6 Kelebihan Bisnes Jual Beli Emas
Ada ramai juga tanya saya nak buat bisnes emas, tapi saya cuma boleh syorkan bisnes emas ni bagi siapa yang ada MODAL besar. Pada asalnya, saya bukan nak berniaga emas. Saya jadi dealer sebab saya beli emas, bukan beli emas sebab nak jadi dealer. Daripada duit tu saya simpan di Tabung Haji yang untung cuma 5% setahun, lebih baik saya simpan emas yang untungnya boleh cecah 10% – 20% setahun!
Tapi bila saya ada ILMU pasal pelaburan emas, dan berkongsi dengan ramai kawan-kawan semata-mata untuk sebarkan ilmu secara personal, di blog dan di facebook, alhamdulillah, ramai orang datang nak beli emas melalui saya. Jadi, nak tak nak, saya ‘terpaksa’ tolong orang lain melabur dalam emas a.k.a. berniaga emas. Dan sekarang, untung jual beli emas jauh melebihi untung simpan emas. Kalau untung simpan emas 20% setahun, untung jual beli emas lebih 20% sebulan! Alhamdulillah…
Apa yang saya nampak, ada 6 kelebihan bisnes emas ni iaitu;
- Emas senang dijual
- Tak perlu cari customer
- Jual untung, tak jual pun untung
- Jana pendapatan atas harta sedia ada
- Harga emas turun, untung berganda!
- Jual emas sendiri tanpa susut nilai (spread)
#1 – Emas Senang Dijual
Emas ni memang senang dijual sebab ramai orang dah tahu emas tu bernilai. Asalkan kita dapat fahamkan orang keuntungan simpan emas disamping menyimpan di ASB, Tabung Haji ataupun unit trust, insyaAllah orang akan alihkan simpanan dan pelaburan mereka kepada emas.
Saya perhati, ramai orang yang kaya berduit hanya simpan duit mereka dalam Tabung Haji dan ASB jer. Mereka tak pernah tahu pasal pelaburan emas yang jauh lebih untung dari Tabung Haji (dalam jangka panjang). Jadi, sesiapa dealer / ejen emas yang dapat nampakkan mereka pelaburan yang lebih menguntungkan, insyaAllah mereka tak akan teragak-agak untuk alihkan sebahagian simpanan mereka kepada emas…
#2 – Tak Perlu ‘Cari’ Customer
Saya tak ‘jual’ emas, tapi saya cuma berkongsi ilmu keuntungan simpan emas melalui blog, facebook dan masa berjumpa dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, Allah hantar customer membeli dari saya lebih RM1 juta dalam masa 6 bulan tanpa saya cari sendiri customer. Saya tak pernah call sesiapa untuk buat temujanji nak promote pasal emas tapi saya dapat banyak call daripada ramai orang yang nak tahu pasal emas. Ada yang tanya ikut sms, email, blog, facebook, call dan ada yang mintak nak jumpa face-to-face pun ada.
Ramai orang cuma tahu emas sebagai perhiasan semata-masa.
Jadi, bisnes emas ini kita tak perlu cari customer macam bisnes lain. Asalkan kita ada MODAL dan ada ILMU pasal pelaburan emas, orang akan cari kita (insyaAllah) sebab:
- Tak ramai orang ada MODAL besar untuk jadi dealer.
- Kalau yang ada modal besar, tak ramai yang nak berniaga emas.
- Kalau yang berniaga, tak ramai yang ada ILMU untuk bimbing orang lain melabur emas cara yang betul dan selamat. Yang ramainya cuma suruh orang beli, beli, dan beli! Bila nak suruh jual? (“,)
#3 – Jual Untung, Tak Jual Pun Untung
Selain dari risiko emas tu hilang ataupun penipuan masa jual beli emas, bisnes ni boleh dikatakan tak ada risiko rugi. Stok emas yang kita ada tu, kalau orang tak beli pun tak risau sebab nilai emas sentiasa naik dalam jangka panjang dan tak ada istilah stok rosak ataupun lapuk.
Kalau orang beli kita dapat komisyen, kalau orang tak beli nilai emas tu tetap akan naik. Belum pernah dengar lagi tokey emas jatuh bangkrap sebab berniaga emas. Pendek kata, jual untung, tak jual pun untung!
Selain dari emas, ada dua lagi bisnes yang kalau tak jual pun peniaga tetap dapat untung iaitu (1) jual beli hartanah dan (2) jual beli oil & gas.
#4 – Jana Pendapatan Atas Harta Sedia Ada
Menurut Robert T.Kiyosaki, orang kaya jana pendapatan atas asset (harta) yang mereka ada. Jadi, bisnes emas ni kita jana untung atas asset kita sedia ada. Maksudnya, kita dapat buat untung atas untung. Simpan emas kita untung, berniaga emas lagi untung. Dealer emas ni buat untung atas untung dengan cara;
- Untung simpan emas. Nilai emas yang kita simpan tu sentiasa naik dalam jangka panjang. Puratanya 10% – 20% setahun.
- Untung rebat beli emas untuk simpanan sendiri. Setiap kali beli emas, Public Gold akan bayar rebat 1%, 1.5% atau 2% mengikut dealership level masing-masing.
- Untung jual emas kepada customer. Setiap kali jual emas kepada customer, kita dibayar komisyen 1%, 1.5% atau 2% . Ini termasuk customer yang kita refer untuk beli terus daripada Public Gold.
- Untung beli emas dari customer. Keuntungannya 5% – 8% sebab kita beli emas dari customer pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak susut nilai (spread).
- Untung jual emas kepada PG. Setiap kali jual balik emas kepada Public Gold, kita akan dibayar komisyen 0.3%.
- Untung rekrut dealer. Setiap dealer yang kita rekrut, kita dibayar komisyen overiding sebanyak 1%, 1.5% atau 2% mengikut level masing-masing. Tahap komisyen (1) Normal Dealer 1%, (2) Priority Dealer 1.5%, (3) Master Dealer 2%.
Saya bukan sekadar simpan emas, tetapi saya manfaatkan emas-emas dalam simpanan saya untuk jana lebih banyak keuntungan melalui perniagaan emas.
Yang paling best, semua keuntungan tu kita jana hanya menggunakan stok emas (harta) yang sedia ada tanpa berkurang sikit pun. Katakanlah modal beli emas RM30,000. Bila ada customer nak beli emas, jual emas tu dan replace stok baru dengan harga yang sama. Jadi, kita untung atas komisyen.
Bila ada customer nak jual balik emas tu, pajak emas sedia ada untuk dapatkan modal dan beli emas dengan harga diskaun i.e “PG Buy” dari customer. Lepas tu cepat-cepat cari buyer, dan tebus balik emas yang kita pajak tu! Kita untung 5% – 8% hanya dengan satu urusniaga sahaja…
Mungkin dengan modal hanya RM30,000, kita boleh jana PENDAPATAN lebih RM3,000 (10%) sebulan! 12 bulan maksudnya anda untung RM36,000! Untung 120% setahun! Itu belum kita untung kenaikan harga emas yang kita simpan…
#5 – Harga Emas Turun, Untung Berganda!
Ini yang saya rasa paling seronok… Kalau tanya dealer-dealer otai lain, antara harga emas naik dan harga emas turun, yang mana lebih seronok? Saya pasti jawapannya ialah masa harga emas turun!… (“,)
Kenapa macam tu? Sebab bila harga turun, lebih ramai orang cari dealer untuk beli emas sampai tak menang tangan. Pendek kata, bila harga emas turun, komisyen dealer akan naik berganda!… Itu belum kira untung gandakan keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu bila emas jatuh!
#6 – Jual Emas Sendiri Tanpa Susut Nilai
Yang terakhir, dealer emas yang ada ramai customer dapat jual emas tanpa susut nilai (spread). Katakanlah kita nak pakai duit, kita tak perlu jual kepada Public Gold pada harga “PG Buy” iaitu harga lepas tolak spread, tapi kita terus jual kepada customer pada harga “PG Sell”!
Maksudnya, kalau harga emas naik 20%, dealer untung bersih 20%! Tapi kalau pelabur biasa, mereka kena tolak spread 4.5% – 8% dari kenaikan sebenar harga emas.
Itulah dia 6 kelebihan jadi dealer emas yang aktif. Untuk maklumat lanjut tentang keuntungan menjadi dealer Public Gold sambil menyimpan emas, boleh baca artikel saya “6 Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold“. Asalkan kita ada modal, ilmu, dan dapat BANTU orang lain melabur emas dengan cara yang betul, selamat dan menguntungkan, insyaAllah kita akan dapat nikmati 6 kelebihan yang saya kongsikan ni. Pokoknya ialah ada MODAL, ada ILMU…
Moga kita semua berjaya dan kaya dengan emas! InsyaAllah.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
5 April 2012
23 Jamadil Awwal 1432
p.s. Saya cuma menunjukkan illustrasi dealer emas Public Gold sahaja sebab berdasarkan pemerhatian saya, Public Gold merupakan platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia buat masa ni.
Salam Zulkifli, sejak awal Mac 2012 sampai sekarang, harga emas masih trend merudum. Boleh ke emas naik 15% – 20% hujung tahun 2012, seperti yang saudara terangkan di atas?
Insyaallah …. Tunggu Dan yakinlah
Wslm Raja Noor Izzuddin,
Secara terus terang, saya memang tak tahu samada emas akan naik berapa % tahun ni even orang yang expert dalam emas pun tak tahu. Cuma berdasarkan track record, & prediction faktor2 ekonomi semasa, emas memang boleh pergi jauh dari apa yang kita sangka, samada cepat atau lambat jer. Kalau kita tetapkan mindset pelaburan emas utk jangka panjang, insyaAllah kita tak risau.
Wallahu a’lam.
Saya bersetuju dengan pandangan tuan punya blog. X siapa dapat meramalkan apa akan jadi pada harga emas. Ramalan yang dibuat oleh expert adalah berdasarkan track record harga emas & berita2 semasa contohnya kenaikan & penurunan nilai US Dollar, permintaan & penawaran emas itu sendiri. Wallahu a’lam
T.kasih Helmi atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Keep sharing… 🙂
Salam Tuan Zul,
Bagaimana cara untuk kita menjana pendapatan pasif melalui emas ini..
Kalau melalui tabung haji katakanlah kita dapat menyimpan rm satu juta x 5% dividen (mengikut artikel Tuan Zul dahulu) kita akan memperoleh sekitar rm50k setahun iaitu bersamaan rm4166 sebulan pendapatan pasif.
Bagaimana dengan teknik emas pula. Sesuai tak kalau kita simpan dalam bentuk emas kemudian apabila sampai target yg betul kita jual dan hasilnya kita simpan dalam tabung haji untuk dapat pendapatan pasif pula.
Harap Tuan Zul sudi berkongsi pendapat, terima kasih
Wslm,
Kalau ikut pada trend kenaikan harga emas sekarang, kita boleh jana passive income lebih dari Tabung Haji. Cuma, bia kita nak jana cash flow, kita kena tukar sikit mindset iaitu ukuran kekayaan kita ialah CASH, bukan berapa banyak emas yang kita ada. Dan jangan sampai jatuh hati dengan emas.
Caranya, guna modal yang ada tu untuk beli emas setiap awal tahun dan jual SEMUANYA pada akhir tahun. Untung CASH atas kenaikan harga emas itulah income kita. Tahun depan start balik, beli awal tahun, jual akhir tahun dgn modal yang sama (lepas asingkan duit untung). Begitulah seterusnya.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum,
Saya nak beli emas public gold dan seterusnys jadi dealer. Brp jumlah minimum pembelian utk membolehkan sy jadi dealer. Adakah terdapat perbezaan yg besar utk harga dealer dan harga pembeli biasa. Apakah kelebihan menjadi dealer PG.
Wslm,
Kalau tuan/ puan nak jadi dealer, saya boleh bantu, insyaAllah. Belian minimum ialah RM20k. Harga dealer dengan pembeli biasa sama jer, cuma dealer ni akan dapat komisyen atas setiap belian & jualan balik emas kepada PG.
Kelebihan utama dealer ialah dapat komisyen 1% – 2%. Komisyen setiap belian bergantung kepada level dealership kita. Iaitu:
Normal Dealer – 1.0% (belian pertama RM20k)
Priority Dealer – 1.5% (belian pertama RM100k atau rekrut 5 dealer)
Master Dealer – 2.0% (jumlah jualan lebih RM500k & rekrut 5 Priority Dealer)
Setiap kali jual balik emas kepada PG, kita dapat komisyen 0.5%.
Wallahu a’lam.
Salam Tuan Zul..
Bagaimana kalau hujung tahun emas dlm trend menurun skit?
Perlukah kita menunggu hingga hujung tahun baru jual semuanya ataupun sudah melepasi 20% keatas.
Pada kebiasaannya selepas kita jual emas apabila kita hendak beli balik kita tidak akan dapat harga sebelumnya dan ianya menjadi semakin mahal..
Ia akan menyebabkan kita perlu menyediakan modal yg lebih untuk start tahun kemudiannya dan amat berbeza dengan modal tahun yg lepas.
Mungkin juga keuntungan yg diasingkan sebelum ini terpaksa digunakan semula untuk beli emas yg baru pula. Bagaimana kita kira keuntungan dalam hal ini?
Ini dari sudut pemahaman saya sahaja. Saya minta maaf kalau ada kesilapan . Terima kasih Tuan Zul..
Wslm Tuan,
Hujung tahun memang harga emas akan turun sikit. Biasanya, harga emas akan peak pada bulan September atau Oktober.. Bulan Disember memang akan ada penurunan sebab masa tu, kebanyakkan 2 investor akan jual untuk ambik untung, agihkan dividen (kalau pelaburan lain) dsb. So, bulan Oktober tu dah boleh jual dah.
Kalau tuan fokus pada keuntungan TUNAI (CASH FLOW), jangan peduli berapa gram emas yang tuan ada. Contohnya, katakanlah RM100,000 dulu boleh beli 140 keping 1 dinar. Tapi lepas jual dan keluarkan keuntungan 15% – 20%, kita hanya boleh beli balik 120 keping 1 dinar. Its ok… Tak perlu beli balik 140 keping 1 dinar coz kita nak untung dalam bentuk TUNAI, bukan berapa keping emas yang kita ada. Gunakan modal RM100,000 tu untuk beli 120 keping 1 dinar. Memang emas makin kurang, tapi TUNAI makin bertambah.
Wallahu a’lam.
Salam Tuan Zul,
Terima Kasih kerana sudi berkongsi pendapat.
Sekarang baru saya tahu kita perlu fokus pada cash flow bukan kuantiti emas.
Saya ingin menghubungi pihak tuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masa yg sesuai jual beli emas ini.
Semoga Allah membalas jasa baik tuan..Terima kasih..
.Bismillah.
saya nk tanya. terbaca dlm blog tuan yg merenangkan kesilapan dalam pelaburan, jangan buat pinjaman.Saya nk sgt2 jd dealer emas.tp utk 20k sy tiada dan bercadang utk buat personal loan 25k..
adakah cara ini tidak bagus? kenapa?
Anonymous,
InsyaAllah. Boleh contact saya kalau perlukan bantuan. Saya akan bantu apa yang boleh, insyaAllah.
Binafsha Diana,
Pelaburan sebenar bukan dengan cara buat pinjaman, tapi guna duit lebihan yang memang tak pakai dalam masa terdekat.
Buat loan untuk beli emas ok sebab ia dikira loan untuk beli asset yang sentiasa naik nilainya macam beli rumah. Cuma saya tak pernah suggest sesiapa buat loan untuk investment. Kalau tak cukup fund, jalan terbaik ialah bisnes, bukan investment.
Kalau nak beli emas dengan duit loan, beli 1 dinar semuanya coz in case nak pakai duit bayar installment, jual jer 1 dinar tu sikit-sikit sekadar untuk settle installment. Dan lepas beli emas tu, jadi dealer yang aktif sebab untungnya berlipat kali ganda berbanding tunggu kenaikan harga emas.
Wallahu a’alam.
Salam Tuan Zul, maaf mencelah..
dari jwpn tuan zul kat atas..bermakna jadi dealer xkan rugi la kan?sbb jual emas PG kpd pembeli biasa dapat 1% minimum..n jual balik PG kepada PG dapat 0.5%..ye kan?
Wslm Tuan Yeh,
Betul tu tuan. Jadi dealer memang untung lebih berbanding jadi pembeli emas biasa sebab dapat komisyen 1% atas setiap belian dari PG, dan 0.5% atas setiap jualan belik kepada PG.
Salam tn zul,
Adakah sekarang masa terbaik untuk membeli emas? Tinjauan saya harga emas agak tutun berbanding awal tahun haritu. Dan bagaimana caranya ingin membeli public gold? Adakah apa2 contract diperlukan? Apakah jalan terbaik jika ingin menjualnya semula? Di mana ? Dan adakah kita dapat gold di tangan?
Wslm Pn. Noraitusaya,
Bagi saya, sekarang ni timing yang baik untuk beli sebab harga tengah rendah berbanding bulan lepas. 1 Dinar sekitar RM735 berbanding RM800 akhir Februari lepas. Kalau dia turun RM700, itu masa paling baik tapi saya tak berani jamin dia turun sampai RM735. Prinsipnya, bila harga dah ok, beli jer.
Caranya mudah, email/ sms info kepada saya; (1) nama penuh, (2) no. ic, (3) email address, (4) no. telefon, (5) item yang nak dibeli. Saya akan lockkan harga untuk puan. Nanti kita discuss cara nak ambik emas fizikal tu.
Tak ada kontrak. Dia macam beli barang kemas jer. Nak jual, boleh jual bila2 masa kepada dealer atau terus kepada Public Gold diseluruh Malaysia.
Emas kita pegang sendiri. Macam beli barang kemas. Hulur duit dapat emas, hulur emas dapat duit. Simple jer.
Wallahu a’lam.
This comment has been removed by the author.
Satublg soalan saya, PG ni ad register bawah ssm tak?
Ada. No pendaftaran 930830-k. Better Puan go thru website Public Gold utk tengok profile company. http://Www.publicgold.com.my.
Assalam tuan,
Terima kasih atas tips2 yg bermanfaat. Seronok membaca penulisan tuan. Just nak tanya, pg gold boleh dipajak di mana yer.
Terima kasih.
Wslm Pn. YusNur.
Terima kasih berziarah ke blog yang seadanya ni. PG hanya boleh pajak di Ar-Rahn milik permodalan kelantan berhad. Cawangannya ada banyak. Kalau di KL ni, ada di jalan raja laut. Puan boleh cek http://www.ar-rahn.com.my.
Wallahu a’lam.
oo… sume jenis ye tuan..
Ada tak post berkenaan cara nak pajak dalam blog ni..
p/s :sy blm jadi puan… 😉
Terima kasih..
Tuan, address tu => http://www.arrahn.com.my/
Terima kasih.. 😉
Betul tu Cik YusNur. Dia terima semua jenis emas asalkan ianya emas… Ok, tq atas pembetulan.. 🙂
Sama-sama.
Memang tiada yang lain ya boleh terima emas PG lagi. Saya di Perak. Tiada pulak Ar-Rahn milik permodalan kelantan berhad di Perak ni.
Bila membaca posting tuan, lebih baik emas dipajak untuk modal biz tu memang bersemangat nak beli emas dengan tunai di tangan sekarang. Lebih-lebih lagi harga yang memang terbaik sekarang.
Di masa yang sama inginkan modal juga untuk biz. hmmm…
Kena fikir cara gak..
Anyway.. Terima kasih atas bantuan.
Setakat ni memang Ar-Rahn jer terima. Selain tu, saya dapat tahu Ar-Rahnu milik negeri Johor pun terima. Cik Yusnur try cek kot2 ada Ar-rahnu milik kerajaan negeri perak.
Terima kasih tuan, 😉
Sama2 Cik YusNur.
Tuan, agak-agak trend menurun sekarang ni smpi biler yer.. ade hati gak nak tutup 1 akaun unit trust mggu dpn nk memborong emas lak.. 😉
Puan YusNur, ikut pada maklumat yang saya dapat daripada analyst, harga emas akan turun lagi dalam minggu ni (14 Mei – 18 Mei). Tapi analisis tak selalunya betul. Wallahu a’lam.
Salams perkenalan en zul.,
Sekarang ramai juga dealer emas. tapi sebenarnya ini perkara baik. 🙂 Ramai yang dah terbuka pasal emas dan perak sebagai aset simpanan dan dalam masa yang sama boleh diniagakan untuk mendapat keuntungan.
Wslm Eims,
Alhamdulillah… Sekarang dah jadi fenomena orang simpan emas. Safe Deposit Box di bank kebanyakkannya dah penuh dan terpaksa que untuk sewa.
Oh! tak tahu pulak sampai deposit box pun kena que..!!
Semua safebox ke? safebox di bank dengan kampeni2 safebox pun penuh juga?
Memang banyak Safe Deposit Box kena que samada bank ataupun swasta. Kawan saya staff Maybank, tapi nak sewa box pun tak dapat sebab penuh katanya. Biasanya yang available tu box besar yang boleh muat saiz A4. Sewa dia pun mahal la sikit.
saya begitu tertarik hati dgn penerangan dari Tuan Zul tentang ilmu emas ini..saya juga bercita2 tinggi utk menjadikan bidang pelaburan emas ini sebagai satu cabang utk menjana keuntungan.. dan sy akan praktikkan apa yg sy pelajari ini dr blog tuan..t.kasih.kalau keadaan memerlukan saya akan cuba hubungi tuan nanti.hrp tuan dpt membantu.
Alhamdulillah.. Moga Allah permudahkan jalan kejayaan untuk En. Fauzi42. Kalau perlu apa2 bantuan, boleh contact saya 019-336 8009 atau emailkan ke ibnushafie@gmail.com. Saya akan bantu apa yang boleh, insyaAllah.
Salam Encik Zul
Ada dinyatakan oleh Encik di atas, berkenaan jual emas.
Selalunya channel apa yang Encik guna untuk promote/marketing jual emas?
Sebab belinya memang senang, tapi jualnya agak susah.
1. Public Gold memang confirm ambil tapi dengan harga PG buy, kalau kebetulan harga tengah turun, lagi rugi kita.
2. Nak buat iklan di Mudah.my tak dibenarkan, mereka tak approve jual beli precious metals di sana.
Jadi channel apa yang berkesan untuk promote/marketing/jual emas ini dengan cepat dan ketika kita memerlukan?
Mohon pencerahan.
Wslm En. Zul,
Cara paling mudah untuk jual, memang kena jual balik kepada Public Gold. Option lain, offer kepada kawan-kawan di facebook. Saya tahu memang tak mudah nak dapatkan individual buyer sebab urusniaga emas perlukan ‘kepercayaan’. Orang tak mudah-mudah membeli emas dengan sesiapa sebab takut tertipu e.g. takut emas tak tulen, penipuan jual beli emas dsb.
Kalau perlukan duit segera, ramai dealer suka pajak je emas tu. Saya tak pernah jual emas simpanan saya.
Kalau ada emas yang saya beli balik daripada customer pada harga PG Buy, samada saya akan simpan sendiri emas tu, atau jual kepada customer baru (kalau ada), atau jual balik kepada PG pada harga PG Buy yang lebih tinggi bila harga naik.
Kalau nak jual pada harga PG Sell, kena jadi dealer yang aktif dan mempunyai customer yang ramai. InsyaAllah peluang menjual emas pada harga PG Sell sentiasa terbuka. Tapi nak jadi dealer yang ada customer yang ramai pun mengambil masa.
Wallahu a’lam.
Salam en zul, sya bersama suami mmg berminat dan sdg menimba ilmu jual beli emas di internet. Jika di JB ada dealer dibwh tuan yg blh berurusan atau berbcg secara face to face. Kami berminat utk jadi new dealer. Mohon penjelasan. Tkasih
Wslm,
Kalau nak jumpa face to face, Pn. Hafizah boleh contact dealer saya di JB, En. Haszirul 019-726 5217 atau 013-664 1811. InsyaAllah beliau boleh bantu.
Atau kalau ada sebarang persoalan, boleh terus call atau wassap saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.
salam tuan..ada x dealer tuan di sabah..saya agak berminat klu blh face to face..
Wslm Pn. Sufiah,
Office Public Gold ada di Kota Kinabalu. Puan boleh terus buat pembelian di office Public Gold KK jer. Masa belian nanti boleh letak nama saya sebagai introducer supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa perlu follow-up dengan Public Gold.
Salam.
en zul.Adakah istilah terlambat dlm pelaburan emas
Wslm En. Khairul Anuar,
Bagi saya tak ada istilah terlambat. Simpan emas ni lebih macam simpan dalam Tabung Haji juga. Bila-bila boleh simpan kalau kita mahu. 🙂
Assalamualaikum,
En. Zul kalau sy sebagai pelabur biasa xboleh ke sy jual emas sy kepada kawan-kawan sy pada harga PG sell.?ke setiap jual beli biasa kepada org ramai tu hanya boleh dibuat oleh dealer. Kalau sy nak jual hanya valid jual kat public gold.?
Wslm En. Farid,
Kalau pandai dapatkan pembeli, boleh tak ada masalah. Cuma kalau bukan dealer tak boleh keluarkan resit belian. Resit tu tak diperlukan kalau jual balik kepada Public Gold, tapi ramai pembeli selalunya nakkan resit.
Ada tak dealer di pulau pinang saya ingin bertemu utk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar cara2 yg betul utk menbuat pelaburan emas.
En. Rasi dengan isteri boleh jumpa dealer saya yang aktif di Pulau Pinang. Contact Ustazah Nor Azah +60194289962 .
Bagaimana cara nak jadi dealer ?
Beli emas Public Gold bernilai RM30,000 automatik jadi dealer. Boleh pilih mana-mana item. Bulan ni promosi beli 150 gram automatik jadi dealer. Untuk buat pembelian, puanb oleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call).
bagi inpestore yang ingin berkerja sama degan kami masyarkat aceh,untuk pertambangan ,EMAS diaceh yang terbuka secara INDIVIDU,CV,PT kami siap melakukan hubungan kerja sama..
call center:081275180999…
Assalamualaikum tuan,
saya baru je jadi dealer dua hari lepas , boleh bagi tips macam mana nak cari customer yang (bukan dealer) untuk kita jual pada harga “PG sell” . and also customer yang kita boleh beli emas daripada mereka pada harga “PG buy” . Seterusnya, bagaimanakah kalau pembeli atau penjual itu juga dealer ? (if that even possible ? ” . If yes , adakah kita beli pada mereka harga “PG buy” dan jual pada mereka harga “PG sell” ? mohon pencerahan secerah cerahnya 🙂
Wslm En. Naim,
Dari sudut strategi bisnes, En. Naim perlu rujuk introducer. Saya percaya, beliau ada strategi yang sesuai dengan En. Naim, insyaAllah.