Kenaikan Silver Lebih 100% Setahun!

Dirham Kelantan adalah ‘investment’ paling murah dan paling menguntungkan!
Luar biasa!
Itulah yang boleh saya komen pasal kenaikan harga silver (logam perak). Sejak Ogos 2010, kenaikannya telah pun melepasi 100%! Macam tak percaya. Tapi itulah hakikatnya.
Harga Dirham Kelantan:
  • Ogos 2010 – RM13
  • Nov 2010 – RM18
  • Mac 2011 – RM23
  • Apr 2011 – RM27
Saya beli koin dirham pada bulan November harganya RM18 satu dirham. Anda tahu berapa harganya hari ini (15 April 2011)? RM27! Kenaikan 50%! Memang gila…
Pelik, Kenapa Orang Cina Beli Silver
Masa saya mula-mula beli emas pada 1 Oktober 2010 dulu, saya hairan kenapa orang Cina lebih suka beli silver. Executive Chairman Public Gold i.e. Louis Ng kerap buat seminar pasal silver, tapi ramai orang Melayu tak begitu teruja dengan silver.
Tapi hari ni, nah! Semua kelam-kabut nak beli silver. Bila harga emas naik, silver naik lagi banyak. Bila harga emas turun, harga silver turun sikit.
Dirham Kelantan, Pelaburan Paling Murah
Bagi sahabat yang minat nak beli silver, saya cadangkan kalian beli samada Silver Bar Public Gold 250g, ataupun koin Dirham Kelantan. Saya rasa, koin dirham Kelantan adalah ‘pelaburan’ paling murah dan paling cepat untung. Kalau sahabat ada modal tak banyak, beli koin dirham. Ia memang berbaloi!
Semalam, saya ‘borong’ sikit koin 1 dirham Kelantan di Nubex dan beli sekeping 10 dirham buat koleksi. Tapi bila saya nak tambah lagi borongan saya hari ni, koin 1 dirham telah pun habis… Oh.. macam pisang panas.
Dari sudut harga per gram, silver bar Public Silver jauh lebih murah dari koin dirham.

Macam Mana Nak Dapatkan Silver?

Harga silver boleh tengok di sini:
Nak beli, boleh beli di sini:
Untuk Public Silver, boleh beli dari saya atau dealer Public Gold yang berdekatan dengan anda.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Heights
15 April 2011
11 Jamadil Awwal 1432

PENTING: Selepas setahun saya memerhati harga Dirham Kelantan, bagi saya ianya tak lagi sesuai untuk membuat pelaburan sebab harganya tak ikut pergerakan harga silver dunia. Saya perhati, masa harga silver dunia turun hingga 40%, tapi harga dirham sekadar turun sekitar 20%. Waktu saya membuat catatan ini, harga koin Dirham Kelantan RM250, sedangkan harga Dirham PG cuma sekitar RM150!

Saya syorkan Dirham Kelantan sewaktu saya tulis artikel ini sebab masa tu Public Gold belum keluarkan Dirham. Dirham Kelantan adalah yang terbaik waktu tu Saya akan semak paling pandangan saya dalam artikel ni, insyaAllah. Wallahu a’lam. (2 Oktober 2012)