Emas Menutup Kebocoran Wang

Orang lain mungkin berbeza, tetapi pengalaman saya, duit yang terbiar dalam akaun tak boleh bertahan lama. Ada-ada sahaja nak dibelanjakan. Tak kisah samada ia disimpan dalam akaun Tabung Haji, apatah lagi disimpan dalam akaun bank biasa. Jadi kalau trend begini berterusan, kekayaan kita makin lama makin susut. Simpan, simpan, habis. Simpan, simpan, habis…

Tapi berbeza kalau simpannya dalam bentuk emas. Ia susah bocor sebab kita terpaksa ambil TEMPOH BERTENANG (kena jual atau pajak terlebih dahulu) sebelum berbelanja. Jadi kita tak akan sesekali jual emas tanpa tujuan yang sangat penting.

Pentingnya Tempoh Bertenang

Pendek kata, emas tu tak akan dijual kalau setakat nak tukar langsir baru atau nak tukar sport rim yang masih elok. Tapi kalau duit dalam akaun bank, kita biasanya tak fikir panjang… Tarik sedikit demi sedikit, lama-lama habis. Ia akan melambatkan kita untuk jadi lebih kaya.

Saya fikir, emas-emas tu hanya akan dijual bila, (1) ada hal kecemasan (bila duit simpanan kecemasan pun dah habis), atau (2) ada peluang lain yang menguntungkan seperti dijadikan modal pusingan bisnes, atau (3) telah mencapai matlamat simpanan seperti anak nak masuk universiti, atau nak digunakan untuk haji.

Dari sudut simpanan, saya hanya simpan duit tunai di bank sebanyak tiga (3) bulan pendapatan sahaja sebagai “Dana Kecemasan”. Selebihnya saya simpan dalam bentuk emas dengan jumlah minimum sembilan (9) bulan pendapatan. Bagi saya, emas juga adalah duit tunai juga, tetapi dalam bentuk yang berbeza. Bila-bila nak gunakan duit, kita boleh jual atau pajak sahaja emas itu dan dapat duit ‘on the spot’.

emas sebagai dana kecemasanEmas boleh jadi ‘ubat’ bagi sesiapa yang ada masalah kebocoran wang simpanan.

Savers Are Losers!

Bila simpanan “TUNAI + EMAS” saya cukup 12 bulan pendapatan (gaji kasar), selebihnya saya akan pertimbangkan untuk pelaburan selamat yang lain seperti membeli hartanah yang boleh disewakan dengan sewaan yang berbaloi.

Maksudnya, saya tak simpan duit yang banyak di bank. Selain godaan yang kuat untuk berbelanja, duit itu juga makin lama makin susut di makan inflasi. Bak kata Robert T. Kiyosaki, “savers are losers”!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
31 Mei 2016
24 Syaaban 1437H

[Kredit foto : killadj]

12 Comments

  1. Tuan,
    Mohon artikel betulkan apa yang orang Melayu fikir pelaburan tetapi sebenarnya berhutang loan ASB. Ramai yang tak faham benda ni. Terima kasih.

  2. Tuan,
    Mohon cadangan/advice. Saya ada rumah sewa. Saya ingat nak jual rumah tue untuk beli emas dan juga beli tanah. Adakah betul tindakan yang saya akan buat ini?

    1. Salam En. Che Kamsani,

      Saya tak pasti keputusan tu tepat atau tak. Ia bergantung kepada matlmat kewangan En. Kamsani sendiri.

      Berbanding rumah sewa, emas tak ada pendapatan bulanan, begitu juga dengan tanah.

  3. assalam tuan,
    saya ada membeli gold bar Public Gold dari kawan beberapa tahun lalu, dan saya ingin menambah nya, tp kali ini saya fikir saya perlu menjadi ahli berdaftar dengan public gold, kalau tuan boleh membantu saya, bagaimana ?

    terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *