Ada Simpanan Lebih Baik Untuk Haji Berbanding Tabung Haji

[Kemaskini 13 Feburari 2018] Tak sampai 24 jam pengumuman hibah Tabung Haji 2017, netizen hangat memperbincangakan tentang kaedah baru pembayaran hibah yang dibuat oleh Tabung Haji. Walaupun hibah yang diisytiharkan tahun ini (iaitu bagi simpanan tahun 2017) adalah lebih tinggi, hakikatnya ia jauh lebih rendah daripada apa yang pendeposit terima berbanding tahun lalu (hibah simpanan 2016). Hibah tahun 2017; 4.50% + 1.75%, manakala tahun 2016; 4.25% + 1.50%. Pertusannya bertambah, tetapi kaedah pengiraan ditukar daripada berdasarkan “purata minima bulanan” kepada “baki minima tahunan”.

dividen hibah tabung haji 2017Dividen / hibah Tabung Haji 2017 dibayar berdasarkan “baki minima tahunan”. Poster ini saya download terus daripada Page Official : Lembaga Tabung Haji.

dividen hibah tabung haji 2016Dividen / hibah Tabung Haji 2016 dibayar berdasarkan “purata minima bulanan”.

Kalaulah kaedah pengiraan baru itu benar (tetapi ramai masih mengharapkan ianya satu kesilapan), maka saya antara orang yang kecewa dengan kaedah pengiraan begitu. Walaupun saya tak menjadikan Tabung Haji sebagai instrumen “pelaburan” saya, tetapi saya rasa kecewa bagi pihak pendeposit yang rata-ratanya rakyat marhaen yang naif tentang kesan yang mereka terima akibat perubahan tersebut.

Ini pandangan saya tentang isu Tabung Haji (TH) yang hangat beberapa hari ni.

1. Apa yang mengecewakan tentang pengumuman hibah TH?

Apa yang mengecewakan tentang TH pada tahun ni sebenarnya bukanlah pulangan yang rendah, tapi seolah-olah mempermainkan pada pendeposit dengan membuat pengumuman peratusan lebih tinggi, sedangkan hakikatnya ia jauh lebih rendah. Kesian pada mereka yang naif tentang pengiraan kadar keuntungan

Kalaulah pengumuman dibuat menunjukkan peratusan hibah makin rendah tetapi mengekalkan pengiraan sebagaimana tahun sebelumnya, ia tak menjadi isu yang hangat. Untung rugi memang perkara biasa.

pengumuman dividen hibah tabung haji 207Pengumuman yang dibuat oleh pihak Lembaga Tabung Haji menggambarkan hibah tahun ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Bagi saya, ini yang membuatkan ramai yang kecewa sebenarnya.

dr azizul azli ahmad dividen hibah tabung haji 2017Bagaimana pengiraan mengikut “baki minima tahunan”, ditunjukkan oleh Dr Azizul Azli Ahmad yang dilihat turut kecewa dengan perkembangan terbaru ini.

2. Kenapa kadar keuntungan TH penting?

Untuk menenangkan keadaan, ada yang mengatakan TH tak sepatutnya dijadikan tempat mendapatkan keuntungan. Ia sepatutnya hanyalah sebagai simpanan untuk menunaikan haji semata-mata.

Pada saya, kalau simpan duit di dalam akaun TH tanpa mengambil kira kadar keuntungan, itu tak betul sebab duit simpanan itu lama-lama susut kuasa belinya dimakan inflasi. Kalaulah simpanan di TH memang tak ada apa-apa pulangan keuntungan, maka TH bukanlah tempat yang betul untuk simpanan pergi haji sebab bila duit dah cukup, kos haji makin mahal.

3. Kenapa TH dijadikan benchmark pelaburan?

Ada pihak yang mempersoalkan kenapa TH dijadikan benchmark (penanda aras) pelaburan dan ianya tidak wajar.

Bagi saya, TH adalah tempat simpanan duit jangka panjang. Salah satu kos yang besar sepanjang hidup bagi rakyat marhaen ialah kos menunaikan haji. Bila ia melibatkan kos yang besar, semestinya kadar keuntungan perlu diambil kira supaya ianya berbaloi untuk simpanan JANGKA PANJANG.

Lagipun, ustaz-ustaz kalau ‘berceramah’ tentang hukum ASB, maka jalan alternatif yang dicadangkan selalunya hanyalah TH. Ia lebih tenang sebab bebas daripada perbahasan isu halal haram dan ianya lebih memudahkan sebab tak perlu keluarkan zakat atas simpanan tersebut.

4. Simpanan lebih baik untuk biaya kos pergi haji?

Saya secara peribadi dah lama tak jadikan TH sebagai tempat pelaburan, bahkan untuk simpanan pergi haji pun saya tak simpannya dalam Akaun Tabung Haji. Sebaliknya, saya jadikan TH sebagai simpanan Dana Kecemasan saya berjumlah 3 bulan gaji sahaja, dan kekalkan RM1,300 (simpanan minimum) untuk dapat giliran pergi haji.

Duit simpanan untuk pergi haji, saya lebih suka simpan dalam bentuk emas sahaja sebab fakta menunjukkan, kos naik haji makin lama makin murah kalau dibayar dengan emas. Kalau di Malaysia, kos naik haji sebenarnya turun 80% dalam tempoh 20 tahun kalau dibayarnya dengan emas! Lagipun, hari ini kita boleh simpan emas sekecil 1 gram 1 bulan. Bila cukup 60 gram emas, ia sudah cukup untuk tampung kos biaya haji hari ini dan masa depan. Tak perlu risau dengan kos haji yang makin lama makin meningkat.

kos menunaikan haji turun meningkat naik dengan emasKos menunaikan haji turun 80% dalam tempoh 20 tahun jika dibayar dengan emas.

5. Kenapa TH masih dianggap tempat simpanan wang yang baik?

Walaupun begitu, saya masih percaya TH dan ASB adalah instrumen kewangan yang bagus untuk sesiapa sahaja yang tak tahu nak labur duit ke mana-mana. Daripada labur duit ke tempat yang kita tak ada ilmu, TH dan ASB jauh lebih baik. Dan pulangannya masih dianggap bagus berbanding merisikokan simpanan itu ke dalam pelaburan yang tak tahu hujung pangkal.

Pengalaman saya mendapat feedback sejak menulis blog ini tahun 2008, ramai sebenarnya lebih kaya kalau dia tidak melabur. Ya, mereka lebih kaya kalau tak melabur sebab ramai yang `terbakar´ duit dalam pelaburan berbanding buat duit sebab majoritinya melabur tanpa ilmu.

Pengumuman Perubahan Kaedah Hibah (Kemaskini 13.2.2018)

pengumuman perubahan kaedah pengiraan hibah tabung haji 2017

Pengumuman baru dibuat oleh Tabung Haji pada 9 Februari 2018, iaitu selepas isu ini kecoh dan viral di internet.

pengumuman kenyataan media perubahan kaedah pengiraan hibah tabung haji 2017Kenyataan media Tabung Haji pada 9 Februari 2018, sekitar 6.30 petang.

Alhamdulillah.

Lepas viral isu kaedah baru pengiraan hibah yang dilihat mempermainkan pendeposit, TH kembalikan semula kaedah pengiraan lama yang tentunya pihak TH perlu adakan bajet tambahan untuk pembayaran hibah.

Terima kasih kepada TH dan tahniah kepada netizen yang memviralkan isu ini. Saya lampirkan kaedah pengiraan baru yang dipaparkan di FB “Official: Lembaga Tabung Haji” dan kaedah pengiraan lama yang ditukar semula setelah isu itu diviralkan sebagai rujukan.

berbezaan kaedah pengiraan hibah tabung haji lama dan baruIni contoh pengiraan kaedah “baki minimum tahunan” dan baki purata minimum bulanan”. Banyak perbezaannya tu.

Saya percaya, isu ini bukan isu typo atau kesilapan teknikal oleh pihak TH. Tetapi TH mengambil kira kesan besar kepada TH (dan kerajaan) apabila pendeposit sedar kaedah baru “baki minima tahunan” yang merugikan pendeposit.

Zulkifli
Cyberjaya
9 Februari 2018, 12.29 p.m
24 Jamadil Awal 1439H

20 Comments

  1. Salah satu kelebihan di Tabung Haji jika berlaku kematian tidak susah waris nak tuntut. Surat faraid dari Majlis Agama islam sudah memadai berbanding bank Konvensional perlu dapat surat kuasa tadbir dari pejabat Tanah.

    Sesuai sangat simpanan Tabung Haji untuk mendapat giliran mengerjakan Haji dan dana kecemasan.

    1. Surat faraidh sebenarnya bukan Perintah Mahkamah/Perintah Pembahagian/Surat Kuasa Mentadbir pusaka. Ada risiko kepada si mati, seandainya si mati meninggalkan hutang, waris2 yang dapat bahagian mereka melalui surat faraidh dari LTH berkemungkinan besar tidak akan melangsaikan hutang simati….dan roh si mati bergentayangan

  2. Yes, TH & ASB simpanan (pelaburan) tanpa kos (sale charge) dan harga tetap (tiada naik turun harga – modal terjamin). Almost no risk with some hibah/dividen. Jk hanya salah sebut kaedah pengiraan masa umum dividen tapi pengiraan sebenar (RM2.88B) adalah betul, maka tiada kos tambahan untuk bayaran. Tapi jika masa pengiraan dividen (RM2.88B) dah salah, nampaknya TH kena tambah dana untuk dividen. Masa pengumuman tu semua tersenyum dan tunjuk best jer..

    1. Betul.

      Kalau berlaku perubahan pada formula pengiraan, memang perlukan bajet tambahan. Dan itu perlukan penjelasan lain oleh pihak TH tentang dana tambahan tu. Kalau ianya kesilapan, pihak TH perlu beritahu ianya kesilapan membuat pengumuman.

  3. Assalamualaikum Encik Zulkifli,

    Saya setuju .

    TH adalah tempat park RM simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan gaji dan Rm1300 sebagai syarat utk tunai haji yang ditetapkan TH.

    Selebihnya better ke arah emas .

  4. Salam,

    Baru selesai kemaskini buku TH, khabarnya pengiraan hibah seperti tahun sebelumnya..pejabat TH mendapat arahna baru pada Jumaat yang lepas.

    Tapi saya akan ambil pengajaran, buat simpanan mininum untuk ke Haji dan simpan untuk kegunaan kecemasan sebanyak 3 bulan saja di TH.

  5. Itulah masalahnya, akhir zaman orang banyak guna agama untuk kepentingan sendiri. Malas nak cakap panjang takut mengumpat, sikit2 suda.

    Yup, divesify, hartanah sikit, emas sikit, rumah sikit, asb sikit, tabung haji banyak sikit (terima kasihlah pada yang membangkang pasal saya pun tak perasan tabung haji buat macam ni kalau tak banyak rugi wooo, pasal banyak keluar tahun lepas separuh masuk pasaran saham, akhir tahun baru masukkan balik separuh hehehe) pasaran saham sikit (baru berjinak2), dan lain2 intrument.

    Berkenaan pasaran saham BSKL siapa ada keberanian boleh lah mencuba. Tapi faham2lah high risk ada, medium risk ada, low risk ada. Low risk contoh invest long term on a growth company. High risk contoh beli hari tu jual hari tu jugak (nasiblah kalau tak terbeli tinggi boleh la kalau tak mungkin terpaksa jadi investor atau ” cut loss”). sedikit sebanyak.

    Diversify wisely yaa…

  6. Assalam En. Zul

    saya nk tnya simpanan mininum untuk ke Haji dan simpan untuk kegunaan kecemasan sebanyak 3 bulan saja di TH bermaksud rm1300 plus rm6000 klu kegunaan kecemasan rm2000 sebulan?

      1. Kalau utk daftar haji mmg minimum RM1,300, tp klu nk panggilan haji perlu ada RM10,000 dlm akaun TH sbb kos pergi haji dgn Muassasah TH RM9,980.

        Mungkin ada org yg dpt panggilan haji tp x dpt pergi atas sbb2 tertentu, org yg dh cukup RM10,ooo dlm akaun boleh dimasukkn dlm list.

        Lagi satu, kalau nk buat haji awal kena buat surat rayuan tiap2 tahun, kalau tidak pihak TH anggap kita tak urgent nk pergi buat haji.

  7. Salam tuan,
    Sy nk tanye artikel ini–> ” Bila cukup 60 gram emas, ia sudah cukup untuk tampung kos biaya haji hari ini dan masa depan. Tak perlu risau dengan kos haji yang makin lama makin meningkat.”
    Kalau tk ckup lg 60gram? Tk boleh pergi? Atau separuh guna emas separuh guna cash term dia? Maaf ats soalan yg agak mengelirukan ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *