Emas Sebagai Simpanan Paksa dan Lupa

Bagi sahabat yang nak jadikan emas sebagai simpanan, saya cadangkan mula dengan 1 GRAM 1 BULAN dulu. Disiplinkan yang itu sahaja dulu. Simpan sedikit-sedikit tetapi berterusan lebih baik berbanding beli banyak dan terus diam. Perkara paling penting dalam menyimpan ialah memupuk tabiat dan disiplin, bukan jumlahnya. Tabiat yang betul akan memberikan impak yang besar dalam jangka panjang. Sewaktu saya memulakan tabiat menyimpan, saya hanya simpan RM20 sebulan, tetapi akhir sekali jumlah simpanan itu mencecah jumlah yang luar biasa (bagi saya).

Jadi bila nak bermula, jangan bercita-cita terlalu besar dulu. Konsisten 1 gram 1 bulan lebih baik berbanding sekadar meletakkan angan-angan besar untuk menyimpan jumlah yang besar. Sedar-sedar, 1 tahun sudah ada 12 gram sedangkan orang lain masih lagi menyimpan angan-angan untuk menyimpan beratus-ratus gram.

Anggaplah itu sebagai dana simpanan untuk dilupakan. Simpan dan terus lupakan. Selebihnya boleh simpan ditempat lain seperti Tabung Haji, ASB, unit amanah, saham dan sebagainya (kalau mahu).

Manfaat Simpan 1 Gram 1 Bulan

Apa yang saya perhati, kelebihan simpan 1 gram 1 bulan antaranya:

(1) Ia akan jadi simpanan paksa. Simpanan yang berkesan mesti dipaksa, tak boleh tunggu duit lebih hujung bulan. Dapat gaji, paksa diri beli 1 gram melalui Akaun Emas GAP (supaya dapat harga termurah), selebihnya terpulanglah nak simpan di mana. Kalau tunggu duit lebihan hujung bulan baru nak menyimpan, alamatnya sampai bila-bila tak akan mampu menyimpan.

(2) Ia akan jadi simpanan untuk dilupakan. Simpan emas tak macam simpan duit. Kita tak akan sesekali panjang akal untuk berbelanja (sebab “nombor” telahpun hilang), bahkan kita rasa nak kumpul lagi dan lagi sebab keseronokkan kita dengan emas ialah pada mengumpulnya. Sedar-sedar, 1 tahun sudah ada 12 gram.

(3) Penyimpan emas yang beli secara berkala tak akan pernah kecewa dengan harga emas sebab mereka telahpun dapat kos purata. Kalau beli 3 kali; RM170, RM180 dan RM190 segram, maka kos purata hanyalah RM180. Harga emas naik kita seronok, harga turun lagi seronok! Kan?

Simpanan Kalis Boros

Memang inilah salah satu cara berkesan paksa diri menyimpan. Bila terima apa sahaja pembayaran, saya mesti tambah simpanan emas 1 gram dahulu. Selebihnya terpulang samada nak tambah lagi gram emas atau buat simpanan yang lain.

Satu hari nanti, berapa jumlah gram emas yang sudah kita miliki pun kita tak pasti sebab kita hanya cek setahun sekali sahaja iaitu bila sampai masa untuk keluarkan zakat. Ia benar-benar jadi simpanan untuk dilupakan. Ia bukan sahaja jadi simpanan yang kalis inflasi, tetapi ia juga kalis boros! InsyaAllah…

Cara Terbaik Beli 1 Gram 1 Bulan

Kalau nak beli emas 1 gram 1 bulan, cara paling mudah dan paling murah setakat ini di Malaysia ialah beli melalui Akaun Emas GAP, sebab:

(1) Harga paling MURAH di Malaysia, tanpa perlu bayar sebarang yuran keahlian.

(2) Boleh beli secara ONLINE sahaja. Urusniaga boleh dibuat 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tak perlu keluar rumah, tak habis masa dan habis duit minyak.

(3) Boleh simpan percuma dengan Public Gold, dan boleh juga keluarkan emas fizikal bila-bila masa kalau nak simpan sendiri.

(4) Boleh keluarkan dari mana-mana 18 cawangan Public Gold. Pendek kata, masa balik kampung pun boleh keluarkan emas itu dari cawangan Public Gold terdekat.

(5) Paling best, boleh pilih perbagai saiz, denominasi, dan pelbagai design emas. Katakanlah dah simpan cukup 5 gram, kita boleh pilih nak keluarkan 1 gram 5 keping atau 5 gram 1 keping. Kita hanya perlu bayar caj premium sahaja untuk setiap keping emas.

item emas gold bar jongkong emas dinar public gold lbma

Kepelbagain saiz, denominasi, bentuk dan design emas Public Gold yang boleh dikeluarkan dari Akaun Emas GAP. Boleh pilih sebarang bentuk, asalkan cukup gram dalam akaun GAP.

Untuk faham lebih lanjut, boleh baca artikel saya bertajuk “Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold“. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya di +6019-336 8009 (wassap / sms / call). InsyaAllah saya boleh guide.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
2 Ogos 2016
28 Syawal 1437H

25 Comments

  1. Alah bisa tegal biasa. Untuk mana mana amalan yang baik memang susah mula-mula sahaja..lepas tu ok.Terima kasih En. Zul kerana selalu ingatkan.

  2. Salam tuan.mula beli emas dgn tuan tahun 2015 dlm rm20k.mulanya rasa menyesal sgt sbb dok tgk harga pg buy masih jauh dgn harga pg sell.masa tu dok fikir bila harga beli smpai di harga pg buy trus mahu jual.tp bila emas dh mahal skrg.syg pulak mahu dijual.jd smpai skrg belum jual.malah topup skit2 tiap2 bln..

    1. Wslm En. Jauhari,

      Alhamdulillah. Yang penting kena tambah ilmu dari semasa ke semasa. Bila ada ilmu, kita tahu apa yang kita buat dan tak akan menyesal walauapa pun kedudukan harga emas. InsyaAllah.

  3. Salam tuan,

    Mungkin lari tajuk sikit, blh tuan terangkan mengenai sistem affiliate atau bisnes cara online yg banyak org buat pada masa ini?

    Scam @ mlm ?

    Saya cuma nak tahu, terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *