Emas dan Hartanah, Mana Lebih Baik?
Emas dan hartanah, dua jenis aset yang saya paling suka. Tapi antara emas atau hartanah, yang mana lebih baik? Bagi saya dua-dua baik. Tak ada istilah emas lebih baik dari hartanah, atau hartanah lebih baik dari emas. Ia dua aset berbeza, yang mempunyai kelebihan masing-masing. Yang mana lebih baik tu bergantung cara kita memanfaatkan emas ataupun hartanah. Seolah-olah membandingkan motosikal dengan kereta. Motosikal lebih baik sebab jimat masa dari terkandas dalam jem, jimat duit tol dan dan petrol. Kereta lebih baik sebab lebih selamat dari kemalangan, selamat dari hujan, dan badan pun tak letih. Masing-masing ada kelebihan. Begitu jugalah antara emas dan hartanah.
Emas Ideal Sebagai Simpanan
Saya nampak emas aset yang ideal untuk SIMPANAN jangka panjang yang mudah dicairkan. Bagi saya, emas adalah duit. Simpan emas seolah-olah kita simpan duit tunai dalam bentuk yang lebih selamat nilainya. Bila-bila nak pakai duit, kita boleh cagarkan di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman segera, atau terus jual untuk dapat duit on-the-spot.
Emas boleh dibeli walaupun modal kecil. Emas aset yang bagus bagi sesiapa yang pekerjaannya sentiasa berpindah randah dan belum bersedia untuk membeli rumah i.e. tinggal menetap di sesuatu tempat.
Emas boleh dijadikan alternatif simpanan bagi mereka yang diisytihar bangkrap sebab emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tiada dalam sistem kewangan. Pendek kata, tak siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada. Pihak bank tak boleh ‘trace’ simpanan emas kita, apatah lagi untuk dibekukan sebagaimana aset-aset kewangan yang lain (termasuk hartanah).
Emas aset yang paling selamat dari sebarang ketidaktentuan ekonomi dan politik negara. Kalau berlaku huru-hara dan peperangan, pemilik emas boleh bawa kekayaannya ke mana sahaja dan mulakan hidup baru. Itulah kelebihan emas.
Peluang Kaya Dengan Pinjaman
Hartanah pula bagi saya adalah alat yang bagus untuk gandakan kekayaan dengan hutang i.e. hutang baik. Ia hutang yang membuatkan kita lebih kaya. Dan mungkin hartanah antara pelaburan paling cepat membuatkan kita lebih kaya sebab kita boleh leverage PINJAMAN bank. Bank berlumba-lumba bagi pinjaman perumahan sebab ia aset yang sangat ‘secure’ bagi bank.
Harga rumah makin lama makin naik. Kalau tak duduk, ia boleh disewakan. Kita boleh dapat “passive income” bulanan dengan hartanah. Hasil duit sewa, boleh cover duit pinjaman bank, seolah-olah orang lain bayarkan rumah yang akhirnya jadi milik kita. Katakanlah lepas 5 tahun beli rumah dan kita tak mampu bayar, kita boleh jual jer rumah tu dengan harga yang lebih tinggi. Dan katakanlah kita mati, rumah tu 100% jadi milik keluarga (ahli waris) secara percuma kalau kita ambil perlindungan takaful. Itulah kelebihan hartanah.
Lindungi Kekayaan Dengan Aset Fizikal
Saya ada terbaca tulisan Robert Kiyosaki katanya, 40% kekayaannya disimpan dalam bentuk hartanah, 25% dalam bentuk emas dan perak. Hanya 10% kekayaannya dibiarkan dalam bentuk tunai. Maksudnya, at least 65% daripada kekayaannya disimpan dalam bentuk ASET FIZIKAL! Bukan aset kertas. Bila berlaku ketidaktentuan ekonomi, aset fizikal akan bertahan. Bila berlaku ketidakstabilan politik negara, ‘tali hayat’ terakhir yang akan jadi penyelamat tentunya emas dan perak sebagaimana saya pernah terangkan dalam artikel “Emas Penyelamat Bencana Kewangan”.
Jadi bagi saya, tukar simpanan jangka panjang kepada emas. Paksa diri jadi orang kaya dengan beli hartanah. Samada emas atau hartanah, kedua-duanya mesti bermula dengan ilmu.
Wallahu a’lam.
Assalammualaikum Abg Zul,
Terima kasih atas pencerahan,
Saya dah dapat jawapan yg terang lagi nyata.Sebelum ni saya email dan whatapps abg zul mengenai ni,tapi tak nampak jalan nya..
Tapi entri ini begitu jelas dan saya dah faham pentingnya emas dan hartanah..
Wslm En. Fadhil,
Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah…
Assalamualaikum
Perkongsian yg baik, semoga menjadi panduan yg berguna 🙂
Perkongsian bermanfaat..tq
salam en zulkifli,
alhamdulillah dengan perkongsian di blog ni banyak ilmu saya dapat..saya kurang jelas tentang arrahnu, ada tak arrahnu yang terima lagi syiling dinar dan golad bar?saya penah tanya bank rakyat dia terima barang kemas je
Wslm En. Hisham,
Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
Sejak pertengahan tahun 2011, ar-rahnu cuma terima dinar & gold bar tertentu sahaja.
Kalau dinar dan gold bar Public Gold, memang diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. En. Hisham boleh cek senarai ar-rahnu yang terima emas Public Gold di http://www.mohdzulkifli.com/2013/01/di-mana-tempat-memajak-emas-public-gold.html .
Banyak perkara yang saya belajar dari tuan melalui blog ini. Terima kasih diatas perkongsian ilmu dari tuan. Moga Allah murahkan rezeki tuan.
Alhamdulillah En Maizul.
Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah lapangkan rezeki untuk En Maizul sekeluarga juga. Amiin ya Allah…
Salam En Zul,
Saya pernah beli hartanah untuk pelaburan namun kerana bebanan hutang akhirnya rumah tersebut dijual tapi keuntungan tak banyak (cukup untuk cover kos rumah dan settle beberapa hutang personal loan). Jadi saya punyai kelebihan untuk menambah tabungan termasuk membuat pembelian emas dan perak.
Saya tidak bercadang untuk membeli rumah untuk pelaburan lagi memandangkan komitmen untuk menanggung pengajian anak2 ke peringkat lebih tinggi. Simpanan sekarang hanya di Tabung Haji dan simpanan emas dan perak baru mula sikit. Tambahan pula nilai hartanah yang semakin melonjak dan usia yang semakin meningkatkan menyukarkan untuk mendapat pinjaman bank dengan tempoh yang panjang. Pohon pandangan tuan bentuk pelaburan yang kurang berisiko yang sesuai untuk orang seperti saya yang akan mencapai umur 44 tahun dan bercadang untuk berhenti kerja/bersara dari kerja makan gaji pada usia 50 tahun. (ada dalam 6 tahun-7 tahun sahaja untuk kerja). Target saya usia 50 tahun bebas semua hutang. Sekian, terima kasih.
Wslm Pn. Norisa,
Pelaburan kurang berisiko bagi saya antaranya; hartanah, emas, Tabung Haji, dan ASB. Hartanah ok, tapi kena ada ilmu. Fokus hartanah yang mudah macam medium cost apartment. Dalam pelaburan ni, high risk high return. Low risk low return. Kalau ‘pelaburan’ yang low risk tapi high return ialah bisnes jadi ejen, pengedar, orang tengah dsb.
Wallahu a’lam.
Salam En. Zul,
saya nak bertanya beza membeli emas fizikal dan membuka akaun emas seperti di Maybank. yang mana lebih baik.
terima kasih
Wslm En. Najmie,
Beli emas fizikal lebih baik. Orang yang berpengalaman tentang emas, mereka prefer emas fizikal sebab:
1. Boleh gunakan emas tu untuk dapatkan pinjaman ar-rahnu, samada untuk rolling bisnes atau beli lagi emas bila harga jatuh mendadak.
2. Duit simpanan lebih bertahan lama kalau disimpan dalam bentuk emas fizikal.
3. Urusan dan waktu jual belinya lebih fleksible.
4. Patuh syariah. Beli emas, dapat emas. Kalau akaun emas, beli emas, dapat kertas. Akaun emas yang patuh syariah buat masa ni cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rahji jer.
Wallahu a’lam.
Terima kasih atas penjelasan tuan.
lagi satu untuk saya fahamkan tentang jual beli emas.
Semasa saya beli emas, saya akan beli dengan harga public gold jual dan saya akan jual dengan harga public gold beli.
Jadi saya kena pastikan harga public gold beli nanti lebih tinggi daripada harga public gold jual. Kalau spread harga jual dan beli public gold adalah 6% , saya kena tunggu kenaikan 10% untuk dapatkan keuntungan 4%. Betul kan.
terima kasih
Betul tu En. Najmie.
Barakallahu lakum.. semoga Allah memberkati tuan,,, Alhamdulillah banyak ilmu kak timba dari blok tuan … sekarang kak dan suami dah memiliki 3 buah rumah yang sederhana , 2 buah rumah dibuat homestay, pulangannya amat memuaskan berbanding hasil sewaan … setiap artikel tuan amat bermanfaat .. akak dan suami cuba aplikasi ilmu yang kami dapat… sekarang kami sedang cuba melangsasaikan ” hutang buruk” spt hutang kereta dan “personal loan”…. jazakumullahu khairan kasira…..
Alhamdulillah kak. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah melapangkan rezeki akak sekeluarga juga.
Gembira saya dengar perkembangan positif kewangan akak dan suami. Alhamdulillah…
salam en.zul
nak tanye pendapat en.zul sy ade sebuah rumah dan tanah . sy bercadang nak jual rumah sbb tak nak tanggung hutang sbb rumah tu sampai sy pencen pn htg rumah masih belum settle . jadinya hasil untung jual uma saya buat rumah kat tanah yg ade .betul tak cara sy planning ni
Wslm Pn. Zurra,
Rumah tu tak perlu risau. Secara umumnya, lagi lama lagi untung sedangkan jumlah pinjaman kekal. Pada bila-bila masa kalau jual pun, insyaAllah untung. Maksudnya, bila nak buat rumah di kampung nanti, boleh jual jer rumah tu.
Wallahu a’lam.
Salam Encik zulkifli, terima kasih ats article yg bermanfaat. Hm sy nk Tanya apa pandangan Encik zulkifli tentang pelaburan hartanah Saham AHB?
Wslm Pn. Salome,
Apa yang saya faham, AHB lebih kurang ASB cuma pelaburan dia dalam bidang hartanah. Kita akan dapat dividen tahunan macam ASB. Kalau labur dalam AHB, kita masih melabur dalam aset tunai, bukan aset fizikal macam emas dan hartanah.
Wallahu a’lam.
Baru hendak menceburi bidang pelaburan emas.Dan saya bercadang memulakan bidang ini secara sikit2 lama2 jd bukit.Banyak manfaat yang data dapat dr blog tuan.terimakasih atas pengalaman dan ilmu yang ditunjukkan.
Alhamdulillah..
assalam tuan..mungkin tuan boleh berikan sedikit pendapat…dalam keadaan ekonomi sekarang..yang mana lebih baik..membeli emas atau membeli rumah…baru-baru ini…ada seorang individu datang kepada saya n bercadang menjualkan sebuah rumah apartment sri nilam 15 tingkat dengan harga rm95k di area ampang…saya berhajat untuk membeli rumah tersebut memandangkan apabila dilihat keadaan di situ…rumah tersebut boleh disewakan sehingga rm700 sebulan..tetapi, apabila membeli rumah subsale ni..bnyk kos2 yang perlu disediakan seperti guaman dan sedikit baik pulih..
Saya baru jumpa blog tuan. Sungguh bermanafaat sekali untuk saya sebagai orang baru nk berjinak dgn emas ni. Saya membaca berulang kali dengan penuh minat. Trima ksh ats prkongsian ilmu yg tak trnilai ini.
Salam En. Arfan.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.
Salam tuan, sy baru baca post ni. boleh saya tau kat mana nak dapatkn coin emas / gold bar mcm kat gambar atas? kedai emas biasa ada jual tak?
Wslm Pn. Nana.
InsyaAllah saya boleh bantu puan dapatkan. Puan wassap saya http://www.wasap.my/60193368009 .