5 Tips Elak Penipuan Jual Beli Emas!

Dalam keghairahan melabur emas, sebenarnya terlalu banyak kes penipuan dalam urusan jual beli emas, especially urusniaga melalui facebook! Itulah pemerhatian saya selama setahun lebih terlibat dengan jual beli emas. Sebab tu saya tak syorkan orang baru terlibat dengan emas buat belian pertama melalui facebook.

Kelebihan membeli emas melalui facebook (secondary market) ialah mungkin kita dapat harga lebih murah daripada harga pasaran (primary market) sebab kebanyakkan penjual adalah penjual individu,  bukan dealer. Tetapi silap hari bulan, duit kita boleh lebur! Mengharapkan untung secupak, tapi akhirnya terpaksa rugi segantang…

Selain daripada penipuan, kekurangan membeli emas melalui facebook ialah anda melabur tanpa BIMBINGAN yang betul, di mana saya nampak, dealer yang berpengalaman sahaja yang boleh bagi bimbingan yang betul. Tanpa bimbingan yang betul, duit yang anda nak labur boleh jadi lebur! Saya memang dapat banyak email, sms, panggilan telefon mintak bimbingan pelaburan emas. Dan ramai juga yang contact saya yang telahpun ‘tersilap’ dalam melabur!

Kesilapan Melabur Tanpa Bimbingan

Antara kesilapan yang biasa orang buat ialah:

  • Beli emas dalam ketulan yang besar, dan emas tu susah dicairkan kelak.
  • Beli gold bar dan dinar  jenama yang tak diterima oleh kebanyakkan ar-rahnu sedangkan mereka nak pajak emas tersebut untuk ‘rolling’ duit.
  • Beli emas atas dasar ini company “orang kita” semata-mata.
  • Beli emas yang kondisinya tak elok (calar, kemek), tiada sijil, resit dan sealnya dah dibuka.
  • Dan beberapa lagi kesilapan yang saya biasa jumpa. Boleh baca dalam artikel “10 Kesilapan Pelabur Emas!”.

Untuk elakkan sahabat semua kena tipu masa membeli emas, saya bagi 5 tips penting:

Tips #1 – Semak Kredibiliti Penjual

Semak profile penjual sebagaimana tips yang saya kongsikan dalam artikel “4 Cara Semak Kredibiliti Dealer Sebelum Urusniaga“. Antaranya, cek berapa ramai Facebook Friends-nya, aktif ataupun tak dalam Facebook, guna nama & foto sebenar ataupun samaran. Kalau tiba-tiba muncul dalam Facebook dan nak menjual, itu kena hati-hati. Kalau anda tak aktif berfacebook, semestinya anda tak kenal siapa orang baru, siapa ‘orang lama’ dalam Facebook. Jadi, baik jangan berurusniaga melalui Facebook kalau macam tu.

Tips #2 – Urusniaga Cara COD Sahaja

Elakkan membeli secara pos kalau tak kenal kredibiliti penjual. Sebaik-baiknya, gunakan kaedah Cash on Delivery (COD). Dia hulur emas, anda hulur duit! Saya memang tak berani beli emas cara pos ni melainkan saya betul-betul kenal penjual tu secara peribadi. Kalau nak cara pos juga, kena bersedia untuk rugi kalau penjual tu tak pos emas yang dijanjikan.

Mungkin penjual tu tak tipu, tapi mana tahu lepas anda bank-in duit, penjual tu terlibat dalam kemalangan dan tak siapa tahu kita berurusniaga dengan dia!?

Sebagai dealer yang sedikit berpengalaman, bila customer transfer duit ke akaun saya, saya akan asingkan emas tu dan letak catatan dalam plastik seal emas tu. Saya akan tulis nama pembeli, no. contact pembeli, dah bayar ke belum, tarikh urusniaga dsb. Setiap urusniaga melalui email, saya akan “bcc” kepada email isteri saya. Ini penting supaya kalau saya mati, waris saya tahu emas tu bukan milik saya dan dia boleh contact pemilik untuk claim emas tu.

Tips #3 – Berjumpa Di Tempat Public

Buat temujanji di mana-mana tempat terbuka dan jangan sesekali buat temujanji di tempat yang tak ramai orang ataupun tersorok. Saya paling suka berjumpa di bank sebab (1) ada CCTV, dan (2) boleh transfer duit melalui ATM sahaja, minimumkan bawa duit cash. Kalau tak dapat jumpa di bank, jumpa di stesen minyak jer.

Tips #4 – Cek Keadaan Emas

Pastikan tiada kesan calar, kemek, bengkok, ada sijil atau resit (kalau emas tu perlukan resit & sijil). Kalau emas Lady Fortuna, KFH, dan emas lain yang condition asalnya berseal, pastikan sealnya masih belum dibuka. Kalau dah buka, lupakan emas tu sebab susut nilainya akan tinggi, melainkan dia bagi diskaun 25%!

Nasihat saya, kalau anda first time beli emas, baik jangan beli melalui facebook sebab anda tak pernah tengok macam mana keadaan, bentuk dan saiz emas yang tulen. Silap hari bulan, orang bagi emas palsu pun anda tak tahu! (“,)

Tips #5 – Semak Harga Semasa

Pastikan harga tu bebaloi dibeli berbanding harga semasa, tapi kalau harga terlalu rendah, hati-hati! Mungkin itu penipuan, ataupun condition emas tu dah tak elok. Saya pernah nak beli emas harga yang sangat murah, tapi bila berjumpa dengan owner tu, saya tengok condition emas tu tak elok. Dah calar, ada kesan gigit, dan berat pun dah kurang 0.03 gram! So, saya cancel jer. Nasib baik saya guna cara COD, kalau bayar dulu baru dia POS macam mana? Huh hu…

penipuan jual beli emas di facebook

Antara kes penipuan yang didedahkan di facebook.

Untuk Selamat, Cari Authorised Dealer

Untuk lebih selamat, saya syorkan beli dari authorised dealer jer. Walaupun harga yang anda beli adalah pada harga semasa pasaran, tapi yang paling penting anda dapat banyak manfaat sampingan, antaranya:

  • Bimbingan percuma.
  • Update terkini tentang pelaburan emas.
  • Condition emas confirm OK.
  • Risiko penipuan sangat rendah, especially dealer tu memang aktif, ada facebook sendiri, ada blog ataupun website yang aktif dsb. Pendek kata, kalau dia nak tipu, dia tak boleh lari…
  • Dan banyak lagi yang tak ternilai harganya.

Ada satu tips penting kalau beli dari Authorised Dealer, iaitu jangan mintak diskaun sebab komisyen dealer ni sangat kecik. Sekitar 1% – 2% jer. Kos mereka ambik emas, hantar emas, bil telefon untuk consult anda, masa mereka ruangkan untuk bantu anda, risiko bawa emas, mungkin tak berapa berbaloi dengan komisyen yang mereka terima. Anda kira sendirilah berapa mereka dapat kalau komisyennya cuma 1%?

Sebab itu ramai dealer tak layan kalau orang nak beli setakat 1, 2 dinar sebab memang tak berbaloi. Walaupun macam tu, saya tetap akan layan walaupun 1 dinar sebab saya fikir, kepuasan saya ialah MEMBANTU dan mempermudahkan hidup orang lain. Rezeki saya tu Tuhan dah jamin. Moga dengan layan belian kecik-kecik ni, Allah gandakan rezeki dan permudahkan hidup kami sekeluarga. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
27 Januari 2012
4 Rabiul Awwal 1433

[Artikel ini dikemaskini pada 16 Oktober 2015. Mungkin sebahagian blog comments di bawah sudah tidak lagi relevan selepas tarikh artikel ini dikemaskini]

penipuan jual beli emas di facebook 02Kes penipuan dilaporkan pada 3 Februari 2012.

senarai barang curi emas public goldMembeli daripada penjual individu yang tak dikenali, anda mungkin terbeli item yang telahpun disenaraikan sebagai barang curi.