Jaga Posture : Ucapkan Tahniah, Bukan Terima Kasih

Bila memberi hadiah kepada seseorang, adalah tak munasabah kalau kita ucapkan “terima kasih” kerana orang itu sudi terima hadiah yang kita berikan. 

Sebaliknya kita akan ucapkan tahniah atas pencapaian dia, dan ini hadiah dari kita…

Itu baru betul.

Kita hanya ucap “terima kasih” kalau orang itu yang memberi kepada kita. Bukan sebaliknya.

Patutkah Ucap “Terima Kasih”?

Dalam bisnes,  bila kita invite prospek join majlis ilmu yang mahal (yang mana tak semua orang layak untuk kita jemput), kemudian dia hadir ke majlis kita.

Adakah kita patut ucapkan “terima kasih”?

Kalau kita ucapkan “terima kasih”, maksudnya kita telah hantar WRONG SIGNAL kepada mereka.

Itu menunjukkan kita mahukan sesuatu daripada mereka. Ada muslihat lain di sebalik jemputan itu.

Kehadiran mereka adalah satu pemberian  dari dia untuk kita. Bukannya pemberian kita untuk dia…

Itu tak tepat.

Hantar ‘Signal’ Yang Betul

Cara begitu menunjukkan kita meletakkan nilai yang rendah pada apa yang kita berikan. Dan kita berada dalam keadaan posture yang salah.

Bahkan, kita telah menghantar SIGNAL, sebenarnya kitalah yang sedang meminta-minta daripada mereka!

Maka customer yang bakal dilahirkan itu adalah customer yang rendah kualitinya.

Kita akan jadi ORANG SURUHAN bagi customer untuk layan dia itu dan ini di kemudian hari.

Dan customer itu tak akan grow!

Perbetulkan Postur Sebagai Pemberi

Jadi setiap dealer, ambil waktu bertenang dan fikirkan balik apa yang sedang kalian lakukan sekarang.

Kalian nak MEMBERI nilai tambah (add-value) dalam hidup prospek, atau nak meminta-minta sesuatu dari prospek supaya kalian berjaya?

Kalau prospek tersebut tak terima apa yang kalian offer, apa akan jadi kepada kalian? Rugi? Tak berjaya? Gagal?

Dealer yang meletakkan “pra-syarat” kejayaan pada prospek, mereka tak akan berjaya.

Pra-Syarat Kejayaan Pada Diri Sendiri

Sebaliknya dealer yang fokus meningkatkan nilai dirinya dan mahu terus menambah nilai dalam hidup orang lain, dia akan berjaya!

Kalau prospek cakap “NO”, dengan mudahnya dia jawab “NEXT”!

Kalau orang tak sudi terima hadiah dari kita, tak ada apa pun perlu berkecil hati sebab kita tahu, hadiah yang kita berikan itu sangat mahal nilainya.

“Next” sahaja dan sampaikan hadiah itu kepada orang yang layak menerimanya…

Ucapkan “tahniah” kepada yang hadir, bukannya “terima kasih”….

Zulkifli
Founder of G100
16 Disember 2021

One Comment

  1. Betul tu. Kena letakkan nilai yang tinggi untuk setiap kata-kata kita. Baru mereka tahu value yang akan kita berikan kepada mereka.

    Baik en Zul..saya tukar skrip dan masukkan ke BOARDS sekarang. Edit Action Plan..😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *