Public Gold Jual Beli Emas Tanpa Lesen BNM?

Terkejut bila saya dapat makluman pembeli emas nak cancel order sebab bila dia call Bank Negara Malaysia (BNM), katanya hanya bank sahaja mendapat kebenaran (lesen) menjalankan aktiviti pelaburan emas. Katanya lagi, pegawai BNM nasihatkan melabur hanya dengan pihak bank.

Saya rasa agak confius sebab dulu BNM pernah membuat penelitian tentang operasi Public Gold dan mengesahkan ia menjalankan urusniaga jual beli emas secara tulen. Pada tanggapan saya, mungkin pegawai BNM tu tak ada knowledge pasal Public Gold dan terus nasihatkan pembeli emas tu melabur dengan bank jer sebagai jalan selamat.

Salah Faham Penjelasan BNM

Untuk buat pengesahan atas dakwaan tu, saya terus call BNM di talian 1-300-885465. Jawapan pegawai BNM tu memang betul, hanya bank sahaja diberikan lesen menjalankan aktiviti “pelaburan” emas. Yang lain tu semuanya tak ada lesen! Saya tanya balik pegawai tu, Public Gold mana mana? Jawab beliau, ooo… Encik kena faham, kalau macam Poh Kong, Habib Jewel, dan Public Gold tu dia cuma buat jual beli emas jer. Bezanya Public Gold keluarkan emas bentuk jongkong dan syiling. Dia tak tawarkan pelaburan emas macam Genneva yang BNM serbu hari tu…

Hah… Nampaknya memang pembeli tu dah tersilap faham. “Pelaburan” dalam konteks BNM ialah kita bagi duit, dan duit kita diuruskan oleh syarikat atau sesuatu badan dan pelabur akan diberikan pulangan macam Genneva bagi hibah kepada pelaburnya. Kalau macam Public Gold, ia tak dinamakan “pelaburan” sebab ia tak melibatkan ‘deposit taking’. Kita hulur duit, Public Gold hulur emas. Kita hulur emas, Public Gold hulur duit. Ia cuma TRADING (jual beli). Tak ada jaminan pulangan atas PELABURAN dijanjikan. Jual beli emas macam tu tak perlu lesen dari BNM. Cuma bagi orang biasa, kita selalu sebut ianya sebagai “pelaburan” supaya orang mudah faham. Tapi dari sudut undang-undang, ia tak dianggap sebagai “pelaburan”, tapi “jual beli”. Bila sebut pelaburan, maka ia akan ‘trigger’ BNM, Suruhanjaya Sekuriti dsb…

Faceboo Dato Louis Ng Pengasas Public Gold

Penjelasan Dato’ Louis Ng, Pengasas Public Gold tentang isu lesen.

Emas Fizikal vs Akaun Emas Bank

Sebagaimana yang saya pernah explain sebelum ni dalam artikel “Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal“, pelaburan emas fizikal macam Public Gold ni sebenarnya sangat rendah risiko sebab emas kita pegang sendiri. Banyak mana pun harga emas jatuh, emas tu ada di tangan kita. Ia tetap emas dan ia tetap tulen! Berbanding pelaburan emas di bank yang kebanyakkanya tak dapat keluarkan emas fizikal, saya rasa menyimpan emas Public Gold jauh lebih peace of mind. Itu belum kira isu kepatuhan akaun pelaburan emas di bank pada syariah.

Kalau sahabat nak beli juga emas di bank, saya syorkan beli samada emas fizikal Kuwait Finance House (KFH), Kijang Emas Maybank, ataupun emas fizikal di UOB Bank jer. Ada satu lagi iaitu Al-Rajhi Bank, tapi saya tak syorkan sebab harganya mahal & susut nilainya tinggi – lambat untung. Cuma kena ingat, kebanyakkan emas fizikal yang dibeli di bank ni tak boleh dipajak sebab ia berseal!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
8 Januari 2013
25 Safar 1434

Artikel berkaitan: