Dinar Kelantan & Public Gold, Mana Lebih Baik?

[Kemaskini 6 Oktober 2015] Saya dapat email dari seorang pembaca berkenan dua artikel saya sebelum ini bertajuk “Dinar Kelantan vs Dinar Public Gold” dan “Dinar Kelantan No. 1, Dinar PG No. 2” yang mungkin boleh mengelirukan. Antara dua jenis dinar tersebut, yang mana lebih baik?

Jawapan ringkas saya;

Kelebihan Dinar Public Gold

#1 – Spreadnya (susut nilai) lebih rendah

Spread Dinar Pulic Gold cuma 8% sahaja berbanding Dinar Kelantan yang spreadnya 10%. Ini bermaksud, keuntungan Dinar Public Gold LEBIH CEPAT berbanding Dinar Kelantan. Jika kenaikan harga emas sebanyak 11%, maksudnya pembeli Dinar Public Gold dah dapat untung sebanyak 3% (11% – 8%) sedangkan pembeli Dinar Kelantan cuma untung 1% (11% – 10%).

Rule ni hanya relevan kalau anda menjual balik pada PENGELUAR dinar tersebut, bukan pada pembeli individu di luar i.e. sesiapa individu yang nak beli melalui facebook, kawan-kawan dsb. Kalau jual pada pembeli individu di luar, rule ini tak terpakai. Ia adalah bergantung pada PERMINTAAN.

#2 – Harganya lebih murah

Ikut pada pemerhatian saya, harga Dinar Public Gold sekitar 7% atas spot price (harga emas mentah di graf emas dunia), tetapi Dinar Kelantan sekitar 20% atas spot price! Lagi murah harga emas tu, lagi bagus sebab kita boleh beli kuantiti lebih banyak dengan nilai pelaburan yang sama. Anda boleh banding harganya di link ni:

Perbezaan antara “spot price” dengan harga jualan dipanggil “premium”. Lagi tinggi premium, lagi tinggi lah harga emas. Lagi tinggi harganya, lagi sikitlah emas yang kita boleh beli.

Untuk makluman sahabat pembaca, tak ada pengeluar emas yang jual emas dengan harga spot. Hanya emas ‘atas kertas’ macam Gold Investment Account di bank-bank sahaja yang jual emas pada “harga spot”. Sebabnya, emas fizikal ada kos pengeluaran seperti upah pekerja, proses minting, pengangkutan dsb.

set dinar public gold lbma 24kDari sudut pelaburan, Dinar Public Gold lebih menguntungkan.

#3 – Stok tiada had walaupun harga emas jatuh

Senang beli Dinar Public Gold. Boleh beli bila-bila masa dan di mana sahaja hampir seluruh Malaysia tak kira masa harga rendah ataupun tinggi. Ini disebabkan Public Gold itu sendiri adalah pengeluar emas, bukan sekadar “trader” emas.

Berbanding Dinar Kelantan yang selalu tak ada stok terutamanya masa harga emas jatuh. Ini disebabkan Kelantan Golden Trade (KGT) terpaksa order dari Dubai. Lagi satu, ‘dealer’ Dinar Kelantan membelinya secara pukal, dan menjualnya bila harga lebih tinggi. Bila harga jatuh, biasanya mereka akan hold stok tu. Memang rugi la pembeli tak dapat beli pada harga rendah untuk memaksimumkan keuntungan pelaburan.

Kelebihan Dinar Kelantan

Pernah suatu ketika, Dinar Kelantan lebih baik dari sudut permintaannya berbanding Dinar Public Gold. Maksudnya, bila anda nak jual balik, ia lebih cepat dapat pembeli individu berbanding Dinar Public Gold. Bila jual direct pada pembeli individu di luar e.g. menjual melalui facebook atau kawan-kawan, biasanya kita boleh dapat harga yang jauh lebih baik berbanding jual pada pengeluar.

Kalau jual pada pengeluar, dia akan ambil kira SPREADnya (harga jual beli mengikut carta yang dikeluarkan), tapi kalau jual pada pembeli persendirian, spread tak diambil kira. Dinar Kelantan sangat famous dikalangan pembeli individu untuk dijadikan hantaran, mas kahwin ataupun koleksi sebab designnya sangat halus, cantik dan ada ukiran kalimah syahadah.

Dinar KelantanDinar Kelantan, sisi depan dan belakang.

Tetapi berdasarkan pemerhatian saya, permintaan Dinar Kelantan sudah jatuh mendadak disebabkan masalah dalam pengurusan KGT. Ketika artikel ini dikemaskini (6 Oktober 2015), Dinar Kelantan tidak mempunyai plaftorm untuk jual beli. Pembeli-pembeli Dinar Kelantan sebelum ini hanya boleh jual emas mereka kepada pembeli individu atau ke kedai-kedai emas dengan susut nilai 25%! Ia amat merugikan.

Kesimpulannya;

  1. Kalau anda nak beli emas untuk tujuan pelaburan, beli Dinar Public Gold sebab ia lebih cepat untung. Bila nak jual balik nanti, semak harga di website Public Gold, dan terus berurusan dengan dealer atau pejabat Public Gold terdekat.
  2. Kalau nak beli emas untuk koleksi dan maskahwin, boleh juga pertimbangkan Dinar Kelantan. Memang cantik sebab buatannya lebih halus dan ada kalimah syahadah.
  3. Kalau nak dapatkan harga tertinggi bila nak jual Dinar Kelantan, carilah pembeli individu untuk kurangkan spread 10% yang dikenakan oleh pengeluar. Saya percaya, ia masih lagi ada permintaan sebab ia dinar paling cantik di Malaysia. Sekali tengok, mesti jatuh hati. Lagi pun, pengeluarnya ialah Kerajaan Negeri Kelantan.
  4. Dinar Kelantan lebih kepada nilai sentimental, tetapi Dinar Public Gold lebih sesuai kalau tujuannya ialah pelaburan.

