Test Ketulenan Emas Dengan Logik
Macam mana nak tahu emas tu tulen atau tidak? Kalaupun ada sijil ketulenan, ianya masih boleh dibuat sijil palsu. Jadi kalau betul-betul nak confirm emas tu tulen atau tidak, guna densimeter (alat penguji ketulenan), atau guna ujian asid (menggunakan dua jenis asid). Tetapi semua alat-alat tu hanya dimiliki oleh peniaga emas. Kalau kita nak beli, memang tak berbaloi…
Jadi apa cara terbaik untuk uji ketulenan? Bagi saya, cukuplah kita ujinya dengan UJIAN LOGIK! Maksudnya, lepas kita ambil beberapa langkah penting, sepatutnya kita tak perlu lagi ragu-ragu dengan ketulenan emas yang kita beli walaupun tak menggunakan densimeter atau ujian asid.
Ini beberapa langkah yang boleh saya syorkan bila nak membeli emas yang betul-betul tulen tanpa perlu guna alat penguji ketulenan.
#1 – Beli emas yang kredibiliti terbukti
Kalau di Malaysia, antara jenama yang mempunyai kredibiliti ialah Public Gold, Kijang Emas BNM (dijual oleh Maybank), UOB Bank (menjual emas jenama antarabangsa), dan Kuwait Finance House (menjual emas fizikalnya sendiri). Ini empat jenama yang saya paling confident dan recommended untuk pelabur emas di Malaysia.
Ini rupanya alat yang dinamakan densimeter
#2 – Ambil emas terus dari pejabat syarikat
Sebenarnya, kita boleh beli emas jenama apa sekalipun dari tangan individu. Individu tersebut mungkin penyimpan emas atau ejen kepada syarikat jual beli emas. Kalau nak hilangkan kerisauan tentang ketulenan, ambil emas itu terus dari pejabat syarikat tersebut, bukan dari tangan individu supaya lebih terjamin.
Individu mungkin boleh menipu, tetapi bagi syarikat yang bereputasi, terutamanya yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia, ia bukan mudah. Bagi syarikat pengeluar atau “trading centre” seperti Public Gold, Maybank, UOB Bank dan Kuwait Finance House (KFH), kalau ada penipuan ketulenan walaupun hanya gold bar 1 gram, itu sudah cukup untuk melingkupkan seluruh operasi mereka. Jadi hal ketulenan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah oleh syarikat.
Public Gold sebagai contohnya, telahpun menjual lebih 4 tan emas sejak 2008. Jadi kalau setakat belian kita RM100,000 (hatta RM1 juta sekalipun), ia sangat kecil bagi Public Gold. Jadi sangat TAK LOGIK bagi syarikat besar dan bereputasi seperti Public Gold nak menipu hal ketulenan. Saya percaya, bisnes dan masa depan Public Gold LEBIH MAHAL dari itu.
#3 – Semak sejauh mana keyakinan ar-rahnu
Sebelum tahun 2011 dulu, ar-rahnu terima semua jenis emas tak kisah apa jenama sekalipun. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen. Tetapi sejak pertengahan 2011, ar-rahnu mula memilih-milih jenama emas yang diterima untuk pajakan. Jenama emas yang dianggap bermasalah ataupun tiada kredibiliti, mereka memang tak terima.
Atas reputasi yang baik sejak 2008, Ar-Rahnu Pos Malaysia (antara ar-rahnu terbesar di Malaysia) terima pajakan emas Public Gold TANPA PERLU TEST KETULENAN! Mereka terima sahaja emas berseal Public Gold tanpa perlu buka sealnya.
Ar-Rahnu Pos terima pajakan emas Public Gold tanpa perlu buka seal / test ketulenan disebabkan reputasi jenamanya di Malaysia.
Bukan sahaja Pos Ar-Rahnu, sebenarnya ada banyak lagi institusi ar-rahnu yang terima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik dan tanpa perlu uji ketulenan emas Public Gold disebabkan jenamanya yang sangat dipercayaai.
Jadi kalau institusi besar yang juga “gold player” berpengalaman begitu boleh yakin dengan ketulenan emas dengan jenama seperti Public Gold, bagi saya, pembeli biasa seperti kita sudah cukup LOGIK untuk bergantung kepada kepercayaan Ar-Rahnu Pos kepada jenama-jenama tersebut.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
22 September 2015
9 Zulhijjah 1436
[Kredit foto : rdiconnect]
