Kenaikan Silver Lebih 100% Setahun!

Dirham Kelantan adalah ‘investment’ paling murah dan paling menguntungkan!
Luar biasa!
Itulah yang boleh saya komen pasal kenaikan harga silver (logam perak). Sejak Ogos 2010, kenaikannya telah pun melepasi 100%! Macam tak percaya. Tapi itulah hakikatnya.
Harga Dirham Kelantan:
  • Ogos 2010 – RM13
  • Nov 2010 – RM18
  • Mac 2011 – RM23
  • Apr 2011 – RM27
Saya beli koin dirham pada bulan November harganya RM18 satu dirham. Anda tahu berapa harganya hari ini (15 April 2011)? RM27! Kenaikan 50%! Memang gila…
Pelik, Kenapa Orang Cina Beli Silver
Masa saya mula-mula beli emas pada 1 Oktober 2010 dulu, saya hairan kenapa orang Cina lebih suka beli silver. Executive Chairman Public Gold i.e. Louis Ng kerap buat seminar pasal silver, tapi ramai orang Melayu tak begitu teruja dengan silver.
Tapi hari ni, nah! Semua kelam-kabut nak beli silver. Bila harga emas naik, silver naik lagi banyak. Bila harga emas turun, harga silver turun sikit.
Dirham Kelantan, Pelaburan Paling Murah
Bagi sahabat yang minat nak beli silver, saya cadangkan kalian beli samada Silver Bar Public Gold 250g, ataupun koin Dirham Kelantan. Saya rasa, koin dirham Kelantan adalah ‘pelaburan’ paling murah dan paling cepat untung. Kalau sahabat ada modal tak banyak, beli koin dirham. Ia memang berbaloi!
Semalam, saya ‘borong’ sikit koin 1 dirham Kelantan di Nubex dan beli sekeping 10 dirham buat koleksi. Tapi bila saya nak tambah lagi borongan saya hari ni, koin 1 dirham telah pun habis… Oh.. macam pisang panas.
Dari sudut harga per gram, silver bar Public Silver jauh lebih murah dari koin dirham.

Macam Mana Nak Dapatkan Silver?

Harga silver boleh tengok di sini:
Nak beli, boleh beli di sini:
Untuk Public Silver, boleh beli dari saya atau dealer Public Gold yang berdekatan dengan anda.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Heights
15 April 2011
11 Jamadil Awwal 1432

PENTING: Selepas setahun saya memerhati harga Dirham Kelantan, bagi saya ianya tak lagi sesuai untuk membuat pelaburan sebab harganya tak ikut pergerakan harga silver dunia. Saya perhati, masa harga silver dunia turun hingga 40%, tapi harga dirham sekadar turun sekitar 20%. Waktu saya membuat catatan ini, harga koin Dirham Kelantan RM250, sedangkan harga Dirham PG cuma sekitar RM150!

Saya syorkan Dirham Kelantan sewaktu saya tulis artikel ini sebab masa tu Public Gold belum keluarkan Dirham. Dirham Kelantan adalah yang terbaik waktu tu Saya akan semak paling pandangan saya dalam artikel ni, insyaAllah. Wallahu a’lam. (2 Oktober 2012)

15 Comments

    1. Nubex kena beli secara online dan diposkan, boleh jamin sampai ke? sebab payment wire transfer bukan COD

  1. salam en.zul
    moga2 Allah merahmati tuan punya blog ni atas perkongsian ilmu =) saya sebelum ni tak pernah pandang serius bab2 emas ni. even bila adik saya promote, saya nak tak nak dengar aje. sampailah satu ketika, saya gugel pasal emas, dan dipertemukan dengan blog en.zul ni.. sedikit sebanyak buka mata saya ttg kepentingan emas ni (maaf, mukaddimah pjg sikit, hihi.)
    saya nak tanya (lebih kepada pendapat), en zul rasa ok tak kalau saya start ‘simpan’ dengan dirham PG? harga dia murah sikit berbanding dinar, kan.. dalam sebulan saya buleh simpan dalam 200, dan saya ingat nak tukar simpanan tu ke bentuk dirham.. in case kalau saya nak tukar balik ke wang tunai, pun takde masalah kan?

    1. Wslm Pn. Ct,

      T.kasih atas doanya, dan terima kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni.

      Kalau bajet bulanan sekitar RM200 untuk simpanan, bagus juga beli Dirham PG. Cuma puan perlu tahu, spread silver lebih tinggi daripada emas. Syiling 10 Dirham tu spreadnya 16%, ditambah dengan caj extra RM5 sekeping untuk belian luar Penang.

      Kalau nak buat simpanan dalam bentuk silver/ Dirham, pasti ia duit untuk simpanan jangka panjang. Mungkin untuk 2, 3 tahun akan datang sebab harga silver agak volatile. Bila harga emas naik, dia naik 2, 3 kali ganda. Bila turun pun dia turun 2, 3 kali ganda.

      Kalau nak jual dirham tu tak ada masalah. PG jamin akan beli balik.

      Wallahu a’lam.

    2. ooo.. gitu pulak ye. even saya pergi direct cawangan sungai petani pun, still kena extra caj tu ke?

      p/s: best baca tang naik 2,3 kali ganda tu 🙂 semangat! tapi apa2 pun alhamdulillah, at least saya tahu sikit2 pasal dirham ni. bagi en.zul, antara bar dgn syiling, mana better? maceh!

    3. Memang caj tu dikenakan untuk belian luar Penang (HQ Public Gold). Kalau ambik di Penang, free transportation cost.

      Syiling dengan bar, mana-mana pun bagus. Yang paling penting, Pn Ct kena cek spread dia.

  2. assalamualaikum..ktne saye bole beli silver..saye student..modal pon cm x bpe ade..masuk MLM pnah kne tipu..takut jgk nk wt bisness..tp cmne ye…bole bg cdangan n pandagan tak?syukran ~

    1. Wslm Adib,

      Boleh beli silver dari Public Gold atau Nubex.com.my. Setakat ni saya tengok dua company ni yang terbaik. Tapi Nubex hanya sesuai bagi mereka yang tinggal area KL/ Selangor sebab dia tak ada branch.

      Pasal bisnes tu, saya syorkan Adib baca artikel-artikel saya tentang bisnes. InsyaAllah akan dapat pencerahan di situ. Peluang bisnes yang low capital, low risk but very profitable sebenarnya banyak. Cuma saya pun tak pasti apa yang paling sesuai dengan situasi Adib.

      Wallahu a’lam.

    1. Wslm En. Amir,

      Memang Public Gold ada 3 peringkat dealer iaitu Normal Dealer, Priority Dealer, dan Master Dealer. Tapi Public Gold tak sama macam MLM sebagaimana permasalahan MLM yang dijelaskan oleh Ustaz Zaharuddin di artikel http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html.

      Setakat ni, saya belum nampak sebarang permasalah dari hukum hukum dengan wujudnya 3 peringkat dealer. Mungkin En. Amir boleh highlightkan kepada saya (sekiranya ada) bahagian mana yang nampaknya bermasaalah untuk perbincangan.

  3. Terima kasih tak terhingga atas perkongsiannya…..
    Saya antara penggemar dan penyimpan silver, mula menyimpan pada 2012… ^_^
    Saya ingin bertanya, jika emas jangka hayatnya sampai bila2, hingga akhir zaman, jika silver pula? Adakah silver bergantung semata2 kepada permintaan industri?
    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *