4 Kerugian Membeli Barang Kemas

Kesian… Nak melabur dalam emas tapi terbeli barang kemas. Bukan sikit, 150 gram pulak tu! Harga yang mak cik tu beli sekitar RM192 segram, sedangkan harga emas 916 keluaran Public Gold sekarang ni (12 Disember 2012) cuma RM170 segram. Mak cik tu habiskan RM28,800 untuk beli barang kemas perhiasan, sedangkan kalau dia beli dengan Public Gold, dia dapat jimat RM3,300 (RM28,800 – RM25,500)! Bukan sahaja rugi RM3,300, dia rugi susut nilai barang kemas sekitar 25%! Itulah kes seorang mak cik yang contact saya semalam. Memang selalu saya jumpa orang terbeli barang kemas sebab excited untuk melabur.

Macam mana boleh terbeli barang kemas mak cik? Katanya, ada PENJUAL emas approach dia untuk beli barang kemas, dan katanya lagi, harga emas sentiasa naik. Jadi, lebih baik simpan emas daripada simpan duit.

Tanpa belajar ilmu tentang pelaburan emas, mak cik tu terus beli dengan tujuan untuk PELABURAN, bukan untuk perhiasan. Tapi bila dah jadi macam ni, memang tak boleh buat apa-apa. Simpan jer lah emas tu… Orang lain mungkin akan tersenyum (untung) lepas setahun menyimpan emas, tapi mak cik mungkin kena tunggu beberapa tahun baru boleh tersenyum…

Beli Dari “Consultant”, Bukan Salesman

Memang selalu saya jumpa kes orang tersilap beli barang kemas untuk pelaburan. Puncanya, dia tak ada ilmu. Punca kedua, dia berjumpa dengan PENJUAL emas, bukan ‘consultant’ pelaburan emas. Matlamat penjual ialah menjual. Mereka ada sales target! Untung rugi pelabur tu no. 2. Dan hampir pasti, penjual tu tak akan dedahkan tentang “susut nilai / spread” yang menjadi faktor paling utama menentukan keuntungan sesuatu emas pelaburan.

Untuk mengelakkan berlaku perkara yang sama, nasihat saya nasihatkan sahabat pembaca, “jangan percaya salesman!”… Bila salesman datang, cuba dapatkan sebanyak mungkin informasi dan ambil ‘waktu bertenang’ sebelum membuat belian. Cuba cek maklumat lain dari pihak ketiga untuk pasti apa yang salesman bagi tahu tu adalah betul dan benar.

jongkong dinar emas public gold

Emas pelaburan biasanya dikeluarkan dalam bentuk jongkong atau syiling.

4 Kerugian Membeli Emas Perhiasan

Keduanya, fahamkan berbezaan antara emas perhiasan dan emas pelaburan. Barang kemas dikategorikan sebagai emas perhiasan. Matlamatnya ialah cantik, bukannya untung. Tapi emas pelaburan matlamatnya adalah untung. Kalau nak melabur, kena beli emas pelaburan macam syiling emas, dinar emas, atau jongkong emas sebab ia memang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan.

Di sini, saya senaraikan 4 kerugian membeli barang kemas dari perspektif pelaburan:

Kerugian #1 – Harga Lebih Mahal

Harga barang kemas lebih tinggi berbanding emas pelaburan sebab harganya mengikut persatuan pekedai emas i.e. Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia (FGJAM). Pada 16 Oktober 2012 lepas, saya survey harga di Kedai Emas Wah Chan Wangsa Maju, emas 999.9 dijual pada harga RM210 segram sedangkan emas Public Gold sekitar RM185 segram. Kalau anda pergi ke kedai emas, cuba tanya harganya dan bandingkan dengan harga emas Public Gold di www.publicgold.com.my. Pasti anda akan tahu emas pelaburan Public Gold jauh lebih murah.

Kerugian #2 – Susut Nilai Tinggi

Susut nilai barang kemas biasa sekitar 25% sedangkan syiling 1 dinar Public Gold cuma 6%. Maksudnya, kalau harga emas naik 20%, pembeli barang kemas masih rugi 5% sedangkan pembeli syiling 1 dinar boleh tersenyum dengan keuntungan 14% (20% – 6%)! Untuk fahami dengan lebih lanjut tentang “susut nilai” ni, anda boleh rujuk penerangan saya dalam artikel “Perbandingan Spread (Susut Nilai) Emas di Malaysia“.

Kerugian #3 – Rugi Kos Upah (Workmanship)

Barang kemas ada caj tambahan yang dinamakan “kos upah” atau “workmanship”. Harga upah ni bergantung kepada pekedai emas dan ia boleh dimanipulasikan oleh pekedai emas. Kalau harga emas rendah, pekedai boleh naikkan kos upah untuk top-up keuntungan dia. Walaupun harga emas tengah rendah, anda akan tetap bayarnya dengan harga yang mahal.

Kerugian #4 – Pergerakan Harga Perlahan

Harga barang kemas agak ‘statik’. Biasanya, kalau harga emas dunia naik, harga barang kemas akan terus naik! Tapi kalau harga emas dunia turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa bulan.

Berbeza dengan emas pelaburan macam Public Gold, harga ‘disemak’ setiap 20 minit mengikut “real-time” pergerakan harga emas dunia! Kalau harga emas turun tengah malam, anda boleh borong harga murah dan boleh tersenyum esok paginya kalau harga emas naik balik.

Kalau Nak Beli Barang Kemas, Pastikan…

Itulah 4 kerugian membeli barang kemas dari perspektif pelaburan. Kalau anda nak beli juga barang kemas untuk perhiasan, tapi dalam masa yang sama nak ‘maksimumkan’ keuntungan sambil pakai barang kemas, jangan lupa baca artikel saya bertajuk “8 Tips Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi“.

Dan kalau nak beli emas pelaburan, anda kena tahu, tak semua emas pelaburan boleh memberi keuntungan maksimum bahkan ada juga emas pelaburan tak jauh bezanya dengan barang kemas dari perspektif pelaburan. Saya pernah dedahkan isu ni dalam “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan“. Baca artikel tu dulu sebelum melabur…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
12 Disember 2012
28 Muharram 1434

p.s Kelebihan barang kemas ialah lebih mudah dipajak berbanding emas pelaburan (gold bar, gold coin, dinar) sebab semua ar-rahnu yang disediakan oleh pihak BANK tak terima pajakan selain daripada barang kemas sejak Mei 2011. Untuk pembeli emas pelaburan, anda boleh pajakkan emas di ar-rahnu yang disediakan oleh KOPERASI tertentu kalau nak rolling duit untuk aktiviti yang menguntungkan.

Artikel berkaitan:

32 Comments

  1. Menarik utk dibincgkn.kesedaran msyrakat mengenai emas mmg tlh meningkat tp ramai yg menggunakan pendekatan yg salah dlm pelaburan.mgkin faktor nk ‘untung’ n ‘kaya’ cepat yg menyebabkn mereka lupa diri kejap kot.dh kluar duit baru terfikir

  2. Assalamualaikum. ..saya pembaca baru blog en.zul.saya berminat dlm pelaburan emas tapi masih dlm proses nak faham mcm mana caranya.kalau saya nak melabur emas tapi nak beli dari en.zul mcm mana cara? Saya duk trg.tq

    1. Wslm tuan,

      InsyaAllah saya boleh bantu untuk tuan memulakan pelaburan emas. Kalau duduk di Terengganu, maksudnya saya akan place order atas nama tuan, nanti tuan collect emas tu di cawangan PG terdekat. Di Pantai Timur, ada 3 cawangan PG iaitu KB, KT, dan Kuantan. Apa-apa nanti kita communicate melalui sms/ atau email, insyaAllah.

  3. Setuju. Tujuan pakai barang kemas ialah utk nampak cantik, bukan untuk pelaburan. Kalau untuk tuan melabur baik kita fokus kpd gold bar, coin ataupun dinar. Wbagaimanapun, rakan-rakan kena kirakan dulu spreadnya. Ada juga produk emas di pasaran yg susut nilainya tinggi.

    Untuk video bagaimana cara mengira spread jemputlah menonton video youtube kami dengan menaip url ini: bit.ly/ZdE8lM

  4. Assalamalaikum..mgkn x berlaku penipuan dinar mas(mas palsu) bila beli dgn syarikat mcm pg,nubex@power gold?bgaimana nak pastikan dinar yg kita beli tu asli?

    1. Wslm En. Hizwan,

      Ketulenan ni boleh cek samada pakai densimeter atau acid test. Nak tahu emas tu tulen atau tak, bawa ke ar-rahnu. Kalau ar-rahnu terima, insyaAllah tak ada masalah. Macam emas Public Gold, memang ar-rahnu terbesar di Malaysia i.e. Bank Rakyat dan Pos Malaysia. Jadi memang tak ada masalah. Kalau emas tu bermasalah, memang mereka tak terima.

  5. assalam, saya nak tanya kalau saya terhilang kan cert dinar public gold yg saya beli ada cara x untuk saya dpt kan balik cert tersebut..sbb saya bercadang nak letak di ar rahnu tapi ar rahnu tak terima dinar tanpa cert.

  6. assalamualaikum..
    Tuan sy berminat utk membeli emas 916 perhiasan, until makluman tuan sy mnjalankan perniagaan kecil2 emas perhiasan, Dan jualan says sebulan bo mencecah rm100k..bo Tuan Bantu saya utk mendapatkan barangan tersebut Dan bagaimana saya bo manfaatkan produk2 public gold Dan seterusnya mnjana pendapatan tambahan melalui mnjadi dealer power gold..

    1. Wslm En. Alden,

      1. Public Gold tak jual barang kemas sekarang.

      2. Kalau En. Alden nak beli gold bar atau dinar Public Gold, insyaAllah saya boleh bantu. Contact saya 019-336 8009 (saya prefer wassap).

      3. Untuk jadi dealer Public Gold, kena buat belian RM30k dalam satu belian. Secara asasnya, cara jana pendapatan sebagai dealer Public Gold boleh baca di http://www.mohdzulkifli.com/2014/08/6-keuntungan-menjadi-dealer-public-gold.html .

      4. Saya dealer Public Gold, bukan Power Gold. Untuk Power Gold, En. Alden boleh cari dealer mereka.

      Wallahu a’lam.

  7. Saya seorang dealerAmethyst Gold Creation, telah membeli gold bar sebanyak 80 gram. tetapi tidak boleh di Ar Rahnukan. Boleh ke saya menjual dengan PublicGold dan membeli Gold bar Public gold serta menjadi dealer Public Gold.
    Berapakah susut nilai 80 gram saya.
    Boleh kah saya berurusan terus dengan Pejabat PG di Ampang.

    1. Salam En. Yusari,

      Emas tu boleh jual kepada Public Gold. Dan boleh beli emas Public Gold untuk jadi dealer. Untuk maklumat lanjut, En. Yusari boleh wassap saya bila-bila masa 019-336 8009. InsyaAllah lebih cepat saya reply.

  8. Sy nak tanya tuan..sekarang trend emas yg diwarnakan silver utk nampak cantik..betul ke bila kita jualkan semula emas seperti itu harga akan turun mendadak?

  9. Assalamualaikum..
    En.zul,sy tertarik dgn pelaburan emas bila terbaca blog en..tp sy xtau sgt tentang emas.sy seorang suri rmh..teringin nk beli emas yg 1g tu utk tujuan simpanan.tp sy x tau macam mana nak beli dan kalau dah beli boleh jual semula ke walaupun jumlah beratnya terlalu kecil?harap en.zul dapat membantu..

    1. Wslm Pn. Nuraini,

      1. Kalau ada apa-apa persoalan, puan boleh terus wassap / sms saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide.

      2. Puan contact saya, nanti saya guide cara yang paling sesuai dengan puan.

      3. Emas tu confirm boleh jual balik. Public Gold jamin beli balik kesemua emas keluarannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *