Kelebihan Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan
Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar. Itu sahaja yang boleh saya simpulkan tentang tabiat simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving”. Dulu saya tak sedar tentang betapa bagusnya strategi ini, tetapi memang tabiat saya sejak 2010 ialah, setiap kali ada duit simpanan jangka panjang, saya akan terus beli emas tanpa melihat sangat kepada harga. Sehingga saya menulis artikel ini, saya belum pernah menjual emas simpanan saya. Saya adalah penyimpan emas tegar. Orang seperti saya ini dipanggil Gold Saver, bukan Gold Investor.
Walaupun Gold Investor mereka lebih ambil tahu tentang perkembangan pasaran emas, analisis teknikal harga emas, dan boleh juga buat untung dengan naik turun harga emas, tetapi apa yang saya perhati, akhir sekali penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang menang sebab:
- mereka memiliki emas yang banyak,
- duit simpanan mereka tak bocor bila ditukarkan kepada emas,
- harga purata setiap gram emasnya rendah sebab sentiasa beli,
- mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang.
Kekayaan Ditentukan Oleh Tabiat
Ia ibarat kisah perlumbaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura itu bergerak sangat perlahan berbanding arnab, tetapi akhirnya kura-kura juga yang memang sebab ia KONSISTEN!
Jadi kalau dalam simpanan emas, mereka yang simpan 1 gram 1 bulan ibarat kura-kura. Ia perlahan, tetapi akhirnya dia akan menang. Sedar-sedar nanti, 1 tahun sudah ada minimum 12 gram. Saya perhati, siapa yang letak target simpan 1 gram 1 bulan, akhirnya dia akan simpan lebih banyak daripada itu sebab ia sudah jadi satu TABIAT! Tabiat itulah yang membuatkan ia jadi lebih kaya sebagaimana kata-kata seorang guru kewangan bernama Dave Ramsey, katanya;
“Personal finance is 80% behavior and only 20% head knowledge” – Dave Ramsey
Walaupun perlahan, akhirnya siapa yang “konsisten” juga akan menang!
Tips Simpan 1 Gram 1 Bulan
Jadi bagi sesiapa nak memulakan tabiat ini, ini strategi yang berkesan yang boleh saya cadangkan. Dan inilah juga yang saya buat setiap bulan:
#1 – Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving” (simpanan untuk dilupakan). Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.
#2 – Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas. Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit lebih. Disiplin menyimpan yang betul; “simpan dulu belanja selebihnya” bukan “belanja dulu simpan selebihnya”.
#3 – Jangan tunggu harga terbaik. Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!
#4 – Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan 1 gram 1 bulan. (Sahabat pembaca boleh kaji sendiri kalau nak sahkan pengalaman saya ini)
#5 – Bila cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalam dompet! Guru emas saya En. Syukor Hashim cadangkan buat begini supaya terasa aura dan keseronokkan simpan emas! Memang “feel” akan berbeza. Ia mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul lebih banyak kepingan emas! InsyaAllah.
Gold bar 1 gram edisi biasa dan edisi wedding. Ini antara item yang boleh dikeluarkan daripada Akaun Emas GAP. Simpan emas sendiri begini “feel”nya berbeza. Bagi sesiapa tak selesa simpan sendiri, boleh simpan dengan Public Gold secara percuma melalui akaun emas GAP.
Panduan Simpanan Emas
Jadi itulah kelebihan, tips dan strategi simpan emas 1 gram 1 bulan. Bagi sahabat yang nak mulakan simpanan emas, saya boleh cadangkan download dan baca ebook ringkas yang saya sediakan:
Ebook – 5 Minit Review Tentang EmasPanduan celik emas dalam masa 5 minit. Untuk download, KLIK DI SINI.
Ebook – Panduan Lengkap Akaun Emas GAPPanduan lengkap membeli emas fizikal melalui akaun emas Gold Accumulation Program (GAP). Untuk download, KLIK DI SINI.
Kalau ada apa-apa persoalan, boleh wassap saya +019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
26 Oktober 2016
25 Muharram 1438H
[Kredit foto : deviantart, momjunction ]
Alhamdulillah, suatu pencerahan yg mantap ustaz. In sha Allah, sy akn konsisten menyimpan aset berharga via gap.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.
Indeed Tuan Zul, kami berazam dan bertekad ke arah itu:GOLD SAVER tegar.
Alhamdulillah.
Berdisiplin menyimpan. Walaupun tidak nampak hasilnya hari ini. Insyallah akan ada keuntungannya dikemudian hari.
Betul En. Azrinros.
Emas ini penyimpan nilai yg ampuh. 1kg emas pun bernilai kira-kira Rm181ribu.
Emas, Perak dan Hartanah adalah lebih stabil utk jangka panjang.
Rumah2 sewa boleh create cashflow.
Rumah utk duduk sendiri adalah liabiliti selagi tidak disewakan.
Salam Tuan.
Betul En. Mohd Taufik.
Salam Tuan,
Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sebulan segram emas….ada x tuan buat ala2 main kutu emas atau seakan2 mcmtu untuk satu group yang boleh dipercayai untuk membeli emas..sebab x mampu rasanya nak beli segedebuk macam tu…
Wslm En. Fadzli,
Saya tak anjurkan kutu emas. Kutu tu berbahaya kalau ada ahli yang tak komited. Baik simpan sendiri, bila dah cukup duit baru beli emas.
Simpanan yang dilupakan…itulah yang saya buat..bila org tanya berapa dah emas ko? Ntah hehe…saya bukannya kira pun
Itulah cara simpanan yang berkesan. 🙂
Tapi jangan lupa puan, zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila telah sampai nisab dan telah cukup haul setahun. So kena kira jugak berapa dah simpan… beli buku 555 untuk buat catitan… hehe
Tuan Zulkifli, nak tanya pandangan tuan… berkenaan dengan program SAP (Silver Accumulation Program) oleh PublicGold. Adakah berbaloi membeli perak menggunakan program SAP ni, sebab saya berminat untuk menyimpan LBMA Dirham. Setakat ni saya hanya membeli menggunakan akaun GAP sahaja.
Salam En. Norhazlan,
Kalau untuk pelaburan, beli silver bar atau SAP sahaja. Dirham kurang sesuai buat masa ini sebab harga dirham dijual pada harga runcit, ia lebih mahal berbanding harga silver sebenar.
Perkongsian yang menginspirasikan dan sangat jelas.
Terima kasih En.Zul atas buku ‘Zero Hutang’. Buku tersebut telah banyak mengubah paradigma saya dalam berbelanja dan melakukan simpanan. Sejak dari itu, mula mengenali item emas fizikal dan kini sudah menjadi satu kewajipan untuk disimpan dalam jangka panjang.
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan ilmu dalam buku itu bermanfaat untuk En. Shah, insyaAllah.
Salam En Zul
Kalau saya berminat nak beli satu bulan, satu gram dr pihak encik..boleh ker?sebelum ini saya membeli dari Yapeim..Terima Kasih..
Wslm Pn. Hawani,
InsyaAllah saya boleh guide.
Puan wassap saya 019-336 8009.
Salam tuan,
saya berminat nak beli emas public gold.
soalan saya boleh tak saya walk in ke pejabat public gold dan beli terus tanpa booking atau buat appointment terlebih dulu??
Wslm En. Alif,
Boleh, tapi harga walk-in RM215 sekeping untuk gold bar 1 gram. Lebih mahal.
Kalau nak murah, beli melalui akaun emas GAP, lepas tu baru datang ke office Public Gold untuk collect emas tu. Harga lebih murah.
Kalau terus ke office Public Gold, beri tahu nama saya sebagai introducer supaya senang saya guide apa-apa urusan lepas pembelian nanti.
salam.en zul..
saya nak tanya..jika kita beli emas guna gap ni..selain kita sendiri boleh keluarkan emas adakah suami atau waris boleh keluarkan? contohnya sekiranya berlaku perkara yg tidak baik ke atas kita…sedangkan kita ada menyimpan as guna gap ni
Wslm Pn. Nurul,
Kalau berlaku kematian, waris boleh keluarkan. Bawa sijil kematian dan surat kuasa pentadbir harta pusaka sahaja.
Terima kasih En. Zul.
Salam En Zul,
Boleh tak Simpanan Pemegang Akaun Gap ‘A’ di transfer kepada pemegang akaun gap ‘B’ atau beberapa akaun gap yang lain, melalui website?
Mohon pencerahan.
Terima kasih En Zul.
Wslm Pn. Ain,
Buat masa sekarang, belum boleh lagi.
Salam En Zul, promosi utk student yg RM2500 tu ada lagi ke?
Wslm En. Bakri.
Dah tak ada promosi tu.
insyallah saya akan mulakan menyimpan 1 gram 1 bulan mulai gaji hujung bulan ni 🙂
Alhamdulillah. InsyaAllah.