Lepas monitor harga emas, tiba-tiba nampak harga emas menjunam pada tengah malam. Nak lock harga, tapi dealer dah tidur! So, macam mana nak lock harga? Sebenarnya, tak perlu tunggu dealer untuk lock harga (place order). Anda boleh lock sendiri dan berurusan direct dengan Public Gold. Cara untuk lock harga ialah:
(1) Print screen harga
(2) Hantar maklumat
(3) Tunggu Sales Order
(4) Buat bayaran
(5) Ambik emas
Secara terperincinya, boleh ikuti langkah di bawah:
Langkah #1: Cek & Print Screen Harga Semasa
Harga emas Public Gold berubah setiap 20 minit. Semak harga di
www.publicgold.com.my atau
www.publicgold.com.my/liveprice.html dan print screen harga.
Print screen ni penting untuk rujukan kita dan Public Gold. Gunakan print screen macam di bawah ni atau yang sama waktu dengannya, dan emailkan kepada Public Gold masa place order di Langkah #2 nanti. In case Public Gold tersilap harga masa keluarkan Sales Order (Invoice) nanti, kita boleh kemukakan bukti ni untuk pembetulan.
PENTING: Kalau internet connection anda agak slow, tak perlu attach print screen sebab ia boleh melambatkan email tu sampai kepada Public Gold. Harga sebenar yang akan dikira ialah harga semasa email tu ‘delivered’ kepada Public Gold. Kalau anda send email pukul 5.00ptg, tapi email tu delivered kepada PG pukul 5.30 ptg, harga akan dikira harga jam 5.30ptg, bukan harga 5.00ptg.
Langkah #2: Hantarkan Maklumat Kepada Public Gold
Copy dan pastekan ayat di bawah, delete semua bertulisan BIRU dan tukarkan maklumat tulisan PURPLE yang saya BOLDkan tu dengan maklumat anda.
Dear Sir,
Please issue Sales Order to me with the following details:
Mohd Zulkifli b. Shafie (nama penuh anda)
801001-01-XXXX (no. ic)
019-3368008 (no. telefon)
ibnushafie@gmail.com (alamat email)
Items to order are as follows:
1 Dinar x 13 pcs
(Senaraikan semua item. Pastikan item dan bilangannya betul. PG tak terima sebarang perubahan dan pembatalan order, ataupun anda akan dikenakan penalti)
I have attached the price (pastikan anda attach sekali print screen harga semasa) for your reference. Total amount of the order should be RM9,438 (i.e. RM726 x 13 pcs. Buat pengiraan total harga supaya staff PG dapat detect jika berlaku kesilapan bilangan item). I would collect the stocks at Sunway Branch (bagi tahu Cawangan PG yang mana anda nak collect. Sila semak Cawangan PG berkedekatan anda di www.publicgold.com.my, “Contact Us”).
My introducer is ______________. (Letakkan (1) nama dealer (2) no. kod dealer yang akan membantu anda membuat follow-up dengan PG bagi pihak anda kalau perlu. Contohnya, kalau nak mintak saya bantu, tulis nama “Mohd Zulkifli b. Shafie“, kod “PG002369“. Bantuan daripada dealer berpengalaman dapat memudahkan urusan anda dengan PG)
Regards.
Emailkan maklumat di atas kepada
order@publicgold.com.my secepat mungkin, dan jangan lupa “CC”kan email kepada dealer tersebut supaya mereka tahu yang mereka ada tanggungjawab bantu anda. Jangan biarkan mereka makan komisyen free… (“,)..
Oh, sebelum saya terlupa, samada anda letak nama dealer sebagai “introducer” ataupun tak, harga emas yang anda beli dengan Public Gold sama jer. So, lebih baik letak nama dealer supaya anda dapat servis PERCUMA daripada dealer.
Langkah #3: Tunggu Sales Order
Dalam masa 2 hari bekerja, anda sepatutnya akan terima Sales Order (SO) seperti di bawah. Kalau tak terima SO dalam masa 2 hari, bagi tahu dealer untuk dia follow-up dengan Public Gold. Bila dah terima SO, semak dan pastikan maklumat tepat sebelum buat bayaran. Kalau berlaku kesilapan dalam SO tu, mintak Public Gold buat pembetulan.
 |
| Sales Order (Invoice): Maklumat terpenting ialah no. Sales Order i.e. PM2-006523 untuk rujukan. |
Langkah #4: Buat Bayaran & Simpan Slip Bayaran
Bila terima SO, pastikan anda buat bayaran dengan cara bank-in duit ke akaun Public Gold (Maybank atau Public Bank) dalam masa 24 jam ataupun 1 hari bekerja. Pastikan anda simpan bank-in slip atau bukti bayaran ORIGINAL baik-baik. Public Gold tak akan benarkan barang diambil tanpa bukti bayaran original.
Saya prefer buat pembayaran melalui Maybank2u, ataupun bank-in di kaunter.
Peringat penting, JANGAN buat bayaran melalui Cash Deposit Machine! Ia sangat berisiko sebab kalau tiba-tiba Cash Deposit Machine (1) error masa anda sedang masukkan duit, atapun (2) tak dapat keluarkan resit, anda tak ada bukti yang anda telahpun buat bayaran!… (“,)
Lepas buat bayaran, terus
emailkan bukti bayaran kepada
payment@publicgold.com.my untuk mereka sahkan yang anda telahpun buat bayaran. Kalau bayaran tak diterima dalam tempoh yang ditetapkan (15 hari), anda boleh dikenakan penalti ataupun nama di blacklist.
Langkah #5: Ambik Emas di Cawangan Public Gold
Anda boleh ambik emas selepas sehari dari tarikh Sales Order dikeluarkan. Jangan lupa bawa sekali (1) Bukti bayaran original, dan (2) Salinan Sales Order. Kalau nak datang ambik sebelah petang, call dulu office Public Gold sebelah pagi, bagi no. Sales Order (e.g. PM2-006523) untuk dia semak samada dah boleh ambik ke belum, dan yang keduanya, supaya dia boleh proses awal-awal. Tak perlu menunggu lama-lama di office Public Gold untuk dapat emas tu.
.jpg) |
| Penting: Call dulu sebelum datang sebab kadang-kadang orang ramai dan stok tak dapat ambik lagi. |
Anda boleh cek no. telefon terkini semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia di website Public Gold (
www.publicgold.com.my), bahagian “
Contact Us > Branch Details“. Dan kalau ada apa sahaja masalah, boleh mintak bantuan Introducer (Dealer) anda. InsyaAllah, dia akan bantu.
Itu sahaja 5 langkah lock dan beli emas Public Gold tanpa menunggu Dealer. Moga kita semua kaya dan berjaya dalam pelaburan emas, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
2 Mac 2012
9 Rabiul Akhir 1433
PENTING: Public Gold telahpun menaik taraf website untuk order. Sekarang ni, gunakan kaedah yang lebih mudah yang saya tunjukkan dalam artikel “Cara Mudah Membeli Emas Public Gold (Online)“. Saya nasihatkan anda jangan menggunakan lagi kaedah order melalui email sebab takut bermasalah. – Kemaskini 1 April 2013
p.s.1. Apakah maksud LOCK HARGA? Harga emas Public Gold sentiasa berubah turun naik setiap 20 minit mengikut real time harga emas dunia. Katakanlah pukul 10.00 malam, harga 1 dinar ialah RM800. Tiba-tiba pukul 3.00 pagi harga menjuman kepada RM750! So, anda boleh beli 1 dinar emas dengan harga RM750, tapi syaratnya anda perlu lock harga (place order) on the spot!
p.s.2. Sebanyak mana keuntungan bergantung sejauh mana ilmu anda tentang pelaburan emas. Untuk bermula dengan betul, dapatkan consultation percuma daripada dealer berpengalaman sebelum membeli. Contact dealer anda melalui email, sms, call, ataupun berjumpa face-to-face.
Artikel berkaitan: