Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal

Apa akan jadi pada pelabur emas Public Gold (PG) kalau syarikat lingkup? Apa akan jadi pada pelabur Dinar Kelantan kalau BN ambik alih kerajaan Negeri Kelantan? Pendek kata, apakah risiko pelabur emas fizikal kalau PENGELUAR lingkup?

Itu antara soalan yang biasa orang tanya saya sebelum beli emas.

Risiko Syarikat Pengeluar Lingkup?

Jawapan paling mudah yang saya rasa semua orang boleh jawab iaitu apakah risiko pembeli barang kemas kalau pekedai emas tutup kedai? Pastinya TAK ADA RISIKO sebab emas tu ada ditangan kita.

‘Invest’ dalam emas fizikal ni kita tak perlu risau. Macam beli barang kemas di kedai emas jer. Kita tak perlu risau samada kedai pengeluar tu lingkup ataupun maju sebab yang paling penting, kita pegang emas FIZIKAL. Emas ada ditangan kita. Nilai kekayaan kita bukan lagi terletak pada kedai tu, tapi terletak pada nilai berat dan ketulenan emas itu sendiri. Cuma kalau kedai tu masih wujud dan kukuh, kita akan dapat LEBIH MANFAAT. Mungkin boleh jual balik atau trade in emas tu dengan harga yang lebih tinggi berbanding trade-in di kedai lain.

Lebih Untung Jual Pada Pengeluar

syiling 10 dinar public goldKeduanya, emas ni senang dijual. Kalau syarikat pengeluar lingkup sekalipun, kita boleh jual kat KEDAI EMAS jer, pada bila-bila masa, di mana sahaja seluruh dunia. Cuma, tempat terbaik menjual balik emas ialah tempat di mana kita beli. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold sebab kita boleh dapat harga yang lebih baik berbanding jual kat tempat lain. Kalau jual pada Public Gold, dia akan susutnya lebih kurang 4% – 8%. Kalau jual emas Public Gold kat kedai emas, susut nilainya 25%.

Kalau beli barang kemas pun macam tu. Kalau beli emas Habib Jewel, kena jual di Habib Jewel sebab susut nilainya mungkin sekitar 15%. Kalau jual emas Habib Jewal pada Poh Kong, susut nilainya mungkin 25%. Tapi yang penting, emas tetap bernilai. Kalau simpan untuk jangka panjang, kita tak akan rugi sebab kenaikan harga lebih 15% – 20% setahun tu dah boleh lepas ‘kos’ susut nilai yang dikenakan oleh pekedai emas.

Risiko Syarikat Tak Mampu Beli Balik?

Soalan bonus,  kalau SEMUA PELANGGAN nak jual balik emas kepada Public Gold, mampu ke Public Gold atau syarikat pengeluar lain beli balik kesemua emas tu?

Secara realitinya, kalau pelanggan nak jual balik emas, dealer yang akan ‘berebut-rebut’ beli dulu! Saya yakin mesti dealer berebut-rebut beli kalau ada pelanggan nak jual balik emas sebab mereka dapat beli pada harga diskaun 4% – 8% dan jual balik pada customer mengikut market price 100%! Setakat ni, bila ada customer saya nak jual emas, memang tak sempat sampai ke Public Gold, saya akan beli dulu… (“,)

Kalau tak ada duit sekalipun, saya akan tetap beli dengan cara memajak emas sedia ada untuk dapatkan tunai untuk beli pada harga diskaun dari customer. Dalam worst case senario, saya akan memanfaatkan network antara dealer untuk beli balik emas tersebut.

So, bagi saya situasi dimana SEMUA PELANGGAN jual balik emas tu samalah dengan situasi bank di mana semua penyimpan keluarkan semua duit tunai dari bank dan tak berbaki walaupun satu sen di bank. Ianya sangat MUSTAHIL.

3 Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal

Bagi saya, hanya tiga (3) risiko sebenar pelaburan emas fizikal iaitu:

Risiko #1 – Harga emas turun dalam jangka pendek. Untuk urus risiko ni, pastikan anda beli emas dengan duit simpanan jangka panjang supaya anda tak terganggu dengan turun naik harga emas dalam jangka pendek – setahun atau dua tahun.

Risiko #2 – Emas tu hilang, samada lupa simpan kat mana, atau ianya dicuri. Untuk urus risiko tu, anda kena tahu cara simpan emas dengan selamat.

Risiko #3 – Ditipu semasa urusniaga jual beli emas. Ini risiko yang ramai orang terkena, terutamanya orang baru. Saya pun pernah terkena dulu. Untuk elakkan risiko ni, saya syorkan anda berurusan terus dengan syarikat bereputasi seperti Public Gold tanpa serahkan duit kepada dealer. Place order sendiri, bayar sendiri, dan ambil emas tu sendiri di ofis Public Gold terdekat. Anda cuma perlu deal dengan dealer untuk dapatkan consultation jer. Selain daripada tu, anda juga kena tahu 5 tips elakkan penipuan jual beli emas.  Saya dah sediakan panduannya.

Selain daripada tiga (3) risiko tu, pada saya pelaburan emas fizikal sebenarnya tak ada risiko.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
27 Disember 2011
2 Safar 1433

Link berkaitan:

62 Comments

  1. Salam…
    kita slalu dgr psl keuntunan pelaburan emas fizikal tp risiko sebenar plk seakan sengaja tdk dikongsikan..
    trima kaseh en.Zul ats inisiatif anda utk pgthuan semua..

    1. Wslm tuan,

      Banyak kelebihan jadi dealer PG, antaranya;

      1. Dapat komisyen atas setiap belian antara 1% – 2%.
      2. Dapat komisyen 0.5% setiap kali jual balik emas kpd PG.
      3. Dapat overiding komisyen 1% – 0.5% bila dealer bawah kita buat belian.
      4. Spread sebenar emas kita dapat dikurangkan sebanyak 1.5% – 2.5% disebabkan point no. 1 dan no. 2 tu.
      5. Dapat buat duit dgn komisyen atas jualan emas kepada kenalan2 terdekat kita dan dapat bantu mereka melabur dlm emas dgn lebih mudah. Keuntungan yang saya dapat atas komisyen lebih besar dari nilai kenaikan harga emas setahun, alhamdulillah.

      Itulah antara kelebihannya.

      Wallahu a’lam.

    2. Oh, pasal fasiliti pajak PSP untuk dealer PG, saya belum yakin ianya patuh syariah buat masa ni. Walaupun fasiliti tu ada, tapi saya tak syorkan sesiapa gunakan fasiliti tu buat masa ni.

      Wallahu a’lam.

    1. Saya tak expert pasal saham emas. Setakat apa yang saya faham, saham emas berisiko sangat tinggi. Kalau company tu bungkus, duit kita pun bungkus sekali. Setakat yang saya saya tahu, saham emas tak ada pengesahan Suruhanjaya Sekuriti.

      Kalau Virgin Gold Mining Corporation (VGMC), ia telahpun disenaraikan oleh Security Commission (SC) sebagai pelaburan yang tak sah.

      Isu hukum, saya rasa lagi berisiko.

      Wallahu a’lam.

  2. Salam..minta pndgn ..apabila saudara menyatakan pegangan emas fizikal adakah bermaksud jongkong emas ataupun termasuk skali dgn pembelian brgn emas spt gelang dsbgnya…

  3. Salam Tuan Zul.

    saya ada persoalan tentang jual balik emas dinar.saya dah menyimpan dinar selama 2tahun.dalam masa terdekat ni saya perlukan tunai untuk melangsungkan perkahwinan.

    katakan saya beli 1dinar dahulu pada harga RM630.trend harga sekarang menunjukkan 1dinar adalah sekitar RM700 kurg lebih.
    secara syar’ie,harga jual balik emas dikira pada harga terkini atau harga semasa beli(2tahun lepas)?

    sekian terima kasih

    -ahmad-

    1. Wslm Ahmad,

      Jual pada harga berapa sekali pun tak kisah, asalkan urusniaga tu telus dan saling meredhai. Saya syorkan jual pada harga semasa mengikut persetujuan dengan pembeli. Tak ada masalah riba disitu.

      Wallahu a’lam.

  4. Salam…saya nk jual emas jongkong pg 20gm, sya adalah dealer….mcmmana nk jual tanpa perlu ke cawangan PG? Bole ke jual kepd bank? Tq

  5. As salam saudara Zul….bolehkah urusan jual beli emas dibuat dengan cara jarak jauh cth: Setuju harga bank in duit and hantar brg…

    1. Tuan sms/ email pada saya (1) nama penuh, (2) no i/c, (3) no. telefon, (4) email, (5) item yang nak dibeli, (6) alamat. Lepas saya kira amaunnya, tuan bank-in 10% ke akaun saya untuk saya lock price. Lepas dah confirm, saya akan bagi tahu balance yang tuan perlu bank in untuk saya proseskan sampai selesai.

    2. ..contoh klu customer tu berada di luar negara.. jd die cuma mengamanahkan dealer menguruskan jual beli seperti akad etc.

  6. Ok terima kasih saudara…lagi soalan utk membeli emas cara ini adakah amaun yg besar-besar eje boleh?Bagaimana dgn amaun yg kecik….minta kepastian

    1. Salam. jika jual emas ke PG dalam skala yang besar, PG akan beri tunai, check atau wire transfer? sebab takut risiko dirompak & susah nak kira cash banyak2. mohon pandangan En. Zul. terima kasih.

    2. Wslm En. Omar,

      Tak kira berapa jumlah sekalipun, PG akan bayar melalui bank transfer. Kalau jual sebelum pukul 4.00ptg, keesokannya (hari bekerja) dah masuk dah duitnya. Kalau lepas pukul 4.00ptg, lusa (hari bekerja) baru dapat duit.

    3. terima kasih atas jawapan tuan. kalau mcm tu senang la (“,). sebelum ni saya cuma berurusan secara runcit dengan dealer sahaja.

  7. Maknanya berurusan dengan saudara tak kisah lah berapa pun amaunya….insyaallah saya akan hubungi saudara lepas ni utk urusan jual beli tanpa perlu ada keraguan(penipuan)….soalan Bolehkah saya call saudara utk lock harga dan lepas setuju baru saya sms butiran-butiran yg diperlukan…

  8. salam abe zul 🙂

    saya nk mintok pandangan abe zul tentang keburukan/kebaikan membeli emas dengan membuat pinjaman dari bank(cth loan RM100k).kemudian menjual emas tersebut dalam jangka masa 2-3tahun selepas itu.terimo kasih banyok abe zul..berehh 🙂

    1. Wa’alaikumussalam.

      Kekurangan beli emas dengan duit pinjaman ialah hilang peace of mind bila harga emas lambat naik sebab kita menanggung interest bank. Tapi kalau nak buat loan untuk long-term ok. Mungkin untuk tempoh 3 – 5 tahun.

      Wallahu a’lam.

  9. Sekiranya sya mempunyai emas dalam skala yg banyak. Bukan keluaran dr PG. Ttp harta drpada nenek moyang.. sekiranya sya hendak menjualkannya kepada PG. Adakh PG menerima emas tersebut?

    1. Kalau nak untung maksimum, saya syorkan trade in emas tu dengan emas PG yang spread (susut nilai) rendah. Lepas dapat emas PG, terus jual balik kepada PG.

      Bila trade in, PG akan kira emas tu pada harga PG Buy 10g (spread 8%) untuk emas 999, dan PG Buy i-series 10g (spread 10%) untuk emas 916. Nanti trade in dengan emas PG coin 10 dinar (spread 5%) atau gold bar 250g (4.5%). Lepas trade in, terus jual.

      Saya nampak, untung jauh lebih besar berbanding jual terus pada PG atau jual di kedai emas. Contact saya 019-3368009 untuk penjelasan lanjut dan bantuan. InsyaAllah

  10. Sy suka ayat ni “kalau pelanggan nak jual balik emas, dealer yang akan ‘berebut-rebut’ beli dulu”. Sbb dealer bleh beli dgn harga murah dan jual dgn harga 100% harga emas semasa. Tp sy ada persoalan, xtakut kah dealer kalau2 customer jual emas palsu?

  11. Salam,
    Saya bercadang utk membeli emas sebanyak RM10K dengan membuat pinjaman di CIMB Personal Finance

    Pinjaman RM10,000
    Tempoh 5 tahun
    Bayaran Bulann: RM224
    Jumlah Bayaran Balik: RM13,440

    Saya ingin bertanya, dalam tempoh 5 tahun adakah harga emas yang saya beli pada 2014 bakal melonjak sehingga RM13.440 pada tahun 2019 (5 tahun)
    Mohon pencerahan saudara..

    1. Wslm En. Shaffieq,

      Saya tak pasti harga emas akan pergi sejauh mana, tapi saya yakin harga emas akan meningkat dalam jangka panjang, terutamanya dalam keadaan Ringgit Malaysia dan US Dollar yang makin lemah. Bagi saya buat loan untuk beli emas tu jauh lebih baik berbading buat loan beli barang yang susut nilainya seperti kereta, perabot rumah dsb.

      Wallahu a’lam.

  12. Salam,

    Bagaimana pula jika emas kita disimpan di PB secara GAP? Apa perlindungan pada penyimpan emas sekiranya syarikat tersebut lingkup?

    Mohon pencerahan, terima kasih.

  13. salam

    Saya nak tanya,emas public gold ini boleh ker di beli dikedai2 emas?Kalau saya nak jual adakah saya perlu jual di kedai emas tersebut ataupun di public gold sendiri?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *