Rahsia Penyimpan Emas Bertambah Kaya

Inilah Rahsia Penyimpan Emas Bertambah Kaya!

Semakin lama semakin kaya. Dulu kerja bertahun-tahun, tapi simpanan tak ada. Jangan kata simpanan untuk pendidikan anak-anak, simpanan paling asas sebanyak 3 bulan gaji pun belum ada! Tapi sejak mula menyimpan emas, jumlah simpanan makin lama makin bertambah. Sekejap sahaja dapat cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji. Bahkan ada yang mampu simpan cukup 6 bulan gaji sejak mula menyimpan emas.

Itulah pengalaman saya mendapat banyak feedback setelah membimbing lebih 5,000 penyimpan emas sejak 2010 di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapore. Dan inilah memotivasikan saya untuk terus mendidik masyarakat simpan emas melalui platform yang disediakan oleh Public Gold, iaitu syarikat (perusahaan) pengeluar emas pelaburan (investasi) terbesar di Malaysia. Siapa beli emas, maksudnya dia simpan duit. Bukan habiskan duit. Duit itu ditukarkan kepada bentuk yang lebih baik, iaitu emas.

Cara Berkesan Kawal Naluri

Memang terbukti, emas membuatkan penyimpannya bertambah kaya. Bukan sebab harga emas naik melambung-lambung (bahkan ada juga harga emas turun dalam jangka pendek), tetapi disebabkan NALURI kita pada emas sangat berbeza berbanding naluri kita terhadap wang kertas.

Naluri kita pada emas; sentiasa rasa nak simpan, nak kumpul lebih banyak, dan tak nak dibelanjakan. Bila simpan emas, tak akan terlintas dalam fikiran kita untuk berbelanja dengan emas itu. Bah bila sudah ada emas (terutamanya emas bersaiz besar), kita mula ‘ketagih’ untuk simpan lebih banyak emas. Emas itu sangat cantik. Lagi dipandang, lagi kuat keinginan untuk beli lebih banyak emas!

Gold bar Bungamas Public Gold. Salah satu tip untuk pastikan simpanan emas bertambah ialah pegang dan lihat emas itu hari-hari, terutamanya emas yang bersaiz besar seperti gold bar 100 gram. Lagi dipandang, lagi kuat keinginan kita tambah simpanan emas. 

Itulah sebab kenapa ramai penyimpan emas tak banyak simpan duit tunai, termasuk saya. Bila ada sahaja duit, automatik fikir nak beli emas. Tapi tak perlu khuatir, emas itu pun adalah duit tunai juga. Kalau nak pakai duit, boleh jual atau gadai sahaja emas itu di ar-rahnu. Kita boleh dapat duit on the spot.

Berbeza dengan simpan duit kertas.

Tangan kita akan ‘gatal’ bila pegang duit banyak. Gatal untuk berbelanja. Lagi diingat duit itu, lagi kuat keinginan untuk berbelanja, dan lagi cepat duit itu habis! Naluri kita pada duit kertas memang untuk berbelanja. Bahkah duit kertas itupun sebenarnya dicipta supaya kita berbelanja! Itulah puncanya kenapa banyak orang ada masalah, “simpan sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit”! Kerja bertahun-tahun, tapi simpanan kecemasan 3 bulan gaji pun belum ada!

Gold bar Tai Fook Public Gold. Sangat cantik. Tengok emas ini hari-hari, mesti ‘ketagih’ nak kumpul lebih banyak emas. Tapi kalau simpan duit, jangan tengok hari-hari. Nanti duit itu bocor!

Cara Berkesan Menyimpan Wang

Cuba tukar cara menyimpan pulak.

Duit yang nak digunakan dalam masa terdekat dan untuk hal-hal kecemasan, simpan dalam Tabung Haji atau ASB. Bagi simpanan jangka panjang, simpan dalam bentuk emas. Tengok kesan dan perbezaanya nanti. Pasti berbeza, insyaAllah.

Bagi yang baru nak mula simpan emas, saya boleh cadangkan mula dengan tabiat menyimpan emas #1gram1bulan melalui #AkaunEmasGAP dulu. Itu cara paling mudah, dan paling murah untuk simpan emas yang disediakan oleh Public Gold. Disiplinkan yang itu dulu.

Saya percaya, dengan tabiat menyimpan emas 1 gram 1 bulan, pada bulan ke-10, jumlah simpanan emas bukan sekadar 10 gram (1 gram x 10 bulan), tetapi lebih! Ya, memang lebih. Itu feedback yang saya terima dari kebanyakkan penyimpan emas, samada di Malaysia, Brunei, Singapore ataupun Indonesia!

Mereka jadi lebih kaya bila menyimpan emas!

Alhamdulillah.

Zulkifli
Cyberjaya
27 September 2018
16 Muharram 1440H

33 Comments

  1. Saya setuju 100%..Selama 18 tahun kerja, saya sangat susah menyimpan duit. Selalu alami kebocoran sebab tak dapat tahan nafsu berbelanja. Tetapi, selepas kenal dan mula menyimpan emas, saya boleh menyimpan secara konsisten dan tidak diusik walau 1 gram pun.

    Saya mula menyimpan lewat tahun 2014. Dan sehingga kini jumlah simpanan dengan emas diluar jangkauan saya. dan disebabkan simpanan emas itulah saya berani untuk tinggalkan kerjaya saya selama 18 tahun dan menjadi full time Public Gold dealer.

  2. Ye betul tu en Zul.. saya kerja 7 tahun tapi saving lansung tiada. ASB dan Tabung Haji walalupun ada saving tapi ia tetap jadi transit sementara.

    Bila ikut tips en Zul kumpul 1 bulan 1 gram, baru saya faham apa maksudnya emas magnet kekayaan. Orang simpan emas aura dia sangat lain dengan simpan wang kertas. Dulu tak pernah berdisiplin dalam menyimpan, dapat duit habis..dapat duit habis..sekarang saya boleh tersenyum dengan simpanan emas yang saya kumpul secara berdisiplin. Nafsu berbelanja pun dah xde sebab asyik fikir nilai gram yang akan hangus bila berbelanja. Moga saya sentiasa istiqamah mengumpul emas dan terus mendidik kawan2 untuk sama menyimpan emas secara berjemaah.

  3. Assalamualaikum Encik Zulkifli ,

    geramnya saya tgk gambar BungaMAS dan TAifook!
    mahu memilikinya semua!

    itulah hebatnya emas!
    dilihat cantik , disimpan baik, nilainya naik!

  4. Aslm tn..

    Duit gaji bila tak di simpan sikit untuk simpanan kecemasan mmg tak akan ada..
    Simpanan kecemasan saya nekad guna untuk bayar duit rumah harga puluh2 ribu skg tinggal lg 4 angka nak selesai..loan bnk rumah 40 tahun Insyaallah blh selesai kurang 8 tahun..Amin

  5. Sangat bersetuju dengan perkongsian En Zul tu.

    Kenapa tak beli emas dari dulu lagi!!!Sayangnye duit yang selama ini entah ke mana dibelanjakan macam tu je!! Baik beli emas je!! Itu antara persoalan yang ditanya pada diri sendiri..haha
    Setelah mengenali dan membaca blog En Zul ni, rasa bersemangat nak membeli emas dan mengurus wang selepas ni supaya tak lagi bocor.

  6. Salam En. Zul.
    Pertama sekali ribuan terima kasih kerana ilmu yg dikongsi di blog saudara dpt membuka minda sy utk pengurusan kewangan dan simpanan emas.
    Dah setahun sy mengikuti blog saudara dan byk ilmu yg sy perolehi utk kedua2 bidang, dan setahun jgk sy dh mengumpul emas, alhamdulillah.
    Mmg btul saudara, menyimpan emas dpt membantu pengurusan kewangan jdi lebih baik.

    Alhamdulillah..

  7. Assalamualaikum En. Zul. Ribuan terima kasih saya ucapkan dengan membaca artikal di blog En. Zul dan melihat video-video di channel youtube En. Zul saya dapat pengalaman untuk menyimpan emas di PUBLIC GOLD. Sekarang dengan langkah baru saya suda mula menyimpan emas di PUBLIC GOLD. Saya baru saja mengeluarkan emas Gold bar 0.5gram untuk tatapan tiap hari agar diri ini semakin bernafsu untuk menyimpan lebih banyak emas lagi. .

  8. Assalamualaikum tuan..
    10 peratus kecemasan itu adalah dari gaji kasar atau gaji bersih atau selepas menolak semua komitmen?

  9. as salam tuan,

    saya sudah tergerak hati untuk memulakan simpanan public gold sejak terjumpa blog tuan melalui buku mmr.Oleh kerana ingin support kawan ataupun ex officemate yang menjadi ejen public golf,saya pun register atas nama dia.Sebab kenalan.Masalah saya saat ini adalah,saya hanya cuba2 beli 1g sebab masih baru dalam gelanggang ini.Tapi entah kenapa id saya ada problem,walaupun ada email utk reset password,sampai sekarang saya tidak dapat masuk untuk buat penambahan bellian atau semakan.Ia amat mengecewakan saya sebagai newbie bila urusan semua secara online dan saya masih terkapar-kapar hingga kini.Bila saya adukan 2x pada kenalan,katanya akan semak dan kembali kepada saya untuk update,sampai saat ini masih senyap,jadi saya pun mula giveup menyimpan dalam pb sebab id saya masih belum boleh masuk,dan saya give up bila terfikir anda suatu masa annti saya dah makin menambah simpanan saya langsung takde recognised dalam sistem.Saya juga pernah pm di fb tuan,terima kasih atas fast response tuan.Ternyata tuan memang niat mendidik bukan sahaja untuk berbusiness semata-mata.

    kembalikan keyakinan saya dengan sistem pb dan saya difahamkan,emas pb tiada penama untuk waris seperti simpanan tabung haji atau asb,juga buat saya berfikir panjang.

    terima kasih dengar luahan saya.menunggu nasihat tuan kepada newbie penyimpan emas seperti saya

  10. Assalamualaikum wrt

    Thanks Allah
    Baru bangkit semula
    Selepas byk kegagalan dalam bisnes
    Sehari x beli GAP
    Rasa nak nangis
    Thanks Allah

  11. betul tu,sya mula kumpul emas dari pertama sya dapat gaji.biar org kata sya mmy jarum yg penting matlamat sya ingin menjadi org kaya.dalam 3tahun sya bekerja sgaji kecil je sya berjaya membeli rumah sederhana.

  12. Assallamualaikum wtb
    Apakah nama platform dan bagaimana cara saya membuat simpanan atau belian emas ini.
    Mohon penjelasan dari pihak tuan
    Sekian tmksih

  13. Assalam.. jika masih belum punyai simpanan kecemasan 3 bulan mcm mana ya? Bolehkan start menyimpan emas sebagai simpanan kecemasan?
    Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *