Siapakah Sebenarnya Penasihat Syariah Public Gold?
Ketika Dato Wira Louis Ng, Pengasas Public Gold memutuskan untuk melantik panel syariah, saya dan Ustaz Khairul Anuar Basri diamanahkan untuk mencari siapakah orang yang terbaik untuk dilantik sebagai panel syariah Public Gold. Saya secara peribadi memang tak tahu siapa individu terbaik, cuma dalam kepala saya ada beberapa nama. Untuk kenal pasti siapa calon terbaik, saya serahkan Ustaz Khairul Anuar Basri. Beliau kenal ramai individu yang pakar dalam muamalat Islam sebab beliau sendiri adalah penasihat syariah salah sebuah bank di Kuala Lumpur. Kerja saya lebih kepada pemudahcara untuk bawa isu ini supaya difahami dengan baik oleh kedua-dua pihak, samada oleh Public Gold atau bakal panel syariah sendiri.
Alhamdulillah, pengalaman hampir 11 tahun sebagai Internal Auditor yang banyak berurusan dengan pihak tertinggi pengurusan syarikat koprat, ia sangat membantu saya untuk menjadi pencetus kepada projek ini dengan baik. Saya dapat fahami cara berfikir dan melihat sesuatu isu oleh pengurusan tertinggi syarikat koprat. Ia sangat berbeza dengan orang biasa.
Cabaran Mencari Panel Syariah
Dalam proses mencari calon, cabaran kami ialah nak cari individu yang betul-betul faham “nature of transaction” jual beli emas supaya mereka dapat keluarkan “fatwa” yang praktikal dengan “nature of business” Public Gold. Public Gold bukan macam kedai emas biasa, tapi ia melibatkan jual beli emas dalam jumlah yang sangat besar. Transaksi jual beli emas Public Gold ada ketikanya ia melibatkan berkilo-kilogram emas dengan nilai transaksi jutaaan ringgit! Saya percaya, “ustaz” biasa-biasa tak ramai yang faham sebab ia melibatkan pengurusan risiko yang besar, dan tertakluk dengan had-had tertentu dalam prosedur kewangan dan perbankan.
Lepas beberapa calon panel syariah yang kami jumpa, secara jujurnya saya rasa tak berapa ‘ngam’ dari sudut profesionalisma mereka, dan pengetahuan mereka tentang bisnes emas itu sendiri. Saya percaya, inilah sebenarnya faktor utama kenapa 3 kali percubaan Public Gold melantik panel syariah sejak 2009 tak berjaya. “Orang syariah” tak faham “orang bisnes”, “orang bisnes” tak faham “orang syariah”. Seolah-olah bercakap ayam dan itik.
Tiket flight Malindo Air bertarikh 8 November 2014 ini adalah sejarah bagi saya. Inilah saatnya saya datang berjumpa face-to-face dengan Dato’ Wira Louis Ng (Founder Public Gold) untuk membentangkan proposal projek shariah Public Gold bersama Ustaz Khairul Anuar Basri. Proposal yang saya buat itu senang difahami oleh top management seperti Dato’ Wira Louis Ng. Saya tahu apa yang sangat diambil berat oleh orang seperti beliau bila nak engage sesuatu projek yang melibatkan kos dan komitmen yang besar. Oh ya, tiket ini tidak ditaja oleh sesiapa, tapi saya keluarkan dari poket sendiri demi melihat satu platform jual beli emas yang bukan sahaja patuh syariah, tapi DISAHKAN patuh syariah. Lepas perjumpaan inilah, Public Gold membuat keputusan secara serius untuk melantik panel shariahnya sendiri. Alhamdulillah.
Beliau Bukan “Ustaz” Biasa-biasa
Berbeza dengan Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB).
Pertama kali saya terserempak dengan beliau ialah di lobby Menara Binjai, Kuala Lumpur iaitu lepas berjumpa dengan salah seorang staff beliau, En Mohd Zikri Mohd Shairy (CEO Amanie Advisors Sdn Bhd). Kami baru nak keluar dari pejabat beliau, dan beliau baru sahaja sampai.
Persepsi pertama saya ketika berjumpa beliau, beliau bukan “Ustaz” yang biasa-biasa. Seorang yang humble, friendly, percakapannya lembut dan tenang, membuatkan saya rasa sungguh selesa. Lepas beberapa kali berjumpa dengan beliau dan staff beliau, saya rasa macam berjumpa dengan seorang profesional, bukan berjumpa dengan “Ustaz”. Bila berbincang, fokus kepada objektif perbincangan. Bila mesyuarat, selesaikan agenda dalam tempoh waktu yang optimum, bukannya meleret-leret dan berakhir dengan tiada apa-apa keputusan mesyuarat!
Melalui buku “Saya Ada 25 Jam Sehari” oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar ni, saya dapat banyak inspirasi tentang pengurusan masa. Dari buku ini, barulah saya lebih faham apa yang diterangkan dalam Surah Al-Asr. Demi masa, sesungguhnya kita semua dalam kerugian kecuali (sila sambung)… Satu kesimpulan penting yang saya dapat, iaitu saya perlu bekerja keras sampai mati kalau benar-benar mahu masuk Syurga!
Pengalaman Bukan Sekadar Muamalat Islam
Ketika kali pertama bermesyuarat dengan Dato Wira Louis Ng di Public Gold HQ di Penang, saya melihat kedua-dua mereka bercakap dalam bahasa yang sama, iaitu bahasa orang bisnes, bukan bahasa “Ustaz”! Mereka saling memahami dan saya boleh nampak Dato Wira Louis Ng sangat selesa dengan Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Pertemuan pertama kali antara mereka, mereka sudah jadi “kawan”, bukan lagi hubungan “businessman” dan “client”.
Datuk Dr Mohd Daud Bakar bukan sekadar boleh bagi nasihat dari sudut syariah sahaja, tapi beliau boleh bagi tip-tip berguna dari sudut bisnes sekali! Dato Wira Louis Ng sungguh kagum dengan Datuk Dr Mohd Daud Bakar.
Apa yang paling penting, ketika berbincang, pihak Public Gold tak perlu banyak terangkan tentang transaksi jual beli emas itu sendiri sebab mereka sudah faham. Datuk Dr Mohd Daud Bakar bersama team Amanie Advisors Sdn Bhd ialah pihak yang menyediakan draft “Shari’ah Standard on Gold” untuk World Gold Council (WGC) sendiri.
Pertemuan pertama antara Public Gold dan Datuk Dr Mohd Daud Bakar (ketika itu masih calon penasihat syariah) pada 4 Februari 2016 di HQ Public Gold, Penang. Dari kiri, saya, Ustaz Khairul Anuar Basri, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Dato’ Wira Louis Ng, En. Mohd Zikri (CEO Amanie Advisors), En Wan Nor Hafizi (Amanie Senior Associate).
Sijil pengesahan patuh syariah Public Gold oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. iaitu firma shariah yang diasaskan oleh Datuk Mohd Daud Bakar sendiri.
Tokoh Shariah Disegani Peringkat Antarabangsa
Sebelum Public Gold, beliau telahpun terlibat dalam banyak diskusi dengan institusi lain melibatkan jual beli emas hingga akhirnya, terhasilah standard syariah yang diguna pakai oleh AAOIFI (Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions) hari ini, alhamdulillah.
Jadi bagi pembeli emas Public Gold, mereka boleh berjual beli dengan Public Gold dengan penuh yakin sebab yang mengesahkan pematuhan syariah Public Gold bukan calang-calang pakar syariah. Datuk Dr Mohd Daud Bakar adalah pakar syariah yang bukan sahaja disegani oleh pakar syariah di Malaysia, bahkan di peringkat antarabangsa.
Untuk mengetahui latarbelakang penuh beliau, di bawah ini adalah catatan penuh yang ditulis oleh Facebook Page rasmi beliau iaitu ShariahMinds by Dr Mohd Daud Bakar sendiri. Mudah-mudahan ia dapat membantu pembeli emas Public Gold kenali lebih dekat dengan tokoh syariah yang disegani ini, insyaAllah.
Biodata Penuh Datuk Dr Mohd Daud Bakar
“He is the Founder and Executive Chairman of Amanie Group, and was formerly the Deputy Vice-Chancellor of IIUM. He currently serves as the Chairman of the Shariah Advisory Council of the Central Bank of Malaysia, the Securities Commission Malaysia, the Shariah Supervisory Board of the International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM), Labuan and is the Chair Professor of Yayasan Tun Ismail (YTI) – USIM.
Dr. Mohd Daud Bakar is also the Shariah Board Member of the Dow Jones Islamic Market Index (New York), Muzn Islamic Bank (Oman), BNP Paribas (Bahrain), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London), hence making him a truly Global Shariah Advisor.
He has won many awards, including “The Asset Triple A Industry Leadership Award” by The Asset magazine, the “Most Outstanding Individual” award by His Majesty, the King of Malaysia, in conjunction with the national level Prophet Muhammad’s birthday; the ”Shariah Scholar of the Year-2015″ award by the London Sukuk Summit and the latest is the award presented by the Global Islamic Finance Award (GIFA) to Amanie Advisors as the “Best Shariah Advisory Firm 2016”.
He obtained his Ph.D. from the University of St. Andrews, Scotland; Bachelors (Usul and Fiqh) from the University of Kuwait and In 2002, he went on to complete his external Bachelor of Jurisprudence at University of Malaya.
He actively presents his views on Shariah advisory in the Islamic Banking and Finance industry all over the world, as well as being a prolific writer; sharing his extensive experience in the field of Shariah advisory in several books, including “Shariah Minds in Islamic Finance”, “I Have 25 Hours a Day” and the latest being “Emirates Airline Sukuk”.
Dr. Daud is known to be energetic, highly dynamic and able to work ‘end-to-end’ from one airport to another. He is definitely an inspiring Global Shariah Personality, successful Shariah entrepreneur and motivator” – Shariah Minds Team
Jadi bagi sahabat pembaca yang nak tahu apa sahaja status shariah Public Gold, boleh terus contact Amanie Advisor Sdn Bhd atau terus hantar mesej kepada page ShariahMinds by Dr Mohd Daud Bakar . Itu adalah channel yang betul untuk dapatkan informasi yang tepat, insyaAllah.
Public Gold akan menganjurkan Seminar Emas & Shariah yang akan disampaikan terus oleh Panel Syariah Public Gold (Amanie Advisors) pada 11 November 2017 (Sabtu) dan Dr Ahmad Sufian Che Abdullah yang juga pakar shariah jual beli emas. Ia TERBUKA KEPADA SEMUA yang berminat untuk fahami prinsip syariah dalam jual beli emas, atau ingin mendapat maklumat terperinci tentang “fatwa” bagaimana Public Gold mendapat pengesahan syariah. Yuran hanya RM30 seorang. Dapatkan tiket dari pejabat cawangan Public Gold terdekat.
Assalamualaikum Encik Zul ,
Terima kasih di atas usaha Encik Zul dan rakan2.
Alhamdulillah ianya membawa kebaikan kepada semua di Public Gold , jelas membuktikan even ownernya berbangsa Cina tapi keperluan Syariah tetap diutamakan.
Wslm Pn. Rohaizah,
Alhamdulillah.
Saya percaya usaha ini manfaatnya bukan sahaja kepada pembeli emas Public Gold, tetapi kepada industri jual beli emas keseluruhannya, insyaAllah. Pastikan akan ada syarikat lain turun ambil langkah serius melantik panel syariahnya sendiri. InsyaAllah.
Artikel yang sangat bermanfaat, Encik Zul.
Perbincangan orang-orang yang berilmu memang jauh beza dengan orang-orang yang cuma tahu bangkitkan sentimen agama & hal2 remeh yang merugikan semua pihak. Alhamdulillah…
Tahniah En Zul & semua pihak yang terlibat.
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan artikel ini memberi banyak manfaat, insyaAllah.
Syukur alhamdulillah. Hasil usaha Public Gold telah mendapat pensijilan Patuh Syariah menjadi pelopor pensijilan Syariah.
Alhamdulillah.
2014 merupakan tahun pertama saya mula menyimpan emas. Dari situ, saya follow semua perkembangannya Tn Zul tentang ini dan alhamdulillah, buahnya sudah ranum masak skrg.
Alhamdulillah. Tahniah Tn zul n team 🙂
Alhamdulillah. Syukur. Puji-pujian bagi Allah.
Tahniah En. Zul dan team bertungkus lumus. Semoga ia dapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah.
Amiin ya Allah.
Terima kasih En. Hilmi.
Alhamdulillah, artikel yang di nanti-nantikan kerana ramai yang mahu tahu siapa sebenarnya panel syariah Public Gold. Tahniah untuk semua yang terlibat dalam usaha ini.
Alhamdulillah.
Tahniah En Zul & Pubic Gold.
Alhamdulillah. Terima kasih En. Redzuan.
Thank you encik Zul artikel yang sangat bagus. Keep it up.
Sama-sama Pn. Adiba. Alhamdulillah.