8 Tips Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi

Ada juga sahabat yang berhajat nak melabur dalam emas, tapi terbeli barang kemas. Nasihat saya, kalau nak beli barang kemas, jangan sekadar untuk perhiasan, tapi jadikan ia sebagai aset (harta). Maksudnya, bila nak pakai duit, barang kemas tu boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi.

Jangan lupa, tak semua barang kemas boleh jadi asset bernilai tinggi. Ada barang kemas yang akan terus susut nilai 25% – 50% lepas kita beli. Jadi, untuk pastikan barang kemas tu bernilai tinggi, ini tips yang boleh saya kongsikan bila nak beli barang kemas:

Tip #1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja

Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.

Perkembangan terkini, ada beberapa Ar-Rahnu tak terima pajakan barang kemas 999. Jadi, untuk pastikan barang kemas tu nanti boleh dipajak in case terdesak nak pakai duit, belilah barang kemas 916 sahaja.

Tip #2: Beli barang kemas padu sahaja

Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.

barang kemas emas padu i-seriesEmas padu, barang kemas i-series keluaran Public Gold.

Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dsb. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.

Tip #3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata

Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916. Mungkin pada bahagian permata tu ialah emas 750, tetapi dijual semuanya pada harga 916! Ms. Denise (trainer Public Gold) dedahkan memang pernah ada kes macam ni.

Tip #4: Simpan resit belian

Resit belian original akan memberi kesan kepada nilai emas tu bila nak jual balik pada pengeluar. Dan sesetengah Ar-Rahnu akan minta resit belian bila nak buat pajakan nanti. Saya pernah survey di kedai emas Poh Kong; kalau ada resit dia akan beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa. Banyak juga perbezaan tu.

Tip #5: Jangan beli emas putih

emas putihEmas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.

Sebelum saya finalise posting artikel ni, saya terbaca beberapa tip lagi yang dikongsikan oleh Syukor Hasyim (Jutawan Emas) dalam artikelnya terbaru bertajuk “Tip: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas”:

Tip #6: Survey kos upah paling rendah

Jangan tertipu kalau nampak harga emas rendah sebab biasanya harga yang dipublish pekedai emas ialah harga tanpa kos upah. Kos upah berbeza-beza antara satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kos upah tu anda boleh negotiate supaya murah. Kalau tak ada kos upah lagi bagus. Ada kes customer saya dapat negotiate kos upah dari RM200 kepada RM50. Banyak juga tu penjimatannya.

Tip #7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM (Persatuan Pekedai Emas)

Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di www.fgjam.org.my atau boleh juga rujuk di http://www.hargaemas.com.my/harga. Tapi harga sebenar setiap pekedai emas adalah berbeza-beza sebab emas bukan barang kawalan. Ia tertakluk kepada kos pengeluaran dan kadar keutungan yang ditetapkan oleh pekedai emas tu sendiri.

Tip #8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi

Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya, dengan syarat mesti simpan resit asal.

Itulah tips membeli barang kemas yang sesuai dijadikan harta bernilai tinggi. Mudah-mudahan, 8 tips ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam minum air, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
20 Julai 2011
19 Sya’ban 1432

Artikel berkaitan:

(Kredit foto : jutawanemas,

47 Comments

    1. Wslm Tuan, Ar-Rahnu bank rakyat tak terima yang i-series Public Gold. Tapi semua Ar-Rahnu lain terima. Bank Rakyat ni cerewet sikit. Mungkin sebab mereka berpengalaman orang pajak di Ar-Rahnu mereka utk main SKIM pelaburan emas.

      T.kasih berziarah ke blog saya yang tak seberapa ni. Moga bermanfaat.

  1. assalamualaikum…

    boleh tak tuan zul terangkan teknik nak buat untung melalui kaeah arrahnu (i-series PG conthnya).. nampak menarik tp kurang ilmu menyebabkan saya masih konfius 🙂

    1. Wslm tuan,

      Pada asasnya, teknik ar-rahnu ni hanya sesuai dalam 2 situasi jer itu:

      (1) Harga emas jatuh mendadak.

      Mungkin melebih 10%. Bila harga emas jatuh banyak, dapatkan pinjaman bercagar di Ar-Rahnu dan guna duit tu untuk beli emas lagi yang spreadnya rendah. Bila harga emas naik balik, jual emas ditangan tu dan guna duit untuk bayar pinjaman & kos upah. Lebihan tunai tu adalah untung.

      (2) Nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan & rendah risiko.

      Kalau dealer emas, biasanya dia gunakan teknik tu bila ada orang nak jual balik emas pada harga diskaun (e.g. PG Buy). Beli emas guna duit pajak, bila harga emas naik atau ada new buyer, dia jual balik emas tu. Biasanya, keuntungan sekitar 6%, lepas la bayar kos upah simpan 1.15% sebulan. Selesai urusniaga, terus tebus emas tu.

      Itu jer tekniknya. Banyak lagi teknik pajakan ni, tapi saya nampak teknik pajakan ni berisiko bila harga emas tak naik lebih 6 bulan. Selain dari situasi no. 2 tu, saya tak galakkan pelabur emas jadi pemajak tegar sebab ia boleh mengganggu untuk tidur lebih lena bila harga emas tak naik… 🙂

      Dari sudut pelaburan, saya beli & simpan jer. Wallahu a’lam.

