Cara Genapkan Baki Akaun Emas GAP

Kalau baki dalam Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) ada titik perpuluhan, sebenarnya kita boleh genapkan jumlah gram dalam Akaun GAP tersebut. Titik perpuluhan itu wujud disebabkan beberapa faktor, antaranya; (1) tersilap membuat pembayaran semasa pembelian GAP, (2) mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk dinar i.e. 4.25 gram, atau (3) terima ganjaran / komisyen dalam bentuk GAP bagi dealer.

Bila berlaku titik perpuluhan, emas (dengan titik perpuluhan) tak dapat dikeluarkan dalam bentuk fizikal sebab syarat minimum pengeluaran mestilah seberat 1 gram. Paling kecil yang Public Gold benar keluarkan buat masa ini ialah gold bar 1 gram. Jadi lebih baik kita genapkan sahaja baki dalam Akaun GAP tersebut. Caranya…

#1 – Kira Jumlah “Gram” Diperlukan

baki akaun gap public gold (sebelum)Baki di dalam Akaun GAP sebelum penggenapan, 8.8939 gram

Contohnya Pengiraan:

Baki semasa : 8.8939 gram
Mahu digenapkan kepada : 9.000 gram
9.000 – 8.8939 = 0.1061 gram

>> Jadi “gram” yang perlu tambah untuk penggenapan = 0.1061 gram

#2 – Kira Nilai Dalam “RM”

(Katakanlah harga semasa GAP = RM163)

0.1061 gram x RM163 = RM17.2943

>> Total yang perlu di bayar RM17.29 (digenapkan kepada 2 titik perpuluhan)

#3 – Tambah Belian GAP

Jumlah minimum yang diterima oleh sistem GAP di website ialah RM100. Pembelian bawah RM100 akan direject oleh sistem. Jadi untuk genapkan akaun, kita perlu tambah lagi 1 gram sekiranya jumlah “RM” pada langkah #2 di atas kurang dari RM100.

Harga 0.1061 gram + harga 1 gram
RM17.29 + RM163
= RM180.29

>> Jumlah yang perlu dibayar = RM180.29

Langkah seterusnya, transfer RM180.29 ke akaun Public Gold dan upload slip bayaran di website www.publicgold.com.my sebagai mana panduan yang saya tulis dalam artikel “Cara Tambah Belian GAP Public Gold“.

baki akaun gap public gold (selepas)Baki Akaun GAP selepas penggenapan, 10.000 gram

Mudah-mudahan panduan ini bermanfaat untuk penyimpan emas GAP, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
24 November 2015
12 Safar 1437