Mudah-mudahan jawapan saya di atas sedikit sebanyak membantu pelabur emas.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
18 Julai 2011
17 Sya’ban 1432

[Artikel ini dikemaskini pada 6 Oktober 2015. Mungkin sebahagian blog comments di bawah ini tidak lagi relevan selepas artikel ini di kemaskini]

(Kredit foto : dinarkel)

140 Comments

  1. Salam tuan zulkifli.. boleh kah kita menjadi sahabat.. saya ingin belajar ilmu bisnes dari tuan.. saya adalah penganggur.. tp ade la skit buat bisnes.. saya jual nasi lemak.. mgkin cetek ilmu saya.. bisnes saya tak seberapa.. hanya mampu mengisi dompet saya sahaja… mgkin tuan boleh tunjuk ajar saya dalam dunia bisnes ini..

  2. Wa’alaikumussalam Chip.

    Salam ukhuwah… Boleh, insyaAllah Chip. Saya tak pandai sangat bisnes. Boleh la buat biz kecil-kecilan tu.. Saya pun masih belajar.. InsyaAllah nanti kita boleh bertukar2 ilmu.

    Bagus berniaga nasi lemak tu.. Saya pernah hadir kursus Nasi Lemak 25 Lauk bersama Chef Li, tp tak pernah berniaga nasi lemak. Saya cuma berniaga di celah2 kesibukan jer Chip. Tapi alhamdulillah, berniaga rezeki berniaga ni mmg lapang.. Chip mesti lagi tahu kan?

    Nanti boleh add friend di facebook, insyaAllah. Search jer “Mohd Zulkifli Shafie”.

    Jumpa nanti, insyaALlah.

    Wassalam.

  3. kwn sy ada tanya pd sy,dinar/dirham kelantan dukeluarkan oleh kerajaan negeri kelantan…apa akn jadi jika nanti kerajaan kelantan jatuh pada parti lain (BN)?….sy pon xtau nk jwb camne..sbb br nk berjinak dgn bidang ni….sbb soaln tu jgkla sy confius lani,nk bl dinar/dirham kelantan @ dr public gold aja….comment saudara?

  4. Hafidzah, tak perlu risau dgn perubahan politik sbb ini bukan duit kertas yg nilainya berdasarkan jaminan sesebuah kerajaan. Kalau kerajaan BN nak tutup Kelantan Golden Trade pun bila memerintah Kelantan, nilai emas & perak tak terjejas. Nilainya terletak pada berat (timbangan) fizikal emas tu sendiri. Kalau berlaku perang di Malaysia, dinar & dirham tu tetap laku utk kita jual dimana2 negara seluruh dunia sebab nilainya dikira berdasarkan berat emas & perak tu. Bukan macam duit kertas.

    Kalau duit kertas, nilai sebenarnya tak ada pada kertas tu. Tak caya, cuba koyak duit RM50 tu. Boleh lagi tak guna utk beli barang?

    Kemudian, cuba potong koin dinar tu kepada dua, agak2nya ada tak orang sanggup terima? Kalau orang tak sanggup terima, jual jer pada saya. Saya sanggup beli dengan harga diskuan 50%!

    Utk makluman Hafidzah, kerajaan BN pun dah mula tiru PAS keluarkan Dinar & Dirham walau dulunya mereka mati2 serang PAS sebab keluarkan Dinar Kelantan. Contohnya ialah Negeri Perak.

    Pada saya, Dinar Kelantan & Public Gold, dua2 bagus. Beli jer.

  5. Zul..terima kasih atas amklumat..saya memang berminat untuk membuat pelaburan dalam bidang emas ni..nak start secara sikit-sikit dahulu..banyak panduan saya dapat melalui blog saudara..terima kasih sekali lagi..

    Memang betul kalau ada duit lebih barulah kita buat pelaburan ni..bukan utk jangka masa terdekat..utk jangka masa panjang..saya fikir macam tu juga…

  6. Alhamdulillah Khairul…

    Kalau tulisan saya yang tak seberapa ni bermanfaat untuk Khairul, puji-pujian bagi Allah. Kalau ada duit lebih, beli emas. Mulakan apa yang ada dulu. Simpan emas lagi bagus dari simpan duit.

  7. Salam Zul, saya dapati ada satu pengeluar dinar yg lebih murah berbanding DKel @ DPg iaitu HanaGold, apa pandangan Zul dlm hal ini (yg lebih byk berpengalaman dalam selokbelok emas ni?)

  8. Wslm HamimZaiha.

    Saya tak ada knowlegde pasal HanaGold. Ia tak berapa famous dari kalangan pelabur2 emas. Cuma apa yg saya tengok, emas murah, jual pun murah. Emas murah tak semestinya terbaik utk pelaburan.

    Setakat apa yg saya perhati, emas murah ni ‘rugi’ bila nak jual balik sbb (1) susah nak dapat buyer, (2) biasanya dealer tak ramai, (3) cawangan tak banyak. Bila susah nak jual, kita akan rugi coz kalau jual pada kedai emas atau pengeluar lain, dia akan tolak 25%.

    Kalau beli emas mmg utk simpan macam harta karun, emas terbaik ialah emas termurah. Kalau utk investment, banyak faktor lain yg kena ambik kita spt (1) Spread, (2) syarat utk pengeluar beli balik (3) Keupayaan pengeluar utk beli balik (4) Keupayaan pengeluar utk supply bila harga emas jatuh (5) permintaan di pasaran kalau nak jual pada pembeli individu dsb.

    Berdasarkan apa yg saya kaji, emas pelaburan terbaik di Malaysia ialah emas Public Gold. Antaranya sbbnya ialah senang beli, senang jual. Syarat jual balik mudah, tak cerewet macam emas dijual di bank ataupun kedai emas, dealer & cawangan banyak, permintaan pun tinggi kalau nak jual pada pembeli individu.

    Moga ia sedikit sebanyak menjawab persoalan En. HamimZaiha.

    Wallahu a’lam.

  9. Salam Zul,
    saya ada bertanyakan dealer Dinar Kelantan apa beza between PG & Dinar Kelantan.. katanya Dinar Kelantan dipantau oleh WIM (World Islamic Mint) dan boleh digunakan diperingkat antarabangsa.. dibuat dari emas 917 (rasanyer dlm flyers mention 916.66%)compare PG hanya 916. untuk jualan balik, PG dikira berdasarkan harga emas semasa manakala Dinar kelantan ni dikira berdasarkan nilai matawang emas. any comment?

  10. Wslm Hazli,

    (1) Mana bagus emas 917 atau 916?

    Betul tu. Dinar Kelantan dikeluarkan oleh WIM. Wawasan WIM ni dia nak keluarkan standard dinar seluruh dunia. Dinar Kel emas 917, dan Dinar PG emas 916. Actually, keduanya dikira sama. Emas ni dia ada beberapa gred jer. Kalau terlebih atau terkurang, dia akan kira gred yang terdekat iaitu:

    999
    916
    859
    750
    375

    Hazali boleh cek di website persatuan pekedai emas di http://www.fgjam.org.my/. Kalau rate Ar-Rahnu pun, dia cuma pakai gred 999 dan 916 jer. Tak ada rate untuk 917. Kalau kita pajak emas 917 pun, dia tetap kira 916. Harganya pun juga 916.

    (2) Harga semasa ataupun nilai matawang?

    Pada saya, ianya sama jer coz nilai ‘matawang’ tu pun dikira mengikut pergerakan semasa emas dan perak. Kalau harga semasa naik, dinar Kelantan naik, kalau turun, ia pun akan turun.

    Kelebihan PG ialah harganya mengikut pergerakan harga emas dunia. Dia akan berubah setiap 20 minit, tapi Dinar Kelantan berubah ikut hari, ataupun lepas 2, 3 hari, ataupun mengikut minggu. Bila harga emas turun, pelabur tak berpeluang utk lock harga rendah. Bila harga emas naik, biasanya keesokan harinya Dinar Kelantan akan terus naik. Bila macam ni, pelabur pun tak tahu cara sebenar nak kira kenaikan ataupun penurunan. Apakah basis atau formula yg diguna pakai pun kita tak tahu.

    Contohnya Dirham Kelantan. Masa harga dirham memuncak, dia naik sampai RM30. Bila harga perak merudum 35%, harga dirham kekal RM30 utk beberapa bulan walaupun harga tu dah tak mengikut pergerakan harga perak semasa. Tapi bila perak tak naik2, akhir sekali harga dirham diturunkan juga kepada RM25 spt sekarang. So, tak siapa tahu apakah formula atau basis.

    Tapi kalau emas & perak PG, kita boleh tahu coz ia berkadar terus dengan naik turun harga emas & perak dunia iaitu di http://www.kitco.com.

    (3) Yang mana lebih untungkan pelabur?

    Dari sudut ‘sentimen’, Dinar Kelantan ‘menang’. Tapi utk kebaikan pelabur emas, Dinar PG lebih baik coz at the end of the day, pelabur nakkan yg mana lebih UNTUNG.

  11. Assalamualaikum…

    Mmg betul cakap en zul… dari segi sentemin value.. dinar kelantan mmg terbaik… saya pun beli dan simpan sebagai koleksi… target 1 dinar sebulan… jika miss bajet… tak beli lah… insyallah target 15 dinar utk saya dan 15 dinar utk isteri…. semoga 18 tahun atau 20 tahun nanti akan jual..bila sampai waktu naik… nama nak pegi Haji…Mekah… jika emas naik 400% dalam masa 10 tahun lepas… dan kos haji tahun ini lebih kurang 9k-10k..( daftar hari nie.. turn nama anda 18 tahun nanti ) macaman kos haji 20 tahun akan datang… bagi saya dengan 12 dinar atau 15 dinar tahun ini atau 20 tahun depan.. akan tetap dapat pegi Haji.. walaupun kos haji naik..ikut RM lah… ini yang motivate saya bagi simpan dinar…

    Dan satu lagi kepada rakan2 semua… nasihat saya lah.. jangan dok ralat sangat tentang zakat emas… sampai ada kata2.. kalau simpan emas nantikan kena zakat pulok…. bagi saya fikiran ini kena buang lah… jika selama ini ibadat kita hanya solat… puasa dan zakat fitrah sahaja.. mengapa tak kita tambahkan ibadat kita dengan zakat emas.. ketahuilah atas segala sedekah atau zakat kita tunaikan.. Allah gandakkannya… 700kali ganda.. tak nak kah anda menjadi jutawan akhirat.. yang mana jutawan akhirat inilah sahaja yang relevan jika anda nak capai dalam jangka pendek…

    GANJARAN 700 KALI GANDA…

    Bandingan (derma) org-org yg membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yg tumbuh menerbitkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Baqarah: 261)

    Jom sapa-sapa nak jadi jutawan akhirat… dengan sedekahkan dan berzakat RM150 anda dah jadi jutawan akhirat yang digandakan RM1.05 juta… RM150 X 700x

    dan ingatlah syarat wajib zakat emas adalah apabila cukup nisab dan tempohnya… nisab emas simpanan( bar ) 85 gram, dinar pula 20 dinar…( barang kemas ikut adat setempat.. jika di wilayah persekutuan 850gram ) dan kadarnya 2.5% atau 1/40 atau bagi 20 dinar.. zakatnya 1/2 dinar… ( dengan berzakat 1/2 dinar anda dah jadi jutawan akhirat ) cukup tempoh adalah setahun daripada milik penuh anda..

    jadi jika ada kata2 sinis dan takut pasal berzakat… buang..buangkan lah,,, dan tegur..tegurkan lah… semoga sama-sama kita berpesan-pesan pada jalan kebenaran…

    **–pss.. tips orang kaya bertambah kaya… banyakkan bersedekah.. kerana Allah akan gantikan balik harta yang anda bersedekah dengan berlipat ganda… tak percaya?? cubalah.. hanya masa sahaja..tentukan… bagi saya… sudah nampak dan terbukti walaupun saya tidaklah kaya lagi… insyallah

    wailaliqa’

    zulkifli juga nama saya…

  12. Assalam.. en zul.. maaflah.. saya baru jumpa blog anda.. dan tak baca habis lagi artikel dalam nie… sekarang sedang baca..dan baca.. Alhamdullilah Allah ketemukan saya denga artikel tuan dalam blog ini… saya pun tengah struggle untuk bebaskan diri saya dari hutang.. dan insyallah saya akan pratikkan ilmu yang berguna dari blog tuan ini… dan tindakan saya bermula malam ini adalah mempetisejukkan kad kredit saya… dulu dok pikir ke kumpul point utk redem hadiah sahaja… sehingga kini terperangkap dalam hutang kad kredit…

    dan juga saya belum baca artikel tua n pasa dinar dan haji sebelum menulis pandangan saya di atas.. rupa2nya.. tuan dah maklumkan… apa-apa pun tahniah.. saya ucapkan kepada tuan atas blog yang paling bagus ini…

    semoga hidup tuan sekeluarga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah s.w.t .. amin

    zul

  13. Wslm Zul (Pokju),

    Salam ukhuwwah..

    T.kasih keran berziarah blog saya yg tak seberapa ni. T.kasih juga atas tazkirah di atas.. mmg orang mukmin kena selalu ditazkirahkan.. mungkin benda tu kita dah tahu, tapi bila ditazkirahkan selalu, kita akan sentiasa ingat, insyaAllah.

    Bagus tu Zul (Pokju), hiduplah tanpa hutang.. tanpa hutang yg saya maksudkan ialah hutang membeli barang berbentuk ‘liabiliti’ yang susut nilainya (hutang mudarat) spt hutang kad kredit, kereta, perabot dsb. Hutang mudarat ni akan membuatkan kita bertambah miskin.

    Tapi, hutang utk membeli ‘asset’ yg sentiasa meningkat nilainya tak ada masalah spt beli rumah, tanah, emas dsb. Hutang ni akan membuatkan kita lebih kaya, itupun kalau kita uruskan dengan betul. Kalau silap urus, hutang ‘asset’ pun boleh menjerat juga.

    Moga kita semua di rahmati dan diberkati Allah, amin.. 🙂

  14. Terima kasih atas cadangannya. Betul ker kenaikannya lebih ketara? Setakat yang saya tahu, kadar kenaikan emas pelaburan sama jer tak kira apa jenis emas sekalipun. Bila harga emas dunia naik, semua akan naik dlm kadar yang sama.

    Wallahu a’lam.

    Boleh tuan info lanjut pasal kelebihan Amsyiq gold?

  15. harini dinar klatr same harga dgn dinar pg..bau berkira2 nk beli harini..bila call rahnu permodalan koperasi kelantan SP, dah 2 tahun depa xde stok..kecewa..kt mana sy bole dptkn?nk buat koleksi..

    hakim PG

  16. Sy baru tebaca blog en zul ni terus minat baca blog ni… Sy nk tya en zul sbb sy bru invest 10g dlm gold deposit tp bukan dlm public gold tp di local bank lain.bila sya semak dari jualan bank semasa dgn public gold ianya x sama……. Boleh tak en zul terangkan yg mn lebih baik.

  17. Bagi saya, invest dalam emas fizikal lagi bagus dari akaun simpanan emas di bank sbb (1) emas tu ada ditangan kita, (2) duit kita tak beku kalau pegang emas fizikal, bila nak pakai duit utk beberapa ketika, boleh pajak jer. bila harga emas jatuh, kita boleh dapat untung lebih.

    Penjelasan lanjut, tuan/puan boleh baca artikel saya dilink ni;

    http://www.mohdzulkifli.com/2011/04/gold-saving-account-atau-emas-fizikal.html

    Copy & paste jer link diatas. Wallahu a’lam.

    1. Jual kepada dealer Public Gold. Pajak gadai tak beli emas. Harga jualan tu ikut harga website “PG Buy”. Kalau tak jumpa dealer di Sabah, bagi tahu saya. Saya ada beberapa dealer di Kota Kinabalu.

    1. Untuk emas PG, Boleh beli dari dealer PG. Ramai dealer PG di Kota Kinabalu. Kawan saya pun ada beberapa orang yang jadi dealer kat sana.

      Untuk Dinar Kelantan saya tak pasti. Boleh juga tanya dealar PG kot2 dia ada simpan Dinar Kelantan.

  18. Amylela, Akaun emas yang ada pengesahan patuh syariah setakat ni cuma Kuwait Finance House (KFH) jer. Yang lain belum ada lagi. Saya memang tak berani melabur dalam akaun emas Maybank selagi belum ada pengesahan patuh syariah. Wallahu a’lam.

  19. salam.. Jazzakallahu khairun khasira atas info2 yg berguna…

    utk mengetahui harga emas dinar kelanta boleh bukak website rasmi http://www.islamicmint.com.my

    saya ada buat jual/beli dinar kelantan.. saper2 yg berminat boleh hubungi saya di http://www.dnd-kelantan.blogspot.com @ PM saya di http://www.facebook.com/profile.php?id=100000420792447

    utk spread sy ambil serendah 4-9% (bergantung kpd keadaan dinar/dirham serta covernya)

    wassalam…

  20. Salam En. Zul,

    Alhamdulillah, baru sekarang terbuka hati untuk invest dalam emas. Sejak kebelakangan ni saya study Dinar Kelantan, Sri Ayu dan PG sebelum buat keputusan utk beli. Sebenarnya saya berminat nak joint PG kerana kelebihan2 yang dinyatakan oleh Saudara. Walaubagaimanapun, buat masa sekarang ni, saya dapati harga yg ditawarkan oleh PG jauh lebih mahal berbanding dari DK dan SA. Boleh saudara beri pendapat tentang perkara ni. Terima kasih.

    1. Wslm Tuan/puan.

      Alhamdulillah… moga tuan/puan kaya dan berjaya dgn emas. Untuk bandingkan antara DK, SA, dan PG, Dari sudut harga, emas SA paling murah, kedua PG dan ketiga DK. Tuan/Puan boleh go thru website.

      Apa yang puan perlu ingat, emas murah, tapi bila jual balik pun murah juga. Selain harga, banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan sebelum beli emas antaranya (1) spread atau susut nilai, (2) syarat jual balik, (3)permintaan pembeli individu, (4) senang atau susah bila nak jual balik, (5) stok ada ke tidak bila nak beli.

      Overall, emas terbaik untuk buat pelaburan ialah yang paling SENANG BELI dan paling SENANG JUAL, dan UNTUNGnya maksimum. Berdasarkan apa yang saya kaji, PG menyediakan plaform terbaik untuk pelaburan emas. Kalau dinilai dari secara PAKEJ, PG adalah terbaik.

      Wallahu a’lam.

    1. Wslm.

      Sekarang ni, Dirham yang paling bagus ada 2 dipasaran ialah Dirham Kelantan & Dirham PG. Dirham Kelantan terlalu mahal; RM250 utk syiling 10 dirham. Dirham PG cuma sekitar RM130 utk 10 dirham.

      Dari sudut spread; Dirham Kelantan cuma 10%, tetapi Dirham PG agak tinggi iaitu 16%.

      Kelebihan Dirham Kelantan ialah dia ada banyak jenis; 1 dirham, 2 dirham, 5 dirham, 10 dirham dan 20 dirham, tetapi Dirham PG cuma ada 10 dirham jer buat setakat ni.

      Antara dua tu, saya prefer Dirham PG sebab harganya jauh lebih rendah daripada Dirham Kelantan. Walaupun spread Dirham PG lebih tinggi sebanyak 6%, kita boleh kurangkan spread dengan cara jual kepada pembeli individu.

      Wallahu a’lam.

  21. Assalam,

    saya baru beli sekeping 10 dirham..memang cantik berkilau..jadi ketagih plak nk beli lg..PG takde plan ke nak buat 1 atau 2 dirham ? usul la pd org atasan..dirham kecik2 ni,bajet ciput pun boleh beli lg

    1. Wslm Shamsul,

      Alhamdulillah.. Memang bahaya emas & perak ni.. Boleh ketagih. Lagi2 kalau harga naik, naik, naik.. Lagi la ketagih. Cuma kena control ketagihan tu, kena spare juga duit cash secukupnya untuk emergency.

      Bagus juga cadangan 1 dirham tu. InsyaAllah, boleh diusulkan.

    2. Yup memang pun…kalau saya, 20 % drpd saving, saya buat beli emas..ke ada cara yang lagi sesuai en zul ?

    3. Ok tu Shamsul. Prinsipnya, guna duit yang agak2 tak pakai dalam masa setahun. Kalau mungkin nak pakai dalam masa 3 – 6 bulan tu, simpan jer lah duit tu dulu sebab harga emas memang ada turun naik dalam jangka pendek.

      Wallahu a’lam.

  22. salam..boleh tak sy nk mintak izin share buah fikiran en.zulkifli dalam blog sy?(tanpa mengabaikan nama sumber dr en.zulkifli).-pemula emas-

  23. salam..en.zulkifli ade katakan klu nk beli emas gunakn duit agak2 tak pakai dlm tempoh setahun..klu org mcm sy yg gaji ckup2 mkn dan takde lebihan simpanan ni tiada harapankah utk memulakan pelaburan emas ni?

    1. Wslm,

      Kalau duit cukup makan, kena buat bisnes. Apa2 bisnes pun ok. Ia jauh lebih untung berbanding melabur. Pelaburan sebenar ialah guna duit lebihan yang memang tak digunakan.

      Wallahu a’lam.

      (Retype reply on 9 June 2012, 12:31 AM)

  24. salam En. Zul, saya baru nak berjinak-jinak melabur dalam emas…saya tak banyak tahu mengenai pelaburan emas….saya ada lebihan belanja sekitar RM 1500 sebulan, ingat nak beli emas untuk pelaburan….tahun depan bulan 6 yang nak jual emas tu buat modal ubahsuai rumah yang baru saya beli…..boleh en. Zul bagi nasihat dan pandangan? terima kasih.

    1. Wslm En. Khairuddin,

      Duit lebihan RM1,500 tu boleh beli emas, tapi sebab En. Khairuddin nak pakai bulan 6 tahun depan, saya syorkan simpan jer duit tu dulu. Kalau berlaku kejatuhan mendadak harga emas antara bulan Jun – Disember 2012, guna duit tu untuk beli emas. Kejatuhan mendadak tu maksudnya sekitar 8% atau lebih. Sebab bila kejatuhan macam tu, harga emas atau naik balik (rebounce) hanya dalam masa 1 – 3 bulan. Itu ikut pada pengalaman lepas la.

      Kalau harga emas Public Gold, En. Khairuddin cek bila harga turun bawah RM690, boleh la beli guna duit tu. Tapi saya tak boleh jamin apa2 sebab ia tertakluk faktor yang pengaruhi harga emas dunia. Itu ikut pada pengalaman lepas.

      Wallahu a’lam.

  25. salam.. nak tanya ader ke sekarang ni emas gold bar 1 gram 999.9 boleh di jual dengan harga rm178 keedai cina di melaka? betul ker… cam tempat lain harga dalam rm200 gitu.. takut emas tak betul jer….

  26. assalamualaikum….

    saya fizi dari kelantan,saya memang dah beli dinar emas ni dalam kuantiti yg byk jugak kerna nak buat pelaburan jangka panjang tapi saya risau dengan kadar jenayah pecah rumah yang kuat berlaku sekitar kota bharu,sebagai penyelesaian saya ke bank2 yg ada di kota bharu tapi malangnya permohonan saya utk simpanan emas saya ditolak kerana safe boxs bank di kelantan dah penuh..jd en zul boleh cadangkan tempat yang selamat di kelantan

    1. Wslm En. Fizi,

      Dalam situasi di Kelantan, ada dua cara selamat untuk simpan emas kalau tak dapat simpan di Safe Deposit Box.

      Cara #1 – Simpan Dalam Tanah

      Ini tips yang dikongsikan oleh kenalan saya, Master Dealer di Kelantan. Majoriti penduduk di Kelantan tinggal di rumah bertanah (landed house). So, antara cara dia & customer dia simpan emas ialah simpan dalam tanah. Sebelum tanam tu, letakkan dlm bekas kedap udara. Sijil ketulenan tu simpan elok2 dlm rumah.

      Cara #2 – Public Safe Servis KB

      Public Gold sediakan servis untuk simpan emas. En. Fizi boleh simpan emas di Public Gold KB dengan caj cuma 0.5% setahun. Tapi kalau simpan, tak boleh keluar masuk. Sekali simpan, cajnya 0.5% walaupun kita simpan cuma sebulan.

      Wallahu a’lam.

  27. Assalamualaikum…saya ingin bertanya,bagaimanakah dikira keuntungan yg diterima oleh dealer dari sudut syarak….

    1. Wslm En. Saimi,

      Adakah persoalan En. Saimi samada halal atau tidak komsiyen yang diterima oleh dealer? Kalau itu persoalannya, pandangan saya:

      Dealer dapat komisyen atas jual beli emas. Dealer adalah wakil syarikat dan dibayar komisyen. Apa yang saya belajar, asal hukum dalam muamalat adalah harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya.

      Ia berbeza dengan ibadat. Asal hukum ibadah adalah haram sehingga ada dalil yang membenarkannya.

      Wallahu a’lam.

  28. salam en zul..
    saya baru berjinak-jinak dlm pelaburan emas ni..saya nak tanya, antara simpan dinar & simpan gold coin 999 mana lebih baik?
    wassalam..

    1. Wslm tuan,

      Kalau emas Public Gold, dinar lebih baik daripada gold coin 999 sebab spread dia lebih rendah i.e. lebih cepat untung. Apa-apa emas sekalipun, tuan kena cek spread / susut nilai dia. Susut nilai paling rendah yang paling baik.

      Wallahu a’lam.

  29. Thanks for info… Saya ingat nak letak 5 keping Dinar emas PG saya di Bank Rakyat… Dapat info dari rakan, Bank Rakyat tak terima Dinar PG… Rasa macam tak percaya, terus saya call Bank Rakyat berdekatan, dan memang betul apa yang rakan saya gtau.. Sedih jugak! Bank Rakyat hanya menerima emas Kelantan dan barang kemas yang lain sahaja, itu sahaja Bank Rakyat maklumkan.. Any suggestion di mana harus saya letak 5 keping Dinar emas PG saya??

    1. Wslm tuan,

      Bank Rakyat cuma terima gold bar & coin yang limited jer. Untuk emas PG, tuan boleh pajak di Ar-Rahn PKB (arrahn.com.my), Ar-Rahnu KT, Ar-Rahnu Express dan Ar-Rahnu dibawah koperasi dan kerajaan negeri. Kebanyakkan -arrahnu bank cuma terima barang kemas jer untuk meminimumkan kes manipulasi emas. Wallahu a’lam.

    1. Apa yang saya faham, masalah berlaku sebab KGT tempah Dinar mengikut batch dari luar negara dan KGT tak ada kilang sendiri. Kalau tempahan dibuat masa harga mahal, dealer terpaksa hold stok bila harga jatuh.

      Wallahu a’lam.

    1. Wassalam tuan,

      Kalau nak beli emas 1 gram, setakat ni saya nampak emas Kuwait Finance House yang terbaik. Cuma untuk buka akaun dan dapat beli emas fizikal, belian pertama mesti 10 gram kalau. Lepas tu boleh top up sikit-sikit 1g. Wallahu a’lam.

  30. Salam,

    Saya nak tanya pendapat saudara tentang KFH (emas 995) tu.. Saya berminat untuk memulakan pelaburan emas di situ, sebab ia menawarkan penyimpanan teros emas yang saya beli tu.. Apa pandangan saudara jika dibandingkan dengan emas PG? Lagi satu, yg mana 1 lebih baik antara PG999 dgn PG DINAR 916? Kalau beli PG, kita boleh jual semula secara online di portal PG kah? Terima kasih.

    1. Wslm Pn. Nurbaiti,

      Emas KFH bagus. Selain daripada susut nilai yang rendah, KFH menawarkan servis simpanan percuma. Cuma kekurangannya emas tu tak boleh dipajak sebab ia berseal. Kalau seal dibuka (sebab pajakan atau sebagainya), KFH tak terima lagi emas tu dan terpaksa dijual ke kedai emas sebagai used gold yang susut nilainya 25%. Emas PG lebih peace of mind sebab PG jamin beli balik emas tu walau apa keadaan sekalipun e.g. calar, bengkok, kemek dsb.

      Secara umumnya, Dinar PG lebih baik daripada Gold Bar PG sebab susut nilainya lebih rendah. Kecuali puan beli Gold Bar bersaiz besar iaitu 500g dan 250g.

      Harga jual beli emas PG boleh lock (booking) melalui web PG. Tapi urusan ambil stok dan hantar untuk jual emas tu tetap perlu pergi ke ofis PG.

      Wallahu a’lam.

  31. Assalam..
    Sy nk tny apa beza gold bar & gold coin? Mn lebih untung?

    Sy berminat nk beli, cam ne caranya? Bleh ke trus pegi ke public gold?

    1. Wslm Puan Awin,

      Gold bar tu emas berketulenan 999. Dinar tu emas berketulenan 916. Untuk emas PG, Dinar lebih untung sebab susut nilai lebih rendah. Kecuali puan beli gold bar 250 gram, yang tu untung berbanding dinar sebab susut nilai cuma 4.5%.

      Boleh terus ke ofis PG tapi kalau nak mudah, mintak dealer/ saya placekan order untuk puan. Lepas terima email dari PG, puan settlekan bayaran. Dah settle nanti baru ke ofis PG untuk ambil emas tu. Saya tak galakkan terus walk-in ke ofis PG sebab proses dia lambat. Takut puan menunggu lama. Dan limit bayaran walk-in cuma RM3,000. Kalau lebih, puan kena pergi bank dulu bank in duit. Lepas tu kena datang balik ke ofis PG. Memang susah sikit walk in ni.

      Wallahu a’lam.

  32. Salam..
    Sy ingin bertanya..
    Jika saya ada gold bar bunga raya 10g dan gold bar PG 10g..jika kedua duanya dijual pd PG, adakah kedua duanya sama dikira harga PG buy 10g ataupun gold bar PG shj yg dikira harga PG buy dan gold bar bunga raya dijual dgn harga yg rendah disbb kn ianya bkn keluaran drp PG.
    Tq.

    1. Wslm,

      Betul. Hanya emas PG sahaja dibeli mengikut spread (harga PG Buy) yang dipaparkan di web. Emas lain, saya syorkan jual balik kepada pengeluar dia kalau nak untung maksimum.

      Wallahu a’lam.

  33. Apa pendapat tuan berkaitan dgn syarikat serambi emas yg emasnya boleh dibayar secara insurans dgn ar-rahnu..kita cuma keluarkan modal 30% sahaja..

    1. Teknik tu terbukti memerangkap ramai pelabur ke dalam belengu hutang ar-rahnu sejak tahun 2012. Yang pastinya, teknik tu menguntungkan penjual emas berlipat kali ganda, bukan pelabur.

      Kalau tuan nak join skim tu, minta dealer tu jelaskan mana nak cari duit untuk tebus emas tu kalau harga emas tak naik dalam tempoh 6 – 12 bulan. Dan tanya dealer tu, apa akan jadi kalau emas tu tak dapat ditebus. Kalau dealer tu dapat jelaskan dengan yakin on-paper, baru tuan boleh consider untuk beli emas teknik 70:30.

      Itu kepatuhan syariah tu pun satu persoalan lagi.

      Wallahu a’lam.

    1. It’s ok Pn. Nurul,

      Bagi maklumat kepada saya. Nanti saya place order atas nama puan untuk belian secara EPP, 4 kali bayar (4 bulan). Saya perlukan (1) nama penuh, (2) No ic (3) Email (4) No. telefon & (5) Item yang nak dibeli. Contact saya 019-336 8009 (call / sms / wassap).

      1. mohon penjelasan : mengenai caj yg dikenakan utk epp, dikira utk setiap item atau setiap order?. lagi 1 saya memang tak dapat nak cod, kos penghantaran pula mcm mana?

        1. Caj EPP di kenakan 0.5% atas nilai order tu. Kalau total order RM1,000, cajnya RM5 (RM1,000 x 0.5%). Jumlah yang kena bayar RM1,005, bahagi dengan 4 bulan. Jadual bayaran bulanan dia mungkin RM252 + RM251 + RM251 + RM251.

  34. assalamualaikum…sy mcm berminat ble kwn2 cerita psl pelaburan emas .(public gold).di tmbh lg dengn maklumat yg di share kn oleh en.zul .. untk kawasan jb dan ipoh di mane center PG yer..tq

    1. Wslm,

      Di JB, ofis Public Gold ada di Perling. Kat Ipoh pun ada. Kalau nak buat belian, boleh contact saya dulu place order. 019-336 8009 (call/sms/wassap). Nanti buat bayaran terus ke akaun Public Gold. Dah settle bayaran baru datang ambil barang. Itu proses paling memudahkan. Kalau terus walk-in, takut nanti kena menunggu lama di ofis Public Gold.

  35. Salam sejahtera,
    Saya adalah pengumpul koin dan ingin bertanya kepada en. zul mana sya boleh beli koin silver kat kelantan? terima kasih.

  36. salam en zul

    En ada jual coin capsules? sy dh beberapa hari cari dealer untuk coin capsules untuk simpan dinar. Harap en dapat membantu jika tahu any contact yg jual coin capsules ni…

    Terima kasih

  37. Assalam…en, zul lau sy nak faham betul2 tentang spread emas mane keh sy dpt info.sy di kluang, johor. Berminat nak melabur

  38. Asalamualaikum tuan.
    Sy sedang mencari dinar emas utk dibeli utk dijadikan mas kahwin.pihak perempuan telah tetapkan mas kahwin adalah 2 dinar emas 999.soalan sy disini ada tak dinar emas 999?setakat yg sy cari ni tak jumpa lg dinar emas 999.blh tuan bg penjelasan sikit tak?dan lagi satu ada tak office dekat penang atau perlis? terima kasih

    1. It’s ok En Adi.

      Saya juga emas Public Gold jer. Dinar Public Gold ketulenan 916, bukan 999. Kalau nak beli emas Public Gold, saya boleh bantu. En. Adi contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call).

  39. assalamualaikum,sy berminat dalam pelaburan emas…sy nk tahu yg mna lgi baik dan lagi utg antara dinar public gold atau goldbar utk plaburan jgka panjang?terima kasih

    1. Wslm En. Hanz,

      Item yang mana lebih baik bergantung bajet dan matlamat pembelian En. Hanz. Tapi secara asasnya, kalau tak dapat beli gold bar 250 gram (susut nilai paling rendah), saya syorkan beli dinar jer. Dinar susut nilai lebih rendah i.e. lebih untung kalau bajet bawah 250 gram.

      Harga gold bar 250 gram sekarang ni sekitar RM34k++.

      En. Hanz boleh contact saya 019-336 8009 (wassap atau sms) untuk consult pemilihan item terbaik sesuai dengan bajet.

  40. Assalamualaikum tuan,
    Saya pernah dimaklumkan bahawa emas public gold dihasilkan oleh orang bukan Islam. Betul ke?
    Soalan kedua, kalau nak beli emas di public gold kena jadi ahli dulu ke sebab ada yang lebih kurang sama seperti pg nak kena jadi ahli baru boleh beli dengan harga ahli. Dengan bayaran rm450 dan mendapat emas suku dinar semasa menjadi ahli, adakah ia satu pelaburan yang bijak(bayaran ahli adalah untuk seumur hidup).

    1. Wslm Pn. Siti,

      1. Owner Public Gold ialah non-muslim. Tapi emas Public Gold ditempat dari syarikat muslim, iaitu Nadir Metal Rafineri (http://www.nadirmetal.com.tr/index_e.htm). Ia pengeluar emas terbesar di Turki milik muslim sepenuhnya.

      2. Tak perlu jadi ahli. Kalau bayar RM450 tu, boleh dapat lebih kurang 3 gram emas Public Gold. Harganya gold bar 1 gram Public Gold paling murah di Malaysia. Puan Siti boleh bandingkan harga emas Public Gold di http://www.publicgold.com.my .

      Wassalam.

  41. As salam encik zul…
    saya nk beralih untuk menyimpan sebagai pelaburan saya kepada eams public gold… saya sekarang ada menyimpan emas fizikal iaitu rantai… pertanyaan saya adakah cawangan public gold membeli emas lain selain emas public gold dengan harga yg tinggi? Time kasih atas kesudia encik zul menjawab soalan saya…. sekian

    1. Wslm En. Khairi,

      Public Gold beli emas keluaran lain tapi saya tak pasti samada ia lebih tinggi atau tak berbanding di kedai emas biasa. Ada juga feedback yang saya dapat mengatakan harga Public Gold tinggi. Kalau nak dapat harga tinggi, saya boleh syorkan trade-in barang kemas tu dengan Public Gold. Public Gold akan beli barang kemas 916 tu mengikut harga PG Buy (refer website) barang kemas d-series.

  42. Assalamualaikum encik Zul. Saya baru berumur 18 tahun. Saya nak tanya, adakah saya terlalu muda untuk menyimpan emas? Saya ada baca tentang sabda2 baginda yang suruh kita menyimpan dirham. Saya juga ada terbaca pasal kepentingan emas pada masa hadapan. Saya juga ingin tahu cara ingin membeli emas, dekat mana, dan harga 1dirham. Saya menetap di johor. Mohon encik boleh bantu 🙂 Terima kasih.

    1. Wslm Cik Rashiqah,

      Umur muda bagus mulaknya menyimpan. Simpan emas / perak ni sama macam simpan duit cuma dalam bentuk berbeza. Cik Rashiqah boleh contact saya 019-336 8009 (saya perfer wassap). Nanti saya guide cara yang sesuai dengan Cik Rashiqah, insyaAllah.

  43. assalamualaikum en. zulkifli. saya mempunyai emas perhiasan dan beberapa keping dinar kelantan dan sedikit simpanan. saya bercadang ingin menyimpan emas perhiasan dan dinar2 tersebut ditempat yang lebih selamat serta membuat pelabur emas. Boleh en.zulkifli terangkan kepada saya cara yang sesuai untuk saya simpan dan melabur emas

  44. assamualaikum en Zul, saya baru berkira2 nak beli emas sebagai simpanan dan juga munkin pelaburan, apa komen@ pendapat tuan berkenaan dengan PowerGold, nak beli emas kena jadi ahli utk dapat harga lebih murah

  45. Aslm,

    Saudara zulkifli, terima kasih atas info dan ilmu berguna. Cuma ingin bertanya, sekiranya ‘world monetary system’ iaitu fiat money/wang kertas/us dollar collapse spt yg dijangka oleh beberapa individu antaranya sheikh imran hosein dan beberapa pakar ekonomi spt peter schiff, dinar manakah pada pendapat saudara yang lebih sesuai dibeli skrg bagi persediaan sekiranya benar2 berlaku collapse? Trima kasih atas jawapan saudara.

  46. Salam,tn..maaf tumpang iklan..sy nak letgo dirham kelantan sy..ada 15 dirham..sekiranya ada yg berminat boleh hubungi sy 0182132965.sy jual rm15 je sekeping.tq

  47. Salam.encik , sy nk tnye law beli dinar Kelantan sekarang untung ke rugi?slalunya pada harga brape dinar klntan murah?

  48. Assalam.. Sdr Zul.,
    Saya baru belajar beli dinar PG setelah terbaca blog tuan. GAP pun sya beli juga. Jika sya ada lebihan RM30K, apa yg patut saya beli ? Gandaan 1 Dinar atau 10 dinar ataupun gold bar.
    terima kasih

    1. Wslm En. Abd Halim,

      Kelebihan item 10 dinar, ia lebih cepat untung bila harga emas naik. Kelebihan 1 dinar, senang dijual sikit-sikit bila nak pakai duit nanti. Antara gold bar dan dinar Public Gold sekarang, dua-duanya sama je dari sudut potensi keuntungan.

  49. Assalamualaikum.
    Nak minta pendapat dr En. Mohd Zul
    …. saya berhajat nak beli dinar emas hanya untuk simpanan alternatif bagi matawang kertas…contoh wang dalam simpanan semasa di bank sy gunakan untuk membeli dan menyimpan emas.
    Adakah tindakan saya ini releven?

  50. as salam
    saya berniat membeli dinar untuk kegunaan masa hadapan sebagai ganti kepada wang kertas
    mana patut saya beli dinar 999 atau 916?

    1. Wslm

      Kalau untuk simpanan atau pelaburan jangka masa panjang. Lebih baik goldbar/ dinar (emas 999) berbanding barang kemas (916). Kecuali cikpuan beli untuk perhiasan. Boleh beli barang kemas (emas 916)

  51. pelik gold ni pon kite beli kt Cina. tp tu lah, sbb mmg lg murah, and their system is very good. Melayu, masih saudagar kt kedai2..

    1. Dalam muamalat tak ada masalah jual beli dengan siapa, asalkan jual beli tersebut patuh syariah. Dan persaingan tu bagus, supaya masing-masing tingkatkan prestasi dan sediakan servis lebih baik kepada customer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *