6 Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold
[Kemaskini 5 Julai 2021] Kalau ada bajet cukup, dan alang-alang beli emas, jadilah terus dealer Public Gold. Penyimpan emas hanya untung bila harga emas naik, tapi dealer Public Gold boleh dapat keuntungan dalam semua keadaan harga emas, samada harga emas naik ataupun turun.
Bahkan kalau harga emas turun, keuntungannya berlipat kali ganda!
Syaratnya, kena jadi dealer dan manfaatkan betul-betul posisi sebagai dealer emas Public Gold (PG) untuk pandaikan orang lain tentang emas, dan bantu mereka membeli emas dengan PG.
Waktu pertama kali saya beli emas PG pada tahun 2010, saya beli emas cuma untuk simpanan sendiri je, bukan untuk jadi dealer. Belian pertama saya berjumlah RM20,000 ++ itu secara automatik melayakkan saya mendapat status “dealer PG” – itu syarat untuk jadi dealer pada tahun 2010.
Jadi Dealer Sebab Rasa Tanggungjawab
Permulaannya saya memang tak minat jadi dealer PG yang aktif sebab saya fikir komisyennya sangat kecil, (iaitu sekadar 1%, 1.5%, atau 2% saja). Apatah lagi pada masa tu, saya dah ada bisnes sendiri (yang lain) selain kerjaya saya sebagai seorang akauntan.
Tapi bila saya perhati banyak kawan-kawan buat kesilapan yang merugikan dalam pelaburan emas, sedangkan saya ada ilmu dan platform pelaburan emas terbaik di Malaysia (iaitu Public Gold), saya rasa, saya bertanggungjawab untuk bantu orang lain.
Dalam keseronokan saya membantu orang lain pandai tentang emas, saya dapati insentif yang saya terima daripada PG semakin lama semakin meningkat. Dan yang bestnya, pendapatan itu bersifat pasif – passive income. Waktu itu barulah saya sedar, oh, besarnya manfaat sebagai dealer, walaupun saya buat secara part-time saja ketika itu.
Kerana rasa tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu yang betul tentang emas dan kewangan, saya ambil keputusan untuk jadi dealer Public Gold yang aktif. PG memberi sokongan sepenuhnya atas usaha saya untuk menyampaikan ilmu emas dan kewangan yang betul di Malaysia, Singapore dan Indonesia.
Syarat Jadi Dealer Tahun 2021
Public Gold sentiasa semak syarat untuk jadi dealer dari semasa ke semasa.
Untuk jadi dealer PG tahun 2021, ini syaratnya:
-
Normal Dealer – belian emas 200 gram dalam 1 invois, atau daftarkan 50 customer dalam masa 3 bulan
-
Priority Dealer – belian emas 500 gram dalam 1 invoice, atau daftarkan 250 customer (terkumpul)
-
Master Dealer – daftarkan 300 customer (terkumpul) bersama dengan jumlah jualan peribadi RM300,000 (terkumpul dalam 12 bulan terkini)
Berita baiknya, Public Gold sentiasa buat promosi untuk jadi dealer dengan jumlah belian emas yang rendah, promosi serendah RM6,000 (+ pembelian Wealth Card RM200) di dalam webinar yang dijalankan setiap minggu.
Dapatkan informasi tentang webinar terkini di FB Page Public Gold by G100 Network atau di Telegram Channel MohdZulkifli.com .
Apa yang best, PG tak mengenakan sebarang yuran untuk menjadi dealer. Hanya beli saja emas PG dalam jumlah tertentu, dan free jadi dealer! KLIK DI SINI untuk lihat foto-foto emas PG yang terkini.
Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold
Dari sudut keuntungan, secara peribadinya saya dapat terlalu banyak keuntungan sebagai dealer Public Gold. Status sebagai dealer PG adalah bullet-train yang membolehkan saya capai financial freedom dengan sangat cepat.
Tapi sebagai panduan umum, inilah 6 keuntungan paling basic sebagai dealer emas Public Gold:
#1 – Rebat Belian Emas Sendiri
Beli untuk diri sendiri pun dapat rebat (insentif). Insentif ini dibayar mengikut level dealership masing-masing sebagaimana berikut:
-
Normal Dealer – 1.0%
-
Priority Dealer – 1.5%
-
Master Dealer – 2.0%
Insentif dikira hanya setelah berjaya mendapat status sebagai “Dealer”. Belian pertama ketika grab promosi jadi dealer (ketika status masih lagi sebagai “Customer”), itu belum layak mendapat insentif. Bila sistem PG telahpun upgrade status seseorang “Customer” menjadi “Dealer”, barulah insentif akan mula dikira.
Contohnya sebagai seorang dealer; kalau buat belian sendiri sebanyak RM10,000, maka insentif yang diterima adalah seperti berikut:
- RM100 (RM10,000 x 1.0%) bagi Normal Dealer
- RM150 (RM10,000 x 1.5%) bagi Priority Dealer
- RM200 (RM10,000 x 2.0%) bagi Master Dealer
Sudah la harga emas PG lebih rendah sekitar 15% berbanding kebanyakkan kedai emas, dealer PG dapat rebat (bukan diskaun) dalam bentuk insentif sebanyak 1%, atau 1.5%, atau 2%, mengikut tahap dealership masing-masing.
Insentif itu akan dibayar pada 20 hari bulan pada bulan berikutnya. Bukan bayar on the spot ketika buat belian.
#2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri (0.3%)
Kalau nak jual balik emas kepada Public Gold, dealer dibayar rebat 0.3% atas harga jualan tersebut. Tak kira samada level Normal Dealer, Priority Dealer atau Master Dealer, level rebatnya adalah sama. Iaitu 0.3%.Maksudnya, kalau jual emas RM10,000 kepada Public Gold, dapat la RM30 (RM10,000 x 0.3%). Rebatnya tak banyak, tapi biasanya lepas la duit minyak pergi hantar emas tu ke office Public Gold.
Insentif itu akan dibayar pada 20 hari bulan pada bulan berikutnya. Bukan bayar on the spot ketika buat belian.
#3 – Royalti Introduce Pembeli
Bila dah simpan emas Public Gold, dan dapat banyak manfaat hasil menyimpan emas bersama PG, jangan simpan seorang diri. Itu ‘selfish’ namanya. Sebaliknya, ceritakanlah kepada orang lain supaya mereka pun tahu tentang Public Gold – emas simpanan terbaik di Malaysia.
Kesian orang lain yang tak tahu tentang emas dan Public Gold.
Pengalaman saya sejak 2010, siapa nak simpan emas di Malaysia tapi tak tahu tentang Public Gold, dia memang rugi. Bahkan dia akan rugi lebih besar kalau mereka terbeli barang kemas, sedangkan dia nak beli emas untuk simpanan, bukan perhiasan.
Jadi ambillah tanggungjawab perkenalkan (introduce) kepada orang lain tentang emas dan Public Gold. Sampaikanlah kebaikan itu kepada kenalan terdekat melalui whatsapp atau akaun media sosial sendiri. Jangan menjual, tapi niat nak sampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.
Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen berbentuk royalti seperti berikut:
-
Normal Dealer – 1.0%
-
Priority Dealer – 1.5%
-
Master Dealer – 2.0%
Setiap kali orang tu beli, setiap kali itulah Public Gold bayar royalti, hatta kalau kita mati pun, waris kita dapat nikmati pendapatan royalti tersebut.
Kalau kesemua customer yang kita introduce itu membeli emas berjumlah RM50,000 (jumlah terkumpul) setiap bulan untuk simpanan mereka, Public Gold akan bayar insentif seperti berikut:
-
Normal Dealer – RM500 (RM50,000 x 1.0%)
-
Priority Dealer – RM750 (RM50,000 x 1.5%)
-
Master Dealer – RM1,000 (RM50,000 x 2.0%)
Kalau seorang penyimpan emas konsisten membeli emas sebanyak 1 gram setiap bulan, bayangkan berapa passive income seorang dealer PG yang mempunyai 1,000 penyimpan emas di bawah bimbingannya?
Dengan andaian harga emas RM250 per gram, maka royalti seorang dealer PG yang ada 1,000 penyimpan emas ialah RM5,000 (RM250 x 1,000 penyimpan emas x 2.0%)!
Saya seorang penulis yang sudah menghasilkan 3 buah buku yang kesemuanya pernah menjadi buku best seller di Malaysia, iaitu buku “Zero Hutang”, buku “Wang Emas”, dan buku “Misi Bebas Hutang”. Saya tahu, royalti seorang penulis buku tidaklah seberapa berbanding potensi royalti sebagai dealer emas Public Gold. Tapi saya tulis buku supaya masyarakat celik emas dan kewangan, bukan untuk buat duit sebagai penulis buku.
Lebih Baik Dari Royalti Penulis Buku?
Jujur saya katakan, bentuk royalti yang dijanjikan oleh Public Gold ini sebenarnya jauh lebih baik daripada royalti yang diterima oleh seorang penulis buku!
Seorang pembaca buku hanya akan beli sebuah buku sahaja untuk sesuatu tajuk. Tetapi seorang penyimpan emas akan simpan emas bertahun-tahun, bahkan mungkin sampai mati. Sebagaimana saya adalah seorang penyimpan emas Public Gold sejak tahun 2010 hingga sekarang!
Kerja dealer hanya sekali, tapi dapat nikmati royalti berkali-kali!
Apa yang bestnya, dealer PG tak menjual emas. Tetapi hanya membimbing customer pandai tentang emas dan cara berurusniaga terus dengan PG.
Mereka beli terus emas tersebut di website PG, dan minta PG poskan emas tersebut terus ke rumah mereka sebagaimana online shopping yang lain. Atau mereka juga boleh ambil emas terus dari mana-mana branch PG yang terdekat.
Jadi dengan insentif yang diterima daripada PG itu, kita boleh gunakan untuk tambah lagi simpanan emas secara percuma! Kalau buat usaha ini secara konsisten, insentif daripada PG itu akan jadi bullet train untuk mencapai financial freedom dengan lebih cepat – sebagaimana yang saya nikmati!
Alhamdulillah.
INGAT TIP PALING PENTING INI : Royalti ini akan terus dibayar oleh PG sampai bila-bila selagi customer yang kita daftarkan itu membeli emas PG. Ia adalah sumber passive income yang sangat bagus. Dan ianya boleh diwarisi!
#4 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Simpan
Kalau dah bimbing banyak penyimpan emas yang berdaftar dengan PG, selepas beberapa tahun, akan ada penyimpan emas nak jual emas tu sebab nak pakai duit. Waktu tu, dealer berpeluang beli emas pada harga “PG Buy” semasa (rujuk di website), iaitu harga diskaun selepas tolak spread 6.0% – 9.0% berbanding harga “PG Sell” semasa.
Biasanya mereka adalah dari kalangan penyimpan emas yang terdekat dengan kita.
Kadar spread emas Public Gold mengikut jenis item.
“PG Buy” ialah harga Public Gold beli balik kalau kita nak jual. Ia dikira lepas ditolak peratusan kadar spread dari harga “PG Sell”.
Penyimpan emas ada pilihan untuk jual terus kepada PG. Dan inilah cara paling baik dan paling selamat yang saya sarankan. Tetapi penyimpan emas juga ada pilihan untuk jual emas tersebut kepada dealer terdekat yang dia percayai. Selalunya dari kalangan ahli keluarga atau kenalan rapat mereka sendiri.
Dari sudut harga, sama saja samada jual kepada PG ataupun kepada dealer. Tetapi selalunya penyimpan emas terdekat suka jual kepada dealer sebab mereka boleh dapat duit on the spot. Hari cuti, hujung minggu, dan waktu malam pun mereka boleh jual dan dapat duit on the spot.
Kalau jual emas fizikal kepada PG, ia terhad kepada waktu bekerja dan pada hari bekerja sahaja. Dan PG akan buat bayaran dalam masa 1 – 2 hari bekerja.
Sebagai dealer PG yang aktif, saya sentiasa dapat berpeluang tambah simpanan emas hanya dengan beli daripada customer (dari kalangan kenalan terdekat) pada harga diskaun “PG Buy”. Seolah-olah saya beli emas tanpa spread!
Kalau harga emas naik 5%, maksudnya saya terus untung 5%! Kalau saya beli RM10,000, nak dapat untung RM500 tu sekejap saja, insyaAllah.
TIP UNTUNG: Bukankah ini peluang yang lebih baik dari simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB yang terpaksa tunggu SETAHUN untuk dapat 5%?
#5 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Jual
Bila orang jual emas kepada saya pada harga diskaun “PG Buy”, kekadang simpanan emas saya dah ‘berlebihan’. Saya perlu juga stand-by duit tunai untuk beli balik emas kalau-kalau ada penyimpan emas nak pakai duit.
Jadi stok berlebihan tu, saya jual bila ada pembeli baru pada harga “PG Sell” dan untung sekitar 6% – 9%! Kalau beli RM10,000, untung RM600 – RM900 tu sekejap sahaja, insyaAllah.
Bukankah ini peluang yang lebih baik dari simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB yang terpaksa tunggu SETAHUN untuk dapat 5%?
Tapi jujurnya saya jual emas cara begini hanya pada peringkat permulaan saya jadi dealer, iaitu sekitar tahun 2010 – 2013. Waktu tu, branch PG belum banyak dan penyimpan emas terpaksa beli emas dengan dealer terdekat.
Bila branch PG dah banyak, dan pembeli emas boleh beli secara online, bahkan boleh minta PG poskan emas terus ke rumah mereka, saya syorkan beli emas terus dengan PG saja.
Saya tak syorkan beli emas dari tangan dealer. Ia sangat berisiko. Sehingga ke hari ini, saya sentiasa dapat berita ada pembeli emas yang kena tipu dengan dealer. Dan selalunya penipu ini pada permulaannya dikenali sebagai seorang trusted seller!
#6 – Komisyen Overriding “Dealer”
Dalam banyak-banyak penyimpan emas yang kita daftarkan, mesti ada yang buat belian yang melayakkan dia jadi dealer. Jadi mereka bukan sekadar simpan emas untuk diri sendiri, tapi mereka turut sama mendidik ahli keluarga dan kenalan untuk turut sama menyimpan emas.
Mereka akan daftarkan customer mereka sendiri.
Kalau dealer atau customer mereka buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission” sebanyak perbezaan level antara kita (upline) dan dealer tersebut (downline).
Kalau anda seorang Priority Dealer (level insentif 1.5%), dan Normal Dealer (level insentif 1.0%) di bawah anda membuat sales (hasil dari belian sendiri + belian customer di bawahnya) sebanyak RM50,000 pada bulan tersebut, maka PG akan membayar anda sebanyak RM250 ([1.5% – 1.0%] x RM50,000).
Kalau anda ada 10 orang Normal Dealer yang buat sales (belian sendiri + belian customer di bawahnya) sebanyak RM50,000 setiap bulan, maka overriding commission anda adalah RM2,500 (RM250 x 10 dealer)!
Komisyen ni akan terus dibayar setiap kali ada belian dengan PG sampai bila-bila. Dan pendapatan ini pula boleh diwariskan kepada isteri atau anak-anak jika seseorang dealer itu meninggal dunia!
Itu janji Pengasas Public Gold sendiri.
Apabila menjadi dealer PG, anda sebenarnya menjadi partner seumur hidup kepada Pengasas PG, iaitu Dato’ Wira Louis Ng. Setiap customer yang anda bawa kepaada PG, PG akan bayar royalti selama-lamanya, selagi customer itu membeli dengan PG. Itu janji Pengasas PG kepada dealer.
Potensi Bebas Kewangan Dengan PG?
Jadi cuba bayangkan, berapa “passive income” yang anda dapat kalau lebih 1,000 customer berdaftar di bawah anda lepas beberapa tahun anda membimbing orang lain menyimpan emas (hanya secara sambilan)?Kalau setiap orang hanya beli 1 gram 1 bulan sebagai forgotten saving, berdasarkan pengalaman saya dan memerhati pendapatan Master Dealer di bawah bimbingan saya, passive income seorang Master Dealer (yang mempunyai 1,000 registered customer) sekurang-kurangnya RM5,000 – RM10,000 setiap bulan! InsyaAllah.
Cuba bayangkan potensi pendapatan masa depan, dan sampai bila orang akan berhenti simpan emas? Suatu hari nanti, pendapatan anda sebagai dealer Public Gold boleh membantu anda ‘pencen’ lebih awal sebagaimana yang dinikmati oleh banyak Master Dealer di bawah bimbingan saya yang bernaung di bawah G100 Network.
Majoriti daripada mereka dapat menikmati passive income sekurang-kurangnya RM10,000 setiap bulan hanya dalam masa 3 – 5 tahun sahaja melalui program latihan dan bimbingan yang kami jalankan di bawah G100 Network. Alhamdulillah.









G100 Network adalah network dealer PG yang terbesar yang menggabungkan lebih 60 Master Dealer (sehingga Julai 2021) di bawah bimbingan saya. Konsisten menganjurlah lebih 20 program latihan untuk customer dan dealer PG di bawah network ini.
Sehingga 25 Mei 2021, lebih 150,000 penyimpan emas berdaftar di bawah G100 Network yang saya asaskan. Lebih 13,000 daripanya adalah dealer. Sekitar 1,300 adalah dealer yang berdaftar direct di bawah saya. Dan empayar bisnes terus berkembang dari bulan ke bulan. Alhamdulillah.
Melancong Secara VVIP Ke Luar Negara!
Selain daripada pendapatan, dealer PG yang berjaya membimbing banyak penyimpan emas di bawahnya berpeluang melancong ke luar negara (secara VVIP) setiap tahun.
Saya dijemput oleh PG melancong ke luar negara (setiap tahun tanpa gagal) sejak tahun 2013 sehingga sekarang. Alhamdulillah.
Bermula trip ke Cape Town (Afrika Selatan), kemudian ke Jepun (2014), Jerman & Switzerland (2015), Turki (2016), Sepanyol (2017), Iceland (2018), Balkan (2019), New Zealand (2020), dan Russia (2021).
Ini foto saya bercuti di Cape Town, Afrika Selatan atas tajaan Public Gold. Bermula dengan beli emas untuk simpanan sendiri semata-mata, saya tak pernah terfikir Allah nak lapangkan rezeki kami sekeluarga melalui bisnes emas Public Gold.
Kesimpulannya, bila jadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas.
Walaupun tujuan anda beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, saya syorkan anda untuk grab promosi jadi dealer PG. Anda boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain (bukan menjual) turut sama-sama menyimpan emas.
Rahsia Dealer PG Sentiasa Senyum!
Sebagai dealer PG yang berilmu, anda akan sentiasa senyum kereta anda akan setiasa berada dalam posisi untung sebagaimana berikut:
- Jimat spread disebabkan rebat belian ditambah dengan rebat jualan balik sebanyak 1.3% (Normal Dealer), 1.8% (Priority Dealer), dan 2.3% (Master Dealer). Rujuk no. 1 dan no. 2.
- Berpeluang mendapat pendapatan royalti lebih baik daripada penulis buku. Ia datangnya dari insentif yang dibayar oleh PG ada belian emas yang dibuat oleh setiap customer yang anda daftarkan. Rujuk no. 3.
- Peluang beli emas pada harga diskaun 6% – 9%. Ini disebabkan seorang dealer berpeluang membeli emas pada harga “PG Buy” semasa daripada penyimpan emas (dari kalangan kenalan terdekat) yang mahu menjual emas terus ke tangan dealer. Rujuk no. 4.
- Peluang mendapat keuntungan 6% – 9% dalam satu pusingan transaksi. Iaitu dengan membeli emas pada harga “PG Buy” semasa, dan terus menjualnya pada harga “PG Sell” semasa kepada pembeli emas terdekat dengan mereka. Rujuk no. 5.
- Peluang jual emas sendiri tanpa dikenakan spread 6% – 9% apabila dia menjual terus emas simpanannya kepada customernya yang terdiri daripada kenalan terdekat sendiri. Rujuk no. 5.
- Peluang menjana passive income RM5,000 – RM10,000 setiap bulan hanya dalam tempoh 3 – 5 tahun dari sekarang. Syaratnya, kena belajar cara yang mudah dan betul melalui program latihan dan bimbingan yang disediakan oleh G100 Network.
- Untung simpan emas disebabkan harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang. Sejarah 20 tahun harga emas menunjukkan harga emas naik secara purata sebanyak 10% setahun!
- Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan) disebabkan pembeli emas selalunya akan beli emas dalam jumlah yang lebih banyak bila harga emas jatuh.
Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung! Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung! Alhamdulillah.
Itulah sebab kenapa dealer emas PG yang berilmu akan sentiasa senyum walau apa pun juga keadaan harga emas!
Allahu a’lam.
ZulkifliCyberjaya, SelangorKemaskini 5 Julai 2021 (artikel asal 19 Ogos 2014)
[Artikel dikemaskini pada 5 Julai 2021. Sebahagian blog comments dalam artikel ini yang ditulis sebelum ia dikemaskini, mungkin tidak lagi relevan]