  2. Salam..en zul boleh ke kita trade in brg kemas dgn mmbeli terus yg baru krn sy ada dpt info jika nk trade in mesti ambil duit cash dulu baru boleh beli brg kemas yg baru…

    1. Wslm Pn Intan. Betul tu. Memang kena selesaikan jual beli pertama dulu, baru boleh teruskan dengan yang kedua. Ia tak boleh off-set jika tak sama berat.

      Kalau trade in dengan Public Gold tak ada masalah sebab dia buat pembayaran dulu dengan voucher. Lepas tu pembeli boleh redeem voucher tu dengan emas baru.

      Wallahu a’lam.

  3. Tkasih en zul..sy ada masalah klu nk trade in mesti pihak penjual tak mahu bg cash klu besar amaunnya.Ada cr lain x en zul utk sy mudah menukarkn emas lama itu..

  4. assalammualaikum en.zul saya nak tanya kalau cincin emas putih arrahnu boleh terima ke kalau saya mak gadai

  5. Salam tuan….
    Sy nak tanya…ada x kedai yg bole baiki brg kemas yg rosak…sy penah tanya kat kedai emas…mreka ckp,akan ada kesan2 hitam cikit kat brg kemas yg d repair…sy x nak larr mcm tu…
    Klu ada area selangor atau kL lagi elok….

  6. Aslkm en Zul
    Kalau nak jual,Nak tau mana tmpt yg beli emas hiasan 999 dgn hrga lbh tinggi. Dgn trader atau kedai emas. Kdai emas mana yg lbh tinggi. Mohon pncerahan. Tk

  7. salam en… saya melihat emas sebagai 1 peluang pelaburan, namun sekiranya saya tiada modal, bolehkah saya membuat loan, apa pandangan en… tq

  8. Terima kasih En Zul… Banyak saya belajar dr post en.. Tp nak tanya sikit berkenaan emas 925, sbb en hanya bg 2 jenis emas sj (999 dan 916) kenapa tak 925 and 999 ya? Terima kasih kerana reapons…

  9. Salam, sy ni noob. Baru beli emas tapi salah beli. Sy beli emas 750. Patot ke sy jual balik dan beli emas 916 atau 999 sebab sy beli untuk pelaburan sebenarnye.

  10. En.zul,sy nk tny…sy nk beli brg kemas public gold tp melalui akaun GAP brg kemas hny blh dibeli melalui transfer gm emas 999 yg ade dlm akaun GAP tu…dlm islam,blh ke kita tukar emas 999 tu kpd 916?ape hukum klu kita tukar emas yg x sama nilai? Sebenarnye dlm islam,blh atau tidak kita beli brg kemas public gold tu? Sbb admin ckp ade mslh sikit klu org islam nk beli

  11. assalam encik zul…saya ingin bertanya..sy mempunyai dinar. .jika kita nk tukarkan dinar ke brg perhiasan..kene trade in dulu ke kat kedai..@ kita boleh upah leburkan emas tu & bayar upah sahaja..?.

  12. Assalam en.zul..

    Sy baru beli rantai emas padu 916 dari kawan dgn berat 27.3g. Kawan mention dh tanya kedai harga 4500. Dia jual 4000 dgn harga diskaun sbyk 500. Adakah pembelian.ini berbaloi dan jika saya jual skrg rantai itu adakah itu langkah bijak.

    1. Wslm Cikpuan Dayah,

      Tempat balik baik untuk jual balik emas yang kita beli ialah tempat dimana kita beli emas tersebut.
      Kalau beli di kedai emas. Jual balik di kedai tadi. Pastikan simpan resit belian.

  13. As Salam Tuan,

    Saya & isteri telah membeli/menyimpan emas sejal 5 thun lepas, semua emas perhiasan 916,, patutkah saya teruskan dgn 916 @ 999 @tukar ke dinar? semua 916 tu beli di kedai emas biasa. mane lebih untung pada pndapat tuan utk long term?
    rasa2 dh hampir 1/2kg gak kami kumpul.

    1. Wslm En Azrin,

      Kalau untuk jangka masa panjang. Emas yang mana-mana pun untung. Cuma kalau nak lebih cepat dapat untung, beli goldbar atau dinar. Sebabnya harga per gramnya lebih murah, dan spreadnya nipis.

  14. Saya membeli seutas gelang tangan kosong pada tahun lepas. Apa perlu saya buat dengan nya? . Terima kasih atas maklumbalas.

  15. Saya ada seutas gelang tangan hollow (916) yg dibeli tahun lepas. Apa perlu saya buat utk kurangkan kerugian?

  16. Artikel tuan ada menyebut elakkan membeli barang kemas hollow. Saya plan untuk melepaskan brg tersebut. Boleh kongsi cara yg sesuai supaya tidak berlaku kerugian yg besar?
    2. Utk tambah simpanan emas perhiasan adakah dgn cara trade in brg sedia ada atau beli yg item baru?

    1. Cikpuan Tieqa,

      1. Kalau dah beli barang kemas yang hollow. Tiada masalah, boleh terus pakai je macam biasa. Kalau nak jual, pastikan harga sudah melepasi spread untuk elakkan kerugian dari sudut RM.
      2. Untuk simpanan emas, lebih baik beli goldbar atau dinar berbanding barang kemas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *