Di Mana Tempat Pajak Emas Public Gold?

Antara isu yang selalu dibangkitkan oleh pembeli emas pelaburan (berbentuk dinar, syiling emas dan jongkong emas) ialah ar-rahnu di bawah pengurusan bank macam Agrobank dan Bank Rakyat tak terima pajakan gold bar dan dinar Public Gold. Adakah sebab Public Gold ada masalah dari sudut ketulenan?

Untuk makluman sahabat pembaca, bukan sahaja emas Public Gold, bahkan semua jenis jongkong dan syiling emas tak lagi diterima untuk pajakan oleh ar-rahnu Agrobank dan Bank Rakyat sejak pertengahan tahun 2011. Mereka hanya terima barang kemas sahaja. Tapi Bank Rakyat masih terima beberapa jenis emas yang keluarannya limited macam Dinar Kelantan, Kijang Emas dsb. Yang lain, semua tak diterima untuk pajakan.

Walaupun pihak bank tak pernah bagi penjelasan alasan penolakannya, tapi daripada pemerhatian ramai otai-otai industri emas, faktornya ialah cash flow bank akan terjejas kalau dia terima pajakan jongkong dan syiling emas. Isu ketulenan tak ada kena mengena langsung dalam soal ni. Bayangkan kalau seorang pemajak tegar boleh dapatkan pinjaman RM100,000, kalau 100 orang nilainya RM10 juta! Dan perangai pemajar tegar ni mereka hanya bayar upah & buat overlaps tanpa tebus emas tu! Pastinya cashflow bank akan terjejas…

Ar-Rahnu Koperasi Masih Terima Gold Bar & Dinar

Sekarang ni zaman orang gilakan emas dan pemain emas memanipulasi ar-rahnu kononya untuk gandakan pemilikan emas. Tanpa ar-rahnu, dia mungkin boleh beli cuma 100 gram emas, tapi dengan “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu” – teknik beli, pajak, beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi, dia boleh tingkatkan pemilikan emas hingga 300 gram! Dan berita buruknya, ramai yang menggunakan teknik ni terjerat pada tahun 2011 – 2012 sebab harga emas bergerak mendatar (sideway)! Boleh baca tulis artikel saya tentang potensi keuntungan dan perangkap teknik ar-rahnu ni dalam artikel “5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat“…

gold bar emas public gold

Gold bar 20g bersama sijil ketulenan.

Dan berita baiknya, sebenarnya sekarang ni dah banyak koperasi dan syarikat swasta membuka ar-rahnu sendiri dan terima gold bar dan dinar untuk pajakan. Pendek kata, asalkan ianya emas, dan asalkan emas tu tulen, insyaAllah mereka terima. Bagi pembeli emas Public Gold yang perlukan “pinjaman bercagarkan emas”, anda boleh pajak di:

Dan saya menjangkakan, lepas ni akan ada banyak lagi ar-rahnu baru akan ditubuhkan, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

ar rahnu terima public goldEmas Public Gold diterima semula untuk pajakan di Ar-Rahn PKB mulai 15 Januari 2013.

ar rahnu bank rakyat pos malaysia terima public goldEmas Public Gold diterima semula untuk pajakan di Ar-Rahnu Exchange Bank Rakyat mulai 1 Oktober 2013, dan Ar-Rahnu Pos Malaysia mulai 9 Oktober 2013.

ah-rahnu bank rakyat pos malaysia terima emas public gold

Zulkifli
Damansara Damai
8 Januari 2013
25 Safar 1434

(Artikel dikemaskini pada 15 Oktober 2013)

Cara pantas fahami pelaburan emas:

(Kredit foto : azaharisalleh)