Cara Mudah Meramal Kenaikan Harga Emas

Bila harga emas jatuh, tak ramai yang beli emas sebab takut harga emas turun lagi. Mereka akan wait and see. Bila harga emas naik, ramailah yang kelam kabut beli emas sebab takut harga emas naik lagi. Itulah yang saya perhati. Kalau tanya dealer emas otai yang lain pun, saya yakin, mereka pun setuju tentang ‘perangai’ pembeli-pembeli emas ni. Lebih ramai yang beli bila harga naik memuncak berbanding harga turun rendah.

Beli Masa Harga Emas Tak Begitu ‘Seksi’

Lepas nak dekat setahun perhati turun naik harga emas, saya nampak antara masa yang agak baik untuk tambahkan lagi simpanan emas fizikal ialah masa harga ‘statik’. Naik tak, turun pun tak. Sebabnya, bila trend macam ni, harga emas akan melonjak pada bila-bila masa.

Saya pernah beli 3 keping gold bar 20 gram dengan harga RM3,150 daripada customer yang nak tolak balik. Masa tu, harga emas tak begitu ‘seksi’. Tak ramai yang berminat. Nak tolak harga diskaun 6% pun tak ada orang nak beli. Masa tu, ramai orang jual terus pada Public Gold sebab tak dapat buyer. Tapi dua minggu lepas tu, harga emas terus melonjak ke RM3,400! Saya untung 8% dalam masa dua minggu sahaja!

Cara Mengukur Potensi Kenaikan Harga
Saya nak kongsikan cara mudah nak tengok potensi kenaikan harga emas iaitu cuba cek berapa harga tertinggi ia pernah capai. Katakanlah harga gold bar Public Gold 20g pernah cecah RM4,000, tapi harga sekarang ialah RM3,700. Maksudnya, kalau beli pada harga RM3,700, anda akan untung RM300 (4,000 – 3,700)! Sebabnya, perangai harga emas ialah bila ia cecah ke puncak tertinggi, ia akan turun sekejap sebelum mendaki balik ke puncak tertinggi yang baru.
Kalau harga semasa RM3,700, ia akan naik balik kepada RM4,000 nanti. Cuma waktunya yang kita perlu tunggu. Mungkin sebulan dua. Mungkin 3, 4 bulan dan mungkin juga 8 atau 9 bulan seperti tahun 2008! Lagi jauh beza harga semasa dengan harga tertinggi yang ia pernah capai, maksudnya lagi tinggi potensinya akan naik balik.
Jangan Tunggu Harga Paling Rendah
Fenomena ni berlaku sebab bila harga emas memuncak, ramai penyimpan lama akan jual untuk dapat untung. So, harga emas akan turun sekejap sebelum naik ke puncak baru. Bila harga emas turun, orang akan beli balik dan harga emas makin naik, naik, dan naik. Maksudnya, turun dan naik tu fenomena biasa. Jangan risau. Memang mustahil harga naik tapi tak turun-turun. Yang naik, mesti akan turun cumanya, trend harga emas lebih banyak menaik daripada turun sejak tahun 2001 lagi. Saya percaya, trend ni akan berterusan sehingga 10 tahun lagi berdasarkan sejarah emas 1960 – 1980 (20 tahun).
So, kalau nak tambahkan lagi simpanan emas, jangan tunggu harga emas paling rendah. Agak-agak dah rendah dari harga yang pernah capai sebelum ni, beli jer. Jangan tunggu-tunggu sebab tak siapa tahu “how low is low”. Ramai kawan saya yang tunggu harga paling rendah baru nak beli tapi akhirnya terpaksa beli pada harga yang lebih tinggi! Itulah yang saya perhati.
4 Faktor Tak Rugi Simpan Emas

Walauapapun, saya berpegang kepada 4 perkara iaitu:

  • Harga emas akan naik dalam jangka panjang. Harga turun naik dalam jangka pendek tu adalah biasa. Tak lojik kalau harga naik tapi tak turun-turun.
  • Emas adalah duit sebenar. Daripada simpan kertas (duit ‘palsu’), lebih baik simpan emas (duit sebenar).
  • Harga barang naik, harga emas turut sama naik. Orang simpan emas, akan selamat dari inflasi sebab emas mengekalkan kuasa belinya.
  • Harga emas tak akan jatuh lingkup macam saham. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap sebab simpan duit kertas. So, yang mana lebih ‘secure’ sebenarnya?
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Heights

26 Ogos 2011
26 Ramadhan 1432
(Draf asal bertarikh 9 Ogos 2011)

Nota Penting: Bagi sahabat yang belum pernah beli emas, jangan tengok harga tinggi rendah. Beli jer dulu at least sekeping syiling 1 dinar. Kalian hanya akan faham harga emas tinggi atau rendah bila dah buat belian pertama sebab dengan cara tu, baru kalian ada benchmark tersendiri.

Artikel berkaitan:

71 Comments

  1. Akh zulkiflie, blh saya nak bartanya. kalu nak jual balik emas/ dinar emas, dimanakah tempat yg paling baik dan sesuai nanti?

    Hazli, PJ.

  2. Hazli,

    Tempat terbaik jual balik emas ialah kepada pengeluar ataupun ejenya. Kalau beli dari public gold (PG), jual balik pada PG. Emas PG boleh contact dealer PG kalau nak mudah.

    Dinar Kelantan, boleh jual balik pada Ar-Rahn Kelantan di Jln Raja Laut atau Nubex Mutiara Damansara.

    Hazli ada dinar apa? Kalau Dinar PG atau Dinar Kelantan, jual pada saya pun ok.

  3. ooh…bukan nak jual saja nak bertanya. actually sy tgh kumpul dinar emas kelantan juga sejak awal tahun ni…blh saya nak bertanya beberapa soalan penting lagi tentang dinar Kelantan & Public dinar…dulu sy ada dinar public dan dinar kelantan,tp sy jual semua dinar PG dan hny kumpul dinar kelantan. SBB dinar PG sgt susah nak dijual dan digadai menyebbkan sy bimbang berbanding Dinar Kelantan…kecuali hny Agro Bank dan dealer PG jer…blh explain perbezaan nyer dgn lebih jelas dan teliti dr aspek nilai pasarannya yg sebenar,..pendek kata kelebihan dan kekurangannya…

    Jazakallahu khairan kathira(JZKK) =)
    Hazli.
    Staf PPUM, PJ.

  4. 1lg akhi…

    skrg ni sy tgh berusaha utk mendai dealer utk Dinar Kelantan.

    1.blh bg langkah2 awal dan tips utk sy maju kedepan lagi utk menjadi dealer Dinar Klantan.

    2.Dimana tempat sy blh belajar dgn lebih baik dan detail?.

    3.Modalnya dan kelengkapannya mcm mana yer? ok =)

    Jzkk.

    Hazli.

  5. 1. Perbandingan antara Dinar PG & Dinar Kelantan hazli boleh refer ke posting saya sebelum ni di link ni:

    http://www.mohdzulkifli.com/2011/07/dinar-kelantan-public-gold-mana-lebih.html

    2. Penerimaan Ar-Rahnu

    Apa yg saya tahu, hampir semua Ar-Rahnu tak terima goldbar ataupun dinar sejak Mei 2011. Mereka cuma terima pajakan barang kemas sahaja. Sebab tu PG keluarkan produk terbaru barang kemas i-series yg khas untuk pelabur.

    Buat masa ni Ar-Rahn Kelantan masih terima apa sahaja produk emas utk dipajak termasuk goldbar atau dinar PG, tapi rate Ar-Rahn Kelantan agak tinggi.

    3. Jadi dealer dinar kelantan

    Saya pun nak jadi dealer dinar kelantan tapi masalahnya, kita kena beli secara pukal (baru dapat harga dealer) dan jual sikit2. Setiap order paling minimum RM5,000.

    Berbanding PG, kita boleh beli walaupun sekeping 1 dinar dan tetap dapat komisyen.

    Satu lagi, dinar kelantan supplynya tak konsisten. Selalu tak ada stok sbb terpaksa order dari Dubai, tapi PG tak pernah bermasalah dengan stok sbb ia minting di Penang jer.

    4. Belajar Ilmu Emas

    Saya tak dapat ajar cara nak maju jadi dealer DK sbb sy pun belum lagi jadi dealer DK. Tp kalau nak maju jadi dealer PG, saya boleh kongsikan.

    Cuma asasnya ialah kita mesti faham emas. Hazli boleh belajar di http://www.jutawanemas.com, ataupun http://www.pelaburjutawan.com. Ini antara guru saya tentang emas, cuma mereka ni sibuk, mungkin tak boleh nak layan sangat secara personally. If ada persoalan, saya bantu setakat boleh, insyaAllah.

    4. Modal

    Hakikatnya, biz emas ni modalnya besar, untungnya sikit. 1% – 3% jer. Modal minimum kena ada RM20k. Kalau modal kecik, tak worth it nak jadi dealer sbb susah nak pusing modal. Pendek kata, tak berbaloi.

    5. Trader vs Investor

    Pandangan saya, dealer DK lebih kepada trader sbb mereka beli pukal dan jual sikit2 stok mereka. Bila nak restok, stok tak ada. Bila harga naik, dealer ‘nganga’ jer lah.

    Tp dealer PG adalah investor. Mereka tak jual emas2 mereka. Mereka beli simpan. Bila ada orang nak beli, dia jual stok ditangan dan terus replace stok baru. Maksudnya, dia bukan sahaja dapat kominsyen jualan, tapi juga dapat nikmati kenaikan harga emas.

    Hati kecil saya, saya suka Dinar Kelantan sebab ianya lebih cantik, ia dinar pertama di Malaysia, dan dikeluarkan sendiri oleh Negeri saya, Kelantan.

    Tapi demi untuk kepentingan pelabur dan penyimpan emas, saya lebih syorkan dinar PG. Jadikan dinar PG sebagai pelaburan, dan simpan sekeping dua dinar Kelantan sebagai koleksi.

    Wallahu a’lam.

  6. Assalamualaikum

    encik, berbaloikah kalau saya beli perak pada waktu sekarang? Sebelum ini saya pernah membeli dinar. Haruskah saya mempelbagaikan simpanan saya?

    Tq

    Zue

    1. Wslm Pn. Zue,

      Bagi saya, ini sekarang ni timing yang sangat cantik untuk beli sebab harga terlalu rendah. Nak mempelbagaikan jenis emas & silver pun ok, tapi kalau beli 1 jenis jer lebih senang nak monitor & kira keuntungannya.

      Kalau dealer, memang kena pelbagaikan jenis stok yang dia ada untuk memudahkan urusan jual beli in case ada permintaan dari customer.

      Wallahu a’lam.

    1. Wslm Tuan,

      Alhamdulillah. Moga bermanfaat.

      Berapa harga PG beli emas Habib Jewel tu saya tak pasti sebab selalunya, kalau saya tanya staff PG, mereka suruh bawa emas tu ke branch. Nanti baru dia decide. Tapi saya pernah dengar dari Dealer PG lain katanya PG akan beli balik emas syarikat lain dengan susut nilai 10% daripada harga PG Buy.

      Saya syorkan jual balik ke Habib Jewel jer sebab biasanya dia akan ambik better price.

      Wallahu a’lam.

  7. beli emas cara hutang adakah menguntungkan buat masa ini kerana bila bayar ikut 1 dinar RM684 beli RM726 tak boleh cover untuk tahun ini kerana ikut pendapat tuanatau sifu lain semua pinjaman katakan saya pinjam 100K skrg saya boleh dapat hanya 137keping shj,tapi yang saya baca itu kiraan emas pada 2009 punya RM 444 boleh la dapat 500 keping bagaimana dikatakan emas ini ada keuntungan cuba beri tunju kajar komen atau pengiraan sekarang.

    1. En. Jamaludin,

      Mengikut kiraan sifu Syukur Hashim Jutawanemas.com, memang ada untung. Tapi ikut pada kira-kira yang saya buat, untungnya tak banyak kalau buat full-settlement dalam masa 3 – 5 tahun sebab bank dah makan interest (keuntungan) yang sangat banyak pada tahun2 awal.

      Unless En. Jamaluddin buat pinjaman beli emas dan bayar macam bayar loan rumah – long term. Daripada duit tu habis buat loan lain (especially loan kereta), lebih baik buat beli emas.

      Tapi kalau nak peace of mind, beli dengan duit yang dah ada jer sebab pelaburan sebenar ialah dengan guna duit lebihan yang tak pakai. Nak untung lebih dengan modal yang kecil, kena buat bisnes. Apa-apa bisnes pun ok asalkan ianya patuh syariah.

      Wallahu a’lam.

  8. tq.kenapa banyak master dealer kata beli emas hingga 2015 apakah ramalan mereka selepas tahun tsb.adakah ketika itu ekonomi amerika sudah setabil atau harga dah jadi tepu.

    1. En. Jamaluddin,

      Kalau ikut pada Mike Meloney (pakar sejarah matawang, emas & perak), dia suruh beli emas selagi emas tu belum cecah USD5,000/oz. Sekarang ni harga emas sekitar USD1,620/oz. Sheikh Imran Hossein, ulama yang expert tentang ekonomi & ancaman dajjah pun suruh beli emas supaya kita selamat bila USD collapse yang mana seluruh financial system akan collapse. Ia PASTI berlaku, cuma bila dia akan berlaku tu tak pasti.

      Saya beli emas sebenarnya lebih kepada wealth protection. Bila harga emas mencanak naik saya rasa takut untuk jual ke semua emas sebab bila harga mencanak naik, itu pentanda matawang fiat (wang kertas) merudum. Saya nampak, harga emas turun naik tak menentu sepanjang 2012 ni sebab krisis ekonomi Eropah. Lepas Eropah collapse, dia akan pergi ke US. Bila US collapse, seluruh matawang dunia akan collapse.

      Wallahu a’lam.

  9. Saya sangsi juga sebab Us ni penyimpan emas yang banyk dari negara lain dan yahudi disana ada mega trillon duit dan semua lombong emas mereka punya mungkin ini adalah perbuatan dari Hidden Hand sahaja, dan di malaysia pula yang deal dengan Public gold saya lihat hanya melayu tapi cina tak dakpun apa sebabnya.

    1. Ikut pada statistic Oktober 2009, US adalah penyimpan emas terbesar dunia – 8,133.5 tan. Tapi menurut Azizi Ali (penulis buku “Masa Untuk Emas”) katanya tak sesiapa dibenarkan masuk ke Fort Knox (tempat simpanan emas US) sejak 1974. Jadi tak siapa tahu berapa banyak emas yang US ada atau samada emas tu benar-benar wujud.

      Orang Cina lebih ramai beli silver berbanding emas. Mereka silent buyer. Mereka beli banyak dan simpan. Jarang Cina jadi dealer emas & berniaga emas kecuali yang buka kedai emas. Dealer ni komisyennya sikit, risikonya besar. Saya ada kenal seorang Cina yang jadi dealer PG, katanya kesedaran dikalangan Cina tentang emas agak kurang berbanding Melayu. Mungkin juga atas faktor kurangnya dealer dikalangan Cina.

      Wallahu a’lam.

      Bagi saya, tak perlu takut beli emas sebab Nabi dah jamin akan sampai masa tak ada benda yang bernilai kecuali emas & perak. Belum ada lagi dalam sejarah orang lingkup sebab beli emas. Yang banyaknya ialah sebab banyak simpan duit kertas, invest dalam saham dan asset yang bukan berbentuk real.

      Wallahu a’lam.

    1. Erm… Saya tak gemar teknik merempit. Rempit tu biasanya beli, pajak, beli pajak, beli dan pajak beberapa lapis.

      Kalau nak pajak emas sedia ada, bagi saya belum sesuai. Kalau masa 1 Dinar PG turun ke RM690, mungkin masa tu sesuai untuk pajak & beli emas untuk dapat fast profit.

      Wallahu a’lam.

    1. Saya tak berani nak buat prediction. Cuma saya perhati analisis yang dibuat oleh mereka yang expert. Ikut pada analysis tu, dia akan turun sekitar USD1585. Lepas tu akan ada big move, samada naik atau turun lain.

      Kalau En. Jamaludin berminat untuk tengok analisis, boleh join group GOLD FORECAST di Facebook. Saya biasanya mintak advise dari Tuan Hisyam Hassan, admin group tu. Tapi biasanya, analisis ni kita cuma boleh rely 50% jer coz kekadang analsis tu tak tepat.

  10. assalamualaikum wbt.. banyak ilmu yang dikongsikan,terima kasih..semoga bermanfaat & semoga mendapat berkat Allah.. saya masih ragu2 dengan pelaburan emas. adakah sekarang waktu yang sesuai untuk membeli emas? saya hanya membuat pelaburan melalui gia.

    1. Wslm En. Shed,

      Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. T.kasih berziarah ke blog seadanya ni.

      Bahagian mana yang En. Shed ragu-ragu dengan pelaburan emas fizikal? Mungkin saya boleh berkongsi berdasarkan sedikit ilmu & pengalaman yang saya ada.

      Antara GIA & emas fizikal, saya secara pribadi lebih yakin emas fizikal sebab emas kita pegang sendiri. GIA tak ada lindungan PIDM macam simpanan lain.

      Wallahu a’lam.

    2. tq.. sy sebenarnya tiada pengetahuan tentang emas fizikal. sy berada di perlis, td sy tnya di public bank dan baru sy tau yg public gold tiada kena mengena dgn public bank dan public bank hanya ada perkhidmatan gia sahaja. tp diorang kata kalau ada duit lebih baik buat pelaburan saja. dan kalau nak buat emas pun, buat separuh-separuh. so, saya lebih keliru….mana yang lebih baik…

    3. Kalau En. Shed nak masuk GIA, ambik yang boleh keluarkan emas fizikal & disahkan patuh Syariah. Setakat ni, cuma Kuwait Finance House (KFH) dan AlRahji yg disahkan patuh syariah dan boleh keluarkan emas fizikal kalau kita mahu.

      Antara emas fizikal dan GIA, masing-masing ada kelebihan. GIA kita tak perlu fikir soal simpanan, emas fizikal kita tak perlu risau harga emas turun naik sebab kita pegang emas tu secara fizikal. Saya pernah tulis pandangan saya tentang Emas Fizikal vs GIA di link dibawah;

      http://www.mohdzulkifli.com/2011/04/gold-saving-account-atau-emas-fizikal.html

      Moga bermanfaat, insyaAllah.

    1. Tuan, boleh jual di mana2 cawangan Public Gold atau kalau nak lebih mudah, contact dealer. Boleh berurusniaga 24 jam sehari, dia akan bayar cara Cash on Delivery. Tak perlu pergi ke ofis PG.

  11. salam Tuan zul…

    saya tinggal di penang..bolehkah saya terus membeli dinar PG di cawangan PG tanpa berurusan dengan dealer? apa prosidurnya?

    Terima kasih

    1. Wslm tuan,

      Boleh terus beli di Cawangan PG tapi prosesnya lambat kalau tak melalui dealer. Nanti tuan terpaksa menunggu lama di ofis PG untuk processing. Paling baik, mintak dealer lockkan harga dulu. Lepas tu tuan buat payment terus ke account PG. Kemudian baru datang ke ofis PG untuk collect emas tu. Itu cara paling mudah.

  12. tuan ada kenal tak dgn dealer di penang? klu sy lock kan harga dengan dealer blh tak sy bayar cash di kaunter PG?

    1. Kalau nak lock harga, saya boleh bantu. Emailkan/ sms kepada saya (1) nama penuh, (2) no. ic, (3) email, (4) no. telefon (5) item yang nak dibeli.

      Kalau lock dengan dealer, boleh bayar cash di kaunter kalau jumlah belian tak lebih RM3,000. Kalau lebih RM3,000, kena bank-in duit ke akaun Maybank Public Gold.

      ibnushafie@gmail.com
      019-3368009 (Zul)

  13. kalau saya lock dengan en zul, saya perlu bayar dimana dan ambik barang di mana yer? boleh ke lock dgn en zul dan bayr cash dan amik barang di kaunter?

  14. Asaalam…en zul.. Saya shimi dari penang.. Saya nak tanya la kalau saya beli satu cincin dlm satu bulan.. Sebenarnya sebagai simpanan.. Tapi kalau saya nak buat bisnes melalui cincin tu.. Saya x tahu cara bagaimana…walaupun ada org offer saya suruh beli emas dari PG tapi saya was2 adakah ianya menguntungkan atau sekadar masalah gene** gold yang berlaku sekarang..so saya jadi berhati2… Seandainya saya nak berubah ke PG adakah ianya menguntungkan pada masa hadapan..

    1. Wslm En. Roshimi,

      Saya syorkan En. Roshimi beli emas Public Gold sebab menurut kajian saya, ia jauh lebih untung berbanding barang kemas.

      Emas Public Gold dengan Geneva tak sama langsung. Geneva dan semua syarikat yang diserbu oleh Bank Negara hari tu ialah syarikat yang tawarkan SKIM pelaburan emas dengan menjanjikan pulangan tetap. Tapi Public Gold tak menawarkan apa-apa pulangan. Ia cuma macam jual beli emas di kedai emas jer. Kita dapat keuntungan bila berlaku kenaikan harga emas dunia.

      Wallahu a’lam.

    1. Wslm En. Ahmad,

      Kalau emas Public Gold, dinar lebih baik sebab spread / susut nilai dia lebih rendah. Maksudnya, ia lebih cepat untung berbanding gold bar. Lagi satu, dinar tak ada additional caj yang dipanggil “transportion cost” untuk belian luar Penang.

      Wallahu a’lam.

    1. Wslm En. Ridhwan,

      Emas tu boleh beli terus daripada Public Gold (www.publicgold.com.my) atau dealer Public Gold. Cara paling mudah, saya bantu En. Ridhwan lock harga. Nanti En. Ridhwan buat bayaran terus kepada Public Gold dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat.

      Untuk lock harga, En. Ridhwan bagi saya maklumat berikut:

      1. Nama penuh
      2. No i/c
      3. Email
      4. No. telefon
      5. Item yang nak dibeli
      6. Cawangan Public Gold terdekat (En. Ridhwan tinggal di mana?)

      Apa-apa boleh contact saya, 019-3368009 (Zul). InsyaAllah saya akan bantu apa termampu.

  15. Assalamualaikum,

    Saya dan suami menggunakan wang simpanan anak2 di tabung haji untuk membeli dinar emas dan bar PG atas nama setiap anak sejak hampir 3 tahun lalu – saya tak ingat brp gram sorang (4 orang anak)…tapi adalah nilaian dlm RM3,500 – 4,000 seorang. Simpanan emas itu seakan2 statik…dan dilupakan… berbaloikah begitu? Perancangannya – utk buat tambang & perbelanjaan anak2 ke mekah tahun 2022 nanti (tahun yang diberi oleh pihak TH). Agak2 berapa keuntungan yg akan diperolehi menjelang tahun tersebut? Perlukah disimpan statik begitu sj sehingga 2022…atau dilaburkan/jualkan bila harga naik?

    1. Wslm puan,

      Kalau nak digunakan untuk buat haji tahun 2022:

      Option pertama saya syorkan puan tambahkan simpanan dari semasa ke semasa especially bila harga emas tengah rendah sekarang ni sebab tak pasti sejauh mana kenaikan sebenar harga emas hingga tahun 2022 nanti.

      Option kedua ialah jual bila harga emas tinggi, dan beli balik bila harga emas rendah. Ini dipanggil teknik “trading”. Untuk gunakan teknik ni memang perlu ada kemahiran membaca pergerakan harga emas. Tapi pada asasnya, bila berlaku kenaikan harga mendadak, jual emas tu. Bila berlaku penurunan mendadak, beli balik emas.

      Wallahu a’lam.

  16. Terima kasih atas pilihan option yg diberikan. InsyaAllah saya pilih option pertama….wlpun tak pasti bila blh buat pmbelian tambahan. Kalu nk ambik option kedua tu..takut bila dah jual langsung tak beli dah!

  17. Assalamualaikum en zul.sy nk tanya mengenai dinar 917.adakah menguntungkan menyimpan dinar 917 daripada dinar 916?sbb kalau dinar kelantan biasanya emas 917.
    Terima kasih.
    Sharihan

    1. Wslm tuan,

      Dinar 917 dan dinar 916 nilainya sama. Ia tetap pakai standard harga 916 juga. Tak ada orang jual emas pakai harga 917. Yang ada cuma 999, 916, 875, 835, dan 750 jer.

      Kalau ada dakwaan gred berbeza daripada tu, ia akan dikira emas gred yang lebih rendah. Kalau emas 917, harganya mengikut emas 916.

      Wallahu a’lam.

  18. Kalau jd dealer, ble ada customer nk beli emas..kita bg emas yg kita ada ataupun kita ambil dari branch? Klu kita sbgai dealer beli emas drp customer dgn harga PG buy dan jual blk pd customer dgn harga PG sell msti lg untung kn?

    1. Kebanyakkan kes, customer pergi ambil sendiri di branch. Customer yang dekat-dekat jer biasanya hantar by-hand, itu pun biasanya saya replace stok dengan harga yang sama. Bukan let go stok di tangan.

      Memang betul, kalau macam tu lebih untung, tapi jarang-jarang untung macam tu.

  19. Assalamualaikum.

    saya nak btanya sedikit tentang dinar/Gold Bar..
    bila kita beli,emas tu tsimpan dlm bekas khas.
    betul ke kalau kita buka bekas tu,emas dinar/Gold Bar yg kita beli tu da takde nilai?
    Sebab staff Habib ada cakap begitu.

    terima kasih.

    1. Wslm Pn. Hajar,

      Kalau emas Habib, sekali buka plastic seal tu, emas tu hanya boleh dijual balik sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25% – 30%.

      Kalau emas Public Gold tak ada masalah. Public Gold jamin beli balik emas tu dengan harga mahal (sebagaimana di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit, buka seal, hilang sijil dsb.

      Wallahu a’lam.

  20. Nampaknya harga emas masa covid dan dekat dengan raya ni semakin meningkat. adakah berbaloi untuk beli sekarang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *