5 Tips Pantas Fahami Pelaburan Silver

[Kemaskini 6 Mac 2018] Jarang saya bercerita tentang silver (logam perak) melainkan kalau orang tanya. Silver mempunyai potensi kenaikan harga yang sangat besar berbanding emas sehingga ramai pakar logam berharga lebih suka perak berbanding emas. Sepanjang menjadi dealer Public Gold sejak 2010, apa yang saya perhati, masyarakat Cina lebih ramai membeli silver berbanding yang lain. Berita yang saya dapat tahu dari staff Public Gold, ada customer yang beli silver bertan-tan jumlahnya daripada Public Gold! Ya bertan-tan!

Cuma bagi saya, siapa nak melabur dalam silver, dia mesti mula dengan emas dulu sebab ilmu silver lain sedikit berbanding emas. Secara asasnya, silver lebih sesuai dijadikan simpanan untuk betul-betul jangka panjang. Kalau baru je beli tapi dah siap-siap fikir untuk jual atau pajak, silver tak sesuai. Kalau nak faham ilmu asas tentang silver, ini penjelasan ringkas dan pantas sebelum buat keputusan membeli silver:

pelaburan silver bar public gold lbma 250 gramSilver bar 500 gram berstatus LBMA (London Bullion Market Association) keluaran Public Gold.

#1 – Pergerakan Harga Lebih Agresif

Dari sudut pergerakan harga, bila emas naik, silver akan naik 2, 3 kali ganda lebih banyak daripada emas. Kadar volatilitynya 1.6 kali ganda berbanding emas. Bila turun pun sama. Tahun 2010 – 2011, harga emas naik dalam 35%, tapi silver naik 100%! Masa tu ramai orang excited beli silver. Lepas tu bila harga emas turun 30%, harga silver jatuh balik 60%! Siapa ada sakit jantung, tak sesuai beli silver… (“,)

sejarah 10 tahun harga perak silver dunia 2018-03-06Graf pergerakan 10 tahun harga silver sehingga 4 Mac 2018. Harga memuncak tinggi pada April 2011 dengan kenaikan sekitar 100% dalam tempoh 1 tahun. Masa itu untung memang luar biasa, tapi bila jatuh, memang sakit. Sekarang harga silver dianggap rendah dan bagus untuk membeli.

#2 – Potensi Untung Lebih Besar

Dari sudut potensi kenaikan, ramai pakar precious metal meramalkan silver akan jadi “gold in future”. Maksudnya, peratusan kenaikan dia akan jauh menandingi emas pada masa depan. Ini disebabkan:

(a) Lombong Berkurangan, Demand Meningkat

Silver diperlukan untuk industri, sedangkan pengeluaran silver dari lombong semakin berkurangan berbanding perkembangan sebenar industri. Ia jadi semakin berkurangan sebab silver terpakai biasanya terbuang (dalam alat elektronik) tanpa di recycle sebab kos untuk extract balik tak bebaloi berbanding emas.

(b) Harga Sekarang “Undervalue”

Harga silver sekarang ni terlalu murah. Kalau dilihat dari sudut nisbah emas : silver, sekarang ini sekitar 1 : 80. Maksudnya satu kilogram emas boleh beli 80 kilogram silver. Nisbah ini dijangka akan pergi kepada 1 : 16 sebagaimana dalam tahun 1980an, 1960an dan 1920an dulu. Maksudnya, siapa beli 80 kilogram silver hari ini, nilainya akan bersamaan 5 kilogram emas suatu hari nanti berbanding cuma 1 kilo sahaja hari ini.

nisbah emas perak 2018-03-06NISBAH HARGA EMAS DAN PERAK hari ini (Mac 2018) sekitar 1 : 80. Ini adalah nisbah yang sangat bagus untuk membeli silver. Tahun 2011 dulu, nisbahnya pernah cecah 1 : 30. Kalau ianya berlaku semula, siapa beli 80 kilogram silver hari ini, dia akan dapat free 1.5 kilogram emas (kalau silver itu dijual kesemuanya dan digunakan untuk membeli emas pada ketika itu)!

Bila semak pula kiraan zakat, saya yakin silver sekarang ni memang “undervalue”. Nisab zakat emas ialah 85 gram. Nilainya sekitar RM15,500. Tapi nisab zakat silver ialah 595 gram yang nilainya cuma sekitar RM1,500! Beli silver RM1,500 dah kena zakat berbanding emas RM15,500. Saya percaya, nilai sebenar 595 gram silver sepatutnya sekitar RM15,500 juga sebagaimana nilai 85 gram emas!

harga perak silver public gold 2018-03-06Harga 1 kilogram silver bar Public Gold ini pernah cecah RM6,000. Tapi sekarang ini hanya sekitar RM2,500 +/- sahaja.

public gold pelaburan silver bar 250 gram

Silver bar 250 gram LBMA keluaran Public Gold. Ini item silver paling kecil yang sesuai untuk dijadikan pelaburan. Buat masa ini (Mac 2018), Public Gold belum ada item silver bar 100 gram sebagaimana harga yang dipaparkan di website. Harga itu hanyalah sebagai rujukan bagi penyimpan silver keluaran Public Gold yang lama i.e. non-LBMA.public gold pelaburan silver bar 500 gram

Silver bar 500 gram keluaran Public Gold. Berstatus “LBMA”.public gold pelaburan silver bar 1 kilogramSilver bar 1,000 gram keluaran Public Gold. Berstatus “LBMA”. public gold pelaburan silver bar 5 kilogramSilver bar 5 kilogram keluaran Public Gold. Berstatus “LBMA”.

#3 – Tak Mudah Dijual dan Pajak

Silver lebih rendah kecairan berbanding emas. Maksudnya, bila nak jual, tak banyak tempat sanggup beli silver kecuali pengeluarnya sendiri. Kalau emas, kita boleh jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen, insyaAllah senang jual.

Dan lagi satu, silver tak boleh pajak di ar-rahnu sebagaimana emas. Setakat ni, cuma Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) jer yang terima pajak silver. Itu pun silver keluaran Public Gold sahaja. Margin pinjaman juga rendah, cuma 50% sahaja berbanding emas 65% – 75%.

Pendek kata, silver tak mudah rolling seperti emas. Ia sekadar beli, simpan dan buat sendal pintu! Bila harga naik baru jual…

#4 – Ruang Penyimpanan Lebih Besar

Silver ni berat. Sekarang ni, harga 1 kilogram sekitar RM2,500 jer. Kalau beli 4 kilogram baru RM10,000. Dari sudut penyimpanan agak susah berbanding emas sebab ia makan ruang. Kalau sewa Safe Deposit Box, memang cepat la penuh box tu. Kena sewa safe box yang besar baru sesuai untuk simpan silver. Jadi siapa beli silver banyak-banyak dan simpan dalam safe box, memang kena kuat semangat kalau nak angkat box tu! (“,)

jongkong perak silver bar 5 kilogram public gold lbma mohd zulkifli shafieNah, inilah saiz sebenar silver bar (jongkong perak) 5 kilogram keluaran Public Gold. Hari ini (6 Mac 2018), dengan modal RM12,600, kalau beli emas boleh dapat sekitar 70 gram. Tetapi dengan modal yang sama, kita boleh beli silver 5 kilogram! Jongkong perak ini sesuai benar dibuat penyendal pintu! Haha…

jongkong perak silver bar 5 kilogram public gold lbmaSiapa suka beli dan simpan silver, sekejap jer safe deposit box (SDB) penuh. Beli sedikit-sedikit, sedar-sedar kotak tu berat dan tak mampu lagi diangkat! Haha… Itulah pengalaman saya sendiri dan ramai penyimpan silver.

#5 – Susut Nilai Lebih Tinggi

kadar spread susut nilai jongkong silver bar public goldKadar spread silver bar Public Gold. Kadar spread lebih rendah, maksudnya lebih cepat untung dan lebih banyak untung bila harga silver naik. Melihat kepada jadual di atas, maka item terbaik untuk pelaburan silver tentunya silver bar 1 kilogram dan 5 kilogram.

Spread (selalu diistilahkan “susut nilai”) silver sangat tinggi kalau dibandingkan dengan emas. Berdasarkan jadual di atas, silver bar 1 kilogram keluaran Public Gold susut nilainya 12%. Kalau silver bar 100 gram, susut nilai 16%! Ia memang tinggi tapi kalau harga silver naik, ia memang berbaloi sebab peratusan kenaikan harga silver selalunya 2 kali ganda berbanding emas.

Dan jangan terkejut, silver jenama lain yang dijual di pasaran Malaysia susut nilainya jauh lebih tinggi. Ia boleh cecah 50%! Walaupun silver bar Public Gold susut nilainya tinggi, kalau dibandingkan dengan silver lain di pasaran, saya boleh katakan Public Gold paling rendah (terbaik).

Jadi ok tak beli silver?

Jumlah Simpanan Silver Saya

Kalau beli untuk simpanan jangka panjang, bagi saya ok. Saya sendiri pun simpan silver. Bagi orang yang baru nak bermula, saya syorkan simpan emas dulu. Ada balance nanti baru beli silver. Dari sudut nisbah simpanan emas dan silver, saya simpan 70% emas, 30% silver. Kalau harga silver naik, 30% simpanan silver tu insyaAllah boleh pintas kenaikan harga emas.

Bagaimana Cara Beli Silver Public Gold?

#1 – Beli Terus Di Cawangan

Terus pergi ke mana-mana cawangan Public Gold, beli item yang ready stock. Ia bergantung apa stok silver yang cawangan tu ada masa tu. Bayar dan terus bawa balik. Masa beli, pastikan beritahu nama saya “Mohd Zukifli Shafie, kod PG002369” sebagai Introducer bagi sesiapa yang nak jadi pembeli silver (atau emas) di bawah bimbingan saya.

Selepas beli, wassap kepada saya +6019 336 8009 untuk saya tunjukkan NEXT STEP menjadi pelabur emas dan silver yang pandai.

#2 – Order Secara Online

Register dulu sebagai ‘ahli’ di website secara percuma. Kemudian terus buat order dan bayaran secara online, serta emailkan slip bayaran kepada Public Gold. Ikut sahaja arahan step-by-step di website dan email yang Public Gold hantar.

Kemudian contact cawangan Public Gold terdekat, minta mereka reserve stok. Bila stok baru sampai dari HQ dalam tempoh 1 – 2 minggu, minta mereka call untuk datang ambil. Ingat ambil nama staff yang angkat telefon tu supaya senang nak follow-up.

Masa nak datang collect silver tu nanti, pastikan bawa SLIP BAYARAN ORIGINAL untuk diserahkan kepada Public Gold.

#3 – Akaun Silver SAP

Silver Accumulation Program (SAP) sama macam Gold Accumulation Program (GAP). Ia memudahkan kita simpan kumpul silver serendah RM100 setiap kali belian, dan boleh keluarkan silver fizikal bila jumlah mininum cukup 250 gram. Boleh pilih mana-mana item silver bar samada 250 gram, 500 gram, 1 kilogram atau 5 kilogram, asalkan cukup baki dalam Akaun Silver SAP tu.

harga silver accumulation program sap public gold 2018-03-06Harga silver Public Gold melalui pembelian Akaun Silver SAP. Harga disemak setiap jam 12.00 malam setiap hari.

Apa yang penting, pembelian melalui Akaun Silver SAP ni disahkan patuh syariah oleh penasihat Shariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn Bhd yang diketuai oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Kaedah belian, sama macam panduan beli Akaun Emas GAP, tetapi masa beli tu tulis “Beli Silver SAP”. Nanti staff yang proses pembelian tu akan faham.

Mudah-mudahan artikel ni dapat membantu bagi yang nak belajar tentang pelaburan silver yang selamat di Malaysia. InsyaAllah. Sebarang persoalan tentang silver, boleh tinggalkan comments di bawah, atau wassap saya +019-336 8009 atau terus klik link www.wasap.my/60193368009 kalau urgent.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Cyberjaya
6 Mac 2018
18 Jamadil Akhir 1439H
(artikel asal bertarikh 23 Mei 2014 /24 Rejab 1435)

28 Comments

    1. Wslm Pn. Haslida,

      Boleh beli dari Public Gold (www.publicgold.com.my). Public Gold pun ada keluarkan silver. Kalau puan nak beli, boleh contact saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide cara pembelian nanti, insyaAllah.

    1. Wslm Pn. Rokiah,

      Saya tak tahu bila harga emas dan silver akan naik. Saya tak nak buat prediction dan saya tak percaya kepada mana2 prediction. Ia bergantung kepada perkembangan ekonomi dunia terutamanya yang memberikesan kepada US dollar. Contohnya, kalau Ukraine perang dengan Russian, semua komoditi akan melambung termasuk emas dan minyak.

  1. Nisbah emas dgn silver asalnye 1:10. Sebagaimana nisab zakat emas 20 dinar dn zakat perak 200 dirham. So 20 dinar = 200 dirham dan 1 dinar = 20 dirham. Wallahu a’alam.

  2. mike maloney, pemilik silverandgold. com kata dia lg banyak simpan silver dari emas. ada betul nya cakap En Zul. dan sebelum ni saya terbaca post dr En Zul yang sebuah bank besar di US beli silver dlm kuantiti yg banyak. tq for sharing En Zul. boleh diversified simpanan.

  3. Assalamualaikum en zul.

    semoga Allah merahmati kita semua, insyaAllah

    sy ad soalan. andai sy ad bajet dlm 4k++, sy ad plan utk beli gold bar 20g dan bakinya sesuai beli silver bar 250g atau 1 dinar emas ?…mana lebih sesuai

    saya level beginner dlm hal begini.

    terima kasih

  4. Tumpang Tanya, jika saya keluarkan rm500k simpanan untuk beli silver dan kemudian sya simpan 10 tahun. adakah ini satu tindakan yang bodoh?

  5. Lagi 1, kenapa silver ni undervalued sedangkan permintaan untuk industri meningkat Dari tahun ke tahun. Tak masuk akal langsung. berapa je silver yang tinggal untuk dilombong Dari perut bumi?

  6. salam…. Kalau saya beli emas dan simpan…
    macam mana nak bayar zakat nanti..
    adakah pihak public gold akan uruskan?
    atau kene uruskan sendiri?

  7. Salam tuan, saya ada lebihan refinance rumah saya..mohon pendapat tuan, adakah saya perlu bermula dengan nilai yang kecil atau terus ke nilai yang besar?
    Saya bercadang membeli silver dan emas, dan dengan lebihan refinance tu saya nak gandakan nilai..apa yang tuan dapat syorkan..
    Terima kasih

    1. Wslm En. Daniel,

      Boleh mula dengan bajet kecil dulu untuk lebih faham tentang emas.

      Emas tak boleh gandakan nilai. Nilai tu hanya boleh digandakan melalui bisnes, atau hartanah (yang memanfaatkan pinjaman bank). Kedua-duanya ok, syaratnya mesti ada ilmu. Kalau tak ada ilmu, semua pun tak jadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *