Produk Emas Public Gold Yang Mana Paling Untung?

Carta dikemaskini pada 2 Ogos 2012. Sila KLIK.

Saya baru perasan, rupa-rupanya, Emas Dinar Public Gold (PG) banyak kelebihan berbanding Gold Bar PG. Mungkin saya boleh katakan syiling emas 1 Dinar PG (ketulenan 916, berat 4.25 gram) adalah produk terbaik untuk pelaburan berbanding produk Public Gold yang lain. Cuba sahabat-sahabat bandingkan empat (4) faktor di bawah:

Faktor #1: Kecairan Tinggi

Kecairannya lebih tinggi daripada gold bar (jongkong emas) disebabkan harganya murah. Kalau nak jual, kita lebih mudah dapat pembeli (individu) syiling 1 Dinar berbanding gold bar. Syiling dinar lebih murah berbanding gold bar disebabkan:

(1) Ketulenan lebih rendah i.e. emas 916 berbanding gold bar i.e. emas 999.9. sedangkan kedua-dua jenis emas ni memang bernilai tinggi untuk jangka panjang.

(2) Beratnya kurang berbanding gold bar. Standard berat 1 Dinar ialah 4.25gram.

Kalau nak pakai duit nanti, boleh jual syiling 1 dinar tu sikit-sikit. Tapi kalau gold bar 20 gram contohnya, memang kena jual seketul 20 gram. Tak boleh jual sikit macam syiling 1 dinar.

Faktor #2: Spreadnya Rendah, Harganya Murah

Spreadnya rendah iaitu cuma 6% – sila rujuk carta perbandingan spread emas Public Gold yang saya sediakan tu. Spreadnya sama dengan spread gold bar 20 gram yang harganya 5 kali ganda lebih tinggi, bahkan spread syiling 1 Dinar (6%) lebih rendah berbanding spread gold bar 10 gram (8%).

Spread rendah maksudnya kita akan dapat lebih CEPAT untung berbanding emas yang spreadnya tinggi. Katakanlah harga emas naik 10%, pembeli syiling 1 Dinar dah dapat untung 4% (10% – 6% spread) berbanding pembeli gold bar 10 gram yang cuma untung 2% (10% – 8% spread) jer.

Setakat yang saya perhati, bentuk syiling dinar paling banyak permintaan ialah syiling 1 dinar berbanding syiling 5 dinar dan 10 dinar, dan gold bar paling tinggi permintaan ialah gold bar 20 gram berbanding 10 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram. Gold bar 10 gram agak kurang permintaan, mungkin sebab spreadnya paling tinggi. Saya nasihatkan, daripada beli gold bar 10 gram, lebih baik beli syiling 1 dinar.

[Nota: Pengiraan spread ialah (Harga Jualan – Harga Belian) bahagi dengan Harga Jualan. Kemudian, darab dengan 100. Untuk lebih faham tentang pengiraan spread emas, sila rujuk artikel “Perbandingan Spread Emas di Malaysia“]

Faktor #3: Permintaan Lebih Tinggi

Goldbar 20 gram & 1 Dinar.

Permintaan syiling 1 Dinar lebih tinggi daripada gold bar terutamanya masa harga emas mencanak naik. Orang yang modal kecik macam student pun mampu beli syiling 1 Dinar. Emas bentuk dinar ialah antara emas pelaburan paling murah bagi sesiapa nak baru nak bermula.

Lagi satu, orang suka beli syiling 1 dinar untuk buat maskahwin ataupun hantaran. Emas dinar memang sesuai sangat untuk perkahwinan, tapi saya tak pernah dengar orang guna gold bar untuk maskahwin.

Faktor #4: Tiada Transportation Cost (‘Hidden Cost’)

Ramai orang tak perasan, Public Gold mengenakan caj tambahan yang dinamakan “Transportation Cost” untuk belian luar Penang (HQ Public Gold). Caj ini dikenakan untuk SETIAP KEPING emas yang dibeli tak kira dealer ataupun pembeli emas. Boleh cek detailnya di SINI.

Ramai pembeli emas salah faham, mereka fikir “Transportation Cost” ialah caj penghantaran yang dikenakan oleh dealer kepada pembeli. Ia BUKAN caj penghantaran. Untuk caj penghantaran, itu bergantung kepada budi bicara dealer untuk cover ‘duit minyak’ atau kos postage dia.

Istimewanya syiling Dinar PG berbanding gold bar PG ialah TIADA “Transportation Cost” dikenakan walaupun belian di luar Penang. Harga yang dipaparkan di website ialah “net price” yang dikenakan oleh Public Gold kepada pembeli emas.

Syiling 1 Dinar PG Lebih Baik Dari Gold Bar PG

Jadi, saya syorkan sahabat-sahabat semua, jangan risau nak ‘melabur’ dalam emas walaupun modal kecik sebabnya orang yang beli 1 syiling Dinar Public Gold SAMA untungnya dengan orang beli gold bar 20 gram yang harganya jauh lebih tinggi. Kayu ukur sesuatu pelaburan ialah peratusan return on investmentnya (ROI), bukan nilai ringgitnya.

Wallahu a’lam.

Zulkifli

Damansara Heights

18 Ogos 2011

18 Ramadhan 1432

Barang Kemas i-Series

p.s. bagi sahabat yang mungkin berhajat untuk pajak emas tu untuk buat pusing modal bisnes ataupun untuk manipulasi bila harga emas jatuh, saya syorkan beli Barang Kemas i-series 20 gram (yang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan) sebab mulai Mei 2011, banyak Ar-Rahnu cuma terima barang kemas jer. Emas bentuk gold bar ataupun syiling dah tak diterima untuk pajakan.

Kesimpulan:

  1. Emas bentuk 1 dinar adalah bentuk emas paling murah dan mampu milik. Harganya sekitar RM800 pada Ogos 2011.
  2. Standard syiling emas 1 dinar ialah emas berketulenan 916 (91.6% emas), berat 4.25 gram. Gold bar ialah emas berketulenan 999.9 (99.99% emas), biasanya dijual dalam bentuk 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram.
  3. Emas yang bentuknya lebih kecil akan lebih mudah dapat pembeli kalau nak jual kepada pembeli individu. Kalau nak jual balik pada pengeluar, mana-mana produk pun sama jer.
  4. Bagi pelabur yang berhajat nak gunakan teknik manipulasi pajak, produk terbaik ialah rantai tangan/ leher i-series 22k (10g, 20g, 50g, 100g) Public Gold yang dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan.

Artikel berkaitan:

Spread Silver Public Gold. Sila KLIK.

    63 Comments

    1. assalamualaikum…w.b.t.
      saya sgt bersetuju dgn pendapat zulkifli.memang syiling emas 1 dinar paling sesuai utk org yg baru nak bermula dgn simpanan emas dan utk org yg modal kecil.
      Kelebihannya byk dan memudahkan org yg bermula dgn modal skit2.untuk org yg baru nak mencuba pun rasanya berbaloi dan boleh faham dgn mudah ttg konsep jual/beli simpan dan melabur emas.
      Saya pun sedang menggunakan teknik menyimpan dan melabur menggunakan syiling emas 1 dinar.
      Saya masih dalam perjalanan mengumpul duit untuk menjadi dealer..dan seterusnya menjadikan emas sebagai sandaran kepada setiap nilai duit tunai yang saya terima.
      Kepada yang baru dan nak mencuba,pendapat zulkifli ini memang best dan paling mudah.

      Terimakasih atas info dari zulkifli!

    2. Wslm Noris,

      T.kasih atas perkongsian. Kalau Noris nak jadi dealer, saya nasihatkan guna duit simpanan yg ada tu buat beli emas dulu. Jgn tunggu cukup baru beli coz saya ada seorang kawan ada duit RM10,000. Dia tgh kumpul utk cukupkan RM20,000 baru nak beli emas. Tapi… harga emas terus naik.. Dulu RM10k tu boleh beli 3 keping gold bar 20g, tp skg cuma boleh beli 2 keping jer + beberapa dinar..

      So, pada saya, strategi yg betul ialah, beli dulu emas dgn duit yg ada. Nanti dah cukup duit, jual/pajak emas di tangan tu, beli balik emas dgn amaun RM20k utk cukup jadi dealer.

      Rusydi (Goblogz),

      Gold bar pun ok. Kalau nak beli gold bar, beli yg 20g tu coz spread dia kecik. Kalau utk betul2 long-term, gold bar pun ok. Saya pun ada banyak ketul juga gold bar.

    3. Setakat yang saya tahu, emas GCP lebih murah dari Public Gold (GCP), tapi bila nak jual balik, harganya sangat murah sebab spreadnya (susut nilai) terlalu tinggi. Untung masa beli, rugi masa jual.

      Yang keduanya, emas GCP susah dapat buyer individu berbanding emas PG. Itu jer lah serba sedikit yang saya tahu. Untuk info lanjut, better rujuk pada dealer GCP sebab mereka lebih tahu tentang GCP berbanding saya.

      Wallahu a’lam.

    4. bos..dinar pg mmg bes..dinar gcp guna 999,bila di tanya kwn yg br join gcp jd dealer,dia kata dinar zmn nabi 999,zmn saidina umar baru 916..wallahu a’lam..

      hakim pg012186

    5. Hakim, samada emas 999 atau 916, dua2 bagus utk investment. Emas 999 beli mahal, jual pun mahal. Emas 916 beli murah, jual pun murah. Tapi yang paling penting, return on investmentnya SAMA jer.

      Wslm Ahmad Faridzam,

      Kalau artikel ni bermanfaat, puji-pujian bagi Allah. Silakan share, moga ia jadi pahala jariah utk kita semua, insyaAllah.

    6. bagus ni…asben dala baru bercita cita nk buka public gold yg gram punye… nti dala akan nasihatkan die untuk beli yg dinar…tq

    7. Salam..MZS., sebut fasal 1dinarPG, Alhamdulillah hari ni PGsell791 PGbuy743..ditakdirkan baru aje kenal dgn sorang dealer dan dia sudi nak jual sebanyak 4 keping pada harga 769…sesama dpt untung..Ok ke action sy ni MZS..? Pakmat

    8. salam sy syaiful sy memiliki syiling emas
      GEORGIVS V D.G.BRITT:OMN:REX F.D.IND:IMP: thn 1912
      adakah nilainya tinggi dan sy ingin menjualnya…
      buat masa skrang ni sy menyimpan di bank…sekiranya ada value sy ingin menebusnya dan menjualnya bg yg berminat

      1. Wslm Saiful,

        Itu emas lama tu kan? Saya tak sure berapa harganya, tapi Syaiful kena cek berat & ketulenan. Kira berapa harga semasa.

        Tak silap saya, itu emas 916.. harga semasa lebih kuran RM172/gram. Darab dgn berat emas tu + premium nilai sejarahnya… Rasa rasa harganya mahal tu.

    9. bertuah nya saya tersinggah diblok ni…memang sangat2 berhajat berkaitan bisnes mas… nak tanya saya ada simpanan sijil simpanan premium (sspn) sebanyak rm 10k… untung sy keluar beli mas atau simpan je.. kot2 no sijil bertuah…tlg beri pandangan…

      1. Pn. Syarani,

        SSPN ada kelebihan, emas pun ada kelebihan. SSPN untung besar kalau sijil tu ‘bertuah’, emas ni purata keuntungan 15% – 20% bagi semua penyimpan emas. Terpulang kepada pertimbangan Pn. Syarani yang mana lebih bagus.

        Wallahu a’lam.

    10. Salam tuan zul..mohon pandangan dr tuan..pendapat tuan tentang emas sri ayu..saya dapati harganya dan spreadnye juga lbh rendah dr pg..tp emas sri ayu harganya ikut harian rs saya..saya xnah beli lg emas sri ayu br survey2..apa pendpt tuan zul?..from imah

      1. Wslm Pn. Imah,

        Untuk emas Sri Ayu, saya rasa better Pn. Imah rujuk dealer Sri Ayu utk dapat info yang lebih tepat. Cuma pada pendapat saya, emas Sri Ayu ni sesuai kalau Pn. Imah duduk area Pantai Timur sebab branch dia banyak kat sebelah sana.

        Menurut diskusi saya dengan rakan dealer di Kota Bharu, katanya emas Sri Ayu tak sesuai kalau jumlah pelaburan yang agak besar (e.g. 100k dan ke atas) sebab kemampuan syarikat untuk beli balik agak terhad.

        Wallahu a’lam.

    11. saya pernah beli dirham dari agen public gold tapi kena bayar transportation cost. Kenapa dinar tak ada transportation cost?

    12. salam en zul,saya nak minta pandangan en zul mana ya terbaik yg pertama kalau kita beli emas dan bila bila ada keuntungan kita jual emas dan bila harga emas turun kita beli dan simpan balik .yg kedua kita beli emas kita simpan dan bila nak guna duit baru kita jual sikit jadi saya nak minta pandangan en zul is the best

      1. Wslm En. Amran,

        Kaedah pertama tu lebih kepada trading. Jual beli emas secara kerap. Buy low, sell high. Untuk jadi trader, saya syorkan En. Amran simpan sebahagian emas untuk long term investment. Beli, simpan, beli, simpan. Bila nak pakai duit baru jual.

        Bila ada modal lebih, boleh guna duit lebihan tu untuk buat trading. “Buy low, sell high” secara kerap untuk dapat cashflow. Setakat ni, saya belum allocate duit untuk “trading”. Cabaran trading ni ialah jiwa kita akan sering terganggu dengan turun naik harga emas… 🙂

        Wallahu a’lam.

    13. as salam saya nak tanya….sya nak tanya kalau contoh…orang tu student ipta bru 21 duit dlm bank adalah dlm 27-28k jadi elok ckit2 atau bli trus 20k cntoh 1 dinar semua kew sbb snang nak jual blik kalau da trdesak nk guna duit kn atau mcm mna sbb ats 20k blikn dpt diskaun kn…atau bli ckit2 ja mcm 3-4k ja emas ni…mintak pandangan ckit…encik zul…trima kasih

      1. Wslm tuan,

        Kalau duit tu tak pakai agak-agak dalam tempoh setahun, saya boleh syorkan beli emas. Kelebihan beli sekaligus RM20k ialah tuan secara automatik jadi dealer dan akan mendapat komisyen 1% atas setiap belian, dan 0.5% atas jualan balik kepada Public Gold. Selain tu, tuan akan nikmati komisyen bila dapat bantu orang lain membeli emas.

        Kelebihan beli sikit-sikit (e.g. RM3k-RM4k) setiap kali belian ialah tuan dapat buat cost-averaging. Contohnya sekarang 1 dinar RM730, kalau harga emas naik RM760, tuan beli lagi sikit. Tiba-tiba harga jatuh RM680, tuan beli lagi sikit. Bila dikira secara keseluruhan, kos setiap keping dinar yang tuan ada cuma RM721.

        Kalau duit tu memang untuk long-term saving, saya syorkan beli sekaligus terus dan pejamkan mata. Tuan hanya perlu cek balik harga emas tahun depan pada tarikh yang sama.

        Wallahu a’lam.

    14. lau contoh orng tu nak beli kan elok beli dinar kew apa kew gold bar kew??…sbb dia student kan..kew nak ambik yg spread rendah jew…sbb sy pun bru tahu sbb bca blog encik zul da berjam2 aritu huhu

      1. Saya syorkan beli dinar kesemuanya sebab spread lebih rendah & tiada transporation cost untuk semenanjung Malaysia. Kalau nak mudah jual sikit-sikit nanti, beli syiling 1 dinar (spread 6%) kesemuanya. Kalau nak jual skaligus in future, beli syiling 10 dinar (spread 5%) kesemuanya. Wallahu a’lam.

      1. “Spread” tu selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”. Kalau En. Nizam cek harga emas Public Gold (www.publicgold.com.my), kat situ dipaparkan dua harga iaitu “PG Sell” dan “PG Buy”. “PG Sell” tu harga Public Gold jual kepada kita, “PG Buy” tu harga Public Gold beli balik daripada kita. Peratus perbezaan harga tu dipanggil “spread”. Lagi rendah, lagi cepat untung.

    15. Salam tuan, saya ada dua soalan;

      1. Saya ada duit sikit dan plan nak melabur emas. Saya tinggal di Damansara Damai, boleh saya jumpa tuan untuk dapatkan khidmat nasihat sebelum saya buat pelaburan? (Tunjuk ajar ku sifuu) =)

      2. Setiap kali kita nak jual emas, kita perlu ke cawangan Public Gold ker? dan di mana cawangan yang paling berdekatan dengan Damansara Damai =)

      Terima kasih tuan

      1. Wslm En. Syahruddin,

        1. Boleh, insyaAllah. Nanti contact saya, ok? 019-3368009.

        2. Bila nak jual, boleh jual samaada di ofis Public Gold atau mana-mana dealer Public Gold. Ofis Public Gold terdekat di Sunway.

    16. Assalamualaikum tuan. Sgt bermanfaat blog ni. Saya terbaca tuan pernah kata simpan emas lebih baik dari simpan di tabung haji dsb. Cuma, cth kalo saya kira:
      Kalaulah dinar naik dalam 10% pon, kalau siap2 tolak dgn spread m zakat( 10%-6%-2.5%) maka dia akan jadi 1.5% sahaja..sedgkan tabung haji terendah bonus ialah 3%. Aa pndpt tuan?

      1. Wslm Pn. Hannan,

        1. Keuntungan pelaburan emas bergantung pergerakan sebenar harga emas dunia. Sejak tahun 2001, harga emas secara puratanya naik sekitar 15% – 20% setahun. Tahun 2010 – 2011, harga emas naik sehingga 35% setahun. Bermula tahun 2012, kenaikan harga emas tak konsisten sebagaimana tahun sebelumnya disebabkan sentimen ekonomi US dan Eropah.

        2. Pengiraan yang Pn. Hannan buat tu memang betul. Keuntungan simpanan Tabung Haji agak konsisten, sedangkan emas bergantung pergerakan sebenar harga emas dunia. Kalau mengikut track record 10 tahun harga emas, memang emas lebih untung. Kalau lihat harga emas 2012 semata-mata, Tabung Haji lebih untung.

        3. Saya secara peribadi letakkan sebahagian simpanan dalam Tabung Haji, dan sebahagian besar dalam bentuk emas atas keyakinan emas adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Duit yang disimpan dalam bentuk emas lebih selamat dari dibelanjakan, dan tahan dari sebarang kegawatan ekonomi.

        4. Emas sesuai dibeli dengan duit simpanan jangka panjang yang selalu diistilahkan sebagai “simpanan untuk dilupakan”.

        Wallahu a’lam.

    17. Salam,

      Saya nak mintak pendapat, kalau saya nak jadi dealer emas produk apa saya patut beli sebagai simpanan ye?
      1- Dinar
      2- Gold Bar
      3- Mix Dinar+Gold Bar

      Terima Kasih

      1. Wslm Pn. Fatin,

        Kalau beli untuk simpanan semata-mata, saya syorkan beli item yang susut nilai paling rendah macam syiling 10 dinar x 3 keping, dan cukupkan dengan 5 dinar dan 1 dinar.

        Kalau beli untuk jana pendapatan sebagai dealer, pilih item yang paling banyak permintaan. Antara yang boleh saya syorkan:

        – Gold bar 10g x 1 keping
        – Gold bar 20g x 1 keping
        – 5 dinar x 1 keping
        – 2 dinar x 3 keping
        – 1 dinar x cukupkan sampai RM20k

        Lepas tu belajar cara jana pendapatan sebagai dealer.

    18. Assalamualaikum En Zul
      Untuk tahun 2014 sekarang ini bagaimana dengan syling 1 Dinar adakah ia masih produk PG yang paling menguntungkan, atau produk mana sekarang paling menguntungkan, paling rendah susut nilai & paling mudah untuk dijual, ribuan terima kasih atas respon.

      1. Wslm En. Azmi,

        1. Untuk tahun 2015, Public Gold akan keluarkan dinar 999.9, berseal yang diiktiraf oleh LBMA. Dan semua gold bar akan dikeluarkan dalam bentuk gold bar 1 gram sekarang (emas LBMA) yang berseal. Ini strategi Public Gold untuk berhadapan dengan GST yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015.

        2. Dari sudut yang mana lebih untung, semestinya emas yang susut nilai paling rendah i.e. item yang besar-besar.

        3. Bagi yang beli emas untuk jana pendapatan sebagai dealer, item yang paling menguntungkan semestinya item yang paling banyak permintaan i.e. item yang kecil-kecil seperti gold bar 1 gram dan coin 1 dinar. Tahun depan, insyaAllah Public Gold akan keluarkan 0.5 Dinar.

        Wallahu a’lam.

    19. Assalamualaikum, Tuan,
      Antara emas powergold dan public gold?
      Sekrg dah dijual 1 gm gold bar dan 1 dinar?yg mana spreadnya rendah dan lebih untung utk dijual balik pada masa hadapan?Terima kasih Tuan.

    20. Salam En. Zul,

      Apa cara terbaik untuk menyimpan emas yang dibeli? Kadang-kadang risau emas hilang, lupa simpan di mana atau dicuri.

      Terima kasih.

    21. Salam sejahtera Tuan Zulkifli,
      Kalau kita simpan dalam akaun GAP, adakah kita boleh keluarkan gold bar tersebut sebagai tatapan motivasi kemudian disimpan semula dln akaun GAP sedia ada? Terima kasih

    22. Assalamualaikum tuan Zul Sya azam dari KTMB baru ceburi dlm bidang pelaburan emas dan berminat nak jadi dealer di PG ni..boleh bagi tip ..tq

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *