7 Keistimewaan Emas Sebagai Simpanan
Harga emas dah naik sedikit berbanding 2, 3 bulan lepas. Sesiapa yang nak ambil keuntungan, dah boleh jual sekarang. Siapa beli emas 3 bulan lepas, kalau jual hari ni, saya anggarkan keuntungan bersih at least 3% (dalam tempoh 3 bulan). Ia lebih untung dari simpan dalam Tabung Haji atau ASB (untuk situasi ini). Walaupun harga dah naik, saya tetap macam dulu. Saya tak jual emas-emas saya. Saya ialah “penyimpan emas”, saya bukan “pelabur emas”. Harga emas naik, saya happy. Harga emas turun, saya lagi happy. Yang saya tak happy hanya bila kepingan-kepingan emas saya tak bertambah dari tahun ke tahun.
Ramai orang tanya saya, kalau beli emas tapi tak jual-jual, mana untungnya? Saya tanya orang tu balik, kalau simpan duit banyak-banyak dalam bank tu, apa untungnya? Dapat dividen? Betul dapat dividen, tapi dengan risiko inflasi dan kemerosotan ringgit, bagi saya dividen tu tak berbaloi. Lebih baik saya simpan emas kalau untuk simpanan jangka panjang.
Itulah jawapan saya kenapa golongan “penyimpan emas” tak jual emas-emas mereka. Mereka jadikan emas sebagai salah satu bentuk SIMPANAN jangka panjang. Bila kita sebut “simpanan”, tujuannya untuk (1) digunakan ketika kecemasan, atau (2) pelaburan masa depan. Selagi tak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik simpan jer emas-emas tu.
Untuk simpanan jangka panjang, saya secara peribadi lebih suka simpan emas berbanding membiarkan dalam bentuk tunai di bank, sebab:
- Nilai jangka panjang terjamin
- Mudah dicairkan – emas adalah tunai
- Kekayaan di tangan kita
- Boleh dijadikan modal pusingan
- Ia aset mudah alih – mobile
- Menutup nafsu berbelanja (kekayaan bertahan lama)
- Aset fizikal mampu milik
#1 – Nilai Jangka Panjang Terjamin
Zaman Nabi 1,400 tahun dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ini, harga 1 dinar sekitar RM670 – RM780. Secara relatifnya, ia masih mampu beli seekor kambing. Ia berbeza dengan duit kertas (wang fiat).
Kalau 30 tahun dulu, budak-budak sekolah boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang di sekolah. Tapi hari ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air sirap sahaja. Maksudnya hari ni, kebulur la anak-anak kalau kita masih berikan duit sekolah 50 sen sehari.
Jadi nampak tak kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas? Hakikatnya, bukan harga barangan yang naik, tetapi kuasa beli duit kertas itu yang jatuh. Kita memerlukan lebih banyak duit untuk mendapatkan barang yang sama.
Nisbah emas 1 dinar dengan kambing, secara relatifnya tak berubah sampai bila-bila. Nilainya terletak pada berat dan ketulenannya. Tapi di manakah nilai sebenar duit kertas?
Dari satu aspek lagi, emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tak akan sekali-kali menjadi kosong! Ia tak ada tarikh luput, tak hangus dek api, bahkan dalam bentuk serbuk sekalipun ia tetap bernilai. Aset lain seperti tanah dan hartanah pun masih ada kebarangkalian menjadi kosong. Lihat sahaja apa jadi kepada kondominium Highland Tower? Apa jadi kepada tanah-tanah di negara yang bergolak? Tak ada siapa lagi yang mahu membelinya…
#2 – Senang Ditukar Kepada Tunai
Emas senang ditukar kepada tunai. Bagi saya, emas macam duit tunai juga cuma dalam bentuk berbeza. Ia aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila simpan emas, kita tak perlu risau kalau nak pakai duit. Emas itu boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Kalau bawa emas itu ke luar negara sekalipun, ia tetap laku sebab ia emas. Ia “international money” yang diterima sejak zaman berzaman. Kalau sayang nak jual emas tu, kita boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Lepas tu cari balik duit untuk tebus emas tu.
Emas adalah duit tunai dalam bentuk berbeza.
#3 – Kekayaan Di Tangan Kita
Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.
Masih ingat tak duit syiling seringgit dulu? Bank Negara dah gazetkan, ianya tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.
Lagi satu peristiwa, masih ingat lagi tak Ringgit Malaysia pernah jatuh nilainya sebanyak 50% setahun lepas krisis kewangan 1997? Sejak krisis itu, Ringgit Malaysia telahpun mengalami KEJATUHAN KEKAL sebanyak 30% berbanding US Dollar. Jadi kalau simpan duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Ia bukan duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya gelarkan duit kertas sebagai “funny money”. Ianya dianggap “funny” sebab ia dikeluarkan tanpa dibackup dengan apa-apa aset fizikal. Dalam sejarah manusia, duit yang menyimpan nilai sebenar antaranya ialah emas dan perak.
Duit syiling seringgit ini dah tak laku untuk urusan jual beli hari ini.
#4 – Boleh Dijadikan Modal Pusingan
Bila simpan duit di bank, sebenarnya duit kita dipusing oleh bank dengan bagi pinjaman kepada orang lain (atau kepada kita sendiri!) dengan caj keuntungan yang tinggi. Bank-bank ada target mereka sendiri. Mereka mesti pinjamankan duit tu untuk menjana keuntungan. Sebab itu bank pun ada “sales person” sendiri untuk ‘jual’ pinjaman-pinjaman mereka. Mereka mesti pusingkan duit yang kita simpan itu.
Berbeza dengan emas. Kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Kalau orang berniaga, emas tu boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Kita tak berpeluang ‘curi’ duit bisnes seratus dua untuk berbelanja kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.
Emas-emas yang di pakai oleh akak peniaga Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu) tu bukan sekadar perhiasan, tetapi itu ialah simpanan dan modal pusingan mereka.
#5 – Aset Mudah Alih
Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih (i.e. mobile). Kalau beli tanah atau rumah-rumah sewa, ia memang tak boleh dialihkan. Kalau nak jual pun, ia memakan masa untuk jual. Paling cepat pun proses jual beli akan selesai dalam tempoh 6 – 9 bulan. Ia berbeza dengan emas. Katakanlah kita bertugas di pedalaman Sabah, tiba-tiba dapat pindah balik ke Semenanjung, kita boleh bawa balik emas-emas tu. Kalau berpindah lagi, kita boleh bawa emas tu ke mana sahaja.
Sewaktu zaman peperangan panjang antara US dan Vietnam dahulu, ramai rakyat Vietnam lari meninggalkan negara dan jadi pelarian. Mereka jual segala harta yang ada dan ditukarkan kepada kepingan-kepingan emas yang dinamakan Vietnam Kim Thant. Kepingan emas tu bentuknya nipis. Mereka boleh sorokkan dalam jahitan baju. Bila sampai ke negara lain, mereka boleh memulakan hidup baru bermodalkan emas yang mereka bawa. Di saat peperangan begitu, pastinya duit kertas tak lagi bernilai.
Emas menyelamatkan kekayaan pelarian Vietnam zaman peperangan dulu.
#6 – Menutup Nafsu Berbelanja
Antara sebab kenapa pentingnya simpan emas ialah kekayaan kita akan bertahan lebih lama. Sejak mula-mula beli emas tahun 2010 dulu, saya tak pernah jual emas-emas saya. Saya beli dan ‘campakkan’ jer dalam safe deposit box. Saya tak kira berapa banyak emas yang saya dah beli kecuali ketika nak buat kiraan zakat simpanan emas setahun sekali.
Kenapa saya tak kira berapa banyak emas yang saya ada? Salah satu sebabnya, emas saya jadikan sebagai “simpanan untuk dilupakan”. Simpan dan lupa. Dari sudut kewangan, kita kena adakan “simpanan untuk dilupakan”. Kalau asyik ingat-ingat simpanan tu, simpanan tu tak bertahan lama. Nanti asyik rasa nak belanjakan jer duit simpanan tu.
Kesan psikologi berbeza bila simpan emas.
Dari sudut psikologi, bila simpan emas, kita rasa sayang nak jual dan nafsu berbelanja akan tertutup secara automatik! Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab ianya cantik. Berbeza dengan duit kertas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya, tapi seronoknya duit ialah pada membelanjakannya. Tak ada orang simpan emas yang fikir nak belanjakan emas mereka, tapi orang yang simpan duit mesti terfikir-fikir, di mana nak dibelanjakan duit itu! Jadi itulah sebab kenapa bila simpan emas, kekayaan kita lebih bertahan lama. InsyaAllah.
#7 – Aset Fizikal Mampu Milik
Emas (dan perak) ialah aset fizikal mampu milik. Kalau tanah dan hartanah, kita perlukan modal yang besar untuk beli. Ia tak boleh dibeli mengikut kaki per segi. Berbeza dengan emas, kita boleh beli dengan bajet serendah 1 gram, bahkan item 0.5 gram pun sudah ada sekarang. Ada duit lebih sahaja boleh terus beli dan kumpul sedikit-sedikit. Bahkan golongan pelajar pun sudah boleh menyimpan emas.
Dengan adanya kaedah pembelian seperti Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) yang ditawarkan oleh Public Gold, kini setiap orang boleh membeli dan menyimpan emas dengan mudah dan murah.
Now, everyone can buy gold! InsyaAllah.
Wallahu a’lam.
Salam..
Very nice info.
Saya pun berkira-kira nak membeli emas nanti.
Wslm Pn. Siti,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan info ni bermanfaat, insyaAllah.
Seelok-eloknya beli Emas spt bar, coin atau rantai gelang dll
assalamualaikum… terima kasih kerana blog ini banyak memberi manfaat kepada sy. sy harap sy dpt menjadi penyimpan emas seperti en zul jg.
Wslm Pn. Aira,
Alhamdulillah. Saya doakan Allah permudahkan urusan puan untuk menyimpan. Amiin ya Allah.
As Salam En. Zul. Masih belum terlewat untuk saya ucapkan selamat tahun baru kepada tuan. Saya setuju dengan keenam-enam point yang En. Zul berikan. Walaubagaimanapun saya berpendapat, portfolio jumlah emas (penambahan/pengurangan stok) yang kita simpan perlu dipantau & dikemaskini untuk menentukan kadar zakat yang wajib dikeluarkan supaya tidak terlepas pandang. So, saya terpaksa menahan godaan daripada mencairkan emas saya setiap kali update portfolio. Wallahu’alam.
Wslm En. Omar,
Selamat tahun baru. 🙂
Betul, saya setuju. Setahun sekali kena kira balik berapa emas yang kita ada untuk bayar zakat. Berbeza dengan orang berniaga emas macam saya. Saya dikenakan zakat perniagaan emas, bukan zakat simpanan emas sebab emas saya tu juga dijadikan stok untuk pusing bisnes.
Rasanya 2x zakat tu tuan. Bagi emas2 simpanan yg tak terjual cukup jumlah uruf kena zakat dan cukup setahun, kena zakat 2.5% dari nilai tu.
Wah, best kan ada simpanan emas ini.
Jemput singgah ke blog sha:
http://sha-myheart.blogspot.com/
salam en zol.. syukur harga emas amat cantik beberapa minggu ni.. cuma ada tulisan tbaru d majalah usahawan ttg emas yg agak kritikal even dasar tulisan nya mengenai skim pelaburan emas.. masih ada insan yg sinis terhadap simpanan emas
Wslm En. Putra,
Alhamdulillah.
Tak apa. Duit masing-masing. Terpulang lah nak urus macam mana pun. Ikut suka hati masing-masing. Semuanya ada pro & kontra. Tak ada satu-satu intrument yang perfect.
assalam tuan,
rasa rugi pulok tak buat simpanan masa mula msuk kerja dulu..tahun 1997, sebab kita hanya di dedahkan dgn simpanan duit dan plaburan spt asb aje. Nak masuk umur 40 an baru ada ksedaran nak buat simpanan dinar emas. tu pun baru nak mula sikit2 aje. Alhamdulilah syukur..kerana ketemu blog tuan. wassalam
Wslm En. Ramli,
Alhamdulillah. Masih belum terlambat. Mulakan hari ini, insyaAllah.
Tengah fikir-fikir lagi, bila nak tambah stok. Tapi emas PG yang tak kena GST hanya LMBA saja. Tak syok sikit sebab tak boleh buka dan pegang.
Tetapi selagi ianya emas, tetap bernilai tinggi.
Assalamualaikum.. Saya bermula simpan emas sejak 2012.. Simpan dan lupakan.. Walaupun sikit pasti tiap tahun nak beli.. Terima kasih dengan infonya.. Lebih bersemangat untuk jadi penyimpan emas tegar..
salam en zol. sy ade 20 kpg dinar pg 916. nak tnye en zol. pd bulan 4 kuatkuasa gst.so emas dinar 916 tu apa kesan nye.spt merosot atau harganya turun. utk kesan jangka panjang pula camne. tq en zol
salam tuan zol…saya nak tanye…ape kesan kepada jualan emas semasa gst dikuatkuasakan nanti? baru2 ni saya ade beli emas bar 5g lbma, ape perbezaan dengan gold bar biasa selain tidak dikenakan gst?
Wslm En Aliff,
Gold bar bukan LMBA akan kena caj tambahan GST 6%.
alhamdulilah…selepas baca blog tuan,byk yg saya sudah prakttikkann antaranya berjaya kumpulkan 6 bulan simpanan kecemasan…saya jga sudah membeli rumah di bawah kemampuan bukan ikut kemampuan bg memboleh kita mempunyai baki untuk dilaburkan..untuk simpanan emas pula,saya bermula dgn barang kemas bagi mempelajari selok belok emas ini dgnmenghadiahkannnya kpd ibu saya..insyaallah,seperti yg tuan sarankan beli emas dgn duit lebihan ,1 hari nt mgkin saya akan berjaya memulakan simpanan emas pelaburan ini..terima kasih ya tuan..semoga Allah memberkati segala yg kita lakukan di dunia ini..
Alhamdulillah En. Shahrul. Saya sangat gembira dengan perkembangan positif kewangan En. Shahrul. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah berkati usaha En. Shahrul. Amiin ya Allah.
Assalamualaikum En Zul. Nak tanya berkenaan dinar & dirham. Nilai kedua-dua elemen ni ikut harga semasa emas & perak juga ke? Apa pros & cons jika membeli dinar & dirham ni? T.kasih di atas perhatian.
Wslm Pn. Nuur,
Betul. Dinar dan Dirham ikut harga semasa emas dan perak. Kalau perak, berbeza sedikit berbanding emas. Puan boleh rujuk artikel saya tentang perak di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/05/5-tips-pantas-fahami-pelaburan-silver.html .
Salam En Zul,
Saya ada cash dalam 1.2k sekarang. Yang dah lama terperap dlm bank. Tak bertambah dan tak berkurang pon. Kalau saya tukarkan ia kpd simpanan emas…
1. Emas apa yg boleh dan sesuai di beli? Saya tak minat pakai brg kemas. Kalau dinar coin tu, berapa harganya sekarang?
2. Dimana saya nak simpan emas ni? Saya jenis tak cermat brg, dan byk kali kehilangan brg.
3. Saya ada rantai, gelang, cincin pemberian suami dan emak yang saya tak endah pon dimana letaknya. Sebab saya mmg tak minat brg kemas. Apa perkara terbaik yg saya nk buat dgn brg2 kemas ni? Jual dan beli coin dinar? Atau terus saja simpan dlm bentuk asal dia (saving)
Terima kasih Tuan atas pencerahan. Maaf jika soalan dan bahasa saya caca marba. Wassalam.
Wslm puan,
1. Dengan bajet RM1,200 tu, saya boleh syorkan beli emas menggunakan kaedah GAP. Boleh simpan emas tu secara percuma dengan Public Gold. Untuk maklumat lanjut, rujuk artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html .
2. Bagi saya, item pemberian suami dan emak tu ada nilai sentimental yang tinggi. Kalau saya di tempat puan, saya tak sampai hati nak jual. Itu hadiah dan kenangan dari orang tersayang. Saya prefer untuk simpan jer.
Wallahu a’lam.
Salam En Zul,
Saya telah jadi dealer PG sejak 3 thn lepas tapi amat kurang aktif. Saya ada simpan stok emas utk diri sendiri dan utk sebagai stok jika ada yg nak beli. Ada yg client saya jual balik tapi saya beli utk simpan setakat yg mampu. Minta pandangan En Zul tentang bayaran zakat. Adakah perlu dibayar zakat simpanan atau perniagaan? Kalau perniagaan – kaedah pengiraan bagaimana? TK.
Wslm En. Seli,
Kalau En. Seli berniaga emas, memang confirm kena zakat perniagaan. Kalau emas yang ada lebih kepada simpanan, kena bayar zakat simpanan emas.
Zakat perniagaan tu kalau nak mudah kira, bayar 2.5% daripada keuntungan perniagaan.
Assalamualaikum w.b.t
En.Zul,
Saya nak tanya antara Dinar Emas 999 dan 916 mana yang lagi bagus dari segi pelbagai aspek.. mohon pencerahan kerana saya baru berjinak2 ingin menyimpan emas..
Wslm Pn Fyza,
Buat masa sekarang, dinar 999.9 lebih baik sebab jimat dari membayar GST 6%.
assalamualaikum tn zul.. maaf sy nk btanya.. sy tgk dlm website PG ttg purchase order pbelian secara online..
1. jika purchase order PO sudah keluar (order placed) dan saya sudah mbuat bayaran atas purchase order tsebut tetapi emas biasanya diterima dlm tempoh ttentu (ikut appointment dgn PG).. soalan sy, bilakah ‘timing of contract’ dianggap berlaku sama ada time PG terima PO, time terima notis byrn atau time serah emas?.. sy nmpk ‘masa akad’ berlaku sgt penting sbb mlibatkn soal fiqh lain spt qabd, contract lain spt wadiah yad amanah, hakmilik n dhaman t/jwp dll
2. jika PO sudah keluar tapi bayrn blm dbuat.. soalan sy, bolehkah sy mbatalkan order tsebut?.. sbb ditulis di situ kalu tiada byrn T+4 akaun kita akan digantung dan caj akan dkenakan utk aktif semula (sbb setahu sy purchase order bukan kontrak jual beli lg.. justeru pbeli/pjual ada hak ke atas wang/emas utk batal dll).. atau adakah penerimaan PO sudah dianggap sbg tmeterai kontrak?
t.kasih atas pkongsian tn zul
Wslm En. Faris,
1. Aqad jual beli hanya berlaku bila kita serahkan slip bayaran, dan PG serahkan emas di office PG. Pembayaran yang kita buat lebih awal tu hanya sebagai security deposit, iaitu duit ‘amanah’ yang PG tak boleh gunakan. Maksudnya, jual beli berlaku on the spot.
2. Boleh di batalkan, tapi PG akan kenakan caj penalti 5% sebagai langkah ‘pencegahan’.
Wassalam.
Salam..
Mohon pendapat..mana lebih baik beli emas guna kaedah GAP atau terus beli gold bar..contohnya kalau saya ada 1.5k..elok beli 10g GAP atau beli 10g gold bar..
terima kasih banyak..
Wslm Pn Liana,
Dengan bajet tu, saya prefer GAP. Ia lebih memudahkan. Lagi pun harga per gram sama / lebih kurang jer.
Assalamualaikum..
Mohon pendapat tuan,Saya ada simpanan di tabung haji dalam RM30,000. Mana lebih baik masuk Gap atau beli dinar emas.? Jika masuk Gap adakah kita akan pegang asset fizikal tersebut. Saya juga beniat untuk membuat penambahan emas setiap tahun.Insya Allah.
Lagi satu boleh ke saya pergi ke cawangan membuat transaksi atau memang kene buat online. Mohon pencerahan. Terima Kasih
Wslm Pn. Fariza,
1. GAP tu emas fizikal juga. Cuma kaedah belian sahaja yang berbeza. Emas tu kita boleh keluarkan dan simpan sendiri bila-bila masa.
2. Pergi di cawangan Public Gold. Kalau GAP, buat online lebih mudah.
Apa-apa persoalan, puan boleh wassap / sms saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide.
Saya menjadi pembaca blog tuan zul setahun yang lepas. Saya baru Nak berjinak2 dgn Emas coin. Bagaiman cara BG mereka yang modal kecil?
Alhamdulillah.
Puan Putri boleh mula dengan modal sekecil gold bar 1 gram. Puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap / sms). Nanti saya guide mengikut bajet puan, insyaAllah.
Assalamualaikum Tuan..mohon khidmat nasihat..saya sebelum ni dah membeli emas GAP pada harga 1gram RM 137 . harga semasa sekarang pada web PG RM 151/gram…senarionya saya skrg ada lebihan RM600 sebulan dari lebihan potongan dari sebuah koperasi yg telah maksimum simpananya..jadi saya bercadang untuk membeli emas GAP sbg. medium simpanan seterusnya..cumanya sekarang harga nya mcm terlalu tinggi jer ..apa pendapat Tuan? skrg lebihan duit tu saya simpan dalam tabung haji..TQVM
Wslm En. Ishak,
Harga RM137 per gram tu antara yang terendah dalam 5 tahun harga emas. Tak ramai orang bernasib baik boleh beli harga serendah tu. Bagi saya paras sekarang RM151 pun masih rendah sebab harga emas pernah cecah RM200 per gram tahun 2011 dulu. Bagi saya, beli jer sebab kalau nak tunggu bawah RM140, entah bila harga akan turun.
Wallahu a’lam.
TQVM..Bila saya beli nnt. saya akan maklumkan pada tuan untuk guide..nasihat yg baik.
U r welcome. InsyaAllah En Ishak.
Assalam tuan .. saya ada mesej tuan di facebook minta pendapat . mungkin masuk di ‘other folder’ . saya takde whtsapp .
Wslm. Ok puan.
salam abg zul…Alhamdulillah sempat jgk saya convert dinar 916 ke dinar 999 pd hari terakhir semalam…nak tanya psl pembayaran zakat emas…kiraan ikut Pg Sell atau PG Sell…???br ni saya bayar ikut PG Buy…ke kene byr ikut harga 1gram 916..??
eh silap2… saya bayar ikut harga dinar 916 PG Sell…bkn PG Buy
Wslm En. Aiman,
Bayar ikut harga PG Buy.
Assalamualaikum
tumpang Tanya, saya baru nak mula beli emas
kalau saya ada bajet rm2500, apa yang perlu saya beli & bagaimana hendak mula.
saya tiada pengalaman dalam bidang ini.
mohon tunjuk ajar.
terima kasih.
Wslm En. Badri,
Dengan bajet tu, boleh dapat dalam 16 gram. Saya syorkan En. Badri melalui kaedah GAP. Banyak kelebihannya. Boleh baca dalam artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html . Kalau ada apa-apa persoalan, boleh wassap atau sms saya 019-336 8009. InsyaAllah lebih cepat saya reply.
Assalam,
Andaikan sy seorg dealer PG, bagaimana prosedur utk mendaftarkan customer utk GAP?
Adakah setiap penambahan GAP dr customer berdaftar under dealer PG akan nikmati rebat 1% juga?
Terima Kasih.
Salam cik….sy nk tumpang tanya….sy baru nk bergiat dlm penyimpanan emas….apa yg perlu sy tau….terus trg ckp sy ni zero….dan jenis mas apa yg bagus utk sy simpan dan mudah utk sy tunaikan pd wang bila sy memerlukan
Wslm. En. Suffian boleh wassap saya 019-336 8009 untuk persoalan. Jawapan bagi situasi En. Suffian mungkin berbeza jawapan untuk situasi orang lain.
Assalamualaikum blh tuan cerita pasal zakat emas tu. terima kasih.
Wslm Pn. Nur,
Pasal zakat emas, boleh baca di http://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-zakat/zakat-emas .
Saya belajar di Michigan, US. Cuma baru2 ni je saya start beli emas, pakai duit scholarship university bagi, dekat sini mudah sikit nak dapat info pasal emas dan beli online semua. Jadi harap tak terlambat untuk nak menyimpan emas ni daripada duit spend pada perkara2 yang xsepatutnya.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.
saya nak bertanye sekiranya en. zul ingin menggunakan duit yg banyak bagaimana en.zul buat?
(1) digunakan ketika kecemasan, atau (2) pelaburan masa depan. Selagi tak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik simpan jer emas-emas tu. kata2 en.zul di atas.
jadi adakah en.zul pajak? atau jua ketika kecemasan. atau adakah saya x faham??
Kalau untuk belanja hangus, lebih baik jual. Kalau nak pajak pun, pastikan kenal pasti dulu sumber untuk bayar balik duit pinjaman ar-rahnu tu. Pajakan sebenarnya lebih sesuai kalau nak gunakan duit tu untuk sementara waktu seperti dijadikan modal pusingan bisnes.