..skarang kan harga emas turun,jadi apa yg perlu sy buat?sbb saya x mampu nak tambah stok lagi.Jadi apa langkah terbaik?

    a.duduk diam2 dan tunggu sampai harga naik
    b.Jual emas dengan harga sekarang (rugi RM90 setiap dinar) dan beli emas yang baru-sy terbaca kat blog emas lain psl ni.

    jadi apa pendapat tuan?

    1. Wa’alaikumussalam Puan Ain,

      Puan Ain ada 2 pilihan samada:

      (a) Duduk diam jer lah, tunggu harga naik.

      (b) Rancakkan promosi bagi kesedaran untuk beli emas masa harga murah KALAU puan adalah dealer PG.

      Sebenarnya masa harga emas jatuhlah puan boleh gandakan keuntungan jauh lebih banyak dari tunggu kenaikan harga emas. Bila ada orang nak beli emas, lock harga semasa (Cthnya RM700) dan tolak emas ditangan tu terus kepada pembeli. Bila ada masa pergi collect emas yang puan lock tu di branch PG. Tak rugi jual emas masa harga murah asalkan puan lock harga untuk REPLACE stok ditangan. Tuan dapat untung KOMISYEN atas setiap jualan.

      Wallahu a’lam.

  5. Salam Tuan Zul

    Kalau kita beli 1 dinar kenaikan 10% kita jual balik untung 4%, kalau naik 30% bermakna kita boleh untung 24% (30%-6%=24%)
    Betul tak pengiraan saya tu Tuan Zul..
    Kalau kita simpan emas berharga rm100k bila naik 30% dalm setahun kita jual balik pada public gold kita boleh untung dalam rm24k setahun byk jugak tu..

    1. Abdul Hakim, sorry sebab menunggu… Kalau ada apa2 persoalan pasal emas boleh terus contact saya. InsyaAllah saya akan guide apa yang boleh. Jangan tunggu artikel sebab memang lambat. Saya tak nak overload pembaca dgn terlalu banyak info. Di blog ni saya cuma kongsikan persoalan asas jer. Kalau ada persoalan detail, boleh email, sms atau call saya terus. Don’t worry… 🙂

  6. Assalamualaikum w.b.t en zul.

    Minta berikan pendapat, saya mempunyai modal dlm Rm 5k dan ingin start plaburan emas..
    Soalannya:
    1) bentuk emas ape yg ssuai saya beli.. Adakah perlu beli dalam bentuk gold bar dan bberapa keping dinar, atau beli dlm bentuk dinar / siling emas sahaja untuk 5k tersebut..
    2) kalau nk beli lebih elok saya trus pergi cawangan PG atau jmpa dealer?

    Terima kasih.. -aiza-

    1. Wslm Puan Aiza,

      Jawapan saya kepada soalan Puan Aiza tu:

      (1) Kalau sekadar nak convert saving kepada emas, saya syorkan beli 1 dinar semuanya. Sekarang ni boleh dapat dlm 7 keping syiling 1 dinar dengan modal RM5k tu.

      (2) Kalau nak urusan lebih mudah, better berurusan melalui dealer. Harganya sama jer, cuma boleh dapat value added service dari dealer.

      Kalau nak saya bantu untuk belian tu, bagi maklumat dibawah ni. Nanti saya lock price untuk Puan Aiza:

      (1) Nama penuh
      (2) No. Ic
      (3) No. telefon
      (4) Email
      (5) Item yang nak dibeli.

      Puan Aiza boleh contact saya di 019-336 8009 atau ibnushafie@gmail.com.

      Wallahu a’lam.

  7. Assalamulaikum…

    Saya Norazlan dari w.p. labuan.

    Terima kasih en zul yg sudi call saya utk share ilmu tentang emas.. namun ada soalan2 yang saya lupa bertanya pada en zul semasa dalam talian beberapa perkara iaitu :

    1) Oleh kerana PG belum ada branch di Labuan dan di Sabah yg akan buka pada bulan ogos ini juga menyukarkan saya mengambil item2 tersebut selaku dealer… bolehkah saya mewakilkan parents saya yang kini berada di Nilai utk mengambil item2 yg akan saya order?

    2) Di mana untuk membuat gadaian jongkong @ Dinar emas?

    3) Berapa sewa menyimpan emas di tempat penyimpanan?

    4) Yang ini soalan pelik sikit.. 🙂 boleh tak bagi kaedah/tips/cara utk saya langsaikan loan rm20k utk membeli emas dalam tempoh yg singkat dengan menggunakan emas yg dibeli? harap en. zul dapat faham maksud soalan saya ya..

    Terima kasih dengan jawapan dan sharing yang amat berguna, jazakallah..

    nalzaron_80@yahoo.com

    1. Wslm En. Norazlan,

      Its ok En. Norazlan. Jawapan saya kepada persoalan tu;

      1. Boleh wakilkan ambik emas tu, tak ada masalah. Cuma kena isi borang wakil, attachkan salinan ic En. Norazlan & parents tu sekali. Kalau nak wakilkan, nanti saya poskan borangnya, insyaAllah.

      2. Gadaian jongkong & dinar payah sikit sekarang ni. Cuma Ar-Rahnu kerajaan negeri & private jer yang ambik jongkong & dinar buat masa ni.

      3. Sewa safe deposit box sekitar RM100 – RM500 lebih. Bergantung kepada saiz box. Sewa dibank lebih murah dari di private, tapi biasanya diprivate lebih convinence & lebih besar cover insurance.

      4. Kalau nak langsaikan hutang dengan cepat melalui emas, kena buat bisnes emas. Untungnya jauh lebih cepat berbanding tunggu kenaikan harga emas.

      Wallahu a’lam.

  8. Minta maaf en zul, ada lagi soalan tambahan …

    1)Tolong ajarkan teknik dan contoh gadaian untuk buat keuntungan di arrahnu.. ada terbaca di blog2 tp kurang faham..

    2)Adakah bila kita nak tebus gadaian kita kena bayar ikut harga semasa ataupun jumlah wang 70% yg kita dapat masa mula2 gadai..

    terima kasih

    1. Its ok En Norazalan,

      1. Umumnya, teknik Ar-Rahnu hanya sesuai bila (1) nak beli emas lagi semasa harga emas turun mendadak, atau (2) nak guna duit untuk rolling bisnes. Selain daripada keadaan tu, saya tak syorkan guna teknik pajak. Caranya, bawa emas tu ke Ar-Rahnu dan dapatkan pinjaman bercagar. Biasanya, pinjaman diberikan sekitar 65% – 70% daripada nilai emas semasa.

      2. Bila nak tebus, kita kena bayar duit asal yang kita pinjam tu, tambah dengan kos upah (caj pinjaman). Walaupun harga emas ada naik turun, kita kena settle mengikut nilai yang kita pinjam awal2 dulu.

      Wallahu a’lam.

  9. salam.. setelah baca info di atas… membeli emas dalm keadaan spread yang tinggi rugi la yer… saya dah beli dinar dgn gcp…cam ner tu…

  10. salam ramadhan…terima kasih en zul atas jawapan yg diberikan… insyaallah klu ada rezeki masa terdekat ni kita berjumpa dlm PG insyaallah wajazakallah 🙂

  11. Assalamualaikum, saya Alif pertama kali saya baca blog Mohd Zul telah menyebab hati mula nak simpan emas. Ajar saya macamana nak mula dalam kategori emas ini saya tak minat melabur saya minat menyimpan emas nak buat aset pada masa hadapan apakah saya perlu buat?

    1. Wslm En. Alif,

      Langkah pertama memulakan simpanan emas ialah baca ebook Percuma “5 Minit Review Tentang Emas”. En. Alif boleh download di bahagian atas sebelah kanan blog ni. InsyaAllah lepas baca ebook tu, En. Alif akan dapat ilmu asas simpanan emas.

      Kalau ada sebarang persoalan, boleh contact saya. Emailkan ke ibnushafie@gmail.com atau contact 019-3368009 (Zul). Saya akan guide cara bermula dengan betul, insyaAllah.

  12. Saya dah baca ebook 5 minit review memang berbaloi dapat ilmu secara percuma termasuk semua soal jawab en.Mohd Zul tujukan keseluruhan dalam blog ini, saya cadang nak beli dinar emas untuk simpan buat aset itulah hobi saya. Belum sampai masa untuk saya menceburi dalam bidang pelaburan emas, tetapi masalahnya saya nak cari agen dealer berdekatan amat susah saya tinggal di Nibong Tebal Penang sempadan dengan Parit Buntar Perak dan Bandar Baharu Kedah.

    Alif

  13. en. Mohd Zul kalau saya nak beli 1 dinar emas termasuk kos penghantaran pos ekspress keseluruhan berapa harga, saya bercadang lepas raya baru beli kalau beli sekarang takut kesilapan teknikal kakitangan pejabat pos hantar silap alamat lagipun banyak kad raya yang mereka kena uruskan.

    Alif

  14. Salam Zul saya sudah bank in rm730 11/08/2012 waktu bank in 12:21pm untuk 1 dinar.
    Saya nak tanya kalau emas 999 dan 916 lebur cairkan gabung sekali bezakah dari segi berat pernah dengar kata emas akan jadi lebih dari segi beratnya betulkah. Cuma dengar orang cerita tetapi belum buat ujikaji lagi.

  15. Salam… En..
    Sy taufiq dr melaka.. Nk tanya soalan
    1) untuk pembelian wajib menjadi dealer pg.. Adakah sy akan mendapat komisen 1% keatas pembelian pertama 20k itu?
    2) adakah boleh pembelian wajib pg 20k untuk jd dealer itu sy campukan dgn pembeliaan perak?

  16. salam tn zul. Saya pn zila dr melaka. Awal thun ini saya telah membuka akaun plburan emas d maybank. Apabila dpt pencerahan drp blog tuan, saya ingin menutup akaun trsebut n berhijrah ke PG. Persoalan saya, adakah bank juga melakukn spread. Mcm x adillah pulak brg kita x nmpk, tp ada susut nilai.

    1. Wslm Pn. Zila,

      Bagus tu plan Puan untuk hijrah ke PG. Gold Investment Account Maybank memang ada susut nilai, sekitar 4.1% – 4.2%. Dan susut nilai tu memang tinggi sebab ia tak ada emas fizikal.

      Wallahu a’lam.

  17. Salam, tn zul. Masih dari Puan Zila. Sekiranya saya tutup akaun tersebut adakah penolakan-penolakan lain selain dari Spread yg diambil oleh bank. Saya masih belum menutup akaun tersebut sebab nak tunggu harga beli melebihi harga jual dulu..(nak ambil modal balik aje…) Baru2 ini saya juga sudah menjadi dealer PG. Rugi rasanya bila rasa cam lewat mendapat pendedahan sykt ini…. he..he..tksh.

    1. Wslm Pn. Zila,

      Saya rasa dah tak ada penolakan lain. Untuk kepastian, Pn. Zila cek di website Maybank.

      Tahniah sebab jadi dealer PG. Manfaatkan kelebihan sebagai dealer dengan bagi kesedaran kepada orang ramai tentang pelaburan emas yang tulen. Moga Allah melapangkan rezeki Pn. Zila, amiin.

  18. Salam tuan-puan admin, sy Amin dan sedang membuat pilihan untuk pelaburan dalam unit bawah 10 gram bajet. Pilihan akhir saya setakat ini ada Maybank Kijang Emas (Emas Fizikal).kemudian ada pula Maybank Gold Investment Account (MGIA) pelaburan secara passbook tetapi sy ragu2 kerna pelaburannya kurap/tidak menerapkan pegangan emas fizikal. Jika berkelapangan, minta admin terangkan secara ringkas antara keduanya. Sy amat berterima kasih pada admin kerna post-kan thread di atas yang banyak memberi pemahaman kepada sy.

    1. Wslm En. Amin,

      GIA tu tak ada emas fizikal. Beli emas, dapat kertas. Dari sudut kepatuhan syariah pun bermasalah. Kijang Emas tu antara option yang bagus, cuma saya yakin, dalam keadaan harga emas rendah macam sekarang, Kijang Emas tak ada stok sebab stok di limited. Tunggu bila ada orang jual balik masa harga naik baru ada stok di Maybank.

      Secara peribadi, untuk modal 10g tu, saya nampak item terbaik ialah coin 1 dinar PG x 2 keping. Susut nilai cuma 6% berbanding Kijang Emas 7.68%. Maksudnya, coin 1 dinar PG lebih cepat & banyak untung berbanding Kijang Emas denominasi 1/4 oz. Emas PG tak ada masaalah dari sudut stok.

      Wallahu a’lam.

  19. Salam perkenalan,

    Sy baru join jadi dealer PG dgn promosi 25g dinar dgn Master Dealer XX dated 18JUlai 2013. Belum kesempatan semuka dgn introducer saya ini dn dapat orientasi new dealer. tapi info brother otai kat web , dah byk yg dikhatamkan. Now tgh baca artikel tuan. Amat menarik dan fruitful.

    Mohon nasihat. Sy ada 1 gold bar 50g, beli dgn Kedai Poh Kong di Pjya. Price masa tu RM200/grm ( memang jahil sgt masa ni) . Tapi dapat diskaun oleh mereka ie byr < 10K.

    Apa patut sy buat dgn bar ini. Sy seroius utk buat untung dgn pelaburan emas ini. Perlu cut loss ke or ..

    Wasalam

    1. Wslm En. Ghazali,

      Saya syorkan En. Ghazali rujuk Master Dealer tuan sebab saya yakin, beliau ada kepakaran & strategi tersendiri. Ada Master Dealer cenderung kepada “trading”, iaitu beli, jual, beli, jual. Ada Master Dealer cenderung kepada wealth protection, iaitu beli & simpanl. Ada duit lagi, beli lagi dan simpan. Nak pakai duit baru jual.

      Saya cenderung kepada wealth protection.

      Kalau tanya saya, saya akan trade in emas Poh Kong tu dengan coin 10 dinar Public Gold (spread cuma 5.0%) menggunakan promosi X-plan. Kalau nak jana untung, boleh buat Trading dengan Public Gold – beli, jual, beli, jual.

      Wallahu a’lam.

  20. Salam en mohd zul,saya berminat dengan PG ni,,so mcmne nak berurusniaga dgn en zul ni,,lgpun saya xberapa mahir sgt dlm bab emas ni,blh nti en zul tlg tunjuk ajar saya…sekian terima kasih

    1. Wslm Pn. Asiah.

      Public Gold ada cawangan di Singapura. Kalau nak buat belian, saya akan orderkan atas nama puan. Nanti buat bayaran terus ke akaun Public Gold dan ambil emas tu pada bila-bila masa di office Public Gold di Blk 824 Tampines Street 81, #01-20 Singapore 520824.

  21. salam En.Zul ..
    Allhamdulillah stelah terbaca pengisian mengenai pelaburan emas ni baru saya faham apa yang diperkatakan tentang pelaburan emas sebelum ini..berkobar2 smangt nk beli emas tp sy bru habis blajar, blum bkrja utk jana pendapatan sndiri .. 🙁 menyesal beli barang kemas( utk perhiasan) beberapa bulan lepas sbb ingat akn datang emas akn naik sbb sy tak tahu susut nilainya 25% srta kna tolak kos upah lg..mmg rugi..mgkin 20 taun akn datang baru boleh dapat untung klu gadai balik..huhu… bla dah baca bnyak maklumat nie baru dpt membuka mata n minda saya mana lebih bermanafaat..dah ada pndapatan nnt insyaAllah En .Zul org yg akan sy cari…terima kasih atas perkongsian yang amat bermanafaat nie..

    1. Wslm Cik Shidah,

      Alhamdulillah. Setiap permulaan mesti bermula dengan ilmu.

      Barang kemas tu kalau tak pakai, boleh trade-in dengan emas Public Gold. Public Gold ambil harga mahal kalau nak trade-in.

      InsyaAllah.

      1. Maknanya kalau trade-in dkt public gold susut nilai emas tu tak smstinya 25% ke ?
        maaf bertanya, saya kurg ilmu.. 🙂

  22. Salam encik zul,

    Saya telah terbeli emas public gold 1 dinar semasa harga mahal (kira-kira bulan july 2012). Bila tengok harga emas sekarang, nilainya makin rendah. Adakah saya perlu menunggu waktu harga emas naik atau jualnya sekarang? Tapi bilakah saya boleh tahu harga emas naik sama macam ketika saya membelinya dulu?

    1. Wslm Miss Lyn,

      Kalau tak perlu pakai duit lagi, simpan jer. Kalau terdesak, baru jual.

      Sebenarnya tak siapa tahu bila harga tinggi atau rendah. Penganalisis harga emas paling pakar pun tak tahu. Mereka cuma boleh buat prediction, tapi prediction ada yang betul, dan ada yang tak betul. Dan saya tak rely mana-mana prediction. Prinsip saya, ada simpanan long-term, saya beli emas. Nak pakai duit, baru saya jual.

      Wallahu a’lam.

    1. Wslm En. Fayyadh,

      Harga emas sentiasa bergerak turun naik, cuma paternnya tak menentu berbanding tahun 2000 – 2011 yang kenaikannya agak konsisten. Berbanding harga Disember 2013, harga emas dah naik sebanyak 8%. Maknanya, mereka yang beli emas Public Gold hari tu dah boleh jual dah hari ni. Bagi saya ini musim yang baik untuk membeli, dimana penurunan sebegini tak pernah berlaku dalam sejarah 13 tahun harga emas.

      Wallahu a’lam.

  23. salam Tn Zul…saya baru nk belajar buat pelaburan emas ni…contohnya saya cuma ada rm1000 sahaja…boleh ke saya mula…tq

  24. assalamualaikum…..terima kasih cik zul.blog saudara byk mmbantu.sya baru nk berjinak dgn dunia pelaburan emas.sbm ni excited sgt terbeli emas perhiasan di kdai emas.spread 20 persen.kbtuln harga emas baru naik.tpi sya akan trade in dgn public gold nanti dan akan mula mmbeli syiling 1 dinar sdikit dmi sdikit..insya allah

    1. Wslm En. Azman,

      Alhamdulillah, terima kasih berziarah ke blog saya. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

      Betul, beli emas Public Gold jauh lebih untung berbanding simpan barang kemas.

  25. Salam en zul..saya nak tanya, adakah ini masa yang sesuai untuk membeli emas, saya perhatikan hrga emas dinar harga semakin turun? kalau saya lock harga bagaimana cara nya dan bagaimana cara saya perolehi emas tu ?

    1. Wslm Pn. Syafiy,

      Bagi saya harga sekarang ni memang rendah. Sekarang, 1 dinar cuma RM600. Harga pertama kali saya beli tahun 2010 dulu RM616. 1 dinar pernah cecah harga RM830. Harga terendah sejak 2010 ialah RM550. Bagi saya, harga sekarang dah cantik bagi sesiapa nak bermula. Jangan target harga terendah, sebab tak siapa tahu berapa rendah dia akan pergi.

      Kalau nak beli, saya akan lockkan (orderkan) atas nama Pn. Syafiy. Nanti bayar terus ke akaun Public Gold dalam masa 4 hari berdasarkan email order yang Public Gold akan hantar nanti. Lepas bayar, emas tu boleh ambil bila-bila masa di ofis Public Gold terdekat.

      Untuk buat belian, bagi saya:

      1. Nama penuh
      2. No ic
      3. No telefon
      4. Email
      5. Item yang nak dibeli

      Hantar detail kepada saya 019-336 8009 (wassap / sms). Nanti saya akan bantu untuk bermula.

  26. saya duduk jauh, memang tak ada cwgn terdkt PG ..klu ada pun 5 jam perjalanan. takde cara lain ke utk dptkan emas tu?

  27. klu harga we buy lbh dri hrga harga yg sy bli, mcm mna cara saya nak jual, katakn msa tu dh mlm, adakh sy perlu ke cwgn PG.

      1. Assalamualaikum…

        Tahun 2011, saya beli bar perak.Mengikut harga sekarang harga perak jatuh. Untuk mendapatkan keuntugan, perlu saya beli dinar emas atau bar emas

  28. Assalamualaikum En.zul, saya nak tanya sikit ni. adakah kalau kita beli 1dinar, simpan dan tunggu harga naik pastu jual kat mudah.my lebih baik dan untung?

    Lagi satu, kalau beli kat mudah.my dan jual kat PG adakah pihak PG akan terima?

    sbb ad jugak yang menggunakan mudah.my untuk menjual simpanan emas mereka..

      1. Saya student lagi . insyaAllah kalau boleh saya nak tukar lebihan biasiswa saya jadi emas memandangkan simpan emas lagi baik. saya doakan en Zul dimurahkan rezeki sentiasa. amin. terima kasih En Zul

  29. Assalam en zul..
    blh bg pencerahan x psl statement dibawah.

    Sekarang ada dua pilihan yg cik boleh pilih untuk belian emas dengan SYARIKAT DARUL EMAS PERAK BERHAD (DEPB) iaitu:-

    1)Tempahan Berbuyback (TB)
    *DEPB jual rm180..
    *Pembeli minta wakalah uruskan guna kemudahan perkhidmatan yg DEPB sediakan untuk simpan emas iaitu simpan di SAFE DEPOSIT BOX DEPB
    *sementara tunggu cukup sebulan DEPB beli smula dengan harga rm194
    *untung tb rm14/g setiap bulan transfer masuk akaun.
    (order dan jual balik berterusan dgn harga beli rm180)

    2)READY STOK BERBUYBACK (RSB)
    *DEPB jual harga rm180
    *pembeli ambil barang di OFIS DEPB dan pegang sendiri iaitu simpan dirumah/arrahnu(bayar upah simpan sendiri, rm2/g utk 2bulan)
    *cukup tempoh 2 bulan , pembeli hantar barang ke OFIS DEPB, DEPB beli smula harga rm212
    *untung rsb rm32/g setiap 2 bulan transfer masuk akaun ..dengan purata untung setiap bulan rm16/g
    (order dan ambil barang simpan sendiri…jual balik selepas 2bulan berterusan, jika ada kenaikan harga , perlu beli dengan harga baru)

    1. Wlsm Pn. Nurul,

      Bagi saya kaedah TB (#1) tu sangat berisiko. Kalau penjual / syarikat lesap, pembeli emas yang lingkup dulu. Penjual akan tetap kaya raya. Kaedah RSB (#2) tu kurang berisiko. Cuma saya pelik dengan kaedah urusniaga TB dan RSB. Harga syarikat beli balik (Buy Back) tak ada kena mengena dengan pergerakan harga emas di pasaran. Macam ada manipulation atau money game di situ.

      Dan DEPB tu sekarang ni masih dalam perhatian BNM. Biasanya kalau BNM nak serbu, BNM akan masukkan dulu dalam Alert List supaya orang ramai berhati-hati atau menjauhkan diri. Puan boleh cek senarai no. 5 dalam Alert List tu di http://www.bit.ly/alertlist2014apr .

      Wallahu a’lam.

  30. Salam tuan. Boleh sy tau harga emas terkini PG? Klu bajet sy sekitar 2k-3k, apa yg tuan boleh cadangkan utk sy? Sy berminat nak simpan emas. Haritu pegi wah chan hrga gold bar 20g dlm 3k++.. Mohon pandangan. Terima kasih

    1. Wslm Pn. Siti,

      1. Puan boleh semak harga terkini di http://www.publicgold.com.my.

      2. Dengan bajet tu, item paling cepat untung ialah coin 5 dinar x 1 keping sebab itu item susut nilai paling rendah dengan bajet tu. Cuma 5.5% jer.

      3. Kalau nak memulakan simpanan emas, insyaAllah saya boleh bantu. Puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, call, sms).

  31. Salam. En. zul, saya ada 2k memang reserve tak decide nak buat apa lagi. sebelum ni kalu ada lebih duit memang sy park di unit trust (sukuk) shj. tapi dlm sebulan saya ikut blog En. Zul ni saya rasa macam lagi baik kalu 2k tu saya beli emas. apa pendapat En. Zul?

    1. Wslm,

      Kalau dengan bajet tu, saya boleh syorkan beli 1 dinar x 3 keping. Itu item paling untung i.e. paling rendah susut nilai sesuai dengan bajet. Emas dan unit trust, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

  32. o macam tu… saya cadang beli emas utk simpan. mcm En. Zul kata la..’wealth protection’. ngeri bila fikir kadar inflasi skrg. baca kisah duit pokok pisang yg x laku. so, dinar la paling sesuai utk simpan ye? kalu nak beli (booking) dinar tru En. Zul, berapa hari kena buat bayaran pd PG ye? saya sekarang outstation. 3 okt nanti baru balik. saya boleh book sekarang ke…atau dah balik nanti baru beli je?

  33. Lepas baca blog ni baru sedar sy dah rugi sbb beli gold bar 10g.sy ingat lebih untung simpan emas 999.9
    Terimakasih en zul.sy dah tahu mcmana nak simpan emas supaya dpt untung lebih.
    Pada pendapat en zul elok dgn bajet sy Rm2000 sebulan,elok tiap2 bulan sy beli 3 keping dinar atau 2 bulan sekali sy beli 5 dinar?

  34. Assalamualaikum Encik Zul. Saya nak tanya berkenaan Alliance Gold Bar. Saya dah pergi ke salah satu distributor Alliance Gold ni dan apa yg boleh saya katakan berkenaan Alliance Gold ni adalah :

    1) susut nilainya kira-kira 6.5%

    2) distributor 100 cawangan seluruh Malaysia

    3) ber’seal’ sepertimana kebanyakan brand gold bar yg lain

    Apa pendapat Encik Zul? Terima kasih di atas perhatian in advance.

    1. Wslm Puan,

      1. Selain susut nilai 6.5%, ada kos tambahan yang kena bayar mulai 1 April 2015 iaitu GST sebanyak 6%.
      2. Saya tak pasti kalau company tu ada sampai 100 cawangan. Kalau 100 cawangan, maksudnya company tu sangat besar sedangkan orang dalam industri emas sendiri tak berapa familiar dengan jenama gold tu.

      Saya tak pasti ok atau tak sebab saya sendiri tak familiar dengan company tu. Cuma ikut pemerhatian saya, buat masa sekarang, kalau nak simpan emas, yang paling bereputasi ialah Kijang Emas, emas UOB Bank (jenama international) dan Public Gold sahaja. Yang lain tu saya tak berani recommend kalau beli untuk PELABURAN.

      Wallahu a’lam.

  35. Salam tuan.
    Sy nk tanya..buat masa sekarang sy tgh mengumpul jenis emas goldbar dan dinar dr company powergold.berkait dgn emas berseal..kebanyakan emas gbar sy berseal..mcmana dr segi pajakan ar rahnu dan pelaburan.sy harap tuan dpt selesai kan kemuskilan sy.Tetapi kebanyakan rakan bisnes emas sy yg mengumpul emas mcm sy..takde masalah bila mereka memajak di arrahnu…harap tuan dpt peace of mind sy punya minda.

    1. Wslm En. Iskandar,

      Setahu saya cuma Ar-rahnu Pos Malaysia sahaja yang terima pajakan tanpa perlu buka seal. Emas Power Gold saya tak pasti. Yang saya boleh bagi kepastian, emas Public Gold memang diterima tanpa perlu buka seal.

    2. Alhamdulillah…maaf ye En. Zul…saya nak jawab pertanyaan saudara kat atas….semalam saya pergi pajak di Ar-Rahnu Koprimas, mereka terima Goldbar 5 gram saya dan 2 Dinar saya tanpa buka seal…mereka ambil dengan harga tinggi dari harga ahli powergold….boleh lihat page saya https://www.facebook.com/saudagargoldmurah…. sebab diorang dah biasa dengan powergold.. cuma diorang bgtau, kalau yang pelik2 memg diorg xterima..goldbar 1 gram x 5 keping boleh ditukar kepada goldbar 5 gram.. ape2 pun tahniah kerana anda menyimpan emas, tidak kisah dari syarikat mana, yang penting simpanan emas anda diterima.. tq

      1. Assalamalaikum En.Zul…terima kasih approve komen saya diatas….saya berminat nak menyimpan silver bar….apa pandangan en zul…silver bar lebih sesuai kepada trading atau saving?….walaupun saya ahli powergold, tapi saya suka follow dan amik ilmu dari en zul…

  36. As salam Tuan Zulkifli,

    Mohon pandangan tuan. Sy nak beli gold coin Kanggaroo di UOB sebagai simpanan physical, kemudian cagarkan di Ar Rahnu. Duit cagaran sy gunakan utk buka Gold Acc dgn UOB, dengan sedikit duit cagaran tadi saya asingkan utk bayar upah simpan.

    Adakah cara saya betul, atau ada cara yang lebih baik untuk buat simpanan emas jangka masa panjang? Pokoknya saya tak mahu simpan duit kertas yg susut nilainya makin kronik akhir-akhir ini.

    Jazakallah.

    1. Wslm En. Fadli,

      1. Saya tak syorkan pajak begitu sebab rugi. Kos pajak tu mahal, sekitar 14% setahun. Boleh baca penerangan lanjut saya di link http://www.bit.ly/manipulasiarrahnu .

      2. Saya tak syorkan bukan Gold Account UOB sebab setakat yang saya faham, ia tak patuh syariah. Kalau nak “gold account”, setakat ini yang patuh syariah cuma KFH atau GAP Public Gold sahaja.

      Wallahu a’lam.

      1. Assalam.. Bagaimana pelaburan di zenith gold atau power gold? Saya ssh nak percaya pelaburan emas yg beri 0.5-2.0% setiap hari.. takut2 tggu punye tggu nk matang 100 hari tu.. trs company closed ke atau ckp ada masalah teknikalla apa la..

        Buat masa sekarang.. sy lebih rela beli gold bar 1gram atau dinar emas.. dan sy jg cube2 untk melabur melalui barang kemas yg RM0 upah.. dan harga pon murah dari harga pasaran.. mgkn tuan boleh selidik sket di khaalish jewels di ole ole mall sek 18 shah alam.. adakah dia gunakan emas yang second hand atau emas jenis baru.. kalau ikut harga pasaran RM170 bg emas 91.6%, tetapi mereka boleh jual RM153 bln6/2015?? memang sy hairan..

        Bole beri penjelasan dan pencerahan?

  37. Assalamualaikum Tn Zul, saya ada beberapa soalan untuk ditanya.

    1)Pendapat tentang power gold. Harga yang ditawarkan oleh power gold [sebagai ahli] lebih murah berbanding public gold [untuk gold bar 1g, 5g & dinar] & walaupun harga untuk product lain lebih mahal tetapi spread nye lebih kurang sahaja. Adakah product power gold alternative terbaik selain public gold.

    2) Adakah membeli product power gold selamat?

    3) Kenapa harga PG Buy untuk 1g, 5g and 1/2 dinar tidak dipaparkan dalam website public gold.

    Terima Kasih.

    1. Wslm En. Aqil,

      1. Betul, Power Gold lebih murah jika dibandingkan dengan harga retail untuk ketiga-tiga jenis item tu, tapi kalau beli melalui kaedah GAP, Public Gold jauh lebih murah.

      2. Saya tak pasti, cuma info yang saya terima, Power Gold tak diterima boleh kebanyakkan ar-rahnu di Malaysia. Itu berbeza dengan Public Gold.

      3. Harga ketiga-tiga jenis item yang dipaparkan tu, itu harga retail (suggested retail price). Harga Public Gold beli balik berdasarkan spread 8% daripada harga GAP (Gold Accumulation Progam).

      Wallahu a’lam.

      1. Emas powergold kini makin diterima kebanyakan arrahnu. Ia masih baru berbanding pg. Terbaru arrahnu tekun terima semua emas powergold. Nantikan berita yang lebih baik untuk emas powergold nanti. 😉

  38. Assalamualaikum..
    Saya dah terbeli gold bar sebanyak 10g jenama kedai emas tu sendiri pada harga rm 1850. Mengikut tuan kedai emas..jika saya ingin jual semula gold bar itu dia akan ambil harga mengikut harga jualan
    Tiada spread. Apa pandangan en zul..adakah lebih baik saya beli gold bar dgn pg atau dengan kedai emas tersebut untuk menyimpan..

  39. Assalamualaikum.
    Sy berminat utk menyimpan emas dan bercadang utk mbeli 1g emas PG.soalan sy,
    1) boleh kah jika sy hya ingin membli emas tnpa menjadi ahli?
    2)jika ingin menjual,spread nya sama kah kpd ahli atau tidak?
    Terima kasih

    1. Wslm Pn. Dila,

      1. Boleh, Public Gold tak ada sistem keahlian. Semua orang boleh beli emas Public Gold.

      2. Masa nak jual, refer harga PG Buy di website. Tak ada ahli atau bukan ahli, semua ikut harga yang sama.

  40. En Zul

    Pertama kali saya membaca artikel En Zul tentang refinancing dan emas. Saya ada menghantar email pada En Zul ttg refinance dan selepas membaca artikel En Zul ttg emas, menyebabkan saya ingin tahu lebih dalam.

    Soalan:-
    1) Bagaimana saya ingin tahu lebih lanjut ttg PG?
    2) Boleh ke dengan emas ini untuk plan persaraan saya dlm tempoh 10 tahun lagi?

    Terima kasih

  41. Assalamu’alaikum..
    Sy ada beberapa persoalan..???
    1. Emas 24k dgn emas 999, adakah nilainya sama..???
    ….
    2. Adakah spread utk setiap emas itu akan berubah..???
    ….
    Setakat itu shj soalan sy, terima kasih…

  42. Assalam che zul saya baru bersara, saya zero knowledge ttg bisnes emas, adakah ia sesuai untuk saya, terimakaseh

  43. Salam en Zul, sekadar bertanya, jika emas PG yang ada masih ada seal elok, tapi ade sedikit kemek pada emas tersebut, apakah spread nya meningkat? terima kasih

  44. Tuan. Ingin bertanya.

    Saya berniat ingin memulakan pelaburan emas menggunakan bajet yang rendah dengan membeli 1g setiap bulan.

    Walaubagaimanapun, saya hanya nampak PG sell untuk 1g LBMA di website Public Gold. Adakah ini bermakna yang emas 1g saya tidak boleh dijual kembali kepada Public Gold?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *