Gold Saving Account atau Emas Fizikal?

Ada 5 bank yang menawarkan Gold Saving Account. Cuma satu sahaja disahkan patuh syariah.
As salam En Zul,
Saya terbaca blog en zul mengenai public gold dan amat berminat untuk menyertai. Tetapi saya tidak berapa suka menyimpan dinar emas ini di rumah atas faktor2 keselamatan. Apa pendapat en zul jika saya menyimpan di dalam CIMB Gold Deposit Account. Saya sudah bertanya dengan CIMB, mereka hanya perlukan wang tunai untuk membeli dinar emas mengikut harga pasaran dan buku simpanan akan di keluarkan.
Harap en zul dapat memberikan pandangan.
Terima kasih en zul.
Wassalam.
Pn. Zahidah
(bukan nama sebenar)
Wa’alaikumussalam Pn. Zahidah,
Gold Saving Account atau Emas Fizikal?
Pertama, menjawab persoalan puan tu, saya copy paste artikel Syukor Hashim Jutawanemas.com di bawah. Mudah2an ia membantu.
Topik 3: Memilih emas fizikal atau akaun simpanan emas?
Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.
Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas?

Jawapan saya.
BELI EMAS FIZIKAL.
Sebabnya adalah:
1. Anda boleh menggadaikan emas fizikal jika memerlukan tunai segera. Walaupun anda menggadaikannya, emas itu masih lagi milik anda. Anda tetap untung jika emas naik harga walaupun emas tersebut berada di Ar-Rahnu.
2. Bagi akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian (in case anda terdesak untuk mendapatkan tunai untuk tujuan kecemasan).
3. Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.

4. Jika anda ingin menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu, anda memerlukan emas fizikal. Ini kerana hanya emas fizikal boleh digadaikan di Ar-Rahnu.

 Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal maka barulah saya cadangkan anda melabur di dalam akaun simpanan emas.
Gold Saving Account di Malaysia
Keduanya,
Kalau Pn. Zahidah nak simpan di Gold Saving Akaun, setakat ni ada 6 bank yang tawarkan Gold Saving Account iaitu:
1. Kuwait Finance House (KFH) (klik di sini)
2. Al Rajhi Bank (klik di sini)
2. Maybank (klik di sini)
3. Public Bank (klik di sini)
4. CIMB Bank (klik di sini)
5. UOB Bank (klik di sini)
Antara 6 bank tersebut, cuma KFH dan Al Rahji sahaja yang disahkan patuh syariah. Yang lain belum ada pengesahan lagi. Isu pematuhan syariah utk Gold Saving Akaun ni pernah ditulis oleh Ustaz Zaharuddin di http://www.zaharuddin.net/.
Untung 2 Dalam 1 Dengan Emas Fizikal
Ketiga, antara Gold Saving Account dan emas fizikal, saya memilih emas fizikal sebab:
  1. Duit kita tak beku. Kita boleh dapatkan duit tanpa perlu jual emas tu dengan cara pajak in case nak gunakan duit sekejap untuk aktiviti yang menguntungkan.
  2. Boleh jana lebih banyak untung bila harga emas jatuh!
Kalau Gold Saving Account, duit kita akan beku sama macam investment lain. Katakanlah kita nak pakai duit tu sekejap, kita terpaksa keluarkan dari Gold Saving Account dan kita tak dapat nikmati kenaikan harga emas (atau dividend kalau unit trust). Lagi teruk kalau kita terpaksa jual (keluarkan duit) masa harga emas jatuh!
Tapi kalau emas fizikal, kita tetap untung kalau harga emas jatuh. Masa harga jatuh, pajak emas tu, dan gunakan duit tu untuk rolling bisnes atau apa sahaja investment yang boleh bagi keuntungan melebihi kos pajak 1.15% sebulan (atau 13.8% setahun). Otai-otai emas biasanya dia akan gunakan duit pajak tu untuk beli emas lagi. Lagi banyak harga emas jatuh, lagi tinggi potensi dia akan naik balik!

Teknik ni sangat bagus sebab walaupun harga emas jatuh di pasaran, tapi harga emas di Ar-Rahnu tetap maintain sebab lambat disemak. Kita pajak emas dengan nilaian tinggi, dan beli emas di pasaran dengan harga rendah! Bila harga emas naik balik, terus jual emas kat tangan tu dan tebus balik emas yang kita pajak di Ar-Rahnu! Kita dapat untung 2 dalam 1. Untung jana keuntungan dengan duit pajak, dan untung nilai emas di Ar-Rahnu (milik kita) meningkat.

Wallahu a’lam.
Wassalamu ‘alaikum.
Zulkifli
Damansara Heights
8 April 2011