Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas

[Kemaskini 5 April 2016] Dulu beli dengan modal RM6,000 dapat beli 10 keping 1 dinar. Sekarang kalau jual semua 10 keping dapat la RM7,300. Ingat nak jual semua untuk ambik untung, tapi kalau nak beli balik nanti, harga dah mahal. Mana untungnya simpan emas?

Ini antara kekeliruan biasa pelabur emas. Kalau melabur dalam ASB atau Tabung Haji, dapat la dividen setiap hujung tahun. Tapi melabur dalam emas ni tak tahu bila boleh kaut untung. Nak jual tapi takut harga mahal bila nak beli balik nanti. Puncanya bukan sebab harga emas naik turun, tetapi sebab masih keliru di mana posisi sebenar kita dalam pelaburan emas.

Pendapatan Tunai, Bukan Simpan Emas?

Yang keduanya, saya nampak sebahagian besar pelabur emas waktu sekarang adalah dari golongan “pelabur”, bukan “penyimpan”. Mereka berminat dapat untung dalam bentuk pendapatan TUNAI macam dividen. Untung tu nanti mereka boleh gunakan. Mereka bukan sangat nak simpan emas.

Sebab tu ada syarikat pelaburan emas yang tawarkan pendapatan ‘hibah’ atau ‘saham emas’ mendapat sambutan hangat oleh pelabur emas walaupun telah disenaraikan oleh Bank Negara sebagai pelaburan tak sah. Orang tetap berdegil nak join dengan 1001 alasan walaupun bagi saya, ia bakal senasib dengan Swiss Cash. Bagi saya, mereka semua bakal berkubur, cuma masa jer menentukannya…

Untuk makluman sahabat semua, sebenarnya dengan pelaburan emas fizikal pun kita boleh dapat untung TUNAI macam tu. Cuma kita perlu tahu teknik asas dan kena fine tune mindset sikit. Yang paling penting, teknik ni sah dan pelaburan kita sangat selamat. Sahabat semua perlu buat ‘trading’ (buy low sell high) at least setahun sekali.

Mindset Mengukur Keuntungan

Pertama, mesti ukur keuntungan dari sudut wang TUNAI, bukan berapa GRAM emas yang anda ada. Jangan peduli berapa gram emas yang kita ada sebab matlamat kita ialah nak dapat EXTRA CASH.

Untung pelaburan emas

Katakanlah start melabur dengan modal RM60,000. Masa tu boleh beli 100 keping 1 dinar i.e. RM600 sekeping x 100 = RM60,000. Lepas setahun simpan, harga jual balik (PG Buy) dah naik ke RM700 sekeping. Untuk dapat untung, jual kesemua 100 keping syiling 1 dinar tu. Dapat la RM70,000 (RM700 x 100 keping). Sekarang ni, asingkan keuntungan RM10,000 (RM70,000 – RM60,000) daripada modal asal.

Harga Emas Tinggi & Rendah

Ikut pada pemerhatian saya berdasarkan 5 tahun harga emas, harga paling rendah untuk sesuatu tahun tu ialah pada awal tahun, sekitar Januari – Februari. Dan harga paling tinggi ialah sekitar September – November. Bulan Disember biasanya harga turun sikit disebabkan ramai pelabur mencairkan pelaburan untuk ambil untung. Ini sekadar pemerhatian umum sahaja. Ia tak semestinya sentiasa betul. Pergerakan sebenar harga emas berdasarkan perkembangan ekonomi semasa terutamanya yang memberi kesan kepada ekonomi US.

Jadi, kalau nak buat untung TUNAI, salah satu tipsnya; beli awal tahun, jual akhir tahun. (Tetapi bagi sesiapa yang baru nak bermula, mulakan belian pertama walaupun hanya sekadar 1 gram supaya kita lebih faham harga tinggi rendah sebab sudah ada benchmark harga tersendiri)

Lepas jual emas tu pada akhir tahun, kira berapa EXTRA CASH yang ada di tangan. Duit modal asal tu simpan dalam Tabung Haji dulu untuk dapat dividen sebelum start balik belian baru.

Trend harga emas2009 – 2011, harga bergerak menaik dari awal tahun.

trend harga emas 2012 2015Tahun 2012 harga mendatar disebabkan krisis hutang negara-negara Eropah. Tahun 2013 – 2015, harga emas menurun dan teori “beli awal tahun, jual akhir tahun” tidak boleh dipakai. Untuk semak sejarah harga emas dunia, boleh KLIK DI SINI.

trend harga emas 2015 - 2016 ringgitWalaupun harga emas mencecah paras paling rendah untuk tempoh 5 tahun pada 2015, harga emas di Malaysia dalam trend menaik disebabkan kejatuhan nilai ringgit. Siapa beli awal tahun dan jual akhir tahun 2015, mereka dapat menjana keuntungan sekitar 10% – 15%.

Start Beli Semula Awal Tahun

Bila masuk tahun baru, beli balik emas dengan modal asal RM60,000. Katakanlah harga 1 dinar masa tu RM710 (harga PG Sell). Dengan modal RM60,000, kita dapat beli 85 keping 1 Dinar i.e. RM710 x 85 keping = RM60,350. Kena top up sikit RM350.

Untung-pelaburan-emas-belian-semula editedDi sini ramai orang akan confuse! Emas cuma dapat 85 keping sahaja sedangkan tahun sebelumnya, kita dapat beli 100 keping!… Saya ulang sekali lagi, jangan peduli berapa keping emas yang anda ada sebab anda bukan nak simpan emas. Anda adalah pelabur yang nak dapat untung TUNAI. Jangan sampai jatuh hati dengan emas kalau matlamat anda ialah untung TUNAI… (“,)

Fb beli banyak kali jual banyak kaliSalah satu tips penting bila “trading emas”.

Wealth Protection, Bukan Untung Tunai?

Bagi penyimpan emas untuk WEALTH PROTECTION seperti saya, ianya berbeza. Saya adalah golongan “penyimpan”, bukan sangat “pelabur”. Saya tak peduli sangat harga emas tinggi rendah. Yang lebih penting, sebahagian harta saya disimpan dalam bentuk emas, bukan duit kertas yang pasti dimakan inflasi. Saya tak fikir pun nak dapat pendapatan macam dividen Tabung Haji. Dan saya tak fikir pun nak belanjakan duit untung tu.

Yang saya fikir, itu simpan jangka panjang saya. Emas-emas itu hanya akan dijual bila; (1) nak digunakan untuk hal kecemasan, atau (2) ditukar kepada aset lain yang turut meningkat dalam jangka panjang seperti membeli hartanah yang boleh disewakan dengan sewaan yang berbaloi.

duit kertas anai-anaiSaya beli emas untuk lindungi kekayaan, bukan untuk jana untung tunai.

Bila ada duit yang agak-agak tak pakai dalam masa setahun, saya akan tukarkan ke dalam bentuk emas. Bila nak pakai duit, baru saya jual. Walaupun harga emas tengah meroket, saya tak jual emas-emas saya sebab saya adalah penyimpan emas!

Kiraan saya ialah berapa GRAM emas yang saya ada. Katakanlah tahun lepas saya ada 50 keping dinar emas, tahun ni saya akan pastikan emas saya bertambah menjadi 60 keping atau lebih dengan membelinya secara konsisten… InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
22 September 2012
6 Dzulkaedah 1433H

[Artikel ini dikemaskini pada 5 April 2016. Mungkin sebahagian blog comments di bawah ini tidak lagi relevan selepas tarikh artikel ini dikemaskini]