Nilai Emas Tak Boleh Dimanipulasi
Standard 1 dinar emas, ialah emas 916 (22 karat), berat 4.25 gram.
Lepas tahu serba sedikit pasal pelaburan emas fizikal ni, saya fikir mungkin lebih baik kita simpan emas fizikal untuk belanja masa depan. Contohnya untuk tabung pendidikan.
Katakanlah RM45,000 cukup untuk kos ijazah di universiti tempatan sekarang.
Bawa Kuasa Beli RM45 Ribu Ke 20 Tahun Depan
Kalau anda ada duit RM45,000 sekarang, anda masih boleh dapat kuasa beli RM45,000 hari ini pada 20 tahun akan datang kalau anda simpan dalam bentuk emas. Tukar sahaja RM45,000 tu kepada 300 gram emas 999 (RM148 harga emas 999 semasa x 300 gram = RM44,400).
Simpan 300 gram emas tu baik-baik ditempat yang selamat. Bila anda keluarkan balik 300 gram emas tu 20 tahun akan datang, insyaAllah ia cukup untuk tampung kos ambik ijazah pada masa tu.
Tapi kalau anda simpan RM45,000 dalam bank, walaupun ia lepas campur compounding dividend, saya yakin kuasa beli 20 tahun akan datang tak sama dengan RM45,000 hari ni. Mungkin duit tu cuma mampu bayar yuran pendaftaran masuk unversiti sahaja.
Sebabnya, kuasa beli duit kertas semakin hari makin menyusut. Tapi, duit emas akan kekal kuasa belinya sebagaimana zaman Nabi, 1 dinar boleh beli seekor kambing.
Nilai Emas, Dulu dan Sekarang
Hari ni macam mana? Nilai seekor kambing tetap 1 dinar. Pada 3 Oktober 2010, nilai 1 dinar bersamaan RM614. Dan harga kambing semasa yang sesuai dibuat aqiqah ialah RM600! Tak termasuk upah sembelih dan lapah. Nah… itulah nilai emas.
Kalau anda nak tahu sejarah harga emas, cuba tanya Encik Google. Tanya dia pasal “gold historical price”. Mesti anda akan nampak gambaran sebenar tentang sejarah harga emas.
NILAI Emas Tak Boleh Dimanipulasi
Nak senang faham, cuba anda ambik duit kertas RM50. Lepas tu anda koyak-koyakkan duit tu. Apa jadi dengan NILAI duit tu sekarang? Pastinya RM0 bukan? Maksudnya, duit kertas boleh dimanipulasi.
Kemudian, cuba anda ambik jongkong emas 20 gram, kemudian anda patah-patahkan, dan hancurkan jongkong tu sampai jadi serebuk. Sekarang, agak-agaknya berapa nilai serbuk emas 20 gram? Ya, ia tetap RM148 segram. 20 gram serbuk emas tetap berNILAI sekitar RM3,000! Nah… itulah emas. Ia tak boleh dimanipulasikan.
Kalau anda simpan duit kertas RM3,000 bawah bantal, dan katakanlah berlaku kebakaran. RM3,000 akan hilang dimakan api. Tapi macam mana kalau anda simpan jongkong emas 20 gram yang saiznya tak sampai saiz jari kelingking di bawah bantal? Jongkong emas masih bernilai walaupun dijilat api. Nah… itulah emas.
Ia adalah LAMBANG kekayaan di Dunia dan Akhirat.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
3 Oktober 2010
24 Syawal 1431
Menurut Azizi Ali, peluang pelaburan yang baik hanya datang pada orang yang berduit tunai. Bukan untuk orang yang berhutang. Jadi, perbanyakkan simpanan, kurangkan hutang.
Salam..sy mcm agak berminat dgn pelaburan emas ni juga..tp masih terdapat beberapa persoalan mengenai emas ini..
1. berapa peratus zakat yg dikenakan terhadap emas dan syarat2 nya?
2. berapakah charge pembelian dinnar emas di public bank?
3. Upah simpanan emas yg dikenakan oleh pihak bank?
adakah semua kos diatas berbaloi bg kita membuat pelaburan emas berbanding simpanan tabung haji atau unit trust?
terima kasih 🙂
W’lam Khairul Anwar..
1. Zakat emas 2.5% atas nilai emas – kalau lebih 85gram.
2. Em, saya tak sure pasal public bank. Yang saya tahu, kita boleh dapatkan emas dari Public Fine Gold. Company tu tak ada kena mengena dengan Public Bank. Untuk beli, tak ada apa2 charge. Beli ikut harga semasa. Harga emas semakin hari semakin naik. Jangan tunggu harga turun sebab ia memang tak akan turun. Kalau turun pun, sikit jer.. lepas tu dia naik balik.
3. Upah simpan? Khairul Anwar boleh simpan sendiri, atau sewa Safe Deposit Box di Bank, atau Syarikat Swasta. Kelebihan simpan di sesetengah syarikat swasta ialah nilai insurannya tinggi.
Saya kira2, memang berbaloi kalau simpan banyak. Average kenaikan harga emas sejak 5 tahun kebelakangan ni ialah 35% setahun. Katakanlah kenaikan cuma 25%, ianya jauh lebih untung dari simpan di unit trust or tabung haji.
Bagusnya simpan emas ni, kita boleh tidur lena… sebab harga emas agak setabil.. nilai sebenar dia ada pada emas itu sendiri.. emas bagi saya untuk ‘lindungi’ kekayaan. Itu sahaja. Bukan sangat untuk melabur..
Wallahu a’lam.
terima kasih atas info2 yg diberikan..semoga dapat memberi manfaat juga kepada semua..insyaAllah