Public Gold Tersenarai "Alert List" BNM, Apa Cerita?
Isu dah lama (3 minggu). Tapi baru hari ni dikecohkan. Sebenarnya, saya tengah tunggu pengumuman terbaru dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum keluarkan posting tentang isu Public Gold termasuk dalam “Alert List” BNM. Tapi sebab Berita Harian kecohkan isu ni dalam paper hari ni, 17 Oktober 2012, saya terpaksa bagi ulasan awal.
Kenapa Public Gold Tersenarai?
Saya memang aware isu ni sejak hari pertama Public Gold disenaraikan i.e. 27 September 2012 (Khamis). Saya dan semua Master Dealer terkejut. Dato’ Louis Ng (Pengasas PG) pun terkejut. Bila staff beliau bagi tahu Public Gold tersenarai, “How come?” katanya. Dia wonder sebab Public Gold tak menawarkan apa-apa SKIM pelaburan. Public Gold cuma jalankan aktiviti jual beli emas macam kedai emas jer. Hulur duit dapat emas, hulur emas dapat duit. Tak ada keuntungan tetap ditawarkan samada berbentuk saham, hibah, dividen dsb.
Pada hari sama, pembantu peribadi Dato’ Louis terus contact BNM untuk dapatkan penjelasan. Lepas Jumaat, 28 September 2012, Dato’ Lois bersama En. Syukor Hasyim (Managing Director Public Dinar) berjumpa dengan BNM. Mereka bentangkan semua perihal operasi Public Gold dan pihak BNM pun ‘wonder’ dengan operasi Public Gold. Ia tak ada kena mengena langsung dengan skim cepat kaya. Cuma pihak BNM bagi tahu, Public Gold tersenarai sebab BNM terima aduan dari pelabur mengatakan Public Gold menjalankan aktiviti bersalahan dengan undang-undang i.e. skim cepat kaya etc. So, BNM terpaksa masukkan Public Gold dalam senarai sementara siasatan dibuat.
Pengumuman yang dibuat oleh Public Gold melalui facebook rasmi tentang penyenaraian.
Betul Ke Public Gold Tawarkan SKIM Pelaburan?
Antara soalan BNM tanya ialah, “macam mana Public Gold control dealer-dealer?”. Bila isu ni ditimbulkan, mungkin ada dealer yang “mislead” orang awam, dan memang ramai dealer yang Public Gold dah terminate sebab tak patuh pada etika.
En. Syukor Hasyim, General Manager Public Dinar sertai perjumpaan dengan BNM.
Tindakan PG berjumpa BNM dalam masa 24 melambangkan komitmen syarikat terhadap undang-undang.
Hasil daripada perjumpaan tu, BNM berpuashati dengan penjelasan dan kerjasama Public Gold. Secara overallnya, Public Gold dilihat ‘clean’ dari sebarang aktiviti seperti SKIM pelaburan emas yang lain. Public Gold dah submit semua dokumen yang diperlukan oleh BNM dan telahpun hentikan beberapa urusan dalaman yang mungkin bermasalah dari sudut peraturan BNM seperti skim pembelian secara EPP, dan fasiliti ‘pajakan’ PSP untuk dealer – yang mana telah diwujudkan sebagai ‘exit plan’ bila kebanyakkan Ar-Rahnu tak terima lagi pajakan gold bar dan gold coin pada pertengahan tahun 2011.
Dalam masa seminggu, Public Gold hantar semua dokumen yang diminta BNM.
Feedback Positif BNM Tentang Public Gold
Cuma sekarang ni, BNM tengah review kertas kerja untuk keluarkan Public Gold dari “Alert List”. Kita tunggu “Alert List” terbaru yang akan dikeluarkan oleh BNM dalam masa terdekat. Nanti sahabat semua boleh semak senarai tu. Berdasarkan feedback yang diterima dari BNM, saya dan seluruh Master Dealer serta pihak Management PG yakin Public Gold akan terkeluar daripada senarai tu. Kalau sahabat semua tak yakin, boleh contact direct kepada BNM di talian 1300-88-5465.
Isu ni pada saya dah hampir selesai, cuma ia jadi kecoh balik bila entah macam mana Berita Harian hangatkan balik hari ni. So, inilah komen awal saya supaya pembeli emas Public Gold lebih tenang. Adaperkembangan terkini, saya akan update di blog ni, insyaAllah. Kalau ada sahabat yang rasa tak sedap hati, jom baca balik artikel saya bertajuk “Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal”. Tindakan membuat “panic sell” pada ketika ni bagi saya satu tindakan yang agak terburu-buru.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
17 Oktober 2012
1 Dzulhijjah 1433
p.s. Pada saya, Public Gold sebuah syarikat yang bereputasi tinggi hinggakan pihak kerajaan memberi kepercayaan kepada Public Gold untuk keluarkan syiling dinar & dirham peringatan sempena Pertabalan Agong Ke-14 pada 9 April 2012 baru-baru ni. Klik DI SINI untuk maklumat lanjut. Saya juga nampak komitment syarikat untuk future growth dengan membuka banyak cawangan baru seluruh Malaysia. Ia adalah usaha serius, bukan jenis “overnight company”.
Kenyataan balas Public Gold berikutan artikel yang disiarkan Berita Hairan 17 Oktober 2012
p.p.s. Pagi ni saya call BNM, 1300-88-5465 untuk kepastian. Menurut pegawai BNM, pelabur jangan risau kalau company memang jalankan aktiviti jual beli emas. Alert List tu cuma sebagai peringatan. BNM cuma buat serbuan dan bekukan akaun syarikat yang jalankan SKIM pelaburan emas sebab dikhuatiri situasi di mana syarikat cuma ada 200kg emas, tapi dia jual kepada pelabur 400kg i.e. money game. Dan BNM tengah menilai laporan yang dihantar oleh PG dan mereka tengah consider keluarkan PG dari senarai.
Update terkini: 17 Oktober 2012, Jam 1.38 tengahari. Dato’ Louis Ng dah confirm dengan pegawai BNM, Public Gold diterima untuk keluar daripada senarai “Alert List”! Alhamdulillah, pujian-pujian bagi Allah. Secara rasminya Public Gold dikeluarkan dari Alert List oleh BNM pada 28 Oktober 2012. Sila ikuti artikel “Public Gold Terkeluar Alert List BNM!“.
Alhamdulillah, isunya selesai. BNM dah luluskan untuk keluarkan PG daripada Alert List.
Artikel berkaitan:






