Perbandingan Spread Emas di Malaysia
[Artikel ini tidak relevan setelah pelaksanaan GST pada April 2015. Kebanyakkan pengeluar emas telahpun membuat perubahan dari sudut harga dan spread, dan kebanyakkan harga yang dipaparkan belum masuk caj GST 6%] Selalu orang tanya saya, emas keluaran company itu dan ini ok tak? Saya tak boleh jawab ok ataupun tak, cuma sahabat kena nilai sendiri berdasarkan 5 kriteria yang saya tulis dalam artikel “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan“.
“Spread”, Indikator Pertama & Utama
Kalau nak selidik, pertama sekali yang saya akan cek ialah SPREAD (susut nilai) sebab ia akan menentukan berapa cepat kita dapat keuntungan dalam pelaburan emas. Kalau spread rendah, saya akan selidik lebih detail tentang emas tu. Kalau spread tinggi, dah tak perlu cek apa-apa lagi. Noktah sampai ke situ saja lah. Sebabnya, emas spread tinggi tak sesuai untuk tujuan pelaburan. Kalau sekadar nak simpan jadi harta karun, itu tak ada masalah. Tapi kalau niat untuk jual balik suatu hari nanti, spread akan menentukan; (1) berapa cepat dapat untung, dan (2) berapa banyak keuntungannya.
Untuk rujukan pantas sahabat semua tentang spread emas, saya tolong kirakan siap-siap. Saya kira berdasarkan harga emas yang dipublish di website setiap pengeluar (company) pada 5 Julai 2012, sekitar pukul 1.00 – 1.15 tengahari.
Lepas buat pengiraan, inilah spread emas-emas di Malaysia:
Spread Dinar Emas
- Kijang Emas 1/4 oz – 7.68%
- Dinar Kelantan – 10.00%
- Public Gold – 6.00%
- Dinar Sri Ayu – 6.00%
- Dinar GCP – 16.20% (emas 999)
- Dinar Amsyiq – 5.00% (emas 916 dan 999)
- Kelantan Gold – 8.00%
Catatan: Dinar Emas ialah syiling emas seberat 4.25 gram. Biasanya dikeluarkan dengan berketulenan 916 i.e. 91.6% emas.
Spread Gold Bar 10 gram (999)
- Public Gold – 8.00%
- Sri Ayu – 6.00%
- GCP – 15.18%
- Amsyiq – 5.00%
- GSR – 13.25%
- Kelantan Gold – 8.00%
Catatan: Gold bar biasanya dikeluarkan dengan berketulenan 999, iaitu 99.9% emas.
Formula Pengiraan Spread Emas
Kalau sahabat semua nak cek samada pengiraan saya tu betul ke tak, boleh guna formula di bawah ni. Illustrasi yang saya buat di bawah ni ialah pengiraan spread 1 Dinar emas Public Gold. Applykan formula yang sama untuk semua jenis emas.
Pengiraan tu, saya kira berdasarkan harga capture screen di bawah. Untuk semak harga semasa emas Public Gold, klik DI SINI.
Emas Spread Paling Rendah di Malaysia?
Daripada analisis di atas, kita boleh simpulkan emas paling rendah dari sudut “spread” ialah Amsyiq Gold. Spread yang rendah ialah indikator pertama samada emas tu bagus atau tak untuk tujuan pelaburan. Bagi saya, emas yang spreadnya lebih 10.0% dikira tinggi. Saya tak akan pertimbangkan emas tu untuk tujuan pelaburan.
Bagi emas spreadnya 10% dan ke bawah, kita perlu cek lagi 4 kriteria iaitu (1) Harga tinggi rendah, (2) Supply konsisten, (3) Cawangan banyak, dan (4) Syarat jual balik. Ia penting untuk pastikan emas tu senang dibeli, senang dijual, dan untung maksimum. Sahabat semua boleh bandingkan kesemua pengeluar di atas, dan buatlah keputusan terbaik.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
5 Julai 2012
15 Sya’ban 1432
p.s. Spread akan menentukan berapa cepat kita dapat untung dalam pelaburan emas. Kalau harga emas naik 10%, pembeli emas Amsyiq Gold untung 5% (10% – spread 5%), tapi pembeli Dinar Kelantan baru balik modal 0% (10% – spread 10%).
Artikel berkaitan:
- 10 Kesilapan Pelabur Emas!
- 5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan
- Dinar Kelantan & Public Gold, Mana Lebih Baik?
- Emas Public Gold Yang Mana Paling Untung?
- Simpan Emas, Lebih Cepat Pergi Haji
- eBook Percuma: 5 Minit Review Tentang Emas (pdf)
PERHATIAN: Amsyiq Gold Pelaburan Tidak Sah – BNM
Walaupun Amsyiq Gold menawarkan spread emas paling rendah di Malaysia, tapi ia termasuk dalam 77 syarikat yang disenaraikan sebagai pelaburan tidak sah. Saya tak pasti apa puncanya, tapi telahpun di dedahkan oleh Utusan Malaysia pada 31 Julai 2012.
Klik untuk paparan penuh.
Sahabat semua boleh klik DI SINI untuk cek artikel Utusan Malaysia versi online. Untuk dapatkan senarai penuh, boleh semak di website Bank Negara Malaysia (BNM). Klik DI SINI. Antara yang tersenarai dalam tu ialah RGCX Trading Corp dan Virgin Gold Mining Corporation. Senarai tu sentiasa dikemaskini dari masa ke masa. Untuk semak, boleh ikuti step ni:
- www.bnm.gov.my
- Consumer Information
- Financial Consumer Alert
- List of companies and websites
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
2 Ogos 2012
14 Ramadhan 1433
Kemaskini 29.5.2013. Amsyiq Gold dah terkeluar dari alert list BNM. Alhamdulillah.



